Yamaha R1M 2017 Edisi Terhad Sedia Ditempah Secara Online – Kelengkapan Seperti Dalam MotoGP


Yamaha akan meneruskan momentum baik jenamanya dalam MotoGP dengan membawanya kepada orang awam – melalui penawaran motosikal edisi terhad Yamaha YZF-R1M 2017. Motosikal supersports ini mendapat banyak kelengkapan seperti motosikal lumba yang digunakan oleh Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo – dan tambah mengujakan, ia akan dibuka untuk tempahan melalui laman web www.r1m.yamaha-motor.eu bermula 11 Oktober 2016.
Walaubagaimanapun, bukan sebarangan orang boleh membelinya kerana di dalam laman web tersebut, mereka yang berminat perlu mengisi borang kaji selidik dan Yamaha akan memastikan mereka yang berjaya mendapatkan motosikal ini boleh mengendalikannya.

Ini boleh difahami kerana YZF-R1M 2017 edisi terhad dikatakan sebagai motosikal produksi paling eksklusif pernah dihasilkan oleh Yamaha dan ia disasarkan kepada pasukan lumba persendirian dan mereka yang kerap ke litar.
Yamaha YZF-R1M menggunakan enjin Crossplane 998cc yang mampu menghasilkan 200hp dan bahagian badannya kebanyakan menggunakan gentian karbon – keseluruhan beratnya adalah 200kg. Kelengkapan elektronik pada motosikal ini juga menyeluruh, termasuk Öhlins Racing Electronic Suspension (ERS), Communication Control Unit (CCU) yang boleh menyimpan pelbagai data pergerakan dan operasi motosikal, pengesan inertia enam axis, kawalan cengkaman dan gelungsur, serta kawalan anti-wheelie dan Launch Control.

Yamaha masih belum mengeluarkan harga sebenar bagi YZF-R1M 2017 ini, namun ia dijangkakan pasti tidak akan datang dengan harga yang murah. Pembelinya juga akan mendapat sesi latihan di litar selama dua hari bagi memastikan mereka dapat menggunakan motosikal tersebut dengan sepenuhnya. - paultan

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu