Yamaha Y15ZR GP Edition; Harga Bermula RM8,634.76


Sempena penglibatannya di dalam perlumbaan kejuaran dunia MotoGP melalui pasukan Movistar Yamaha dengan barisan pelumba seperti Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo, Hong Leong Yamaha Malaysia kini memperkenalkan model Y15ZR MotoGP Edition 2016.

Ia dijual pada harga RM8,634.76 (harga cadangan termasuk GST, tetapi tanpa insurans dan cukai jalan). Dengan enjin bersesaran 150 cc, jentera ini 15.2 hp @ 8,500 rpm dan 13.8 Nm tork @ 7,000 rpm, Yamaha Y15ZR bagi sesetengah orang disifatkan sebagai motosikal moped/kapcai paling berkuasa dan menyeronokkan untuk ditunggang secara harian.

Ia menggunakan kotak gear lima kelajuan. Edisi biasa Yamaha Y15ZR dijual pada harga RM8,210. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan model ini serta sebuah lagi pesaing rapatnya, Honda RS150R, ikuti laporan tunggang uji khas yang kami lakukan untuk melihat sejauh mana perbezaan antara kedua model ini. -  paultan

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu