MotoGP Argentina: Rossi: ‘Kami sudah memperbaiki beberapa perkara’

Rossi: We have fixed a few things
Menuju ke perlumbaan pusingan ke-dua perlumbaan, pelumba MotoGP kali ini akan meneruskan perlumbaan hujung minggu ini di Argentina. 

Bagi pasukan Movistar Yamaha, mereka telah menemui kejayaan berikutan masalah berkaitan setting bahagian depan motosikal lumba mereka. 

Rossi bergelut dengan masalah keyakinan terhadap tayar terbaru Michelin yang dirasakan terlalu lembut kelita memasuki selekoh. 

Masalah ini sudah berlarutan di sepanjang ujian pra-musim tahun ini namun ia dapat diselesaikan sebaik perlumbaan pembuka tirai di Qatar, dua minggu lepas. 

 Bermula di petak ke sepuluh berdasarkan kombinasi masa tebaik bagi sesi latihan bebas, Rossi hanya mampu mencatatkan masa ke-13 terbaik ketika sesi memanaskan badan, di hari perlumbaan. 

“Ia bukanlah perlumbaan pembuka tirai yang mudah untuk kejohanan tahun ini,” kata Rossi. 

“Kami bekerja keras ketika ujian pra-musim namun kami gembira kerana pada hujung minggu perlumbaan pertama, kami telah berjaya menangani masalah yang kami hadapi terutama sekali pada bahagian depan jentera perlumbaan kami. 

“Perlumbaan berjalan dengan baik dan saya berasa sangat gembira kerana berjaya menaiki podium,” tambahnya lagi. 

“Sekarang kita menuju Argentina. Litar ini merupakan litar yang saya gemari dan saya suka berlumba di sana. 

"Saya harap, keadaan permukaan litar dalam keadaan yang baik kerana ia amat sukar buat kami tahun lepas. Kami akan bekerja dengan lebih baik dan cuba untuk menaiki podium sekali lagi!” ujar Rossi. 

Rossi memenangi perlumbaan di Argentina selepas bertarung sengit dengan Marc Marques pada tahun 2015 dan mendapat tempat kedua tahun lepas di belakang Marc Marquez selepas menyaksikan pelumba terpaksa menukar motosikal akibat kebimbangan tentang masalah ketahanan tayar Michelin. - Cucu Abang Godam

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas