Abdul Karim Setuju Penggunaan Pasport Tidak Perlu Untuk Warga Malaysia Memasuki Sarawak


KUCHING: Tidak kepada rakyat Malaysia, tegas Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah terhadap penggunaan pasport untuk memasuki Sarawak.

Menurutnya, beliau tidak bermasalah jika ia melibatkan pengunjung dan pelancong asing atau luar negara, tetapi bukan rakyat Malaysia.

“Saya kekal dengan pendirian ini dan saya dapati pandangan Lina Soo dan (Tan Sri Dr James) Masing agak ketinggalan dan tidak sesuai pada era digital.

Tegasnya, Jabatan Imigresen Malaysia kini dirangkaikan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam aspek identifikasi rakyat negara ini.

“Mereka mempunyai semua rekod rakyat Malaysia termasuk dari Semenanjung.

“Kalau tidak, bagaimana pihak imigresen kita boleh menghalang kemasukan ahli politik Semenanjung ke negeri ini di lapangan terbang dan sempadan, apabila mereka mengemukakan kad pengenalan untuk tujuan berkenaan,” tambahnya lagi.

Katanya, ini membuktikan kad pengenalan merupakan dokumen yang sah, baik dan berkualiti.

“Kita harus melihat bahawa penggunaan pasport untuk rakyat Sabah dan Semenanjung adalah tidak baik untuk pelancongan dan perniagaan.

“Bayangkan sekeluarga lima orang dari Semenanjung terpaksa memiliki lima pasport untuk berkunjung ke Sarawak. Dan ini agak mahal.

Katanya, negara-negara Kesatuan Eropah kini juga tidak lagi menggunakan pasport dalam kalangan mereka ketika melakukan perjalanan ke negara dalam kesatuan, dan mereka percaya kepada identifikasi dalam kad pengenalan, lesen memandu atau maklumat pada big data.

Tegasnya, sisten perbankan negara juga kini sedang berpindah kepada sifar kertas dan tidak menggunakan buku bank untuk menunaikan wang.

“Malah Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional tidak lagi menggunakan buku untuk melakukan transaksi kerana keyakinan akan sistem digital.

“Inilah langkah ke hadapan,” jelasnya lagi. –Sarawakvoice

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu