Ducati Buka Semula Muzium Sambut Ulang Tahun Ke-90


Sempena sambutan ulang tahun ke-90, Ducati hujung minggu lalu membuka muzium baharunya bertempat di Borgo Panigale, Bologna, Itali. Muzium berkenaan menempatkan 44 buat motosikal dari era berbeza dari sejarah panjang jenama itu – 26 jentera lumba dan 18 jentera jalanan – yang mempamerkan pencapaian tersendiri bagi Ducati.
Menjadi daya tarikan utama muzium yang menjadi saksi kepada perkembangan reka bentuk, kejuruteraan dan kejayaan dalam sukan lumba motosikal itu ialah sebuah Ducati 916, satu-satunya jentera yang menjadi simbol kebangkitan Ducati dalam era moden pembangunan motosikal dunia.
Selain daripada itu, turut dipamerkan ialah hasil kerja rekaan oleh Massimo Tamburin, individu yang bertanggungjawab ke atas sebahagian reka bentuk yang ikonik yang dikeluarkan oleh Ducati. “Pembukaan semula muzium ini selepas diubah suai adalah sangat penting untuk kami. Dengan sambutan ulang tahun ke-90 ini, ia menjadi sumber kekuatan kepada jenama Ducati untuk terus maju,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali. - paultan



Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu