Thursday, 8 November 2018

Benci big biker, wanita keluar kenyataan kesat dikecam nitizen


Viral, seorang wanita yang mengaku dirinya benci melihat lagak penunggang motosikal berkuasa tinggi dikecam hebat lantaran kata-kata kesat yang dilontarkan dalam satu posting di facebook.

Dia yang turut melabelkan penunggang motosikal berkuasa tinggi sebagai berlagak dan sentiasa menunggang secara melulu dinasihatkan oleh pengguna media sosial yang lain untuk tidak terlalu meninggi diri dan menyarankan agar wanita tersebut untuk mendoakan arwah dan menghormati keluarga arwah.

Dipercayai, komen dari wanita tersebut datangnya daripada reply sebuah posting kemalangan maut yang melibatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi dan sebuah bas di Jalan Puncak Borneo pagi tadi. 

Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment