Lelaki Ditahan Gagal Samun Motosikal

 
KULIM: Seorang lelaki cedera di bahu, lengan kiri dan kepala selepas dipukul dengan pelepah kelapa sawit oleh lelaki tidak dikenali yang cuba menyamun motosikal mangsa berhampiran ladang kelapa sawit Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Nagalilit, Padang Serai, dekat sini, hari ini.

Dalam Kejadian jam 2 petang itu, mangsa berusia 53 tahun menunggang motosikal ke kawasan cerun bukit berhampiran ladang kelapa sawit itu untuk mencari ulam-ulaman.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, bagaimanapun tiba-tiba seorang lelaki berusia 26 tahun muncul dan terus menyerang dan cuba merampas motosikal itu serta menolak mangsa namun sempat dielak.

Menurutnya, suspek kemudian mengambil pelepah kelapa sawit di tepi jalan dan terus memukul mangsa menyebabkan dia cedera di bahu, lengan kiri dan serta kepala.

“Selepas memukul mangsa, suspek terus melarikan diri. Mangsa yang terselamat kemudian membuat laporan di Balai Polis Padang Serai untuk tindakan selanjutnya.

“Bertindak atas laporan itu, polis kemudian mengesan suspek sebelum menahannya jam 5.15 petang tadi di dalam kawasan ladang kelapa sawit itu dan dua batang pelepah sawit turut dirampas,” katanya.

Ahmad Nasir berkata, semakan juga mendapati suspek memiliki tujuh rekod jenayah lampau berkaitan curi kenderaan, ceroboh, dan dadah.

“Siasatan awal juga mendapati suspek mengaku melakukan cubaan samun itu seorang diri dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” katanya. - BHOnline

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu