Friday, 25 January 2019

Kuarters Guru SK Datuk Bandar Debak Terbakar


DEBAK: Sebuah kuarters guru terbakar dalam kejadian di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Bandar, Debak di sini, tengah hari semalam.

Tiada kecederan atau kehilangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12:40  tengah hari itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 12:50 tengah hari sebelum menghantar jentera.

"Kebakaran yang berlaku di bilik nombor 3 itu meliputi 30 peratus keluasan kuartes yang didiami oleh enam orang penghuni itu.

"Anggota bomba sukarela bertindak memadam kebakaran untuk memastikan bara api padam sepenuhnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 1:57 tengah hari," katanya. - CucuAbangGodam

No comments:

Post a Comment