Sunday, 6 January 2019

Projek Pemasangan Paip Air Di DUN Saribas Sudah Masuk Kampung Supa


SUPA: Syabas Yang Berhormat Mohamad Razi Sitam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N35 Saribas, projek pemasangan paip bagi projek bekalan air bersih untuk empat buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas terus berjalan lancar. 

Gambar yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Mohiden Den hari ini boleh dijadikan rujukan untuk kita mengetahui perkembangan projek tersebut.

Terkini, proses pemasangan paip sudah memasuki Kampung Supa.

Apa yang berlaku membuktikan kelancaran projek tersebut walaupun penyokong Pakatan Harapan terus menerus cuba untuk menghentam kerajaan GPS yang kononnya mengabaikan keperluan asas penduduk DUN Saribas bahkan, ada yang menyebar fitnah mengatakan projek tersebut masih belum bermula.

Rata-rata, respond daripada pengguna facebook lain terhadap posting tersebut amat positif dengan harapan agar projek tersebut berjalan lancar dan siap mengikut jadual. - CucuAbangGodam

No comments:

Post a Comment