SACOFA Bakal Bina 600 Menara Telekomunikasi Tahun Ini, Tumpu Luar Bandar


KUCHING: SACOFA Sdn Bhd (SACOFA) berada pada landasan untuk membina 600 menara telekomunikasi di Sarawak tahun ini. 

Pengarah Urusan SACOFA, Zaid Zaini berkata pembinaan menara ini adalah kerjasama dengan Kerajaan Sarawak. 

"Buat masa ini, kami baru menjalankan tender dan akan memulakan kerja-kerja pembinaan tahun ini," katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu, Zaid menyertai program larian amal SACOFA 2019 yang berlangsung di perkarangan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini. 

Program tersebut turut disertai Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. 

Menjelas lebih lanjut mengenai pembinaan menara tersebut, Zaid berkata 600 menara yang akan dibina tahun ini merupakan fasa pertama bagi keseluruhan 5,000 menara yang dirancang dibina di Sarawak.  

Sebagai permulaan katanya, tumpuan akan dibuat di kawasan luar bandar bagi merapatkan jurang kadar penembusan jalur lebar antara luar bandar dan bandar. 

Zaid tidak menolak berdepan dengan beberapa cabaran dalam usaha ini berikutan bentuk muka bumi ini serta tanah yang luas.  

"Keluasan tanah Sarawak yang luas sentiasa menjadi cabaran kepada kita tetapi kita sudah menjalankan perkara ini hampir 20 tahun dan kita ada kontraktor yang berpengalaman. 

"Kita pernah buat perkara ini sebelum ini di Telok Melano di mana kita terpaksa menggunakan bot kerana tidak ada jalan akses," ujarnya. 

Dalam pada itu, larian amal SACOFA hari ini berjaya mengumpul dana berjumlah RM252,810 bagi diagihkan kepada 13 buah sekolah terpilih di Sarawak. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas