Banjir Jejas 4 Kampung Di Betong


BETONG: Empat kampung di kawasan Debak ditenggelami banjir setinggi dua kaki hingga satu meter susulan limpahan air dari hulu Sungai Rimbas, hari ini.

Kampung yang terjejas adalah Kampung Lalang, Kampung Bungey Hulu, Kampug Bungey Hilir, Kampung Babu Hilir yang terletak di kawasan rendah dan di tepi sungai. 

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, paras air Sungai Rimbas dalam keadaan menaik, namun perlahan ekoran hujan lebat sejak malam tadi.

"Pada pukul 12 tengah hari, seramai 22 orang daripada lima keluarga dari Kampung Bungey dipindahkan ke pusat pemindahan sementara Dewan Perpaduan Debak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sekretariat JPBM turut menasihatkan penduduk-penduduk kampung untuk terus berjaga-jaga memandangkan paras air Sungai Rimbas masih menaik.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (ATM) sedang giat menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas