Pelaksanaan RTP Merancakkan Lagi Pembangunan Desa


DARO: Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang dilaksanakan sejak 2015, ilham Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem, ternyata dirasai manfaatnya oleh penduduk luar bandar.

Penghulu Azmi Mahji, 51, yang bertanggungjawab terhadap Kampung Betanak, Penuai dan Penibong di kawasan utara Pulau Bruit berkata, projek RTP seperti membina dan membaiki jalan kampung amat bermakna bagi mereka.

“Sejak RTP mula dilaksanakan pada 2015 banyak projek dibangunkan di kawasan ini terutama pembinaan dan membaiki jalan dalam kampung. Ini dapat memberi kemudahan kepada penduduk di sini.

“Terima kasih kepada (Ahli Dewan Undangan Negeri Semop) Abdullah Saidol dan (Ahli Parlimen Tanjong Manis) Yusuf Wahab yang bekerja keras demi pembangunan di kawasan ini.

“Terima kasih juga kepada kerajaan GPS, semoga terus kehadapan dalam membangunkan kemudahan untuk penduduk di luar bandar,” katanya kepada Pasukan Kembara Utusan Borneo dan The Borneo Post (BAT) 2019, semalam.

RTP diteruskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya lagi, nikmat pembangunan turut dirasai apabila kini Kampung Betanak dapatdi kunjungi menggunakan jalan raya meskipun belum diturap.

“Apa yang mustahak ialah kini kereta sudah dapat masuk ke kampong dan tidak perlu menggunakan bot seperti sebelum ini.

“Untuk ke Sibu sebelum ada jalan kami mengambil masa enam jam menggunakan bot,” ujarnya sambil menambah, sekarang disingkatkan kepada sejam lebih perjalanan,” katanya.

Beliau turut diminta mengulas mengenai beberapa pihak yang sering merungut di media social mengenai beberapa kemudahan yang kini dalampembinaan, antaranya jalan raya.

“Mereka tidak tinggal di kampung. Walaupun mereka berasal dari sini, mereka menetap di bandar.

“Sekali-sekala sahaja (mereka) balik kampung. Kami yang tinggal di kampung melihat dan menikmati perubahan hasil pembangunan yang dilakukan kerajaan menerusi usaha wakil rakyat,” jelasnya.

Sementaraitu, Abdullah berjaya mengambil semula tanah yang menjadi laluan jalan ladang dari Sungai Nai ke Penuai daripada pihak ladang dan jalan ladang tersebut diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Beliau jugatelah lama memohon daripada kerajaan negeri peruntukan untukmenaik taraf jalan ladang tersebut kepada jalan berturap dan JKR telah menyediakan anggaran kos.

Tetapi kerja untuk menaik taraf jalan ladang tersebut mungkin dapat dimulakan setelah jalan di sebelah utara Pulau Bruit yang menghubung tujuh kampung dari Penuai ke Tekajong di peringkat hampir siap.

Ini kerana kenderaan-kenderaan berat yang terlibat dengan projek jalan di utara Pulau Bruit akan melalui jalan ladang tersebut.

Pada masa yang sama, projek-projek RTP bagi DUN N42 Semop bagi 2019 bernilai hampir RM5.5 juta telah melalui fasa pemeriksaan tapak dan seterusnya agensi pelaksana JKR akan melaksanakan pelantikan kontraktor.

Sepanjang Januari dan Februari 2019, Abdullah telah menyalurperuntukan (MRP) untuk projek kecil dan sederhana tidak kurang RM500,000 dan sumbangan peruntukan aktiviti kepada berbagai pertubuhan belia, PIBG, jawatankuasa masjid dan surau, SABERKAS dan JKKK kira-kira RM300,00

Betanak merupakan persinggahan hari kelima BAT 2019 yang bertujuan meninjau perkampungan sepanjang pesisir Sarawak.

Penduduk kampung tersebut kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan petani.

Menurut Azmi, sekarang merupakan musim udang dan ikan lumek. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas