MotoGP Argentina: Rossi: ‘Kami sudah memperbaiki beberapa perkara’
Menuju ke perlumbaan pusingan ke-dua perlumbaan, pelumba MotoGP kali ini akan meneruskan perlumbaan hujung minggu ini di Argentina. Bagi pasukan Movistar Yamaha, mereka telah menemui kejayaan berikutan masalah berkaitan setting bahagian depan motosikal lumba mereka. Rossi bergelut dengan masalah keyakinan terhadap tayar terbaru Michelin yang dirasakan terlalu lembut kelita memasuki selekoh. Masalah ini sudah berlarutan di sepanjang ujian pra-musim tahun ini namun ia dapat diselesaikan sebaik perlumbaan pembuka tirai di Qatar, dua minggu lepas. Bermula di petak ke sepuluh berdasarkan kombinasi masa tebaik bagi sesi latihan bebas, Rossi hanya mampu mencatatkan masa ke-13 terbaik ketika sesi memanaskan badan, di hari perlumbaan. “Ia bukanlah perlumbaan pembuka tirai yang mudah untuk kejohanan tahun ini,” kata Rossi. “Kami bekerja keras ketika ujian pra-musim namun kami gembira kerana pada hujung minggu perlumbaan pertama,...