Posts

Showing posts from January, 2020

Majlis peguam kritik SPRM tak patut dedah klip audio Najib berkait skandal 1MDB

Image
  PETALING JAYA: Majlis Peguam Malaysia mengkritik tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan rakaman perbualan yang didakwa antara Najib Razak dan beberapa pegawai kerajaan berhubung urusan dikaitkan dengan 1MDB dan SRC International. Presidennya, Abdul Fareed Abdul Gafoor terkejut dengan tindakan SPRM memainkan klip audio itu dalam sidang media semalam dan menyifatkannya perkara itu pertama kali berlaku dan tidak wajar kerana ia akan mengundang orang ramai dan media membuat penghakiman sebelum siasatan bermula. “Cara pendedahan itu tidak wajar dan menimbulkan pelbagai tuduhan terhadap SPRM, termasuk dakwaan penghinaan, subjudice, pelanggaran Akta Rahsia Rasmi 1972 dan memalukan kedaulatan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, SPRM sepatutnya hanya memaklumkan kewujudan rakaman perbualan itu kepada orang ramai dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menyiasatnya. Katanya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya tidak patut bercaka

Kenapa tak dakwa Haziq mengaku lakukan seks gay, Haniff tanya peguam negara

Image
  PETALING JAYA: Peguam Haniff Khatri Abdulla mempersoalkan keputusan peguam negara tidak mendakwa seorang daripada lelaki mengaku terbabit dalam mengadakan hubungan seks sejenis dalam klip video yang tersebar tahun lalu. Tanpa menamakan bekas ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz, Haniff berkata, individu terbabit merakamkan pengakuan itu yang dimuat naik ke media sosial pada Jun tahun lalu dan menamakan pasangannya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali. Katanya, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 377A, 377B atau 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan seks di luar tabii, serta Seksyen 120A, 499 dan 500 akta sama atas kesalahan jenayah konspirasi serta fitnah. Beliau turut mempersoalkan jika individu yang merakam dan menyebarkan video seks itu akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. “Namun persoalan yang ditampilkan juga wajib diselesaikan dan dijawab supaya isu video seks sejenis ini dapat diselesaikan secara

Rafizi: Tarikh serah kuasa PM boleh dipaksakan jika tiada kepastian

Image
Tarikh persaraan yang jelas boleh dipaksakan ke atas Dr Mahathir Mohamad jika beliau enggan memberikan komitmen terhadap peralihan kuasa menjelang awal tahun depan, kata seorang pemimpin kanan PKR. Menurut Rafizi Ramli, PH mungkin terpaksa mengambil pendekatan tersebut kerana rakyat mula kehilangan sabar berhubung penyerahan jawatan perdana menteri daripada Mahathir kepada Anwar Ibrahim. "Jika (Mahathir) melepaskan (jawatannya) dengan rela, proses peralihan akan berjalan dengan sangat lancar," kata Rafizi seperti dipetik akhbar South China Morning Post hari ini. Beliau berkata demikian pada sidang media sempena forum Iseas – Institut Yusof Ishak di Singapura. Untuk rekod bekas ahli parlimen Pandan itu merupakan seorang daripada tokoh yang bertanggungjawab merangka perjanjian di antara Mahathir dan Anwar menjelang pilihan raya umum pada 2018. Persetujuan itu dicapai dalam usaha pembangkang - pada waktu itu - untuk menyingkirkan BN dari Putrajaya. Sebelum persefahamam dica

MotoGP: Iannone B sample 'positive, but quantity small'

Image
  Italian media report that Andrea Iannone's B sample has also tested positive for a small quantity of a prohibited substance, food contamination cited as a possible explanation. Provisionally suspended by the FIM after failing an anti-doping test at the Malaysian MotoGP round on November 3, Andrea Iannone's B sample is also reported to have now tested positive. However La Gazzetta dello Sport states that the amount of the prohibited substance found, again said to be an Exogenous Anabolic Androgenic Steroid called drostanolone, was so small that unwitting consumption via contaminated meat in Asia is seen as a possible explanation by Iannone's lawyer Antonio De Rensis. Since drostanolone is commonly used as a bodybuilding drug it is seen as being of little obvious benefit in the 'lean' world of MotoGP. "The counteranalysis should attest to the presence of metabolites equal to 1,150 nanograms per millilitre, a small quantity, considering also that the rider

Official: Michelin introduce new tyre for 2020 MotoGP season

Image
  'This is the first change to construction for the rear for two years... We are looking forward to seeing it perform in racing conditions and breaking more records' - Piero Taramasso, Michelin Motorsport Two-Wheel Manager on new MotoGP tyre. Michelin has officially confirmed that a new construction rear tyre will be available for the 2020 MotoGP season, following a comprehensive range of tests held at a variety of venues last year. The new construction is aimed at increasing performance and stability for all riders and machines, meaning improved lap and race times. Following in-house in laboratory tests, the new rear slick was given to the MotoGP field to try for the first time during the Catalunya post-race test in June 2019. This was followed by further tests held at Brno and Misano, before a special 20-minute track session for the new tyre during the Australian Grand Prix weekend at Phillip Island, the season's most punishing tyre venue. Michelin then supplied the

Kanak-kanak perempuan rentung terbakar

Image
GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun rentung dalam sebuah bilik di tingkat atas selepas rumah teres dua tingkat didiami mangsa bersama keluarganya di Taman Lip Sin, Bayan Lepas, dekat sini, musnah dalam kebakaran, semalam. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata mayat kanak-kanak itu, Koey Siew Kim, ditemui rentung dalam keadaan terbaring berhampiran tingkap bilik itu, dipercayai cuba menyelamatkan diri dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang tadi. “Pihak bomba ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan dan sebaik tiba di lokasi, rumah teres dua tingkat itu sedang terbakar dengan api marak. Kami dimaklumkan terdapat seorang kanak-kanak perempuan ada di tingkat atas. “Bomba berusaha menyelamatkannya, namun api marak dan selepas usaha memadam api berjaya, mangsa ditemui rentung dalam keadaan terbaring,” katanya. Soffian berkata, berdasarkan siasatan awal, rumah itu didiami mangsa bersama ibu bapa, adik le

Lebih 63,000 Unit Dijual Bagi 2019, Benelli Atasi Penjualan Ducati

Image
Meskipun tidak semegah jenama motosikal Itali lain seperti Ducati dan Aprilia namun Benelli berjaya merekodkan penjualan lebih 63,000 unit bagi tahun 2019. Siapa sangka jenama yang suatu ketika dulu menghasilkan senapang patah, kini berjaya merekodkan penjualan lebih tinggi berbanding Ducati bagi 2019. Meskipun DNA Itali semakin pudar – setelah dimiliki Qianjiang Motorcycle – angka penjualan terbabit membuktikan orang ramai tidak peduli dengan senario tersebut. Malah, jumlah penjualan tersebut turut meningkat berbanding 59,750 pada 2018. Kos pengeluaran yang rendah – susulan dikilangkan di China – sekaligus membawa kepada harga mampu milik termasuk rekaan jentera moden membolehkan Benelli semakin mendapat perhatian ramai. Menariknya, langkah ini juga kini diekori pengeluar lain antaranya KTM, Triumph dan kini Harley Davidson yang bekerjasama dengan Qianjiang Motorcycle dalam menghasilkan jentera yang lebih kecil. Bagaimanapun, tidak dinafikan, Benelli merupakan pengeluar motosikal

23 Orang Dijangkiti Influenza Di Selangor

Image
  SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Selangor (JKNS) memaklumkan 2 kes Influenza A dikesan di Cyberjaya dan Klang semalam. Pengarahnya Kesihatan Selangor, Dr Sha’ari Ngadiman berkata, kes pertama positif Influenza A dikesan di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya melibatkan 20 pelajar dan seorang guru yang mengalami demam, batuk serta selsema. Beliau berkata, hanya satu kes dikesan di Klang melibatkan 2 beradik dalam satu keluarga. “Sehingga kini, pelajar dan guru itu telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang. Namun, seorang pelajar lelaki dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta, tetapi dilaporkan stabil. “Di Klang, seorang pesakit masih dirawat di hospital, tetapi stabil dan seorang lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang ke rumah. “Siasatan lanjut mendapati jangkitan di kedua-dua kawasan tersebut tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan malam ini. Beliau berkata, kes jangkitan itu terkawal dan tiada penutupa

Husni tiada rancangan ‘betul’ dapatkan dana dibeku di Switzerland, kata Najib

Image
  KUALA LUMPUR: Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, bekas anggota Kabinetnya, Ahmad Husni Hanadzlah tidak mempunyai perancangan “betul” untuk membawa balik dana SRC International yang dibekukan kerajaan Switzerland pada 2013 atas dakwaan pengubahan wang haram. Ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu, Najib berkata, Husni yang juga menteri kewangan kedua ketika itu, tidak mengemukakan permohonan rasmi kepadanya untuk membawa balik RM3.6 bilion dana SRC International itu. “Ia akan lebih berkesan jika beliau mempunyai perancangan betul. Beliau patut buat satu perancangan yang betul,” katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya ad hoc, V Sithambaram mengenai wang itu dan Husni. Husni sebelum ini memberitahu mahkamah, beliau menemui Najib untuk mendapatkan kebenarannya ke Switzerland bagi menyelesaikan isu pembekuan dana yang dipercayai daripada SRC International, tetapi Najib menolak permintaannya. Sithambaram kemudian bertanya: “Jika kerajaan mengha

Klip Audio Didedah SPRM Bukti Saya Tak Tahu Pemindahan Dana SRC, Kata Najib

Image
  PETALING JAYA: Najib Razak berkata, satu daripada 9 rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam akan membuktikan beliau tidak menipu kerana tidak tahu dana SRC International dimasukkan ke akaunnya. Bekas perdana menteri itu berkata, beliau beberapa kali memberitahu mahkamah yang beliau tidak pernah melihat penyata akaunnya sepanjang tempoh dana itu dimasukkan ke akaunnya. Beliau berkata, akaunnya diuruskan bekas ketua pegawai eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas setiausaha sulitnya, arwah Azlin Alias yang digantikan Shukry Salleh. Katanya, rakaman perbualan anatara bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dan Shukry membuktikan beliau tidak tahu butiran penyata akaunnya. Dalam klip audio itu, Shukry meminta Dzulkifli memberikan “set penuh dana” yang dipindahkan ke akaunnya, tetapi Dzulkifli berkata, beliau tidak mempunyai dokumen itu kerana ia berada di tangan SPRM. Najib berkata, beliau mengarahkan Shukry mendapatkan bu

Lima Lelaki Disyaki Pecah Rumah Ditahan

Image
  MIRI: Seramai lima lelaki tempatan ditangkap polis pada malam Selasa lalu setelah disyaki terlibat dengan kes pecah masuk sebuah rumah di Bakam pada bulan lepas. Kelima-lima suspek berusia lingkungan 16 hingga 29 tahun ditangkap di tiga lokasi berasingan oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri. Suspek pertama ditangkap kira-kira jam 5.15 petang di Bekenu manakala tiga lagi suspek ditangkap di Kampung Bakam. Susulan tangkapan empat suspek, polis kemudiannya menangkap suspek kelima di Kampung Lusut kira-kira jam 8.40 malam. Dalam tangkapan terbabit, polis turut merampas sejumlah wang luar negara dan dua unit telefon bimbit. Difahamkan kesemua suspek terbabit dipercayai memecah masuk sebuah rumah di Bakam pada 28 Disember lalu. Akibat kejadian pecah masuk itu, pemilik rumah terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM15,000. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Mohd Sabri Zainol ketika dihubungi meng

7,318 Akan Terima Sumbangan Tahun Baharu Cina

Image
  SARIKEI: Sejumlah 7,318 orang yang bakal menyambut Tahun Baharu Cina pada tahun ini di seluruh negeri Sarawak akan menerima sumbangan Tahun Baharu Cina (TBC) daripada Kerajaan Sarawak. Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, bantuan yang disalurkan tersebut adalah untuk meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima bantuan sempena menyambut TBC sehinggalah perayaan ini diraikan nanti. "Daripada jumlah tersebut, seramai 385 orang atau 14.76 peratus penerima bantuan adalah dari bahagian Sarikei, Kuching 2,669 orang, Samarahan 218 orang, Serian 339 orang, Sri Aman 339 orang, Betong 161 orang, Sibu 1,949 orang, Mukah 172 orang, Kapit 52 orang, Bintulu 252 orang, Miri 680 orang dan Limbang 177 orang. "Bantuan ini akan diserahkan kepada para penerima dari semasa ke semasa dan pada tahun ini Sarikei telah dipilih sebagai lokasi pertama pengagihan bantuan ini," jelasnya. "Selepas ini, program ini akan diteruskan ke bahagian Se

Orang Ulu Masih Teguh Pertahan Amalan Tradisi

Image
  MIRI: Masyarakat Orang Ulu di Ulu Baram khususnya Kayan dan Kenyah masih teguh mempertahankan amalan tradisinya dalam melantik pemimpin dan ketua masyarakatnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, masyarakat Kayan dan Kenyah amat berpegang kepada ‘adet’ (tradisi yang dipraktikkan) dalam pelantikan ketua kampung dan pemimpin atau ketua kaum. “Apabila pelantikan ketua masyarakat atau ketua kampung, ada tradisi yang telah diamalkan di kalangan masyarakat Orang Ulu di pedalaman sejak dari dulu lagi. “Ketua kampung atau ketua masyarakat mestilah daripada latar belakang masyarakat bangsawan atau dikenali oleh Orang Ulu sebagai keturunan ‘Hipun atau Maren Uma’,” jelasnya pada majlis penyerahan sijil pelantikan kepada ketua-ketua masyarakat di konstituensinya di Pejabat Daerah Telang Usan, baru-baru ini. Malah kata Dennis, ketua masyarakat dan penduduk kampung bekerja rapat dengan pejabat kerajaan negeri dalam memilih calon terbaik untuk dilantik memegang

Pegawai BBP Lopeng Paling Ramai Naik Pangkat

Image
  MIRI: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng mencatatkan pegawai bomba paling ramai yang dinaikkan pangkat ke gred KB22 yang dipanggil sebagai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) iaitu seramai 33 orang. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, daripada jumlah tersebut enam adalah jawatan hakiki manakala 27 pegawai ialah jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP). “Balai ini (BBP Lopeng) adalah balai paling ramai memakai tanda pangkat KB22 iaitu seramai 33 orang menunjukkan balai ini mempunyai ramai pegawai bomba yang berpengalaman dalam menangani pelbagai jenis kes, kecemasan dan bencana. “Mereka ini banyak memberi idea dan pengalaman semasa menghadapi banyak bencana di Miri. “Contoh yang paling baik sekali adalah semasa kebakaran hutan dan belukar di mana mereka inilah paling berpengalaman dari segi pemadaman api hutan dan tanah gambut dan keduanya adalah dari segi bencana banjir,” katanya. Beliau berkata demikian kepada

Balai Bomba Batu Niah beroperasi Februari

Image
  MIRI: Penduduk sekitar Batu Niah dapat menarik nafas lega apabila Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah yang dinanti-nantikan selama ini dijangka mula beroperasi bulan depan. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, pihaknya menjangkakan balai tersebut bakal siap sepenuhnya bulan ini. “Kita percaya sekiranya tiada masalah dari segi pembinaan dan penambahan, ia boleh diambil alih bulan Februari dan kami secepat mungkin mahu ia beroperasi pada Februari juga. “Sebab itulah kita telah mengiklankan pengambilan pegawai bomba bantuan bagi BBP Batu Niah untuk menambah pegawai bomba sedia ada agar dapat beroperasi serta-merta,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Tanda Pangkat Gred KB22 di BBP Lopeng di sini semalam. Pada majlis tersebut, 33 pegawai bomba dipakaikan tanda pangkat gred KB22 yang dipanggil sebagai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) dan daripada jumlah itu enam pegawai adalah jawatan hakiki m