Posts

Showing posts from July, 2019

Bintulu dipilih sebagai tuan Rumah sambutah Hari Sarawak

Image
KUCHING : Sambutan Hari Sarawak yang dirai pada 22 Julai ini di Bintulu akan diadakan dengan penuh berprestij yang menyaksikan tujuh acara menarik turut dianjurkan. Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, sambutan Hari Sarawak tahun ini amat istimewa kerana julung kali diadakan di luar Kuching. "Jadi ini peluang terbaik untuk rakyat di Bintulu dan penduduk sekitarnya untuk bersama-sama menyaksikan sambutan hari bersejarah buat Sarawak. "Malah, ini penting untuk rakyat Sarawak terutamanya generasi muda bagi mengetahui tentang sejarah kita dan mentadbir sendiri negeri kita pada 22 Julai 1963 dari kerajaan British 56 tahun lalu," katanya pada sidang media sambutan Hari Sarawak di Menara Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA), The Isthmus di sini, hari ini. Tambah Dr Rundi, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pertama diadakan di Bintulu ketika itu dan ini amat memberi makna memilih bahagian tersebut sebagai tuan rumah sambut

Rakyat Sarawak harus bersatu pertahan negeri

Image
KUCHING : Rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa harus bersatu dalam mempertahankan negeri atau ditawan oleh orang luar. Bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri di atas, Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos berkata umum mengetahui bahawa parti Semenanjung Malaysia berikrar untuk mengambil alih Kerajaan Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. “Parti dari Semenanjung seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) malah Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) di bawah Pakatan Harapan (PH) secara terbuka mengisytiharkan bahawa mereka berhasrat untuk memenangi dan mengambil alih Kerajaan Sarawak pada PRN yang dijadual pada 2021 atau lebih awal. “Mereka sangat serius dan sekarang bergerak ke seluruh negeri menerusi lawatan, perjumpaan dan cara lain untuk memancing undi rakyat. “Rakyat Sarawak harus mengambil serius niat PH ini dan tanya pada diri sendiri adakah kita mahu parti dan pemimpin dari luar memimpin negeri

Ada air tapi cakap takda air

Image
KUCHING : Maklumat berkaitan masalah bekalan air yang dihadapai penduduk Kampung Sebakau, Pulau Bruit, Daro tidak betul seperti yang didakwa seorang penduduk di situ.  Perkara itu didedahkan Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom yang memberitahu, sebaik sahaja maklumat itu diterima, pihaknya telah turun ke rumah penduduk kampung berkenaan dan mendapat bekalan air ada seperti biasa.  Sehubungan itu, beliau mengingatkan agar pemberi maklumat berkaitan masalah air agar memberi maklumat yang betul dan sahih. "Saya beri anda satu contoh yang berlaku (Kampung Sebakau) di Pulau Bruit, pemberi maklumat ini tidak tinggal di sana tetapi di Sibu apabila pegawai saya pergi ke rumahnya (di Pulau Bruit) memeriksa dan membuka kepala paip mendapati ada air.  "Jadi ini bukan tanggungjawab kementerian dan agensi kerajaan sahaja tetapi kita semua kalau beri maklumat biarlah betul dan sahih kerana semua maklumat yang diadukan kepada kita akan diambil tindakan tetapi

Caj perkhidmatan e-hailing dijangka naik hari ini?

Image
Kadar caj bagi perkhidmatan e-hailing dijangka akan berlaku kenaikan serta tempoh tempoh menunggu lebih lama berikutan penguatkuasaan peraturan baharu perkhidmatan itu mulai esok. Grab dalam kenyataan menerusi laman sesawangnya memaklumkan, peraturan baharu, program khas lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV) menyebabkan akan berlakunya kekurangan pemandu e-hailing khususnya pemandu sambilan. Grab turut memberi amaran kepada pengguna terhadap situasi ini dengan meminta pengguna merancang perjalanan dan pilihan pengangkutan dengan baik. “Menerusi peraturan baharu ini, rakan pemandu Grab akan berdepan dengan proses yang ketat untuk memenuhi syarat tertentu. “Ini kerana pemeriksaan latar belakang, enam jam latihan memandu, ujian pemanduan Jabatan Pengangkutan Jalan, pemeriksaan kereta oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer dan pemeriksaan kesihatan,” katanya hari ini. Dalam pada itu, menurut Grab, pengguna berdepan dengan kenaikan tambang secara dinamik ter

2 tawaran baharu menanti Hafizh Syahrin - Razlan Razali

Image
Demikian kenyataan dibuat Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali berkenaan dengan masa depan pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin. Kelmarin, KTM mengumumkan penyertaan Brad Binder yang bakal menggantikan tempat Hafizh bagi musim 2020 sebaik kontraknya berakhir bersama KTM Tech3 musim ini. Menurut Bernama, Razlan mendedahkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya dua tawaran menanti jawapan daripada Hafizh. “Kontraknya bersama Tech3 telah pun berakhir tetapi dia telah pun mendapat beberapa tawaran dan hanya perlu masa untuk membuat keputusan,”Razlan bercakap kepada Bernama. Razlan bertemu Hafizh pada Rabu selepas Red Bull KTM Tech3 mengumumkan penyertaan Brad Binder. Pengurus pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu mengakui ketika ini peluang untuknya kekal di MotoGP amat tipis. “Pasukan Petronas Yamaha SRT juga tiada kekosongan dengan rata-rata pelumba kami memiliki kontrak sehingga 2020,” tambah Razlan.

Dr Jerip umum keluar PSB berkuat kuasa serta merta

Image
KUCHING : Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil mengumumkan keluar dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkuat kuasa serta merta. Perkara itu disahkan menerusi surat rasmi peletakan jawatannya dari parti tersebut yang bertarikh 10 Julai 2019. Dr Jerip yang merupakan Timbalan Presiden PSB dalam surat berkenaan dipetik berkata, ia adalah keputusannya selepas mengambil pandangan dan nasihat penyokong termasuk rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong. "Saya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong hari ini memutuskan bahawa saya keluar dari PSB berkuat kuasa serta merta. "Ia adalah keputusan yang amat sukar bagi saya. Tetapi ia harus dilakukan kerana saya sedar dan yakin sepenuhnya bahawa hanya Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mempunyai visi, komitmen dan program yang membawa pembangunan dan kemajuan yang lebih baik kepada penduduk luar bandar," katanya. Tegas Dr

Najib pernah bantah SRC pinda tujuan pinjaman

Image
KUALA LUMPUR : Bekas Pengerusi Kumpulan Wang Persataan Diperbadanankan (KWAP) yang menyambung keterangannya hari ini berkata, Datuk Seri Najib Razak pernah membantah pindaan tujuan pinjaman kedua SRC International Sdn Bhd dilakukan. Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata demikian ketika soal jawab peguam bela bekas Perdana Menteri iaitu Farhan Read di Mahkamah Tinggi hari ini. Najib ujarnya membantah meluaskan tujuan pinjaman syarikat tersebut menerusi sebuah mesyuarat. Farhan: Adalah tidak betul untuk mengatakan mesyuarat (12 April 2012)  ia dibuat bagi meluaskan tujuan pinjaman. Mesyuarat ini berlaku kerana satu percanggahan (berkenaan tujuan pinjaman) yang dibangkitkan jabatan perundangan. Aziz: Ya setuju. Farhan: (Ini ialah) mesyuarat di mana SRC mahu terma  pinjaman diluaskan tetapi tidak dipersetujui (pihak lain)? Aziz: Ya betul. Farhan: Najib ‘tak okey’ dengan permintaan SRC untuk meluaskan terma? Aziz: Ya. Wan Abdul Aziz berkata dem

Wanita maut penyedut minuman besi tertusuk mata

Image
LONDON : Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas penyedut minuman besi menembusi mata kirinya dan terus ke otak beliau ketika mangsa terjatuh. Elena Struthers-Gardner, 60, membawa gelas berbentuk tembikar dengan penyedut besi tahan karat sepanjang 25 sentimeter di tengah penutup apabila beliau terjatuh, menurut laporan Daily Echo semalam. Kejadian berlaku di rumahnya di kampung Broadstone pada 22 November lalu, menurut laporan. Mangsa dibawa ke hospital selepas pasangannya menemui beliau tertiarap dan mengeluarkan bunyi ratapan berhampiran dapur. Beliau meninggal dunia akibat kecederaan otak keesokan hari. Pasangan Struthers-Gardner, Mandy berkata beliau pergi ke dapur dan melihat Lena tertiarap. “Saya nampak penyedut minuman tertusuk ke dalam kepala. “Saya menghubungi talian kecemasan dan meminta ambulans dihantar. “Saya mengalihkan beliau dan melihat penyedut itu menembusi mata kirinya,” kata Mandy. Mangsa ialah bekas joki yang menga

Seorang maut, seorang parah

Image
SIBU : Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah apabila motosikal mereka terlanggar bahagian belakang treler mengangkut sawit di Kilometer (KM) 80 Jalan Sibu-Bintulu di sini, awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia oleh pihak Klinik Kesihatan Selangau. Penunggang motosikal dikenali sebagai Thomas Liam, 22, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemboncengnya Augustine Roy Bagau, 20-an, dikejarkan ke Hospital Sibu. Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Rumah Imu, Sungai Sepiring di KM60, Jalan Sibu-Bintulu Selangau. “Hasil pemeriksaan pihak polis mendapati motosikal mereka telah melanggar sebuah treler yang diparkir di kiri jalan menuju ke arah Bintulu,” kata Jimmy dalam satu kenyataan di sini, semalam. Katanya, akibat kemalangan tersebut penunggang motosikal maut kerana mengalami

Stanley nafi dakwaan Alice Lau mengenai perjudian di Sibu

Image
SIBU : Ketua Polis Daerah Sibu Stanley Jonathan Ringgit menafikan dakwaan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau di Dewan Rakyat bahawa kegiatan perjudian dalam talian berleluasa di bandar ini. Malah katanya, dakwaan wakil rakyat tersebut bahawa mesin kuda di Sibu masih wujud adalah tidak benar. “Saya menafikan dakwaan tersebut kerana mesin kuda sudah tidak wujud lagi di Sibu malah dalam statistik Sarawak, Sibu menunjukkan kejayaan (menangani perjudian tanpa lesen) yang paling tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin. Berdasarkan statistik Sa-rawak terhadap serbuan dan tangkapan Loteri Awam 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 sejak Januari hingga Jun 2019, katanya, Sibu merupakan daerah yang paling aktif dan berjaya mengekang kes perjudian. Katanya, pihaknya telah menjalankan usaha pembanterasan aktiviti perjudian secara berterusan di mana sebanyak 111 serbuan telah dilakukan dalam tempoh itu berbanding 66 serbuan pada 2018. Daripada jumlah serbuan itu, 1

Penyalahgunaan dadah sintetik menunjukkan peningkatan

Image
KUCHING : Gejala penyalahgunaan dadah sintetik yang dihasilkan secara pemprosesan campuran bahan-bahan kimia seperti syabu dan Amphetamine dalam kalangan belia di negeri ini menunjukkan peningkatan berbanding dadah jenis lain. Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkara itu sangat membimbangkan kerana pengambilan dadah jenis itu boleh memberi kesan lebih buruk termasuk kelakuan agresif dan gangguan mental. “Selain itu, masalah sosial seperti kecurian juga akan berlaku semata-mata untuk mendapatkan duit membeli dadah. “Bagi mengekang masalah penagihan dalam kalangan generasi muda, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak terus menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak untuk mengadakan operasi membabitkan pelajar sekolah,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tinda-kan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sarawak semalam. Abdul Karim

12 pelajar cedera nahas 4 kenderaan di Batu Kawa

Image
KUCHING : Seramai 12 pelajar dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas terlibat kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Batu Kawa, di sini sekitar pukul 6 pagi hari ini. Difahamkan, kesemua mangsa yang berusia antara 7 hingga 12 tahun mengalami kecederaan di beberapa anggota badan termasuk seorang daripadanya mengalami patah tulang tangan. Sumber memberitahu semasa kejadian sembilan daripada pelajar terbabit menaiki sebuah van, manakala tiga lagi menaiki kenderaan masing-masing. Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan semasa dihubungi memberitahu kemalangan berlaku selepas sebuah kereta dari arah pusat bandar raya hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah van yang kemudian terbabas ke laluan bertentangan. “Pelanggaran tersebut menyebabkan van tersebut melanggar pembahagi jalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar dua buah kenderaan lagi,” katanya. Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Ak

Pemuda jual durian tanpa kulit dapat sambutan

Image
SINTOK : Inisiatif seorang pemuda menjual buah durian tanpa kulit, berbaloi apabila gerainya yang terletak di Batu 15, Jalan Sintok, di sini menjadi tumpuan terutama oleh penggemar buah tersebut dari sekitar kawasan ini. Mohd Izzuwan Ismail, 30, yang berasal dari Changlun, dekat sini berkata, dia mengambil inisiatif menjual dengan cara itu bagi memastikan hanya isi durian yang elok sahaja dijual kepada pelanggannya demi kepuasan mereka. “Saya mendapatkan durian daripada pemilik kebun durian dan bukan semua isi buah itu elok kerana ada buah yang sedikit berlubang dan buruk dan tidak boleh dijual kepada pelanggan. “Jadi saya cuba menjual ulas isinya tanpa kulit dengan mengambil hanya isi yang elok sahaja dan diletakkan di dalam bekas sebelum dijual pada harga RM25 sekilogram,” katanya ketika ditemui pemberita di gerainya di sini. Katanya, ternyata kaedah menjual seperti itu lebih menarik minat penggemar raja buah apabila kira-kira 200 biji durian di gerainya terjual

Najib mahu lantik 3 orang dalam pasukan penasihat BN

Image
KUALA LUMPUR : Pengerusi baru lembaga penasihat Barisan Nasional, Najib Razak mahu melantik 3 orang lagi dalam pasukannya bagi membantu tugasnya sebagai penasihat. “Tiga orang tetapi mungkin, kalau perlu, tambah lagi,” katanya kepada pemberita sejurus mesyuarat dewan tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi. Najib berkata dia sedang memikirkan beberapa orang tetapi dia belum merujuk orang-orang berkenaan. Beliau menambah orang-orang yang tidak dinamakan itu akan dibincangkan dengan pimpinan BN dalam masa terdekat. Sebelum itu, dewan tertinggi BN yang turut dihadiri Presiden Umno Zahid Hamidi, Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Vigneswaran Sanasee sebulat suara melantik Najib, yang kembali popular dengan fenomena ‘bossku’. Bekas perdana menteri itu ditugaskan untuk membantu BN mengembalikan semula sokongan rakyat. Mengenai perbincangan malam tadi, Najib berkata antara perkara yang disentuh adalah bagaimana gabungan itu boleh menampilka

Najib tekad galas tanggungjawab

Image
KUALA LUMPUR : Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) yang baharu dilantik, Datuk Seri Najib Razak bertekad menggalas tugas sebaik mungkin selepas diberi kepercayaan. Beliau berkata, pelantikan tersebut merupakan satu penghormatan buat dirinya dan tanggungjawab besar dalam usaha memulihkan  semula BN berdasarkan kepada piagam parti yang baharu. “Saya ucap terima kasih kepada Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid (Hamidi) dan juga kepada Presiden MCA dan juga Presiden MIC kerana mereka telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi pengerusi kepada lembaga Penasihat BN. “Ia satu penghormatan bukan saya anggap kepada diri saya tapi satu tanggungjawab besar untuk memulihkan keadan BN dan memperkasakan BN berdasarkan kepada piagam BN yang baharu yang akan dilancar dalam Konvensyen BN pada bulan September akan datang. Insyaallah,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Pimpinan Tertinggi

Sarawak akan perkukuh kerjasama dengan Brunei: KM

Image
KUCHING : Sarawak akan mengukuhkan lagi kerjasamanya dengan Brunei dan kali ini menerusi ketersambungan telekomunikasi dan pembangunan ekonomi secara keseluruhan. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendedahkan, kerjasama berkenaan adalah antara SACOFA Sdn Bhd dan syarikat Brunei, DST International. “Kita membincangkan tentang kerjasama antara Brunei dan Sarawak dari segi ketersambungan, di mana mereka mempunyai syarikat sendiri yang dikenali DST (International). “DST nanti akan bekerjasama dengan SACOFA dan mereka akan meneroka kemungkinan menggunakan gerbang di Brunei untuk menghubungkan gentian fiber optik kita,” ujarnya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Brunei Datuk Seri Setia Awang Abdul Mutalib Mohammad Yusof di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam. Menurut Abang Johari lagi, selain itu Abdul Mutalib juga menyampaikan mesej daripada Sultan Brunei yang aga

Pemergian Dawos kehilangan besar kepada bidang alam sekitar: Uggah

Image
KUCHING : Pemergian bekas Ahli Parlimen Puncak Borneo atau sebelum ini Mambong Datuk Seri Dr James Dawos Mamit bukan sahaja kehilangan besar kepada politik tetapi juga peranannya sebagai pakar dalam bidang alam sekitar. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyifatkan Dawos sebagai seorang yang amat profesional terutamanya dalam bidang alam sekitar. “Saya mengenali mendiang lama sebelum beliau masuk dalam politik, selain itu beliau sering menjadi ‘buku rujukan’ kepada saya mengenai alam sekitar semasa saya menjadi menteri persekutuan (Sumber Asli dan Alam Sekitar). “Saya selalu meminta nasihat daripada beliau dan banyak kali membawanya bersama menghadiri Sidang Kemuncak Perubahan Iklim di luar negara dan yang ter-akhir adalah sidang kemun-cak di Copenhagen 2009,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penutupan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS 2019) yang disempurnakan Ketua Menteri

Kes gadis mati di pusat hiburan, polis tunggu laporan kimia

Image
KUCHING : Polis masih menunggu laporan kimia bagi melengkapkan siasatan kes kematian seorang gadis di sebuah pusat hiburan di Jalan Ban Hock pada 3 Julai lalu yang didakwa disebabkan pengambilan dadah secara berlebihan.  Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata pihaknya belum mendapat keputusan penuh laporan kimia berhubung punca kematian mangsa selepas bedah siasat kali kedua dijalankan Isnin lalu. Justeru, katanya kes itu masih diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan penuh. “Siasatan (di bawah) SDR diteruskan hingga laporan kimia diperolehi dan bakal dirujuk untuk inkues di mahkamah,” katanya ketika dihubungi hari ini. Sementara itu, sebuah akhbar Bahasa Inggeris tempatan melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Denis Leong telah mengesahkan kematian mangsa adalah disebabkan pengambilan dadah secara berlebihan. Bagaimanapun, usaha Utusan Borneo mendapatkan pengesahan daripada beliau berhubung

Dawos banyak menyumbang kepada arena politik Sarawak - Abang Johari

Image
KUCHING : Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata bekas Ahli Parlimen Mambong Datuk Seri James Dawos Mamit yang meninggal dunia malam tadi telah banyak menyumbang kepada politik Sarawak. Menurut Abang Johari, mendiang juga banyak menyumbang kepada kawasannya selain sebagai timbalan menteri di kerajaan persekutuan. "Kami amat bersedih mengetahui pemergiannya, beliau banyak menyumbang kepada politik Sarawak. "Kami bersimpati dengan keluarganya dan ia satu kehilangan besar kepada kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian bagi penutupan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS 2019) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika ditemui pemberita pada majlis yang sama berkata, pemergian mendiang bukan sahaja kehilangan besar dari segi politik tetapi seorang pakar alam sekitar. "Saya mengenali mendian

Keluarga Penan tak mampu bawa mayat pulang kampung terima bantuan

Image
MIRI : Kesusahan seorang wanita Penan untuk membawa mayat mendiang suaminya pulang ke kampung di Ba Kawi, Ulu Baram mendapat perhatian daripada pelbagai pihak di sini. Pari Lawai, 69, meninggal dunia di Hospital Miri pada pukul 1 pagi hari ini selepas mengalami penyakit jantung. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata beliau menerima panggilan dari keluarga mendiang awal pagi memohon bantuan keranda dan kos pengangkutan membawa mayat pulang ke kampung. Menurut Dennis, dengan jarak Ba Kawi yang terletak kira-kira enam jam perjalanan dari Miri menggunakan kenderaan pacuan empat roda, kos pengangkutan dan keranda untuk membawa mayat amat mahal dianggarkan mencecah RM5,000. "Selepas mendapat tahu berita itu, saya terus menghubungi rakan-rakan di Miri termasuk sahabat berbangsa Cina untuk membantu apa yang patut termasuk menyediakan keranda, pengangkutan dan duit perbelanjaan lain." "Saya tahu ramai kaum Penan yang dalam

Penjawat awam ditemui mati tergantung di Petra Jaya

Image
KUCHING : Seorang kakitangan kerajaan ditemukan mati dalam keadaan tergantung di tangga bangunan sebuah pejabat kerajaan di Petra Jaya, di sini semalam.  Menurut sumber, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30an kali terakhir dilihat sekitar pukul 11.30 pagi ketika minum pagi bersama rakan sekerjanya. “Selepas itu, kira-kira pukul 1 tengah hari mangsa ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan tergantung di tangga kecemasan oleh tukang cuci dan kemudian terus memaklumkan kepada anggota pengawal kecemasan. “Beberapa anggota paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dikejarkan ke lokasi kejadian yang kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya. Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching juga hadir di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk tindakan selanj

SKMM yakin rakyat Sarawak dapat nikmati 5G menjelang 2021

Image
KUCHING : Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Al-Ishsal Ishak yakin pelanggan iaitu rakyat negeri ini dapat menikmati perkhidmatan jalur lebar 5G menjelang 2021. “Perkhidmatan jalur lebar 5G sebenarnya sangat menarik dan ada sedikit salah faham. 5G boleh dilaksanakan hari ini untuk industri misalnya enam industri utama iaitu perkilangan, pelancongan, e-dagang, kerajaan digital, bandar pintar dan pertanian. “5G untuk peranti-peranti Internet untuk industri-industri boleh dilakukan dari segi projek rintis hari ini, 5G untuk pelanggan mungkin lewat sikit, mungkin menjelang 2021,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa (IDECS) 2019 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam. Al-Ishsal berkata, kelewatan itu mungkin disebabkan penggunaan agak berkurangan tetapi penggunaan industri seperti perkilangan, robotik dan pengangkutan adalah lebih aktif. M

Sarawak miliki lima elemen maju dalam revolusi digital

Image
KUCHING : Sarawak mempunyai lima elemen yang membolehkannya untuk maju dalam revolusi digital, kata pakar fizik futuristik dan teori terkemuka, Dr Michio Kaku. “Apabila saya datang ke Sarawak, saya rasa amat kagum. Imej yang masuk dalam fikiran adalah anda mempunyai ‘roket penggalak besar’ yang sedia untuk berlepas dengan segala sumbernya. “Ia (Sarawak) mempunyai penduduk aman dan penduduk yang berpendidikan serta ingin belajar. Elemen ketiga, anda mempunyai kerajaan yang prihatin dan berfikiran jauh ke hadapan. “Selain itu, anda mempunyai usahawan yang mempunyai kreativiti untuk memperkasakan ekonomi dan kelima, anda memiliki semangat kebangsaan yang mahu maju dalam revolusi digital pada masa hadapan,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2019 di  Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam. Majlis bertemakan ‘Membayangkan Masa Depan Sarawak’ itu disempurnakan Ke

Tiga beranak tersesat hampir satu jam di Taman Tumbina Bintulu

Image
BINTULU : Seorang wanita dan dua anak lelakinya ditemui selamat setelah tersesat hampir satu jam di kawasan hutan Jungle Trekking Taman Tumbina Bintulu sekitar jam 10.20 pagi semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Mohamad Meramit, dalam satu kenyataan media berkata, pihak bomba telah menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada jam 9.47 pagi sebelum mengerahkan empat anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan 2 Winston Tan bagi memulakan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa. “Sejurus sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba dengan bantuan pasukan polis telah memulakan kerja-kerja mencari tiga mangsa yang tersesat di kawasan hutan rekreasi itu,” ujarnya. Setelah hampir setengah jam mencari, kesemua mangsa telah ditemui dalam keadaan selamat sekitar jam 10.20 pagi di kawasan dua kilometer masuk ke dalam hutan rekreasi terbabit. Mujurlah katanya, Tan Piaw Hua, 36 dan dua anak lelakinya yang berumur tujuh dan sembilan tahun ditemui dalam keadaan s

SCV berwajah baharu, sedia terima pengunjung RWMF 2019

Image
SANTUBONG : Kampung Budaya Sarawak (SCV) kini berwajah baharu dan sedia untuk menerima kedatangan pengunjung ke Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2019 hujung minggu ini. Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerja menaik taraf fasiliti dan struktur bangunan di SCV telah dibuat menerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC). “Kerajaan negeri memperuntukkan RM13 juta untuk naik taraf tempat ini selepas sekian lama tidak dinaik taraf. “Hari ini (semalam) saya datang untuk melihat dan terima kasih kepada SEDC yang telah mempercepatkan kerja-kerja menaik taraf termasuk fasiliti di lapangan tapak RWMF,” ujarnya ketika ditemui di SCV semalam. Berhubung sambungan perkhidmatan Internet tanpa wayar di SCV yang disediakan untuk pengunjung RWMF, Abdul Karim berkata ia telah ditambah baik tahun ini oleh SACOFA. “Saya telah menjanjikan sambungan Internet yang lebih pantas kepada media antarabangsa

Usaha pendigitalan dipercepat

Image
KUCHING : Makmal Terbuka akan ditubuhkan di negeri ini untuk menerokai dan melakukan penyelidikan ke atas inisiatif-inisiatif digital baharu bagi menyokong pembangunan ekonomi digital Sarawak. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bagi menubuhkan Makmal Terbuka itu, Sarawak menerusi Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) akan menandatangani 10 memorandum persefahaman (MoU) dengan pelbagai pemain teknologi digital antarabangsa. Beliau berkata, MoU itu akan membolehkan kerjasama antara SMA dan pemain-pemain teknologi digital antarabangsa untuk membangunkan sektor ekonomi digital Sarawak. “Kita menandatangani MoU dengan pemain-pemain teknologi digital antarabangsa esok (hari ini) bagi mempercepatkan lagi usaha kita ke arah ekonomi digital. “Esok (hari ini) sepuluh MoU antara SMA dan pelbagai rakan usaha antarabangsa akan ditandatangani (di sini). MoU ini berkaitan pembangunan ekonomi digital Sarawak. “Rakan-rakan usaha sama ini akan membantu kita

Pembangunan jaringan infrastruktur akan majukan Tg Manis, Belawai: Len

Image
SARIKEI : Kawasan Tanjung Manis dan Belawai bakal menikmati lebih banyak pembangunan dan kemajuan dari semasa ke semasa setelah jaringan infrastruktur seperti jalan dan jambatan dari Sarikei menuju ke Tanjung Manis siap dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini. Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, selain itu juga, pembesaran lapangan terbang Tanjung Manis dijangka akan membawa impak lebih besar terhadap perkemba-ngan sosioekonomi penduduk setempat. “Kerajaan Sarawak kini sedang fokus untuk memba-ngunkan kawasan-kawasan di pesisir pantai kerana lokasi ini mempunyai pelbagai tarikan dan potensi untuk berkembang. “Justeru dengan berge-raknya arus pembangunan ini, kita mahu masyarakat turut serta bersama-sama dengan kita untuk terlibat dalam setiap program dan aktiviti pembangunan yang membawa impak positif kepada semua pihak. “Pemimpin dan kerajaan Sarawak mempunyai kesungguhan terhadap perkara ini dan kita berharap

Sarawak tubuh Makmal Terbuka, sokong pembangunan ekonomi digital

Image
KUCHING : Sarawak akan menubuhkan Makmal Terbuka yang berperanan untuk menerokai dan melakukan penyelidikan ke atas inisiatif-inisiatif digital baharu bagi menyokong pembangunan ekonomi digital Sarawak. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata bagi menubuhkan Makmal Terbuka itu Sarawak menerusi Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) akan menandatangani 10 memorandum persefahaman (MoU) dengan pelbagai penggiat teknologi digital antarabangsa untuk bersama-sama membangunkan sektor ekonomi digital Sarawak. "Kita menandatangani MoU dengan pemain-pemain teknologi digital antarabangsa esok bagi mempercepatkan lagi usaha kita ke arah ekonomi digital. "Esok sepuluh MoU antara SMA dan pelbagai rakan usaha antarabangsa akan ditandatangani (di sini). MoU ini berkaitan pembangunan ekonomi digital Sarawak. Rakan-rakan usaha sama ini akan membantu kita dalam Makmal Terbuka untuk menerokai dan melakukan penyelidikan mengenai inisiatif-inisiatif baharu yang menyo