Posts

Showing posts from June, 2020

Rakyat tidak terima permohonan maaf penerbit hina Jata Negara

Image
KUALA LUMPUR – Walaupun penerbit buku kontroversi telah memohon maaf, Wirawati Putra Malaysia tetap mahu pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang lebih tegas kerana perbuatan menghina Jata Negara tidak boleh diterima rakyat. Ketuanya, Dr. Asmah Razalli menegaskan, maruah dan kedaulatan negara tidak sesekali boleh dijadikan bahan jenaka oleh pihak tidak bertanggungjawab yang tiada sifat taat setia kepada negara sendiri. Beliau bagaimanapun, memuji tindakan pantas Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis menyiasat isu Jata Negara diubahsuai serta disalahguna oleh sebuah syarikat penerbitan. Katanya, tindakan undang-undang dan hukuman berat perlu dikenakan ke atas mereka yang terang terangan menghina Jata Negara dengan alasan tidak tahu atau dijadikan bahan jenaka. “Hukuman berat dan tindakan undang-undang ini wajar sebagai peringatan kepada mana-mana warga negara mahupun pemimpin politik supaya tidak sekali-kali berani memperlekehkan kehormatan serta mar

Minum hand sanitizer akibatkan 3 maut, seorang buta

Image
Dalam norma kehidupan baru ekoran Covid-19, semua orang digalakkan untuk mengamalkan pemakaian topeng, hand sanitizer dan penjarakan sosial. Namun apa yang berlaku di New Mexico sesuatu yang memeranjatkan apabila 3 individu dilaporkan maut, manakala seorang lagi mengalami kecacatan penglihatan kekal selepas minum hand sanitizer. Menurut laporan CNN berdasarkan kenyataan seorang pegawai kesihatan, kes kematian ini dikaitkan dengan keracunan metanol. Menurut Jabatan Kesihatan negeri, 3 lagi individu yang dipercayai turut minum hand sanitizer kini berada dalam keadaan kritikal. Insiden tersebut dianggap berkaitan dengan alkoholisme. Kes ini kemudiannya dilaporkan kepada Kawalan Racun New Mexico selama beberapa minggu, Mei lalu. “Kesemua individu yang dipercayai meminum hand sanitizer mengandungi metanol,” menurut Jabatan Kesihatan dalam satu kenyataan. Segelintir individu menggunakan hand sanitizer berasaskan alkohol untuk khayal. - FMT

Apa nak jadi, penduduk Jakarta berdegil tetap ‘curi’ mayat Covid-19

Image
Ratusan penduduk kampung Ambon Maluku di Jakarta halang sebuah ambulans membawa jenazah pesakit Covid-19. Menerusi rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan ratusan penduduk menghalang sebuah ambulans dan membuka pintu untuk mengambil jenazah ahli keluarga mereka. Berdasarkan laporan Tribunnews dalam rakaman itu, penduduk juga menjerit dan meluahkan kemarahan kepada anggota polis dan petugas perubatan yang mengawal jenazah. Menurut penduduk, individu itu meninggal dunia dipercayai bukan kerana dijangkiti Covid-19, tetapi mempunyai penyakit lain. Keadaan kemudian menjadi kelam-kabut, para petugas barisan hadapan terpaksa melihat penduduk “mencuri” jenazah dari ambulans untuk dibawa ke rumah dan meninggalkan keranda jenazah di tepi jalan. Ketua Polis Pulau Ambon Maluku, Leo Surya Nugraha Simatupang berkata, kejadian itu didakwa berpunca daripada salah faham. “Petugas perubatan telah memberi penjelasan sebaiknya pesakit itu meninggal dunia kerana

Gempar dengan penemuan keluang gergasi sebesar anjing di Filipina

Image
Media sosial gempar apabila sekeping gambar keluang gergasi bersaiz badan manusia tular dan menjadi bualan warganet. Perkongsian pertama gambar itu dipercayai daripada pengguna Twitter dari Filipina, @AlexJoestar622 yang memaklumkan haiwan itu spesies “giant golden crowned flying fox”. Ramai memberikan maklum balas mereka tidak pernah tahu kewujudan mamalia itu. Perkongsian itu meraih 105,200 retweet, 262,800 tanda suka dan lebih 6,000 komen. Pengguna Twitter @louistenantIV mengesahkan keluang itu spesies dari Filipina. “Haiwan jenis ini ada sayap lebar, tetapi badannya tidak begitu besar, lebih kurang saiz anjing. “Keluang ini hanya makan buah terutama jambu. Ia juga tidak ganas,” katanya memetik laporan portal Gulf News. “Giant golden-crowned flying fox” juga dikenali sebagai “keluang golden-capped Fruit”, ia adalah spesies keluang gergasi yang berasal dari Filipina. Haiwan berkenaan disifatkan sebagai spesies terancam akibat penebangan hutan dan

India haramkan Tik Tok, WeChat

Image
NEW DELHI – Kerajaan India mengharamkan 59 aplikasi telefon bimbit China termasuk Tik Tok da WeChat, kata Menteri Dalam Negeri, Amit Shah. Malah Kerajaan India dalam satu perintah rasmi mahu semua syarikat telekomunikasi menyekat penggunaan aplikasi telefon bimbit milik China. Perbincangan pengharaman aplikasi berkenaan didakwa dilaksanakan sebelum ketegangan tercetus antara India dan China di sempadan Ladakh. Namun pegawai tertinggi kerajaan India memberitahu Hindustan Times, tindakan itu dilaksanakan segera selepas insiden pada 15 Jun di Lembah Galwan, di timur Ladakh yang membabitkan pertarungan tentera India dan China. Menteri Teknologi Maklumat juga akan mengeluarkan arahan rasmi kepada semua pemain industri teknologi telekomunikasi untuk melaksanakan larangan penggunaan aplikasi telefon bimbit dari China. Kenyataan Kementerian Teknologi Maklumat berkata, keputusan diambil untuk menyekat aplikasi berdasarkan faktor keselamatan siber, melibatkan kedaulatan

Jentera Mercedes tampil serba hitam tahun ini

Image
LONDON – Jentera Mercedes bakal melakukan penampilan eksklusif dalam warna serba hitam pada perlumbaan Formula 1 musim 2020 Julai ini. Penampilan itu sebagai isyarat diversiti dalam sukan permotoran. Mercedes menggunakan warna Silver sebagai tema ikonik jentera pasukannya sejak 1930-an. Pasukan itu berkata, perubahan warna jentera kepada hitam bagi melawan isu perkauman. Juara Dunia Lewis Hamilton menyifatkan jentera berwarna hitam sebagai mesej penting pasukannya yang sedia berubah dan memperbaiki segala aspek. Pasukan F1 Mercedes berkata, hanya 3.0% daripada tenaga kerjanya dalam kalangan berkulit hitam dan hanya 12 peratus mewakili golongan wanita. “Kekurangan kepelbagaian ini menunjukkan kita perlu mencari pendekatan terkini untuk menarik bakat baharu daripada pelbagai lapangan dalam kalangan masyarakat yang gagal dicapai sebelum ini,” kata jurucakap pasukan itu. Pasukan Mercedes juga merancang untuk melancarkan program kepelbagaian yang akan meran

Dunia belum lalui tahap terburuk COVID-19: WHO

Image
GENEVA : Walaupun sudah enam bulan dunia dilanda wabak COVID-19, pandemik itu masih lagi mencapai kemuncaknya dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran bahawa tempoh paling buruk belum dilalui lagi. Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata enam bulan lalu tiada siapa dapat bayangkan bagaimana dunia dan kehidupan jadi terumbang-ambing akibat virus baharu itu. "Kita mahukan ia berakhir dan menjalani kehidupan seperti biasa, namun hakikatnya ia masih belum dapat ditamatkan, biarpun sesetengah negara dilihat bertambah baik, secara global pandemik ini masih lagi berleluasa. "Kita semua bersama sepanjang tempoh ini dan perlu lebih banyak ketahanan, kesabaran, sifat kemanusiaan dan murah hati pada bulan mendatang. "Kita sudah banyak kehilangan, tetapi jangan sampai hilang harapan," katanya dalam sidang video secara maya. Tambah beliau, pandemik itu secara tidak langsung menunjukkan sikap kemanusiaan sebenar, kebaikan dan solidariti,

Perbicaraan Tengku Adnan: Pembelaan tutup kes

Image
KUALA LUMPUR : Selepas memanggil empat saksi pada perbicaraan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang mengambil masa empat hari di Mahkamah Tinggi di sini, pihak pembelaan menutup kesnya, hari ini. Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 14 Ogos depan untuk mendengar hujahan di akhir kes pembelaan sebelum memutuskan sama ada bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu akan disabitkan kesalahan atau dibebaskan. Peguam Datuk Tan Hock Chuan memaklumkan kepada mahkamah, pembelaan menutup kesnya terhadap Tengku Adnan, selepas pemeriksaan balas saksi terakhir Ketua UMNO Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah. - BHOnline

China Didakwa Memandulkan Etnik Uighur Secara Paksa

Image
BEIJING : Pihak berkuasa China didakwa memandulkan wanita Uighur secara paksa bagi mengurangkan jumlah penduduk etnik Islam itu di barat wilayah Xinjiang. Laporan penyelidik Jerman, Adrian Zenz, yang diterbitkan semalam, mendedahkan dasar China yang mengurung wanita Uighur di kem tahanan jika enggan menggugurkan kandungan sekiranya melebihi kuota anak yang ditetapkan. Laporkan berasaskan data rasmi, dokumen dasar dan temu bual dengan wanita Uighur itu mendorong sekumpulan Ahli Parlimen antarabangsa mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan siasatan. Tindakan itu menimbulkan kemarahan China yang semalam menafikan menindas etnik Uighur dan menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas. China dituduh memenjarakan lebih sejuta etnik Uighur dan minoriti Islam lain di 'kem pendidikan semula' atas alasan mahu memberi latihan kemahiran , sekali gus menghindarkan mereka terpengaruh dengan kegiatan pengganas. Laporan berasaskan data oleh Zenz, y

Pengundian Awal PRK Chini Hari Ini

Image
PEKAN : Pusat pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini di Bilik Maklumat Balai Polis Chini dekat sini, dibuka 8 pagi ini bagi membolehkan 18 pengundi awal membabitkan anggota polis menunaikan tanggungjawab mereka. Pusat pengundian awal itu dibuka selama empat jam sehingga 12 tengah hari. Sepanjang proses mengundi awal itu, pematuhan kepada garis panduan pencegahan COVID-19 berkuat kuasa seperti penjarakan sosial, amalan pemakaian pelitup muka, penggunaan cecair pembasmi kuman dan sarung tangan serta saringan suhu badan. Proses itu akan disaksikan ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain turut disiarkan secara langsung atau 'live streaming' menerusi Facebook SPR. Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis dan pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian, Sabtu ini (4 Julai) di pusat pengiraan undi di Bilik Maklumat, Balai Polis Paloh Hinai.

Iran Minta Bantuan Interpol Untuk Tahan Trump

Image
TEHRAN : Iran meminta bantuan Interpol untuk menangkap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan 35 pegawai AS lain kerana terbabit dalam pembunuhan seorang jeneral tertinggi dalam serangan dron Januari lalu. Pendakwa Tehran, Ali Qasi Mehr, berkata 36 pegawai politik dan ketenteraan AS yang terbabit dalam pembunuhan Jeneral Qasem Soleimani sudah disiasat dan diperintahkan untuk ditangkap melalui Interpol. "mereka ini dituduh melakukan pembunuhan dan keganasan. Senarai paling atas ialah Trump dan pendakwaannya akan diteruskan, walaupun selepas tamat tempoh penggalnya. "Badan kehakiman Iran juga sudah mengeluarkan waran tangkap terhadap 36 orang yang terbabit itu," katanya, yang dipetik agensi berita IRNA. Beliau meminta Interpol mengeluarkan notis merah bukan sebagai waran tangkap, tetapi bagi mereka yang dikehendaki untuk pendakwaan atau hukuman. Trump sebelum ini mengarahkan pembunuhan Soleimani pada 3 Januari lalu dengan serangan dron be

Lelaki tunjuk 'anu' kena jel 10 bulan

Image
KUALA TERENGGANU : Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita. Majistret Nordiana Abd Aziz membuat keputusan itu selepas tertuduh, Rafi Alam Mohd Alam, 30, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan satu perbuatan kelucahan melampau iaitu menunjukkan kemaluan kepada mangsa berusia 44 tahun di sebuah kedai makan di Kampung Pak Katak, di sini, jam 9.45 pagi pada 26 September 2019. Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara hingga dua tahun, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mengikut fakta kes, mangsa berada di kedai makan sebelum tertuduh datang untuk minum. Sebaik selesai minum, tertuduh tiba-tiba membuka seluar dan menunjukkan

COVID-19: Makkah diselubungi suasana kosong, terlalu lengang

Image
RIYADH : Suasana terlalu lengang serta kosong - dan kebimbangan akan kehancuran ekonomi - menyelubungi Makkah yang lazimnya cukup sibuk, selepas pihak berkuasa Arab Saudi mengehadkan ibadat haji tahun ini akibat pandemik COVID-19. Tanah Suci itu biasanya dipenuhi jutaan jemaah haji, setiap tahun, namun Arab Saudi melarang mereka dari luar negara untuk masuk menunaikan ibadat kali ini susulan penularan wabak berkenaan. Bilangan jemaah haji dan umrah mencatatkan penurunan ketara, sekali gus menjejaskan ekonomi di Makkah membabitkan kira-kira AS$12 bilion. Ledakan projek pembinaan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan pertambahan pasar raya, pangsapuri dan hotel mewah tetapi kebanyakan premis kini begitu lengang. Perniagaan yang bergantung pada kunjungan jemaah serta mewujudkan ribuan peluang pekerjaan, daripada ejen pelancongan sehinggalah kedai cenderamata dan tukang gunting rambut di jalanan, jelas merudum akibat pandemik itu. Malah, banyak k

Lanjut moratarium, terhad pada golongan terjejas

Image
KUALA LUMPUR : Hanya golongan sasar yang terjejas akan menerima moratorium sekiranya ia dilanjutkan dan bukan lagi automatik kepada semua seperti sebelum ini. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kerajaan ketika ini sedang berbincang dengan bank mengenai moratorium, dan terpulang kepada mereka sama ada boleh melanjutkannya atau tidak. Katanya, kerajaan menerima banyak soalan mahupun permintaan daripada orang ramai yang memerlukan lebih banyak masa untuk moratorium ini. "Bagi pandangan peribadi saya, kita perlu menolong orang yang perlu ditolong, sewaktu kita melaksanakan moratorium enam bulan ini, kita menolong semua orang sama ada yang mempunyai gaji atau mampu untuk membayar, tetap dapat nikmati manfaat ini secara automatik. "Jadi saya fikir menuju ke depan, langkah terbaik ialah untuk memberi tumpuan kepada golongan sasar yang mana lebih memerlukan. "Tetapi kita tidak boleh memaksa bank untuk melakukannya dan k

4 Pengganas Anggota Abu Sayyaf Terbunuh

Image
MANILA : Pasukan keselamatan Filipina membunuh empat orang yang disyaki pengganas Abu Sayyaf dalam tembak-menembak di sebuah daerah di ibu negara itu awal pagi semalam, lapor agensi berita Xinhua. Polis berkata, sepasukan tentera dan anggota polis pergi ke daerah di Paranaque City, Metro Manila, pada tengah malam semalam untuk menyampaikan waran tangkap kepada salah seorang suspek atas tuduhan pelanggaran undang-undang pemilikan senjata api dan peluru secara haram. Bagaimanapun, suspek utama dan isterinya didakwa melepaskan tembakan ke arah pasukan penangkap, hingga mencetuskan kejadian tembak-menembak. Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, dijangka menandatangani undang-undang anti-keganasan baharu yang memperkukuhkan usaha negara itu untuk memerangi keganasan domestik. Undang-undang baharu, versi yang ditingkatkan dari undang-undang kontra-keganasan tahun 2007, dibuat 'untuk menangani dan secara efektif mengekang tindakan pengganas untuk menjaga keamanan negara

COVID-19: Texas Umum Hentikan Sementara Langkah Buka Semula Ekonomi

Image
HOUSTON : Texas semalam menghentikan sementara langkah untuk membuka semula ekonominya selepas mencatatkan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak. Texas ialah antara negeri paling agresif dalam pembukaan semula pada awal bulan ini selepas melaksanakan perintah berkurung selama beberapa bulan, dengan pemimpinnya berkeyakinan ia telah melepasi tahap terburuk pandemik berkenaan. "Texas akan menghentikan sementara sebarang fasa lanjut untuk membuka semula negeri ini sebagai tindak balas terhadap peningkatan kes COVID-19 serta kemasukan ke hospital," umum Pejabat Gabenor Greg Abbott dalam satu kenyataan. "Perkara terakhir yang kita mahu lakukan ialah kembali ke belakang dan menutup perniagaan. Langkah sementara ini akan membantu negeri kita menyekat penularan wabak itu," kata Abbott sambil meminta penduduk memakai pelitup muka serta mematuhi garis panduan penjarakan sosial. Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Texas melaporkan 5,596 kes baharu COVID-19,

COVID-19: Kes Positif Di Indonesia 51,427, Kematian 2,683

Image
JAKARTA : Sebanyak 63 lagi kematian akibat COVID-19 di Indonesia bagi tempoh 24 jam, manakala kes positif virus itu terus meningkat kepada 51,427 kes. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 1,240 kes positif baharu, manakala jumlah kematian keseluruhan kini 2,683 orang. "Sebanyak 13,506 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya pada sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia. Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 796 kes, diikuti provinsi Jakarta (616 kes), Kalimantan Selatan (178), Jawa Barat (173) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia. Provinsi Jawa Timur terus mencatatkan peningkatan kes positif dan kematian mendadak, sejak Ramadan lepas, dipercayai akibat pergerakan orang ramai pulang ke kampung menyambut perayaan Aidilfitri baru-bar

Khabib Hanya Raih Pendapatan Sepertiga Daripada Jumlah McGregor

Image
LONDON : Khabib Nurmagomedov hanya memperoleh satu pertiga daripada jumlah pendapatan yang diterima seterunya, Conor McGregor pada tahun lalu. Berdasarkan tahun kewangan berakhir 6 April lalu, jaguh UFC dari Russia itu sekadar memperoleh kira-kira 13 juta pound (RM69 juta) sementara 'The Notorious' mengutip sebanyak 39 juta pound (RM207 juta). Jaguh dari Ireland itu bagaimanapun hanya beraksi dalam octagon sebanyak dua kali sejak 2016. Namun dalam aksi terbaharunya ketika menumbangkan Donald 'Cowboy' Cerrone pada Januari lalu menyaksikan dia memperoleh 25 juta pound (RM132 juta). Menurut Forbes, dia mendapat 4 juta pound (RM21 juta) daripada penajaan bersama Reebok yang ditandatanganinya dua tahun lalu. Selain itu, dia turut memperkenalkan jenama whiskey 'Proper No. Twelve Irish' yang boleh didapati di Ireland, Australia, Kanada, Russia dan Amerika Syarikat. Walaupun Khabib muncul dalam senarai 'individu berusia bawah 40 tahun pa

SUHAKAM Gesa Kerajaan Sokong Larangan Penyeksaan

Image
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) hari ini meminta kerajaan segera melaksanakan beberapa langkah menyokong larangan penyeksaan di bawah undang-undang adat antarabangsa. Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan memaklumkan larangan penyeksaan adalah termaktub di bawah Perkara 3 Perisytiharan Hak Asasi Manusia (UDHR) 1948 dan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Menurut SUHAKAM, antara langkah yang perlu dilaksanakan ialah mengurangkan kadar pemenjaraan tahanan untuk mengatasi kesesakan di pusat tahanan. "Memastikan penyiasatan segera terhadap semua aduan dan laporan kes-kes penyeksaan dan layanan tidak berperikemanusiaan diikuti dengan pelaksanaan proses pendakwaan dan pendengaran yang selaras dengan piawaian antarabangsa apabila wujud bukti yang boleh dipercayai," demikian menurut kenyataan itu. Selain itu, SUHAKAM turut meminta kerajaan memansuhkan apa juga undang-undang membabitkan tindakan penyeksaan dan menggantikannya

Lebih AS$30 Bilion Diperlukan Untuk Bangunkan Ujian, Rawatan Dan Vaksin COVID-19

Image
GENEVA : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, inisiatif global untuk mempercepatkan pembangunan dan pengeluaran ujian, vaksin dan rawatan COVID-19 akan memerlukan lebih dari AS$30 bilion (RM128.4 bilion) pada tahun akan datang. Memberikan perincian mengenai apa yang disebut sebagai pemecut ACT, yang dilancarkan pada April dan bertujuan mengumpulkan sumber-sumber antarabangsa untuk menangani pandemik itu, WHO berkata 'kos pelan yang dirancang hari ini memerlukan dana AS$31.3 bilion (RM14.5 bilion).' Setakat ini, AS$3.4 bilion (RM14.5 bilion) daripadanya telah dijanjikan, katanya, menunjukkan bahawa tambahan AS$27.9 bilion (RM119.4 bilion) diperlukan dalam 12 bulan akan datang, termasuk hampir AS$14 bilion (RM59.9 bilion) untuk menampung keperluan segera. Pengumuman itu hadir menjelang acara janji besar di Brussels untuk menyokong pemecut ACT, yang dijadual berlangsung esok. "Ini adalah pelaburan yang berbaloi untuk dibuat," Ngozi Okonjo-Iwea

20 Juta Penduduk AS Mungkin Sudah Dijangkiti Covid-19

Image
WASHINGTON – Sekurang-kurangnya 20 juta orang penduduk di Amerika Syarikat (AS) mungkin telah dijangkiti Covid-19. Pusat Kawalan Wabak (CDC) berkata, jumlah kes sebenar juga kemungkinan 10 kali lebih tinggi daripada angka yang dilaporkan. Ia berlaku ketika negara bahagian Texas mengantung semula kelonggaran sekatan pergerakan berikutan kes jangkitan dan kemasukan ke hospital meningkat. AS telah mencatatkan 2.4 juta jangkitan yang disahkan dengan 122,370 kematian. Beberapa negeri selatan dan barat telah melaporkan jumlah kes dalam beberapa hari terakhir. University of Washington meramalkan sebanyak 180,000 kematian AS menjelang bulan Oktober – atau 146,000 jika 95% orang Amerika memakai pelitup muka. “Kami menganggarkan setiap kes yang dilaporkan sebenarnya ada 10 jangkitan lain,” kata Pengarah CDC, Dr Robert Redfield kepada wartawan. Ini kerana, ujian terhad terhadap individu yang mengalami gejala manakala mereka yang tanpa gejala tidak diuji. “Kami

Pelajar Tak Patuh Penjarakan Sosial Di Luar sekolah?

Image
KUALA LUMPUR – Baru masuk hari ketiga sesi persekolahan di buka semula menyaksikan ada segelintir pelajar yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti digariskan kerajaan. Tinjauan MalaysiaGazette di dua buah sekolah di ibu negara hari ini mendapati pelajar Tingkatan Lima yang tamat waktu persekolahan pada pukul 12.30 tengah hari langsung tidak mengendahkan pematuhan penjarakan sosial satu meter antara satu sama lain. Sebaik melangkah keluar dari pagar sekolah, sebahagian daripada pelajar berkenaan jelas dilihat berkumpul secara beramai-ramai di tepi jalan dan tempat letak motosikal sementara menunggu dijemput penjaga masing-masing. Ada juga yang memenuhi tempat menunggu bas dan duduk terlalu rapat tanpa menghiraukan jarak sosial. Apa yang dibimbangkan sekiranya para pelajar ini hanya mematuhi segala SOP di dalam premis sekolah namun mengabaikannya ketika berada di luar kawasan tersebut. Tetapi rata-rata mereka tidak lupa untuk mengenakan pelitu

PRK Chini: Najib, Calon Solat Jumaat Di Salong

Image
CHINI – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak dan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain menunaikan solat Jumaat bersama hari ini. Bekas Perdana Menteri itu yang tiba jam 1.10 petang ditemani Mohd Sharim di Masjid Kampung Baru Salong. Sebelum memasuki masjid, Najib dan Mohd Sharim dikehendaki menjalani ujian suhu badan atas Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Malah semua jemaah yang memasuki masjid dikehendaki memakai penutup mulut dan hidung sebelum menunaikan solat Jumaat. Ini kali pertama kedua-dua calon dilihat menunaikan solat Jumaat bersama sepanjang kempen PRK. Kedua-dua mereka terus memasuki dewan solat sebelum duduk berasingan bagi mendengar kutbah Jumaat. Najib dan Mohd Sharim seterusnya menaiki motosikal dan mengadakan ziarah di sekitar Salong. Ini hari kedua Najib turun padang dalam misi membantu calon BN itu untuk kempen PRK Chini, kali ini. Mo

Bubar Parlimen Hanya Pandangan Peribadi Tok Mat - Annuar Musa

Image
KUALA LUMPUR : Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan supaya Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan hanya bersifat pandangan peribadi, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa. Annuar berkata, UMNO juga sehingga kini tidak membuat sebarang perbincangan mengenai gesaan pembubaran Parlimen, sebaliknya terus memberikan sokongan penuh kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN). Beliau berkata, kerajaan PN di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipilih Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini sedang berfungsi dengan baik dan tidak wujud sebarang isu berbangkit. "Pada saya tidak berbangkit soal pembubaran Parlimen kerana kita ada kerajaan dan Perdana Menteri, malah tidak timbul sebarang isu ketidakstabilan politik. "Kerajaan PN sangat mantap dari segi jumlah sokongan, kerusi juga semakin bertambah sebab ada yang 'menyeberang'

Agong Tinjau Pelaksanaan SOP Di Sekolah

Image
KUALA LUMPUR : Keprihatinan tinggi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap keselamatan dan kesihatan guru dan pelajar sekolah terserlah apabila baginda berkenan meninjau pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dan sesi pembelajaran secara bersemuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota, di sini. Ini susulan pembukaan semula sesi persekolahan membabitkan kelas peperiksaan awam, khususnya tingkatan lima dan enam pada Rabu lalu melalui proses pengajaran dan pembelajaran normal baharu, kira-kira tiga bulan terhenti akibat pandemik COVID-19. Seri Paduka, diiringi anakandanya Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, berangkat tiba di sekolah berkenaan pada 10 pagi, disambut Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin. Sejurus tiba, guru bertugas terlebih dahulu membuat pemeriksaan suhu ke atas baginda sebelum Al-Sultan Abdullah berkenan menggunakan cecair pembasmi kuman yang diletakkan di atas alat hasil inovasi

Sidang Kemuncak ASEAN: PM Vietnam Memberi Amaran Kesan Serius Pandemik COVID-19

Image
HANOI : Vietnam hari ini memberi amaran bahawa pandemik COVID-19 memusnahkan ekonomi dijana selama bertahun-tahun, ketika pemimpin Asia Tenggara berjumpa pada sidang kemuncak secara dalam talian yang turut dikuasai kegelisahan terhadap tindakan Beijing di Laut China Selatan. Pengerusi ASEAN 2020 itu juga mahu menggunakan sidang kemuncak berkenaan untuk menyuntik momentum perbincangan mengenai pakatan perdagangan yang disokong China, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP). Perjanjian yang menyasarkan untuk meliputi separuh populasi dunia dan satu per tiga daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), terjejas susulan keengganan India bergabung dengan akses pasaran untuk barangan murah dari China. Ketika ini, fokus blok 10 negara anggota itu ialah impak wabak COVID-19 yang telah melumpuhkan ekonomi negara yang bergantung pada pelancongan dan eksport seperti Thailand serta Vietnam. Mesyuarat khas ASEAN yang diadakan pada April lalu untuk menangani pandemik it

Malaysia Minta UNHCR Segerakan Proses Penempatan Semula Pelarian

Image
KUALA LUMPUR : Malaysia meminta Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bekerjasama erat dengan ASEAN bagi mempercepatkan proses penempatan semula pemegang kad UNHCR ke negara ketiga. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kesan limpahan krisis wilayah Rakhine terus memberi impak kepada rantau ini, justeru meminta ASEAN mencari penyelesaian yang berkesan untuk krisis itu. "Apa yang dilakukan dalam ASEAN untuk saling membantu mencari jalan penyelesaian yang efektif untuk wilayah Rakhine? ASEAN perlu melakukan lebih banyak untuk membantu Myanmar dan negara itu perlu lebih berusaha membantu diri bagi menyelesaikan krisis ini supaya pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih bermakna," katanya. Muhyiddin berkata demikian pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 yang buat julung kali diadakan secara maya hari ini berikutan pandemik COVID-19. Vietnam menjadi tuan rumah sidang itu. Perdana Menteri berkata Malaysia tidak lag

Pelombong Jadi Jutawan Selepas Jumpa Tanzanite Terbesar

Image
DAR ES SALAAM : Seorang pelombong kecil di Tanzania bergelar jutawan selepas menemui dua biji batu permata tanzanite terbesar di negara itu dan menjualnya kepada kerajaan. Saniniu Kuryan Laizer, 52, menjumpai batu berkenaan, masing-masing seberat 9.27 kilogram (kg) dan 5.1 kg di utara Bukit Mirerani, sebuah kawasan yang dipagar oleh Presiden John Magufuli pada 2018 bagi menghentikan penyeludupan permata. Beliau menjual batu berwarna ungu kebiruan itu kepada kerajaan pada harga $3.3 juta (RM14.1 juta). Tanzanite pertama kali ditemui di kaki bukit Kalimanjaro pada 1967 serta wilayah utara Tanzania, Manyara, dan dipercayai tidak wujud di mana-mana tempat lain di dunia, sekali gus menjadi dambaan untuk dijadikan perhiasan. Dalam satu majlis meraikan penemuan itu di Manyara, Menteri Perlombangan, Dotto Biteko, berkata ia batu paling besar pernah ditemui di negara itu. "Laizer kini seorang jutawan dan kita akan pastikan beliau selamat. "Kita sekarang in

Perkhidmatan Telekomunikasi, Jalur Lebar Di Pedalaman Sarawak Ditingkatkan

Image
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membuat tinjauan di sebuah perkampungan di Pakan, Sarawak dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan gambaran sebenar kisah pelajar dan penduduk di situ yang terpaksa keluar jauh daripada kediaman mereka bagi mendapatkan liputan perkhidmatan komunikasi. Hasil tinjauan akan dipadankan dengan pelan pembangunan telekomunikasi yang telah dirancang untuk kawasan terbabit bagi membolehkan rakyat menikmati perkhidmatan komunikasi berkualiti, sekali gus memperbaiki taraf kehidupan penduduk. Dalam kenyataan hari ini, SKMM menyatakan sebanyak 185 menara telekomunikasi baharu di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP 2) akan mula dibina meliputi semua bahagian di Sarawak. "Daripada jumlah itu, tujuh menara baharu dirancang untuk dibina di Pakan dan kesemuanya dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya pada suku ketiga 2021. "Inisiatif peluasan liputan komunikasi adalah usaha bert

Pensyarah Universiti Mahu Saman Pemimpin DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa RM5 Juta

Image
KUCHING : Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff menghantar tiga surat tuntutan kepada tiga  pemimpin DAP hari ini, termasuk Abdul Aziz Isa Marindo. Kenyataan pengerusi DAP Batu Kitang itu dimuat naik di Facebooknya pada 7 Jun 2017. Abdul Aziz ialah lulusan ijazah sarjana muda politik dan pemerintahan dari Universiti Malaysia Sarawak.  Beliau pemimpin muda DAP yang dilihat lantang bersuara di atas pentas parti pembangkang itu. Menurut  surat tuntutan itu  kenyataan berkenaan didakwa mengandungi tujuh kenyataan yang berunsur fitnah terhadap Kamarul Zaman. Kata Kamarul  Zaman yang juga seorang penganalisis politik,  kenyataan Abdul Aziz  antara lain membawa maksud kesahihan kelayakan akademiknya tidak dapat dipastikan. Bahawa pensyarah berkenaan juga mempunyai fikiran yang tidak kukuh dan memiliki hati busuk. Kamarul  Zaman menuntut agar pemimpin DAP berkenaan membuat kenyataan terbuka yang mengakui dan mengisytiharkan kepalsuan

Najib: Pengundi Chini Sudah Cerdik, Takkan Ikut Cakap Dr Mahathir

Image
CHINI – Biarpun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkempen untuk calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini, namun pengundi di sini sudah bijak terutamanya masyarakat Orang Asli. Itu kata Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak berhubung video kempen Dr Mahathir yang secara terbuka menyokong calon bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin. “Orang Chini akan tolak sebab mereka tahu calon bebas tidak boleh menolong mereka. Apa yang dia boleh buat. “Orang Chini sudah bijak termasuk Orang Asli, jadi apa Dr Mahathir cakap pun orang takkan pakai. “Malah di PRK Cameron Highlands pun dia turun, tapi kali ini dia tidak turun. Cuma buat video, tapi kalau dia turun pun takkan ada sambutan,” katanya kepada media selepas mendekati masyarakat Orang Asli Kanpung Tasik Mentiga, Chini, hari ini. Turut mengiringi bekas Perdana Menteri keenam itu adalah calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain. Dr Mahathir pada Selasa lalu mengumumkan

Dr. Mahathir Gagal Hubungi GPS

Image
PETALING JAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dr. Mahathir berkata, beliau tidak berjumpa malahan gagal menghubungi Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk. “Saya tidak berjumpa dengan beliau, malahan tidak boleh menelefon beliau,” katanya kepada Sinchew Daily. Ditanya sama ada GPS akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahathir berkata: “Anwar kata GPS menyokongnya, tetapi saya melihat GPS menyokong Muhyiddin.” Kata Dr. Mahathir lagi, beliau tiada apa-apa yang dapat dicadangkan kepada GPS pada masa ini. Dr. Mahathir bagaimanapun berkata, Abang Johari pernah bertemu dengannya sebelum “Pertemuan Sheraton.” “Beliau menyatakan sokongan 100 peratus kepada saya, oleh itu saya sangat gembira. Tetapi, apabila sampai masa menandatangan, mereka tidak menyokong saya,” katanya. Menurut Dr. Mahathir, beli

Ekonomi Sarawak Perlu Berkembang Lapan Peratus Menjelang 2030

Image
KUCHING : Ekonomi Sarawak perlu berkembang pada kadar lapan peratus setiap tahun untuk mencapai negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2030. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu penting untuk menggandakan saiz ekonomi Sarawak dari RM133 bilion pada 2018 menjadi RM282 bilion. Bagi merealisasikan hasrat itu Abang Johari beberapa sektor akan menjadi faktor penyumbang yang perlu diberi perhatian pada masa sekarang. Antaranya ialah, pertanian komersial, perlombongan moden, perhutanan, pembuatan dan perkhidmatan pelancongan berasaskan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). “Sarawak akan mempercepat usaha untuk memajukan pertanian dan perlombongan moden menggunakan teknologi 4IR dalam usaha untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Pertama Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC) di Wisma Bapa Malaysia, pada hari ini. Menurut Ketua Menteri, tumpuan diberikan pada pe

2 Kes JE Dilaporkan Di Pulau Pinang

Image
GEORGETOWN : Dua kes Japanese Encephalitis (JE) dilaporkan di Pulau Pinang yang dikenal pasti berlaku di lokaliti Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan (SPS). Menurut Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP) dalam satu kenyataan, semua fasiliti kesihatan mengambil langkah berwaspada dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam pengesanan kes baharu JE, terutama daripada lokaliti Sungai Bakap serta daerah SPS amnya. Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memberikan maklumat terperinci berhubung dua kes berkenaan. "Kes terakhir penyakit bawaan nyamuk ini dilaporkan di Pulau Pinang ialah pada 2018. "Kemudahan kesihatan akan melaporkan segera kes disyaki kepada Pejabat Kesihatan Daerah bagi membolehkan aktiviti kawalan dilaksanakan secepat mungkin bagi membendung penularan penyakit itu," katanya. Menurut kenyataan itu lagi, kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah SPS juga melaksanakan pengesanan kes secara aktif dengan melakukan kunjungan ke rumah di sekitar lokaliti terbabit

Bekas CEO Yayasan Ditahan SPRM

Image
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, hari ini, menahan seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah yayasan berpangkat Datuk kerana disyaki menyalahguna kedudukan dan jawatan untuk menganjurkan satu program kayuhan pada 2016. Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 60 an bergelar profesor itu ditahan kira-kira jam 10.30 pagi di pejabat SPRM Putrajaya, ketika hadir memberikan keterangan. "Ketika suspek memegang jawatan CEO yayasan terbabit, dia melantik syarikat miliknya sebagai rakan strategik bagi menganjurkan program kayuhan di utara tanah air itu dengan kos berjumlah melebihi RM150,000. "Suspek disyaki menyalahguna kedudukan dan jawatan untuk melantik syarikat miliknya bagi penganjuran program kayuhan yang diadakan pada tahun 2016 itu," kata sumber. Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009). "Suspek kemudian dibenarkan diikat jamin