Posts

Showing posts from March, 2019

Konvoi Red Riders - Tay Motors Selamat Tiba Di Miri

Image
MIRI: Cabaran hari pertama konvoi Red Riders - Tay Motors selamat tiba di Bandaraya Miri walaupun tiba agak lewat malam tadi. Jelajah bermula dari Kuching seawal jam 2 pagi lantaran khabar angin yang menyatakan operasi Feri Triso yang beroperasi jam 4 pagi. "Malang bagi kami, operasi feri hanya bermula pada jam 6 pagi. "Kami terpaksa menunggu selama 2 jam di pangkalan feri tersebut namun semua peserta terus kekal bersemangat untuk meneruskan perjalanan," kata ketua konvoi George Marcella. Tambahnya, keadaan jalan yang beralun menambah cabaran di sepanjang jalan pesisir bermula dari Maludam hingga ke jalan utama Pusa. "Lebih memburukkan keadaan, kami terpaksa menempuh hujan yang lebat dengan jarak pengelihatan yang sangat minima hingga menyebabkan seorang peserta mengalamai kemalangan kecil akibat hilang kawalan ketika melalui satu selekoh yang beralun. "Kesan dari kemalangan kecil tersebut, dia mengalami luka kecil sahaja akibat dar

Jangan ingat Sarawak bodoh, Nancy bidas Putrajaya tarik balik projek

Image
KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat Sarawak memberi amaran kepada Putrajaya agar jangan menganggap rakyat Sarawak bodoh selepas kerajaan persekutuan menarik balik projek pembinaan 3 jambatan atas alasan kekangan wang. Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri berkata, beberapa wakil rakyat Sarawak membangkitkan isu pembinaan jambatan di Igan, Rambungan dan Batang Lupar dan pembangunan lain di Dewan Rakyat tetapi alasan diberi sama sahaja. “Kerajaan persekutuan atau mana-mana parti memerintah harus beri kemudahan ini untuk kegunaan rakyat Sarawak. Tidak bolehlah kata tidak ada duit. Sudah beberapa kali isu ini dibangkitkan di Dewan Rakyat, menteri asyik kata tunggu lagi. “Kami bukannya bodoh, cakap duit tidak ada tetapi sebenarnya banyak duit. Kalau jadi pemimpin, jadilah pemimpin untuk semua rakyat. Masa pilihan raya bolehlah bergaduh untuk menang tetapi lepas pilihan raya janganlah berdendam,” katanya kepada FMT. Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu

Image
KUCHING:  Komuniti Red Riders dengan kerjasama Tay Motors yang menyambut ulang tahun ke-10 tahun ini akan menganjurkan jelajah bermotosikal dari Bandaraya Kuching ke Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. "Konvoi yang disertai oleh 12 orang penunggang yang menunggang motosikal berkapasiti 135cc ke 155cc tersebut dijadualkan bermula pada 30 Mac dan berakhir pada 3 April," kata ketua konvoi George Marcella. Jelasnya, perjalanan sepanjang lima hari tersebut bakal menempuh perjalanan sekitar 2,700km. "Ketahanan mental dan fizikal peserta akan diuji memandangkan perjalanan konvoi akan melalui lebuh raya Pan Borneo yang kini masih dalam proses pembinaan. "Walaupun perjalanan dijangka mencabar, apa yang penting ialah peluang untuk menghayati keindahan menunggang sambil menjelajah negeri Sarawak dan Sabah hanya dengan menunggang motosikal berkapasiti kecil," ujarnya. Cabaran utama yang perlu diberi perhatian akan ditempuh pada hari terakhir dimana kon

Pindaan dipersetujui jika dukung kepentingan Sarawak

Image
KUCHING:  Jawatankuasa Perundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Peringkat Negeri bersetuju dengan pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan jika ia diyakini mengandungi penambahbaikan kepada hak serta kepentingan Sarawak. Pengerusi Jawatankuasa Perundingan MA63 Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata, ia bagi memastikan pindaan yang dijangka akan dibentangkan di persidangan Parlimen pada 8 hingga 9 April itu bukan sekadar bagi tujuan hiasan sahaja. “Buat masa ini Jawatankuasa Perundingan tidak mahu mengulas lanjut atau memberi komen mengenai perkara ini sehingga selepas Rang Undang-Undang yang dicadangkan dilihat sendiri oleh ahli jawatankuasa. “Kami bagaimanapun menyokong mana-mana pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang jika kami yakin kandungan mengandungi penambahbaikan kepada hak serta kepentingan negeri,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan MA63 bersama Ketua Menteri Datuk

Pesta Daro 2019 bermula hari ini sarat aktiviti, pengisian menarik

Image
MUKAH:  Seramai 30,000 dijangka pengunjung menggamatkan Pesta Daro 2019 yang berlangsung selama sembilan hari bermula hari ini. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad yang juga selaku pengerusi penganjur, pihaknya telah menyediakan pelbagai program bagi memeriahkan pesta tersebut. “Antara program yang dirancang ialah majlis kesyukuran sambutan Hari Daerah Daro Ke-46 tahun, pertandingan poco-poco kreatif, menyumpit, futsal, pertandingan makan aiskrim, pertandingan bermukun serta pertandingan nyanyian ‘The Voice Daro’,” katanya kepada Utusan Borneo. Turut diadakan pelbagai gerai jualan, pameran dan aktiviti sampingan sehingga 11 malam setiap hari sepanjang tempoh berlangsungnya pesta. Difahamkan sebanyak 186 gerai akan turut serta memeriahkan suasana pesta. Kemuncak acara berlangsung pada Sabtu di mana Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka hadir merasmikan pesta, sekali gus menyempurnakan upacara pecah tanah pembinaan M

Pelbagai aktiviti menarik pada Majlis Agenda Warisan Pintar Old Kuching

Image
KUCHING:  Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menganjurkan Majlis Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019 bermula 25 hingga 31 Mac di Tebingan Kuching di sini. Majlis perasmian disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan dihadiri isterinya Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, malam kelmarin. Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani, Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai serta tetamu kehormat lain. Abdul Wahap dalam ucapannya berkata, bertemakan ‘Empowering Smart Community,’ Majlis Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019 menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk penyertaan dan manfaat semua lapisan masyarakat. “Antaranya Malam Kebudayaan Warisan, ekspo dan pameran yang disertai oleh agensi kerajaan, swasta dan komuniti terlibat dengan inisiatif  Kejiranan Mesra (KJM) DBKU. “Selain itu, aktiviti sukan dan hib

Disimbah menantu dengan air panas

Image
SIBU:  Hanya kerana ditegur selalu membawa rakan perempuan balik ke rumah semasa ketiadaan suaminya, seorang menantu bertindak kejam dengan menyimbah air panas ke arah ibu mertuanya. Kejadian tersebut berlaku ekoran satu pertengkaran antara mangsa dan menantu perempuan juga warganegara Indonesia di sebuah rumah sewa tingkat atas di Jalan Laichee sekitar jam 3.00 petang, Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, akibat kejadian itu, mangsa, 62,  mengalami luka melecur di bahagian muka sebelah kiri, bahagian dada, bahu dan paha sebelah kiri. Katanya, kejadian itu juga disaksikan oleh anak saudara perempuan pengadu. "Mangsa kemudian berlari keluar rumah dan meminta jiran membantu menyapukan ubat gigi di bahagian melecur," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Katanya, pengadu hanya membuat laporan polis selepas dibawa oleh anak lelakinya ke Hospital Sibu pada jam 3.00 petang Rabu lalu. Polis kemudian membawa

Tak suka “kereta terbang”, boleh naik “kereta buluh”

Image
Model skala kecil “kereta terbang” yang mula menjadi buat mulut orang ramai selepas muncul di LIMA 2019 semalam mengundang banyak maklum balas dari pelbagai lapisan masyarakat. Dan, selepas melihat model contoh berkenaan, ramai yang agak sinis dengan perkembangan itu – ia bukan prototaip yang pernah disebut-sebut sebelum ini. Namun, apa yang lebih menarik ialah cara Menteri Pembangunan Usahawan, Minister Redzuan Yusof yang selalu ke depan untuk menjadi jurucakap kepada hal ini. Kata beliau, “kalau tak gembira dengan kereta terbang, boleh pandu kereta buluh.” Ini yang beliau nyatakan ketika di Parlimen hari ini, seperti dilaporkan oleh The Star. “Mereka boleh pilih sama ada untuk bergerak ke hadapan atau kekal ketinggalan. Orang panggil ini penafian, di mana mereka boleh memilih untuk tertinggal di belakang. Ok saja kalau nak duduk bawah buluh. (Kalau mereka) nak naik kereta buluh pun ok juga,” kata beliau. Menurut Redzuan, sokongan kerajaan terhadap projek “kereta terb

RM333.42 juta besarkan kampung, penempatan semula

Image
LAWAS:  Sejumlah RM333.42 juta telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) untuk penyediaan infrastruktur bagi 40 Skim Pembesaran Kampung dan Skim Penempatan Semula di seluruh Sarawak. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Skim Penempatan Semula dilaksanakan untuk menyediakan lot-lot kediaman dengan kemudahan asas untuk penempatan semula setinggan. Beliau menambah, pelaksanaan skim ini untuk menampung pertambahan penduduk dan memenuhi keperluan kediaman rakyat berpendapatan rendah dan tidak mempunyai tanah sendiri. “Manakala pelaksanaan Skim Pembesaran Kampung adalah untuk mengurangkan kepadatan penduduk di kampung sedia ada dengan memperuntukkan lot-lot kediaman yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan infrastruktur seperti rangkaian jalan, sistem perparitan, bekalan air dan elektrik,” katanya pada Penyerahan Surat Hak Milik Tanah, Lesen Penduduk Sementara dan Cek Pampasan Tanah di Dewan Masyarakat Sundar dekat sini, semalam.

Taman Pertanian Sagrotek dibangun dengan pertanian moden

Image
KUCHING:  Taman Pertanian Sagrotek di Paya Paloh, Kota Samarahan akan dibangunkan dengan pertanian moden oleh Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS). Naib Presidennya Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, fasa pertama yang berbentuk pertanian jitu akan melibatkan golongan belia dan ahli SABERKAS. “Ini adalah antara usaha SABERKAS untuk membangunkan projek pertanian berskala besar dengan penglibatan golongan belia tempatan. “Buat permulaan SABERKAS akan mengusahakan kawasan seluas 12 ekar sebagai pusat latihan yang merangkumi bangunan untuk latihan dan asrama pelatih,” katanya. Beliau  berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rampangi dan Pusat Latihan Pertanian SABERKAS di Paya Paloh, Samarahan di sini, kelmarin. Sehubungan itu, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar itu menaruh harapan agar kawasan tersebut dapat digunakan dalam masa terdekat untuk membolehkan latihan dijalankan bagi melatih belia.

Pembinaan jalan raya akan tertumpu di RECODA

Image
KUCHING:  Sarawak akan membina lebih banyak jalan dalam tempoh tiga hingga enam tahun akan datang terutamanya di tiga kawasan di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA). Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata selain itu liga lapangan terbang akan dibina dalam tempoh sama iaitu di Tunoh, (Kapit), Spaoh (Betong) dan Lawas. "Dalam tempoh tiga hingga enam tahun akan datang kita akan membina banyak jalan selain Jalan Pesisir Pantai dan Jalan Utama Kedua (2TR) yang akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri. "Pembinaan jalan-jalan ini termasuk lapangan terbang akan dibina di kawasan Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA), Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA)," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Seminar mengenai Teknologi Jalan Raya dan Tenaga Kerja Ternikal di Sarawak, di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. Beliau

Pembinaan benteng laut diyakini dapat atasi masalah kemasukan air masin

Image
KUCHING:  Masalah kemasukan air masin ke beberapa kawasan di Parlimen Kota Samarahan diyakini dapat diatasi dengan pembinaan benteng laut yang bermula dari Sebangan hingga Sebuyau. Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata, pembinaan benteng laut itu antara komponen utama pembangunan fizikal yang dirancang di bawah Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA). Beliau berkata penubuhan IRSDA yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patingi Abang Johari Tun Openg tahun lalu telah diluluskan dengan dana permulaan RM700 juta untuk tahun ini. Katanya dana permulaan itu merupakan sebahagian daripada peruntukan keseluruhan RM1.5 bilion bagi IRSDA dan antara fokusnya ialah pembinaan benteng laut yang lebih tahan lasak. Beliau berkata ketika ini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak sedang membuat reka bentuk benteng laut yang bakal dibina di kawasan-kawasan dikenal pasti. Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata masala

Kini mereka sah warganegara Malaysia

Image
KUCHING:  Sejumlah 120 permohonan status kewarganegaraan dari Sarawak di bawah Perkara 15A, Perlembagaan Persekutuan telah menerima surat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah mendedahkan ia merupakan 63 peratus permohonan dibentang sejak 2016 hingga 2017. "Daripada 190 permohonan telah dibentang sejak November 2016 hingga Ogos 2017 dan sebanyak 120 permohonan atau 63 peratus telah menerima surat kelulusan dari KDN. "Manakala keputusan yang lain akan dimaklumkan oleh KDN melalui pos terus kepada pemohon," katanya berucap pada Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15A di Wisma Wanita di sini, hari ini. Permohonan Kewarganegaraan dibawah Perkara 15A, Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan Perolehan Warganegara Malaysia secara daftaran bagi individu yang berumur di bawah 21 tahun dalam keadaan khas. T

2019 Honda CBR250RR now in Thailand at RM32,000

Image
While Malaysian quarter-litre motorcycle riders are still waiting for the 2019 Honda CBR250RR, neighbours Thailand has had their wait ended with the launch of Honda’s 250 cc sports bike. What is not so nice is the price – 249,000 Thai baht (RM32,000), which places the CBR250RR amongst 400 cc competition. The reason for the premium pricing is because Thailand’s CBR250RR is sourced directly from Japan, compared to it being obtained from Indonesia. This makes the CBR250RR more expensive than the single-cylinder 286 cc Honda CBR300, which is also sold in the Thailand market. Perusing the specifications sheet, there is not a lot of difference between the Japan import and the Indonesia model. The only difference is the LED turn signals are separated from the daytime running lights and located on stalks on either side of the front cowl. Powered by a DOHC parallel-twin displacing 249 cc and fed by EFI, the CBR250RR produces 38.7 PS at 12,500 rpm and 23.3 Nm of torque at 11,000

Selepas pendaftaran dibatalkan, AAM beri amaran sukan motor dalam ketidaktentuan

Image
PETALING JAYA: Tindakan Putrajaya membatalkan pendaftaran Persatuan Automobil Malaysia akan menyebabkan sukan permotoran berada dalam ketidaktentuan dan menjejaskan reputasi negara di peringkat antarabangsa, kata Pengerusi AAM, Tunku Mudzaffar Mustapha. Bercakap kepada FMT, Mudzaffar kesal pendaftaran AAM dibatalkan secara mengejut pada 30 November tahun lalu, walaupun ia berkomunikasi secara tetap dengan pejabat pesuruhjaya sukan (SC) berhubung isu dihadapinya. AAM ialah satu-satunya badan sukan Malaysia yang diluluskan 3 pertubuhan permotoran dunia, iaitu Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) dan Suruhanjaya Perlumbaan Go-kart Antarabangsa (CIK). Sebarang perlumbaan kenderaan atau go-kart yang memerlukan kelulusan FIA, FIM atau CIK, perlu memohon lesen daripada AAM. AAM dikehendaki menyediakan lesen dan insurans bagi acara permotoran dan peserta, serta bagi pelumba Malaysia yang bercadang menyertai perlumbaan di luar

Siap siaga hadapi kemarau

Image
KUCHING: Sarawak bersiap siaga menghadapi musim kemarau yang dijangka berlanjutan hingga Mei depan. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, semua agensi termasuk Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) peringkat bahagian dan daerah dilengkapi kemudahan logistik dan peruntukan dari segi kewangan. “Sarawak sekarang mengalami episod El Nino iaitu musim panas. Walaupun ia lemah tetapi ia dijangka berlaku dari Mac hingga Mei ini dan kita telah pun mula mengalaminya, cuaca kering dan kurang hujan. “Beberapa tempat, kampung dan rumah panjang kini menghadapi masalah kekurangan air bersih,” ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasca Nilai Bencana Banjir dan Persiapan Menghadapi Kemarau JPBN Sarawak di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam. Hadir sama Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah dan Setiau

Hafizh janji bangkit

Image
KUALA LUMPUR:  Selepas mengharungi aksi mengecewakan dalam perlumbaan pembuka tirai di Qatar dua minggu lalu, pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah mahu tampil dengan aksi lebih meyakinkan pada Grand Prix Argentina hujung minggu ini. Hafiz menerima tamparan selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan tercorot di Litar Antarabangsa Losail, Qatar. Dia yang beraksi bersama pasukan Red Bull KTM Tech 3 menghadapi masalah dengan jentera baharunya. Hafizh menamatkan cabaran dengan masa 43 minit 20.144 saat manakala rakan sepasukannya Miguel Oliveira dari Portugal berada di kedudukan ke-17, 42:53.279s Keputusan tersebut jelas mengecewakan pelumba berusia 24 tahun itu, namun dia percaya, perlumbaan di Argentina mampu memberikan keputusan lebih baik berbanding di Qatar. “Saya tidak sabar untuk beraksi di Argentina. Saya mahu perbaiki prestasi secara keseluruhan termasuk menyesuaikan diri dengan jentera dan cepat belajar. “Selepas aksi di Qatar, saya menjalani

Marquez pinjam semangat Rossi

Image
LONDON: Menjelang Grand Prix Motosikal Argentina hujung minggu ini, juara dunia, Marc Marquez mengakui, dia mahu meminta sesuatu daripada legenda dunia, Valentino Rossi. Marquez, 26, yang kini menjadi ‘budak poster’ selepas merangkul lima gelaran MotoGP mengakui, Rossi adalah idolanya dan amat me­ngagumi semangat tinggi serta kemampuan pelumba Itali itu memberi cabaran pada usia mencecah 40 tahun. “Apa yang dia lakukan dalam sukan permotoran sangat luar biasa. “Rossi masih mempunyai motivasi tinggi untuk berlumba dan memberi tentangan hebat pada usia 40 tahun. Saya mahu menjadi sepertinya apabila mencecah usia tersebut. “Setiap pelumba berbeza tetapi apa yang dilakukan Rossi telah membuka mata kami semua,” kata pelumba Sepanyol itu kepada MCN. Marquez yang menjadi pilihan untuk memacu Honda memenangi perlumbaan di Argentina, hujung minggu ini berkata, biarpun Rossi sudah lama tidak menjulang gelaran dunia iaitu sejak kali terakhir melakukannya pada 2009, dia t

Nurul Izzah tidak patut komen negatif terhadap Dr. Mahathir

Image
KUALA LUMPUR:  Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar tidak sepatutnya mengeluarkan komen tidak baik terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, apatah lagi menerusi wawancara media Singapura The Straits Times pada Jumaat lepas. Setiausaha Politik Perdana Menteri Abu Bakar Yahya berkata Nurul Izzah yang arif dalam arena politik, masih belum cukup matang, tidak rasional serta emosi dalam memahami pendirian Dr Mahathir serta kerajaan. "Apa yang dilakukan oleh perdana menteri dan kerajaan ketika ini tidak harus dilihat secara peribadi oleh Nurul Izzah, sebaliknya perlu dilihat secara menyeluruh demi kepentingan rakyat dan negara.
 "Sebagai seorang daripada anggota parlimen dan bekas Naib Presiden PKR, saya yakin Nurul Izzah tidak lupa bahawa kedudukan Dr Mahathir sebagai perdana menteri adalah keputusan sebulat suara majlis pimpinan Pakatan Harapan (PH), manakala segala keputusan membabitkan hal ehwal pentadbiran kerajaan diputuskan bersama oleh jemaah menteri,&

‘Jangan sesekali berpecah’

Image
MARUDI: Kerajaan negeri pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mahu adanya musuh dalam selimut atau pengkhianat di dalam parti itu yang boleh menjejaskan usahanya memperjuangkan hak-hak rakyat Sarawak. Ketua Menteri yang juga Presiden GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan, beliau tidak mahu adanya pengkhianat yang disifatkannya sebagai ‘anai-anai’ dalam GPS sekali gus ‘memakan’ parti itu dari dalam. “Ini adalah penting dan jangan biarkan GPS ini dimakan oleh ‘anai-anai’ dan jika ini berlaku maka seluruh rumah kita boleh tumbang. “Saya tidak mahu ini berlaku demi untuk masa depan anak-anak kita,” katanya semasa berucap melancarkan perasmian Projek Waterfront Marudi dan Pelancaran Jerayawara GPS Zon 14 di Dataran Marudi, semalam. “Kita harus bersatu dan komited terhadap kepentingan kita, demi anak-anak Sarawak sendiri. Meneruskan perjuangan itu yang penting sekali dan terus setia kepada ‘Sarawak untuk orang Sarawak.’ “Justeru, kita jangan ses

Bandar termahal didiami

Image
TBILSI:  Paris dan Hong Kong buat pertama kali menyertai Singapura sebagai bandar raya paling mahal di dunia untuk didiami. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Economist Intelligence Unit (EIU) terhadap 133 buah bandar, Zurich, Geneva dan Osaka di Jepun mengikuti rapat untuk menjadi antara bandar raya paling mahal untuk diduduki. Lapor Straits Times, kedudukan Istanbul dan Moscow pula semakin menurun berikutan masalah inflasi dan kemerosotan kadar pertukaran mata wang asing. Penulis kajian, Roxana Slavcheva berkata, buat pertama kali dalam tempoh lebih 30 tahun, ketiga-tiga bandar tersebut berkongsi kedudukan yang sama di tempat pertama. “Penumpuan kos di bandar-bandar tradisional yang lebih mahal adalah bukti globalisasi dan kesamaan pilihan serta corak berbelanja penduduknya. “Biarpun ada lokasi yang mana membeli-belah barangan runcit adalah murah, namun utiliti atau harga pengangkutan boleh mendorong kepada peningkatan kos keseluruhan hidup,” katanya, hari

Parah terjatuh dari aras lima bangunan

Image
KUCHING:  Seorang lelaki cedera parah selepas dipercayai terjatuh dari atas bangunan di sebuah tapak pembinaan di Kota Samarahan dekat sini, semalam. Menurut sumber, mangsa, 36, semasa kejadian sedang bekerja di aras lima bangunan tersebut sebelum dipercayai terjatuh sekitar jam 9 pagi. Mujur kejadian tersebut disedari rakan sekerjanya yang kemudian terus membantu mangsa dan menghubungi pihak hospital. “Mangsa diberikan bantuan kecemasan oleh anggota paramedik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sementara menunggu bantuan daripada anggora paramedik Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (PJHUS),” kata sumber. Mangsa kemudian dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut. Hadir sama di lokasi kejadian ialah anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan. - UB

Cadangan bina Pusat Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Image
KUCHING: Sebuah Pusat Kanak-Kanak Berkeperluan Khas dicadang dibina di negeri ini dengan kos bernilai RM4 juta melalui projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) Petronas. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya akan membuat kajian dan menentukan konsep yang harus digunakan pusat terbabit berdasarkan kos diberi Petronas. “Kita bakal membina Pusat Kanak-Kanak Ber-keperluan Khas iaitu projek CSR Petronas dengan kos RM4 juta dan sasaran kita pusat ini dapat menyediakan khidmat dalam ta-hun ini. “Kami (kementerian) sedang menyediakan kertas cadangan projek yang akan dibentangkan kepada Pe-tronas dan berharap dapat menyediakan kertas cadangan dalam tempoh yang ditetapkan Petronas iaitu penghujung April. “Berdasarkan keperluan di Sarawak serta kos yang diperuntukkan itu kita mungkin menumpukan kepada pemulihan untuk dua kategori keperluan khas,” ujarnya. Beliau berkata demikia

Pelan Induk Pembangunan lebih RM500 juta bagi Marudi

Image
MARUDI: Pelan Induk Pembangunan bagi N.76 Marudi melibatkan projek pembangunan jalan raya, bekalan elektrik, air terawat, penyambungan Internet, pertanian moden dan pendidikan dengan nilai lebih RM500 juta. “Sebelum ini terdapat peruntukan bagi jalan raya tetapi ia tidak mencukupi. “Kita (kerajaan negeri) telah mendapat banyak wang dari MARRIS (Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya) dan menerusi dana khas ditambah yang akan dimaklumkan Ketua Menteri,” kata Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil dalam temu bual eksklusif bersama The Borneo Post di Lapangan Terbang Marudi, semalam. Penguang menegaskan banyak kerja perlu dilakukan untuk memastikan rakyat di luar bandar konstituensi mendapat bekalan elektrik dari grid utama atau alternatif sumber kuasa. “Bekalan elektrik (misalnya) masih banyak perlu dilakukan, saya telah mengemukakan pelan induk saya kepada beliau (ketua menteri), secara berperingkat-peringkat menjelang 2019 dan 2020, SARES (Skim Elektrik

Hasil cukai gula biaya program sarapan percuma murid

Image
KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, kerajaan akan menggunakan hasil daripada cukai gula bagi menyediakan sarapan percuma dan sihat kepada murid sekolah rendah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi membolehkan kanak-kanak sihat dan bertenaga untuk memulakan sesi persekolahan. Tegasnya, tidak akan ada cukai baharu untuk tahun ini, kecuali cukai gula yang sudah diumumkan sebelum ini yang ditangguhkan pelaksanaannya. “Penangguhan pelaksanaan cukai itu bagi membolehkan kerajaan meneliti mekanisme berkesan untuk memastikan pelaksanaan cukai bagi penjagaan kesihatan mencapai objektifnya,” katanya dalam ucaptama pada Invest Malaysia 2019, di sini, hari ini. Kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2019 buat kali pertama mencadangkan pelaksanaan cukai eksais 40 sen seliter pada minuman manis yang mengandungi lima gram gula atau pemanis berasaskan gula bagi 100 mililiter (ml), termasuk buah-buahan dan jus sayuran dengan kandungan gula lebih