Posts

Showing posts from February, 2019

XOX will be offering eSIM for the iPhone and Google Pixel 3 very soon

Image
Mobile Virtual Network Operator, XOX Mobile, will be launching its eSIM solution very soon. This will enable the latest iPhone and the Google Pixel 3 to get an additional data plan without requiring a physical SIM card. The new eSIM solution will be launched next Wednesday, on the 27th February 2019. According to the invite, the XOX eSIM will offer XOX Black features which include the ability to carry forward data with its “Burnproof” proposition. At the moment, there no local telcos that are offering eSIMs for the current iPhone models. In Malaysia, both Xiaomi and Oppo are able to utilise its eSIM feature via Elinking (formerly known as Durian Man). Digital telco, Yoodo, had also revealed its intention to offer eSIM subscriptions and it is expected to be introduced in the first half of 2019. - SC

Tiga Pengedar Dadah Di Kawasan Betong Ditahan

Image
KUCHING: Dua lelaki dan seorang wanita diberkas bersama dadah yang dianggarkan bernilai RM16,996.50 dalam satu serbuan di sebuah rumah, Taman Goodland, Betong malam kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Sarawak Superintenden Sahar Abdul Latif berkata, dua suspek lelaki berusia 36 dan 39 tahun manakala suspek wanita berusia 24 tahun itu dipercayai menjadi pengedar dadah di kawasan tersebut sejak 2017. “Bertindak atas maklumat dan risikan yang dijalankan, pada 16 Februari sekitar jam 8 malam, pasukan JSJ Narkotik Sarawak melakukan satu serbuan di sebuah rumah di Taman Goodland, Betong dan menahan dua lelaki dan seorang wanita. “Hasil pemeriksaan di bilik tidur tingkat atas rumah tersebut, polis menjumpai 53 peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar 94.11 gram, sembilan papan plastik timah berwarna merah, yang setiap satu papan mengandungi 10 biji pil disyaki dadah jenis Erimin 5 dengan berat kasar 27.65g

Pemandu Nyaris Rentung

Image
MIRI: Seorang pemandu lori tangki minyak sempat menyelamatkan diri daripada rentung dijilat api dalam kebakaran lori tangki minyak di Kilometer 51, Jalan Pesisiran Pantai Miri-Bintulu berhampiran Kampung Pelapi Bekenu dekat sini pagi semalam. Difahamkan, mangsa dikenali Jerry Jawa, 30, hanya mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Miri menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi mendapatkan rawatan lanjut. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan kira-kira jam 8.30 pagi melibatkan lori tangki berisi minyak diesel dan RON95 dalam perjalanan dari Bintulu ke Miri. “Apabila sampai di lokasi, lori tangki terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan terbalik serta melintang di tengah jalan. “Pemandunya berjaya keluar dari lori tangki minyak itu dan tidak lama kemudian dipercayai terdapat percikan api dari bateri lori terbabit mengakibatkan ia terbakar,

Persoalan Siapa Dalang Tipu 47 Warga Malaysia Masih Belum Terungkai

Image
KUCHING: Siapa dalang? Ini persoalan yang masih belum terungkai berhubung kes penahanan 47 warga Malaysia di Kemboja, khususnya melibatkan 40 orang anak Sarawak. Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah, perkara itu diserahkan kepada polis untuk siasatan. “Bila kami tanya, mereka jawab semuanya dari Wechat termasuk dari segi urusan tiket penerbangan, tawaran gaji dan sebagainya. “Tarikannya adalah mereka ditawarkan gaji AS$1,000. “Jadi mereka cakap, siapa tidak mahu tapi mereka kata tidak tahu siapa syarikat atau agensi yang membawa mereka kerana segala urusan adalah melalui Wechat,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media sempena ketibaan 43 bekas tahanan Kemboja (40 anak Sarawak dan tiga dari Sabah) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, semalam. Hadir sama Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengarah Pejabat W

Harga barang tak mungkin turun, kata Tun M

Image
KUALA LUMPUR:  Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui harga barang akan tetap naik pada masa depan. Perdana Menteri berkata, kenaikan harga barang dan nilai harta itu disebabkan proses ekonomi negara yang sudah berstatus negara maju. “Semasa saya kecil, saya ke kedai dengan (bawa) satu sen (dapat) beli dua tiga rempah ratus. Satu sen sahaja tapi satu sen sahaja tak boleh beli apa-apa sekarang kerana barang sudah meningkat. “Cuma harga air yang kita jual kepada Singapura sahaja tidak naik. Kita masih jual tiga sen untuk 1,000 gelen. Kita jual air kita 1,000 gelen dapat tiga sen, nak beli nasi lemak pun tak boleh. Itulah keadaan apabila harga dan nilai tidak ditingkatkan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Komuniti Berdaya sempena pelancaran Dasar Komuniti Negara di padang awam Puchong Indah, dekat sini, hari ini. Jelas Mahathir, semua harga barangan sudah meningkat dan hakikat itu tidak boleh dielak oleh sesiapa hatta di m

BNM Buktikan Janji Guan Eng Sudah Ke Laut – Najib

Image
Minggu lepas, saya telah guna data dari Bank Negara Malaysia untuk membuktikan perbelanjaan dan defisit kerajaan telah meningkat dengan banyak di bawah kerajaan PH. Semalam, BNM juga telah mengumumkan kadar pertumbuhan KDNK (GDP), hutang luar negara dan hutang kerajaan bagi tahun 2018. Sebelum PRU14, unjuran pertumbuhan KDNK negara di bawah kerajaan BN adalah 5.5% sehingga 6%. Kadar KDNK tahun 2017 di bawah BN ialah 5.9%. Tetapi kadar pertumbuhan telah jatuh ke 4.7% untuk 2018 di bawah PH - lebih rendah dari jangkaan BN dan jangkaan kerajaan PH sendiri apabila mereka mengambil Putrajaya dan semasa mereka mengumumkan Bajet 2019. Kerajaan BN semasa saya PM telah menurunkan defisit negara setiap tahun untuk 8 tahun berturut-turut sehingga menjadi 3% pada tahun 2017. Selepas menjawat Menteri Kewangan, Guan Eng pernah menjamin jumlah defisit kerajaan untuk 2018 dijangka boleh dikekalkan pada RM40.1 bilion (berbanding unjuran BN untuk RM39.8 bilion) iaitu juga pa

Pasar Raya Terkenal Tidak Serik Curi Elektrik

Image
SIBU: Syarikat utiliti Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Syarikat SESCO Berhad melakukan serbuan terhadap sebuah rangkaian pasar raya tempatan di sini kerana dikesan melakukan aktiviti mencuri tenaga elektrik. Menurut kenyataan medianya semalam, serbuan dilakukan terhadap dua cawangannya iaitu di Hulu Sungai Merah dan Sibu Jaya. “Operasi eksekutif melibatkan juruteknik SESCO dan pasukan polis dijalankan selepas mendapatkan waran geledah daripada majistret. “Laporan polis dibuat untuk siasatan lanjut mengenai kedua-dua cawangan tersebut. “Semua meter digunakan untuk kegiatan curi elektrik dihantar ke makmal meter di Kuching untuk dianalisis dan digunakan sebagai bukti di mahkamah,” kata jurucakap SESCO. Menurut kenyataan itu, pasar raya terkenal jualan murah itu berada dalam senarai pengawasan SESCO kerana mempunyai rekod kesalahan berulang terutama di Sibu, Sarikei, Miri dan Bintulu. Cawangannya di Bintulu didapati mencuri bekalan elektrik beberapa kali seja

Kerajaan Sarawak Tanggung Kos Membawa Balik Tahanan

Image
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menganggung kesemua kos membawa balik anak Sarawak yang ditahan di Penjara Provinsi Bantaey Meanchey, Kemboja. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan dalam perbincangan menyediakan kemudahan untuk membawa balik 40 anak Sarawak yang ditahan itu. Menurut beliau, kesemua anak Sarawak itu dijangka dibawa pulang pada hari ini atau selewat-lewatnya esok (Isnin). “Kita berterima kasih kepada Kerajaan Kemboja khasnya, kerana mereka telah membebaskan anak-anak Sarawak daripada tahanan dan mereka adalah mangsa penipuan. “Kita juga berterima kasih kepada Wisma Putra yang bekerjasama dengan kerajaan negeri di mana kita menyelesaikan perkara ini mengikuti protokol antarabangsa, melibatkan dua kerajaan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di ibu pejabat PBB di sini, semalam. Bagi pihak kerajaan negeri

Dividen 6.15% Simpanan Konvensional 2018, 5.90% Simpanan Shariah - KWSP

Image
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus untuk Simpanan Konvensional 2018, dengan agihan dividen sebanyak RM43.00 bilion dan 5.90 peratus untuk Simpanan Shariah, dengan agihan dividen RM4.32 bilion. Jumlah keseluruhan agihan dividen adalah RM47.31 bilion, turun 1.70 peratus berbanding 2017. Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman, berkata dengan purata kadar dividen sebenar bagi tiga tahun berturut-turut sebanyak 3.93 peratus melebihi kadar inflasi untuk Simpanan Konvensional dan 3.68 peratus untuk Simpanan Shariah, KWSP telah menjangkaui mandatnya untuk mengisytiharkan 2.50 peratus dividen setiap tahun dan tidak kurang dari 2.00 peratus bagi dividen sebenar untuk purata tiga tahun. “Kami amat bersyukur dan sukacita kerana berjaya memenuhi dua sasaran pelaburan strategik kami secara konsisten. “Selain dividen nominal, adalah menjadi keutamaan kami untuk memberikan pulangan melebihi kadar inflasi secara kons

Kerajaan Negeri Biayai Kos Bawa Balik Tahanan Di Kemboja

Image
KUCHING: Kerajaan negeri akan menganggung kesemua kos membawa balik 40 anak Sarawak yang ditahan di Penjara Wilayah Bantaey Meanchey, Kemboja. Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada sidang selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera (PBB) di ibu pejabat PBB di sini, hari ini. Menurutnya 40 anak Sarawak yang di tahan itu dijangka tiba di sini pada esok atau Isnin. "Kita berterima kasih kepada Wisma Putra dan kerajaan Kemboja atas kejayaan menyelesaian perkara ini. "Isu ini berjaya diselesaikan dengan mengikuti protokol antarabangsa dan kita bersyukur kerana akhirnya kita berjaya membawa balik dan membebaskan mereka," katanya. Abang Johari berkata beliau telah memberi mandat kepada Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak untuk mengunjungi tahanan di Kemboja. "Kerajaan negeri akan menanggung kos membawa balik kesemua anak-

EPF Declares 6.15% Dividend For Conventional Savings, 5.9% For Shariah

Image
KUALA LUMPUR: The Employees Provident Fund (EPF) has declared a dividend rate of 6.15% for Simpanan Konvensional 2018, with payout amounting to RM43 billion and 5.9% for Simpanan Shariah 2018, with a payout amounting to RM4.32 billion. In total, the payout for 2018 amounts to RM47.31 billion, a marginal decrease of 1.7% from 2017. “With a real dividend of 3.93% for Simpanan Konvensional and 3.68% for Simpanan Shariah on a rolling three-year basis respectively, the EPF has exceeded its mandate of delivering a dividend of at least 2.5% on a yearly basis and at least 2% real dividend on a rolling three-year basis,” the EPF said in a statement today. Bernama added: “We are very grateful and pleased that we have been able to consistently meet our two strategic investment targets. “Beyond the anticipated nominal dividends, more importantly is that we consistently deliver above-inflation returns so that we are able to preserve and enhance the value of our members’ saving

Dasar Baharu Tunai Haji Membebankan – Asyraf Wajdi

Image
KUALA LUMPUR:  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Tabung Haji digesa mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar baharu subsidi haji terutamanya kepada mereka yang merayu kali pertama menunaikan haji mengikut pakej muasasah. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau dimaklumkan menerusi dasar baharu itu, golongan tersebut tetap dikenakan bayaran penuh tanpa subsidi berjumlah RM22,900. “Hakikatnya Dasar baharu itu begitu membebankan dan menyusahkan rakyat yang ingin menunaikan kewajipan rukun Islam ke-5,” katanya dalam kenyataan di sini. Peraturan baharu yang disifatkan sebagai membebankan golongan yang mahu menunaikan ibadah haji.Menurut Asyraf, dasar tersebut berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN)  dahulu yang menyarankan Tabung Haji tetap memberikan subsidi kepada jemaah yang berjaya dalam rayuan mereka dengan hanya membayar RM9,980 seorang (subsidi RM12,920). “Adalah tidak wajar dikenakan c

Dua Lelaki Dicekup Pecah Masuk Rumah Sarang Burung

Image
SARIKEI: Dua lelaki iaitu seorang warga tempatan dan seorang warganegara Indonesia dicekup kerana dipercayai memecah masuk rumah sarang burung walet di Skim B di sini, malam kelmarin. Kedua-dua suspek berusia 20 hingga 30 tahun ditangkap oleh pemilik rumah burung walet ketika memecah masuk rumah sarang burung itu sekitar jam 10 malam. Ketua Polis Daerah Sarikei Superintenden Awang Arfian Awang Bujang berkata, kegiatan kedua-dua suspek memecah masuk rumah burung walet itu disedari pekerja menjaga rumah burung itu sekitar jam 10 malam. “Sebaik sahaja menyedari kejadian itu, pekerja rumah burung itu memaklumkan perkara tersebut kepada majikan mereka dan seterusnya membawa kepada penangkapan kedua-dua suspek. “Suspek ditangkap direman empat hari bermula hari ini (Jumaat) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. - UB

NASA Percepat Rancangan Ke Bulan

Image
WASHINGTON:  Pentadbiran Angkasan dan Aeronautik Negara (NASA) akan mempercepatkan rancangan untuk kembali menerokai dan 'menetap' di Bulan. Jim Bridenstine, pentadbir NASA memberitahu, agensi itu merancang untuk mempercepatkan pelan berkenaan yang mendaoat sokongan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menggunakan kerjasama syarikat swasta. "Adalah penting untuk kita kembali ke Bulan secepat mungkin. "Kali ini, apabila kita menjejakkan kali ke Bulan, kita akan menetap di sana. Kita tidak akan meninggalkan bendera dan jejak dan selepas itu pulang serta tidak kembali ke Bulan selama 50 tahun lagi," katanya dalam mesyuarat di Ibu pejabat NASA sambil menambah harapan membawa angkasawan ke Bulan pada 2028. Individu terakhir yang menjejakkan kaki ke Bulan adalah Eugene Cernan pada Disember 1972 ketika misi Apollo 17. Sebelum angkasawan akan dihantar semula ke Bulan, NASA merancang untuk mendaratkan kenderaan tanpa pemandu di Bulan pada

Geng Curi Motosikal Tumpas

Image
BINTULU: Polis berjaya menumpaskan geng curi motosikal melibatkan warga asing  dengan penahanan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di dua lokasi berasingan pada Khamis.  Pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu yang diketuai Inspektor Nixon Malang membuat tangkapan ke atas suspek-suspek berumur dalam lingkungan 19 hingga 31 tahun dalam Op Lejang yang dijalankan antara pukul 3.40 petang hingga 9 malam. Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili, polis berjaya mengesan dua suspek di kawasan Pasar Lama Bintulu dan seorang lagi di Daerah Tatau, dipercayai saki-baki geng pencuri motosikal yang ditangkap sebelum ini.  "Dengan tertangkapnya kesemua suspek, polis berjaya menumpaskan satu lagi kumpulan sindiket curi motosikal yang aktif di Bintulu, khususnya yang melibatkan warga asing," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.  Zulkipli berkata, hasil soal siasat, polis berjaya menjumpai sebuah motosikal dan rangka motosikal

Warga Sarawak Ditahan Di Kemboja Tiba Di Kuching Esok

Image
KUCHING: Warga Sarawak yang dibebaskan dari penjara wilayah Banteay Meanchey, Kemboja pada petang Jumaat dijangka balik pada Ahad.  Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata 28 orang daripada 47 mereka dijangka balik esok.  "Pelan A esok kira-kira 28 orang (bergantung dengan kekosongan tempat duduk). Penerbangan ke Kuching pada pukul 3.30 petang.  "Pelan B pula, kita akan atur pagi ini," katanya kepada Utusan Borneo hari ini.  Fatimah mewakili kerajaan Sarawak berada di Kemboja bersama Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sejak 14 Februari. Ahli Parlimen Julau Larry Sng juga memberitahu proses membawa balik mereka sedang giat diusahakan.  "Ahad jika mengikut perancangan," katanya ketika disoal bila warga Malaysia itu dapat balik.  Sementara itu, Fatimah merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam menjayak

47 Tahanan Warga Malaysia Dibebaskan Dari Penjara Kemboja

Image
KUALA LUMPUR: Kesemua 47 warga Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey telah dibebaskan lewat petang ini selepas beberapa perundingan dibuat dengan pihak kerajaan Kemboja dan Malaysia. Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican yang mengesahkan perkara itu berkata, keputusan meluluskan pembebasan itu dibuat oleh Perdana Menteri Kemboja Hun Sen setelah mendapati semua tahanan itu telah ditipu oleh sindiket ejen pekerjaan. “Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Oknha Datuk Dr Othsman Hassan kita sudah melihat dan meneliti semua perkara bahawa tahanan dari Malaysia telah ditipu terdaya oleh sindiket ejen pekerjaan. “Kita juga melihat daripada segi hubungan diplomatik kedua-dua negara yang sudah lama terjalin,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini. Wisma Putra pada Khamis lepas mengesahkan laporan penahanan 47 rakyat Malaysia itu sejak 11 Disember tahun lalu atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalank

Premis Makanan Di Pusat Jantung Sarawak Diarah Tutup Sementara

Image
KUCHING: Penemuan najis tikus di ruang dapur premis menjadi punca sebuah premis makanan di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan ditutup sementara. Perkara itu didedahkan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim ketika mengulas tentang penutupan premis makanan berkenaan yang arahkan tutup selama 14 hari bermula 13 Februari lalu. Katanya, penutupan ini adalah susulan dari Operasi Pemeriksaan Premis Makanan Bersih yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Samarahan. "Jabatan Kesihatan Sarawak ingin memaklumkan tindakan penutupan sementara premis makanan di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan yang diambil oleh PKB Samarahan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 pada 13 Februari 2019.  "Hasil pemeriksaan melalui operasi tersebut, PKB Samarahan menemui najis tikus di ruang dapur premis berkenaan yang menunjukkan kehadiran makhluk perosak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Dr Jamilah menegaskan, premis tersebut juga dik

SIC Akan Anjurkan Perlumbaan FIM World Endurance Championship & FIA World Touring Car Pada Bulan Disember

Image
Litar Antarabangsa Sepang akan menganjurkan dua pusingan perlumbaan FIM World Endurance Championship dan FIA World Touring Car. Acara ini akan berlangsung dari 13 hingga 15 Disember 2019. Para penunggang dan pemandu negara akan mengambil bahagian dalam kedua-dua perlumbaan motosikal dan kereta ini. Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menjadi tuan rumah bagi dua buah acara perlumbaan antarabangsa pada bulan Disember 2019. Acara berganda FIM World Endurance Championship dan juga FIA World Touring Car akan dilangsungkan di bawah lampu limpah litar berkenaan. Seperti yang telah diumumkan pada suatu ketika dahulu, acara FIM Endurance World Championship (EWC) yang berprestij akan membuat kemunculan sulungnya di tanah air kita. Ini merupakan peluang terbaik anda untuk menyaksikan motosikal superbike kegemaran anda diuji sehingga had kebolehannya selama berjam lamanya. Acara ini telah diberi nama “8 Hours of Sepang”, di mana ianya akan menampilkan pasukan perlumbaan ketahan

Saya Takkan Kahwin Sorok - Zul Ariffin

Image
PETALING JAYA: “Saya tidak akan berkahwin sorok-sorok. Apabila sampai masanya nanti, pasti saya beritahu. Dah tak lama pun. “Cuma, apabila berkahwin nanti, saya tidak akan buat majlis besar-besaran. Memadai sederhana saja,” jelas pelakon, Zul Ariffin ketika ditanya mengenai desas-desus mengatakan, dia sudah berumah tangga. Enggan mengesahkan atau menafikan gosip percintaannya dengan wanita Ukraine, Tanya Glembotska, pelakon bertubuh sasa itu sebaliknya, menyerahkan kepada peminat untuk membuat tafsiran tersendiri. Bagi Zul atau nama lengkapnya, Zulkifli Ariffin, 33, dia tidak akan membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan mereka. “Terpulang kepada khalayak untuk membuat penilaian berdasarkan apa yang mereka lihat di media sosial. “Saya tidak akan membuat sebarang kenyataan, malah tidak mahu mengesahkan atau menafikan hubungan kami. “Saya percaya, di luar sana, orang sudah tahu apa yang berlaku kerana perkara itu memang ketara. Namun, untuk saya me

Hanya Melibatkan Susu Segar

Image
KUCHING: Penggantungan pengimportan susu segar ke Sarawak tidak melibatkan susu UHT (Ultra High Temperature) dan yogurt. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, notis penggantungan itu hanya melibatkan susu segar dan susu segar rendah lemak. “Pengumuman penggantungan pengimportan susu segar dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) tidak melibatkan susu UHT dan yogurt, produk yang diproses. “Kita mahu memberi penjelasan mengenai perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat pengimport utama produk FarmFresh di Sarawak, Delizeuro Trading di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam. Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata, penggantungan import susu segar ke negeri ini merupakan langkah berjaga-jaga untuk memastikan Sarawak terus bebas daripada penyakit kuku dan mulut (HMD). “Kita mahu memastikan semua produk ini tidak akan me

Kerajaan Sedia Guna Semua Saluran Bawa Pulang Anak Sarawak

Image
SIEM REAP, Kemboja: Kerajaan Sarawak bersedia untuk menggunakan semua saluran yang ada bagi membantu membawa pulang 40 anak Sarawak yang ditahan di penjara di negara tersebut. Perkara itu ditegaskan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Dato Sri Fatimah Abdullah kepada pemberita semasa mengetuai delegasi kerajaan Sarawak melawat tahanan rakyat Malaysia di Penjara Provinsi Banteay MeanChey, Poipet, barat Kemboja semalam. Kesemua anak Sarawak itu merupakan antara 47 rakyat Malaysia yang ditahan di bandar Poipet pada 11 Disember tahun lalu atas tuduhan terlibat dengan aktiviti perjudian haram dalam talian.   Beliau berjanji bahawa kerajaan negeri akan menyediakan sumber yang diperlukan jika anak Sarawak yang ditahan memerlukan sebarang bentuk bantuan termasuk dari segi undang-undang. “Kerajaan Sarawak bersedia membantu tahanan termasuk menanggung kos perundangan mengikut undang-undang tempatan. “Kita juga sentiasa

SARES Terangi 556 Isi Rumah Di 11 Rumah Panjang Di Telang Usan

Image
KUCHING: Hampir 5,000 penduduk dari 556 isi rumah di 11 rumah panjang di Telang Usan kini menikmati bekalan elektrik 24 jam di bawah SARES atau Skim Elektrifikasi Luar Bandar Alternatif Sarawak. Menurut kenyataan medianya semalam, 11 komuniti terpencil itu merupakan sebahagian daripada 82 kampung di kawasan Baram yang dalam perancangan untuk disambung bekalan elektrik 24 jam menjelang 2020 menerusi solar atau mikro hidro di bawah SARES. Setakat ini, 38 komuniti di Baram sudah dibekalkan dengan tenaga elektrik . Di bawah inisiatif Transformasi Luar Bandar Negeri, SARES dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan matlamat untuk menyediakan bekalan elektrik kepada masyarakat paling terpencil di Sarawak menerusi model perkongsian kerajaan komuniti yang inovatif. SARES dijangka menyediakan bekalan elektrik untuk 8,700 isi rumah di kampung terpencil menjelang 2020. Dilancarkan 2016, program bernilai RM500 juta itu telah mempercepatkan liputan elektrik di negeri ini den

More 'New Technology' Michelins Expected In 2019

Image
Good feedback at Sepang means more 'new technology' rear Michelin compounds are now expected to join the 2019 MotoGP tyre allocation Some new tyre compounds, creating using Michelin's latest technology, face one final test before being introduced for the 2019 MotoGP season. The two rears performed admirably during the opening test of the year at Sepang and, should the situation be repeated at the upcoming Qatar test, they will be phased in during the early part of the season alongside a new front compound (based on existing technology). "We came here with some new solutions, one front compound, in between soft and medium, and the two rear compounds, one soft and one medium," said Michelin Motorsport Two-Wheel Manager Piero Taramasso. "So far the results are very good, so if we re-confirm those results in the Qatar test, we will introduce these three new compounds for the [2019] season. "The plan is to introduce the front compound