Posts

Showing posts from April, 2019

BN yang luluskan projek di Sandakan, Khairy jawab Guan Eng

Image
PETALING JAYA : Khairy Jamaluddin berkata 2 projek di Sandakan yang ditekankan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini sebenarnya diluluskan pentadbiran Barisan Nasional. Ahli Parlimen Rembau itu berkata projek naiktaraf landasan Lapangan Terbang Sandakan, dan rancangan tebatan banjir Sungai Anip diluluskan bawah Rancangan Malaysia ke-11 ketika pembentangannya pada 2015. “Sekalipun hendak mencari laba politik menjelang PRK Sandakan, janganlah menutup kebenaran sebenar seolah-olah projek yang dilaksanakan ini adalah projek baru di bawah Pakatan Harapan,” katanya di Facebook hari ini. Khairy menjelaskan peruntukan RM80 juta untuk menaiktaraf landasan itu diumumkan perdana menteri pada 7 Mei 2017 “ketika merasmikan bangunan terminal baru” Lapangan Terbang Sandakan. “Dengan kata lain, peruntukan tambahan RM80 juta yang diumumkan pada 2017 ini sambungan kepada projek naik taraf yang telah dimulakan ketika pentadbiran BN lagi,” katanya. Mengenai pr

Kenny Roberts: MotoGP's never been better

Image
'King' Kenny Roberts talks MotoGP 2019, aerodynamics, Marc Marquez, Valentino Rossi, the lack of US grand prix riders and more… "Unbelievable. It's never been better. I mean the talent of the riders, the equipment… MotoGP's obviously the best show in the world now." Those were the words of American legend Kenny Roberts, back in the MotoGP paddock during the recent Austin round at COTA. A triple 500cc champion during a premier-class career from 1978-1983, 'King Kenny' also oversaw titles for Wayne Rainey (3 x 500cc) and John Kocinski (250cc) as a Yamaha team owner. In 1997, Roberts then turned his team into a constructor, taking on the dominant Japanese manufacturers by designing, building and racing their own KR grand prix machines. Based in Banbury, in the heart of the UK's Motorsport Valley, Team KR looked to the cluster of nearby F1/four-wheel manufacturers for staff and cutting-edge technology. Their 500cc two-strok

Jom meriahkan Festival Bung Bratak pada 1 Mei

Image
KUCHING : Festival Hari Bung Bratak bakal berlangsung pada 1 Mei depan di Bung Bratak yang terletak di Kampung Tembawang di Bau dekat sini bermula jam 8 pagi. Terbuka kepada umum, festival ini dijangka dirasmikan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong. Pengerusi Persatuan Warisan Bung Bratak Datuk Peter Minos berkata seperti lazimnya, festival ini akan menunjukkan budaya tradisional Bidayuh, muzik dan tariannya. Selain itu perarakan ‘Dayung Sangon’ atau gadis cantik juga akan ditampilkan pada festival tersebut. “Bung Bratak merupakan penempatan awal masyarakat Bidayuh Jagoi-Bratak iaitu 750 tahun lalu pada ketinggan 1,000 kaki.    “Pada hari ini, Bung Bratak telah menjadi salah satu destinasi pelancongan menarik kepada pengunjung dari dalam dan luar Sarawak,” katanya. Untuk kemudahan para pengunjung, persatuan telah membina Pusat Warisan Bung Bratak (BBHC) dengan dana RM8 juta daripada Kementerian Pelancongan dan

Pakar forensik saksi inkues Adib buat laporan polis dakwa diugut saksi lain

Image
KUALA LUMPUR – Dua pakar forensik yang juga saksi pakar bagi prosiding inkues kematian pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim membuat laporan polis berhubung ugutan serta cubaan mempengaruhi penilaian mereka membabitkan kes terbabit. Dalam satu laporan polis yang dilihat MalaysiaGazette, salah seorang pakar forensik mendakwa seorang lagi saksi pakar telah cuba meyakinkannya serta seorang lagi saksi lain untuk menandatangani surat persetujuan bahawa kecederaan di dada kanan dan di lengan atas, sebelah kanan Adib, berpunca daripada pintu kiri kenderaan EMRS. “Saya membuat laporan ini kerana beliau telah cuba pujuk dan yakinkan saya dan Dr XX, di luar prosiding mahkamah, untuk bersetuju mengesahkan kecederaan di dada kanan dan lengan atas kanan berpunca dari pintu kiri kenderaan EMRS. “Selain itu saya merasa tidak berpuas hati dengan kata-kata beliau “jika tidak bersetuju either you going down or i’m going down…,” menurut laporan terbabit. Kejadian berlaku pada April

9 Tahun BN Bersama Saya - Najib Razak

Image
Saya nak mengulas sedikit tentang perbezaan cara memerintah masa BN dengan PH. Dalam tempoh 9 tahun kerajaan BN semasa saya PM, kita ikhlas dan bekerja kuat untuk memajukan negara dan menambah kekayaan untuk semua lapisan rakyat. Semasa kita berusaha, kita tidak pernah menyalahkan kerajaan di bawah PM terdahulu. Bila ada masalah, kita perbetulkan. Kita tidak menuding jari. Masalah legasi perjanjian penjana kuasa bebas (IPP) berat sebelah, kita selesaikan. Masalah legasi sistem percukaian ketinggalan zaman, tidak telus dan tidak efficient dan menyebabkan ratusan bilion mengalir keluar dari Malaysia, kita gantikan. Masalah legasi pembangunan tidak sama rata untuk pantai timur serta Sabah dan Sarawak, kita imbangkan. Masalah legasi lebuhraya tol PLUS paling panjang di Malaysia dengan perjanjian berat sebelah dimilik oleh pihak swasta, kita beli balik dan letak di bawah kerajaan dan KWSP. Masalah legasi FELDA tidak mendapat dana yang cukup untuk penanam

Ribuan sertai upacara sembahyang Jalan Salib sempena Good Friday

Image
KUCHING : Masyarakat Kristian di seluruh dunia termasuk di bandar raya ini menyertai upacara perarakan sembahyang Jalan Salib di gereja masing-masing semalam sempena Good Friday. Good Friday atau Jumaat Agung disambut menjelang sambutan Easter Day atau Hari Paska pada Ahad ini. Di Gereja St Thomas di sini, upacara sembahyang Jalan Salib bermula pada jam 12 tengah hari diketuai Reverend Canon Roannie Cannidy. Upacara sembahyang tersebut disertai ribuan masyarakat Kristian yang berarak melibatkan 14 perhentian mengelilingi gereja tersebut. Terdahulu sebelum upacara sembahyang Jalan Salib, diadakan Komuni Suci dan Khutbah pada jam 6.45 pagi diikuti Liturgi Rasmi pada jam 8.15 pagi. Pada ambang Paska (malam sebelum 21 April), Liturgi Sabtu Kudus akan diadakan diikuti Great Easter Vigil pada sebelah malam dengan menyala lilin Paska dan memperbaharui janji pembaptisan. Sementara itu, di Gereja St Joseph di sini, upacara sembahyang Jalan Salib hari ini diadakan pa

GPS Utamakan Hak & Kepentingan Sarawak

Image
GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) kesal dengan kenyataan terkini Pengerusi PKR Sarawak, YB Baru Bian, yang menuduh Ahli-Ahli Parlimen GPS sebagai pengkhianat dan mengabaikan tugas dalam isu Rang Undang Undang Persekutuan Fasal (2) Perkara 1. Tuduhan Baru bahawa alasan GPS “Abstained” tiada merit, membuktikan betapa Baru memandang remeh RUU berkenaan. Kesemua Ahli Parlimen GPS hadir di Dewan Rakyat dengan hampir kesemuanya mengambil bahagian di dalam perbahasan bagi menegur ‘loopholes’ pindaan itu dan memohon supaya “pursuant to MA63” dimasukkan bagi menperkukuhkannya. Seperti yang saya jelaskan dalam kenyataan akhbar bertarikh 12 April 2019 ada loopholes yg perlu diperbaiki. Kalau Ahli-Ahli Parlimen GPS tidak hadir dan tidak berusaha memperbetulkan kelemahan yang ada, itu barulah dinamakan mengabaikan tugas. Ahli-Ahli Parlimen GPS bukan sahaja membahaskannya malah telah berunding dengan semua pihak termasuk Menteri Undang-Undang, pemimpin kerajaan dan pembangkang Sabah termasuk

https://cucuabanggodam.blogspot.com/

Image

https://cucuabanggodam.blogspot.com/

Image

Penduduk Sebuyau harap masjid baharu siap sebelum Aidilfitri

Image
SEBUYAU : Penduduk Sebuyau berharap pembinaan masjid baharu dapat disiapkan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Perkara itu disuarakan Imam Masjid Darul Iman Sebuyau Wan Madihi Wan Sait, 60, mewakili penduduk di kawasan tersebut yang memberitahu, masjid berkenaan sememangnya perkara yang amat ditunggu-tunggu sejak Masjid Darul Iman di Kampung Masjid runtuh akibat hakisan tanah dan tebingan sungai pada Disember 2008. “Alhamdulillah pembinaan masjid ini lancar dan ia tersergam begitu indah serta besar. “Meskipun ia lambat,  kita penduduk Sebuyau amat gembira dan bersyukur kerana kerajaan Sarawak melaksanakan serta merealisasikan pembinaan masjid baharu ini,” katanya ketika ditemui pemberita di tapak projek pembinaan masjid baharu Sebuyau di sini semalam. Tambah Wan Madihi, penduduk amat berbesar hati dan berterima kasih kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat terdahulu (di bawah Barisan Nasional) kerana pembangunan masjid baharu itu. “Insya Allah

Rh Umpang ranap terbakar, 161 penghuni hilang tempat tinggal

Image
SELANGAU : Sekurang-kurangnya 161 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang 25 pintu yang didiami di Rh Umpang, Ulu Baoh Chelum di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran, Khamis malam. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak seramai 11 anggota diketuai PBK II Mclean C Madis dari Balai Bomba Sg Merah dikerahkan ke lokasi susulan menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.59 malam. "Setibanya di tempat kejadian, bomba mendapati kebakaran telah memusnahkan keseluruhan  rumah panjang setingkat jenis kayu tersebut," katanya sambil menambah Ketua BBP Sg Merah PKPgB Alimat Sam turut ke lokasi selaku Komander Operasi. Katanya, bomba menghadapi cabaran apabila jentera bomba tidak dapat memasuki kawasan tersebut kerana laluan yang sempit. "Pasukan bomba memunggah pam dan peralatan ke dalam kereta pikap dan bergerak ke lokasi dalam lingkungan lima kilometer jauh melalui jalan tanah yang sempit

Swinburne Sarawak terus melakar sejarah tersendiri

Image
KUCHING : Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila berjaya melahirkan 311 graduan berkualiti tinggi dan mereka diraikan pada Majlis Konvokesyen Ke-19 universiti itu semalam. Kumpulan itu terdiri daripada 286 penerima ijazah sarjana muda dan 22 ijazah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (Antarabangsa), Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Pembinaan, Sains (Penyelidikan) dan Sastera (TESOL-Mengajar Dalam Bahasa Inggeris). Pada majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, tiga graduan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam kejuruteraan, sains dan perniagaan iaitu Raj Sekar Sethu, Jing Wenlong dan Tay Jia Jun. Swinburne Sarawak telah menghasilkan 32 graduan PhD sejak 2012. Anugerah disampaikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selaku Pro Canselor Swinburne Sarawak dan Canselor Swinburne University of Technology Profesor John Pollaers. Pollaers dala

RM44,000 disalur kepada 44 keluarga mangsa kebakaran Uma Bawang

Image
BINTULU : Bantuan awal sebanyak RM44,000 telah disalurkan kepada 44 keluarga daripada dua blok rumah panjang Uma Bawang di Skim Penempatan Semula Sungai Asap yang musnah dalam kebakaran petang Isnin lalu. Bantuan ini telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chuk Pai Ugon semasa melawat mangsa kebakaran di skim penempatan semula itu semalam. “Secara amnya, setiap keluarga terjejas akan menerima bantuan awal sebanyak RM1, 000 bagi kegunaan mereka mendapatkan barang keperluan asas yang baharu serta barangan keperluan lain yang diperlukan, kerana kesemua peralatan rumah mereka telah musnah terbakar,” ujarnya. Pada masa sama katanya, bantuan susulan akan diberikan kepada semua mangsa terjejas dari semasa ke semasa mengikut keperluan mereka, terutama pembinaan rumah sementara yang akan menjadi tempat mereka tinggal, sementara menunggu rumah panjang yang baharu siap dibina. Beliau pada masa sama melahirkan rasa penghargaan serta terima kasih

SHFF 2019 pelengkap Kempen Melawat Sarawak

Image
KUCHING : Penganjuran Pesta Menuai dan Budaya Rakyat Sarawak (SHFF) 2019 yang berlangsung pada 26 hingga 28 April bertepatan pada masanya. Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata SHFF 2019 yang diadakan di Kampung Budaya Sarawak itu menjadi pelengkap kepada Kempen Melawat Sarawak untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini. “Bagi pihak kerajaan negeri melalui kementerian ini, penganjuran Pesta Menuai dan Budaya Rakyat Sarawak ini disambut baik kerana ia menjadi pelengkap kepada Kempen Melawat Sarawak, yang memasuki bulan keempat. “Penganjuran pesta selama empat hari itu amat tepat pada masanya kerana kami menjangkakan ramai pelancong tempatan dan asing akan datang ke Kuching bagi beberapa acara lain,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung Pesta Menuai dan Budaya Rakyat Sarawak (SHFF) 2019 yang dihadiri pengerusi pengelola yang juga Pengurus Besar Kampung Budaya Sarawak Ja

Menteri Muda Pertanian Lawat Daerah Pusa

Image
Pusa: Hari kedua lawatan YB Dr Abdul Rahman membuat tinjauan ke 3 projek pertanian di Daerah Pusa.  Pertama ke kolam percubaan dan demonstrasi udang harimau dan udang putih milik Jabatan Perikanan Malaysia yang mana 3 buah kolam  disewakan kepada pengusaha baru dalam tempoh 3 ke 4 tahun .  Masa ini pengusaha tersebut adalah En Awang Nash Farini Bin Sarbini, 30 tahun, lulusan jurutera awam, satu contoh usahawan muda terlibat dalam bidang akuakultur dan menjana pendapatan sekitar RM30 ribu sebulan.  Seterusnya rombongan melawat projek pengeluaran gula apong di Kampung Tambak . Seramai 89 pengusaha gula apong berjaya menjadikan Pusa sebagai pengeluar gula apong terbesar di Malaysia.  Pelbagai produk hiliran daripada pokok nipah juga dihasilkan seperti bakul , tikar dan terendak.  Lokasi ketiga rombongan adalah projek baru tanaman nanas di Sg Teru dibawah IADA seluas 40 hektar bagi fasa pertama dan akan diperluaskan 75 hektar fasa kedua . Kementerian dan jabata

Warga emas maut diserang buaya di Batang Oya

Image
MUKAH : Seorang warga emas maut dipercayai akibat diserang buaya di Batang Oya, Kampung Bakong di sini, pada Selasa. Mangsa dikenali sebagai Seruji Salleh, 72, dikatakan pergi ke sungai untuk mandi kira-kira pukul 12.30 tengah hari selepas membuat kerja di luar rumah. Bagaimanapun, apabila lelaki tersebut tidak kembali ke rumah sekitar 4 petang, adik mangsa keluar mencarinya di sekitar tebing sungai namun hanya menjumpai baju dan selipar mangsa. Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, adik mangsa segera mendapatkan bantuan penduduk kampung untuk mencari warga emas tersebut. Ketua Polis Daerah Dalat DSP Roslan Leman yang mengesahkan kes itu ketika dihubungi, berkata mayat mangsa dijumpai penduduk kampung di sungai berhadapan Kampung Terus Oya pada pukul 7.05 malam. "Mayat dijumpai dalam keadaan tidak lengkap anggota badan apabila kaki kanan telah hilang.  "Hasil siasatan awal di lokasi kejadian dan maklumat awal dari adik mangsa mendapati mangsa telah

Tiga feri beroperasi di Pangkalan Feri Sebuyau-Triso

Image
SEBUYAU : Sarawak meluluskan tiga buah perkhidmatan feri beroperasi serentak bagi menampung jumlah kenderaan yang mencecah hampir 400,000 setahun di Pangkalan Feri Sebuyau-Triso. Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata, operasi perkhidmatan feri di pangkalan itu bermula pada April 2013 dengan sebuah feri berkapasiti 32 kenderaan yang kemudian ditambah lagi sebuah pada Januari 2017. Manakala sebuah lagi feri yang turut mempunyai kapasiti 32 kenderaan, katanya, telah memulakan operasi pada 14 April lalu dan ini menjadikan jumlah keseluruhan tiga feri beroperasi di Pengkalan Feri Sebuyau-Triso. Beliau berkata, pada awal perkhidmatan feri itu sekitar tahun 2014-2016, jalan pesisir dianggap sebagai laluan alternatif kepada laluan Pan Borneo. “Stastitik tahunan kenderaan menggunakan  feri Sebuyau-Triso sebanyak 138,111 buah kenderaan pada tahun 2014, meningkat kepada 168,113 (2015), melonjak ke 301,342 (2016), 387,261 (2017) dan 372,119 buah kenderaan pad

Pindaan Perlembagaan, GPS ambil keputusan tidak popular demi Sarawak

Image
KUCHING : Pakatan Harapan (PH) Sarawak cuba mengambil peluang untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka apabila Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkecuali dari mengundi usul pindaan Perkara 1(2), Perlembagaan Persekutuan baru-baru ini. Menteri Muda Undang-undang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata GPS cuma mahu rang undang-undang itu dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk dibincangkan lebih terperinci.  "PH cuba mempengaruhi rakyat Sarawak dengan melabelkan GPS dengan berbagai gelaran. Semuanya bertujuan untuk meraih sokongan politik semata-mata. "Jika mereka bersetuju dengan kita (GPS), mereka akan kelihatan lemah dan mereka tidak ada apa-apa lagi yang hendak diperjuangkan," katanya semalam ketika diminta mengulas isu berhubung kegagalan Dewan Rakyat pada Selasa lepas yang menyaksikan ia tidak diluluskan. Rang undang-undang itu tidak diluluskan apabila gagal meraih undian dua pertiga Anggota Dewan Rakyat. Hasidah menerusi satu

Wanita lumpuh rentung

Image
SIBU : Seorang wanita lumpuh rentung manakala ibunya melecur dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan Rumah Chandi, Sungai Tau di Selangau, malam kelmarin  (Ahad). Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata, mangsa yang dikenali sebagai Riti Jubi, 43, tidak dapat berjalan sejak kecil lagi. Jimmy berkata, mayat mangsa berjaya dikeluarkan dari bawah timbunan sisa kebakaran setelah api yang memusnahkan 100 peratus rumah panjang 22 pintu itu berjaya dipadamkan. "Keadaan mayat mangsa hanya tinggal tengkorak dan bahagian tulang belakang serta bahagian perut," katanya dalam satu kenyataan semalam. Ujar beliau, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut. Sementara itu, ibu mangsa, Diah Bunyah, 80, yang melecur di bahagian belakang badan dan lengan kiri dihantar ke Klinik Kesihatan Selangau sebelum dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut. SIBU: Seorang wanita lumpuh rentung manakala ibunya melecur dalam kejadian keba

Hafizh Syahrin kecewa lagi

Image
KUALA LUMPUR : SELEPAS mengharungi tiga perlumbaan, penunggang MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah masih gagal mempamer aksi meyakinkan apabila menamatkan Grand Prix Americas pada kedudukan ke-18, kelmarin. Secara teknikalnya, pelumba Red Bull KTM Tech3 itu menghuni tangga tercorot dalam perlumbaan di Austin, Texas kerana empat pelumba di bawahnya tidak menamatkan saingan. Hafizh mengakui kecewa dengan prestasinya terutama selepas membuat kesilapan dalam pemilihan tayar. “Sejujurnya saya agak kecewa kerana kami membuat pemilihan tayar berbeza tetapi ia nampaknya bukan pilihan yang tepat. “Sejak awal perlumbaan, saya rasa tidak bagus. Saya tidak dapat hentikan motosikal dengan baik, jadi saya terus berlumba dalam keadaan begitu. “Sangat sukar untuk mengekalkan kelajuan dan ia mengambil seluruh tenaga saya. “Saya tidak tahu mengapa ia berlaku tetapi saya harap kami akan bangkit di Jerez iaitu perlumbaan pertama di Eropah. “Saya harap kami dapat melak

ECRL: Pertubuhan rel mohon dilibatkan sama

Image
CYBERJAYA : Pertubuhan Industri Rel Malaysia (MARIC) memohon agar Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta pihak China yang menjalankan pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) untuk melibatkan syarikat-syarikat tempatan dalam projek berkenaan. Presiden MARIC, Datuk Dr. Mohd. Yusoff Sulaiman berkata, syarikat-syarikat tempatan yang memfokuskan kepada produk-produk sistem berkaitan boleh dilibatkan dalam pembinaan ECRL. Menurutnya, syarikat-syarikat tempatan mempunyai kemampuan dan kelayakan dalam memenuhi standard pembinaan bagi projek itu. “MARIC terdiri daripada 36 syarikat akan terlibat dalam Technomart Rel 2019 untuk bercakap tentang hak ehwal rel termasuk pembaikan dan baik pulih (MRO) dan perundingan kejuruteraan. “Kenapa tidak kita mengangkat produk tempatan? Kita semua boleh. Mungkin dalam sektor semboyan (signalling) kita kurang tapi ini boleh kita teroka untuk mempertingkatkan kepakaran,” katanya ketika berucap pada Majlis Pembukaan Technomart Rel 2019 di

SEDC terus membantu membangunkan usahawan wanita

Image
KUCHING : Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) meneruskan usaha memantapkan golongan usahawan dengan penyediaan bantuan pinjaman dan peralatan. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, terdapat tujuh program yang disediakan SEDC bagi tujuan tersebut. “Kita juga mahu semua usahawan wanita mengguna pakai pendekatan e-wanita yang telah dilancarkan Ketua Menteri baru-baru ini. “Sekiranya, usahawan wanita kita mengikuti ekonomi digital dengan menjalankan perniagaan produk mereka dalam talian ia lebih menguntungkan,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat SEDC bagi program bantuan pinjaman dan peralatan semalam. Ia tegasnya, amat bersesuaian kepada golongan wanita yang baharu mahu berjinak dalam bidang perniagaan dan usahawan wanita yang sudah berkecimpung untuk memajukan lagi perniagaan mereka. Antara kategori program yang disediakan pihaknya termasuk Pusa

Tidak wajar guna isu tanah hasut rakyat

Image
KANOWIT : Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengingatkan sesetengah pihak supaya tidak mempergunakan tanah sebagai isu politik. Katanya, ada pihak tertentu suka menggunakan isu tersebut untuk menghasut rakyat seterusnya memburuk-burukkan Kerajaan Sarawak. “Kerajaan Sarawak tidak pernah sekali merampas tanah milik rakyat. “Malah kerajaan akan terus memperjuangkan dan menyukat tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di bawah inisiatif baharu di Sarawak sebagai mengiktiraf hak rakyat ke atas tanah mereka,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera di Bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN), Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTN dan Cek Pampasan Tanah di Dewan Pejabat Daerah Kanowit di sini, semalam. Hadir sama ialah Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, ADUN Machan Allan Siden Gramong, Penguasa Tanah dan Survei Bahagian S

Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 disifatkan tidak bermakna

Image
KUCHING : Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang gagal mendapat sokongan dua pertiga majoriti undi daripada anggota Dewan Rakyat pada 9 April lalu, adalah disifatkan sebagai tidak bermakna. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata, pindaan perlembagaan yang dicadangkan  pada asasnya adalah pindaan bukan pindaan. “Ia hanya bermain dengan kata-kata dan susunan semula negeri,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat daripada delegasi pejabat DUN Terengganu yang diketuai Yang Dipertua DUN Terengganu Yahaya Ali di Bangunan DUN di sini semalam. Asfia berkata, kerajaan persekutuan harus mengiktiraf kepentingan Perjanjian Malayia 1963. “Sudah cukup yang telah diperkatakan oleh begitu ramai pihak. Namun saya ingin menekankan ini bahawa MA63 bukan sahaja satu perjanjian antarabangsa. “Ia juga adalah triti yang ditandatangani oleh kerajaan-kerajaan berdaulat iaitu Great Britain, Persekutu

Tahniah! Cabaran Blowpipe Tay Motors Red Riders Berjaya Ditamatkan!

Image
Cabaran tunggangan 'Blowpipe' pada hari terakhir program Jelajah 10 Tahun Tay Motors Red Riders berjaya ditamatkan semalam. "Tunggangan sejauh 1,300 kilometer bermula dari Tugu Marlin di Kota Kinabalu itu berakhir di check point terakhir di Tugu Kucing yang terletak di Bandaraya Kuching berjaya dilakukan dalam masa 20 jam dan 25 minit di hadapan had masa yang telah ditetapkan iaitu 24 jam, dalam hari yang sama," kata ketua jelajah George Marcella. Perjalanan bermula seawal jam 3:30 pagi dengan selang masa beberapa minit antara satu sama lain, jelasnya. "Antara cabaran yang terpaksa ditempuh adalah keadaan jalan yang gelap dari Bandaraya Kota Kinabalu hingga ke checkpoint Imigresen Sindumin. "Masa banyak dihabiskan di pintu masuk sempadan. "Ada juga peserta yang terpaksa berpatah balik ke checkpoint imigressen kerana terlupa untuk mendapatkan cop keluar sempadan. "Di Lawas, sebuah motosikal peserta mengalami masalah pa