Posts

Showing posts from May, 2019

Sarawak adalah negeri kita, perlu ditadbir semua kaum demi kesejahteraan bersama

Image
KUCHING : Penyertaan semua kaum dalam membangunkan Sarawak amatlah diperlukan dalam memastikan pembangunan negeri ini dapat dinikmati bersama. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang  Johari Tun Openg berkata Sarawak adalah negeri kita dan perlu ditadbir dan dibangunkan secara bersama dengan melibatkan penyertaan semua kaum. “Di kawasan pedalaman misalnya, penduduknya yang terdiri daripada masyarakat Dayak masih memerlukan jalan, jambatan, air bersih dan elektrik 24 jam dan internet. “Kita juga mempunyai gabungan politik dan gagasan yang berbeza tentang sesuatu perkara, tetapi kita perlu bersatu atas nama orang Sarawak demi kebaikan bumi Kenyalang ini. “Justeru, masyarakat Dayak dan kaum-kaum lain pada hari ini perlu mengambil bahagian secara bersama dalam membangunkan ekonomi Sarawak.,” katanya. Beliau berkata demikian dalam perutusan bersempena perayaan Gawai di sini, hari ini. Menurut Datuk Patinggi Johari lagi, Kerajaan Sarawak juga nekad untuk memastikan ka

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Image
Dalam pelbagai juadah pada musim perayaan Aidilfitri, hidangan lemang periuk kera antara yang menjadi bahan perbualan sejak beberapa tahun lalu. Lemang periuk kera dikatakan lebih enak berbanding lemang buluh yang sudah menjadi kebiasaan dihidangkan Juadah ini dimasak dalam kelongsong periuk kera atau nama saintifiknya Nepenthes Mirabilis dan sangat popular di negeri Pahang dan Johor. Namun di sebalik populariti lemang itu, barangkali ramai yang tidak tahu bahawa tumbuhan periuk kera sedang mengalami ancaman. Dan apa yang wajar diketahui juga, periuk kera  merupakan mangkuk tandas buat haiwan mamalia seperti Kelawar dan juga tupai. Perkara itu didedahkan oleh akaun Twitter rasmi @ZoologiMy yang menyifatkan menghidangkan lemang periuk kera di hari raya bukan pilihan yang bijak. "Lemang Periuk Kera, bukan pilihan yang bijak untuk  musim perayaan," kata @ZoologiMY. Satu kajian baru yang dilakukan oleh sekumpulan saintis dari Universiti Brunei Dar

Tolak ansur dan bersabar ketika guna khidmat feri Sebuyau/Triso-JKR Sarawak

Image
KUCHING : Aliran trafik di pangkalan Feri Sebuyau/Triso di Bahagian Samarahan mulai meningkat sejak semalam dan pengguna diingatkan supaya bersabar dan bertolak ansur ketika menuju ke destinasi masing-masing pada musim perayaan dan cuti sekolah ini. Menurut jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, peningkatan jumlah kenderaan dapat dilihat bermula dari awal pagi semalam namun keadaan masih lagi terkawal dan ini menyebabkan kenderaan berbaris panjang semasa menunggu giliran menggunakan feri untuk menyeberangi Batang Lupar dari Sebuyau Bahagian Samarahan ke Triso Bahagian Betong. Jelasnya, kini terdapat tiga feri beroperasi di pangkalan Feri Sebuyau/Triso di Bahagian Samarahan. "Antara langkah diambil bagi menampung jumlah kenderaan yang semakin banyak menggunakan perkhidmatan feri adalah bermula dari 25 Mei sehingga 16 Jun ini di pangkalan Feri Sebuyau/Triso, untuk Feri Pertama masa operasi dari 6 pagi dilanjutkan sehingga 12 tengah malam.  "Feri Kedua

Mangsa rabies terbaru meninggal dunia hari ini

Image
KUCHING : Mangsa terbaru rabies di Sarawak meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Penyakit Berjangkit Hospital Umum Sarawak (HUS) sekitar 9 pagi tadi. Jackson Yap Foh Fong berusia 26 tahun dari Jalan Batu Kawa merupakan yang ke-17 meninggal dunia daripada 18 mangsa yang disahkan rabies setakat ini. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk tindakan selanjutnya. Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memberitahu mangsa mula mengalami lemah badan dan sukar bernafas sejak Sabtu lalu. “Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa juga mengalami kekeliruan, hydrophobia, kesukaran menelan dan otot anggota badan menjadi lemah,” katanya yang dipetik. Mangsa dikatakan mempunyai sejarah dicakar anjing peliharaan namun tidak mendapatkan rawatan. “Pada pertengahan Mac lalu, anjing peliharaannya itu mati setelah menunjukkan gejala hypersalivation, unsteady gait dan hydrophobia. “Bangkai anjing

Hospital pengajar Unimas dijangka mula dibina suku pertama 2020

Image
KOTA SAMARAHAN:  Projek Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dijangka bermula pada suku pertama 2020 nanti. Perkara itu didedahkan Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi ketika ditemui pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UNIMAS dengan Universiti Beijing Wuzi di Rumah Universiti di sini hari ini. Beliau menjelaskan, projek itu kini dalam proses penyiapan dokumen tender yang dijangka siap pada hujung tahun ini sebelum ia ditender pada tahun hadapan. "Projek pembinaan hospital pengajar ini telah diluluskan dalam Roling Plan ke-4 Rancangan Malaysia Ke-11 dan dijangka dibina pada suku pertama 2020 nanti. "Hospital pengajar ini mempunyai 300 katil termasuk pusat jagaan harian dan asas yang dianggarkan menelan kos RM560 juta dan dijangka siap tiga atau empat tahun," katanya. Mengenai MoU itu, Kadim berkata, Universiti Beijing Wuzi merupakan universiti terbaik dalam bidang lo

Nelayan hilang di laut dijumpai tidak bernyawa

Image
BINTULU : Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang dan dipercayai jatuh laut pada Khamis semalam di perairan Pantai Mukah pagi ini lebih kurang jam 8.15 pagi tidak jauh dari lokasi beliau di katakan jatuh iaitu kira-kira 0.4 batu nautika dari Pantai Mukah. Mangsa, Lee Ah Leng, 37 tahun yang berasal dari Kampung Penipah, Mukah ditemui penduduk kampung yang turut serta dalam operasi cari dan menyelamat (SAR) bermula sejak tengahari semalam.  Ketika ditemui mangsa lengkap berpakaian.  Menurut Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah, mangsa dipercayai lemas akibat terjatuh dari bot miliknya ketika sedang dalam perjalanan pulang dari menangkap ikan di laut.  "Mangsa juga disyaki tidak memakai jaket keselamatan ketika kejadian berlaku. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan  selanjutnya," ujarnya dalam kenyataan hari ini. Shahref berkata, Maritim Malaysia selaku agensi yang mengkoordinasikan oper

Dua lagi mayat mangsa lemas di Tutus dijumpai pagi ini

Image
SIBU : Dua mayat mangsa lemas di Sungai Nanga Tutus ditemui pagi tadi. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata, mayat pertama Nurul Syahiera Salam,13, ditemui pada jam 7.05 pagi manakala mayat Trevince Gong, 14, dijumpai sekitar jam 7.20 pagi. Kedua-dua mangsa dijumpai terapung di kawasan Rasau, kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. Mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Sementara itu, mayat pertama ditemui kira-kira jam 2.30 petang semalam oleh pasukan SAR yang dikenali pasti sebagai Trisha Janggok dan berumur 12 tahun. Mangsa dijumpai terapung  di kawasan jeti Pos Kawalan Bomba (PKB) dan disedari polis yang melalui di kawasan tersebut.  Susulan penemuam kedua-dua mayat terakhir kejadian lemas tersebut, operasi SAR ditamatkan sekitar jam 8 pagi. - UB

Lelaki hentak cermin kereta dipenjara 12 bulan

Image
Penunggang motosikal yang menghentak cermin hadapan sebuah kereta dengan topi keledar terpaksa menyambut Aidilfitri di penjara selepas dijatuhi hukuman penjara minimum 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, atas kesalahan melakukan khianat. Majistret Nurshahira Abdul Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Danial Abdullah Tan, 31, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara itu bermula tarikh tangkap, semalam. Dia yang lebih dikenali sebagai 'abang botak' dalam kalangan netizen hanya menundukkan kepalanya sepanjang prosiding. Malah, suaranya tersekat-sekat serta menangis ketika disoal Majistret Nurshahirah mengapa dia bertindak sedemikian. “Puncanya dia (pengadu) hendak melanggar saya dan menghimpit saya... saya berhentikan dia untuk berbicara, namun dia menunjukkan tanda jari dan disebabkan itu saya buat keputusan bodoh,” katanya dengan

Bila tarikh sebenar Dr M akan letak jawatan, tanya pemimpin PKR

Image
PETALING JAYA:  Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid meminta Dr Mahathir Mohamad memberitahu dengan jelas bilakah beliau akan memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk menggantikannya sebagai perdana menteri. Sani yang mewakili PKR berkata, tidak memadai sekiranya Mahathir terus berkata bahawa beliau akan menyerahkan kuasa kepada presiden PKR itu tanpa “menyebut dengan jelas tempoh masanya”. “Dengan menjadikan keperluan untuk mengukuhkan ekonomi sebagai alasan penangguhan (peralihan kuasa) adalah tidak rasional kerana ekonomi merupakan masalah yang berterusan,” katanya kepada FMT. Beliau memberi respons terhadap kenyataan terbaru Mahathir bahawa beliau akan menepati janji yang dibuat berhubung isu peralihan kuasa. Bagaimanapun perdana menteri, yang bercakap di Tokyo, juga berkata, tidak ada tempoh masa khusus yang ditetapkan semasa janji itu dibuat sebelum pilihan raya umum tahun lepas. Mahathir berkata, beliau akan berundur selepas berjaya memulihkan

Lelaki pecahkan cermin kereta dengan topi keledar ditahan

Image
SERDANG : Lelaki yang diburu polis selepas rakaman video menunjukkannya memecahkan cermin hadapan sebuah kereta dengan topi keledar tersebar di media sosial, ditahan jam 3 petang semalam. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Asmadi Borhan, berkata suspek berusia 30-an yang bekerja sebagai pembantu stor kilang di Balakong, ditahan di tempat kerjanya oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang. Polis turut merampas sebuah motosikal dan topi keledar yang dipercayai digunakan ketika kejadian bagi membantu siasatan. “Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya esok mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ). “Siasatan lanjut mengenai kes ini masih sedang diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan. Terdahulu, video menunjukkan lelaki terbabit memecahkan cermin hadapan sebuah Perodua Axia dipandu seorang pembantu kedai kek berusia 22 tahun tersebar di media sosial. Kejadian

Pererat silaturahim rakyat Sarawak

Image
KUCHING : Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mahu perayaan Gawai Dayak dijadikan landasan untuk terus mengeratkan silaturahim dalam kalangan rakyat pelbagai etnik, latar belakang dan kepercayaan. Beliau berkata, Gawai Dayak seperti perayaan-perayaan lain di Malaysia, mengambil penting usaha membawa perasaan harmoni dan bersatu dalam kalangan rakyat Sarawak. Perayaan Gawai Dayak katanya, lebih bermakna apabila kehidupan rakyat negeri ini khususnya Iban, Bidayuh dan Orang Ulu yang meraikannya telah banyak berubah, malah kini dapat merebut banyak peluang kerana adanya pembangunan untuk meningkatkan taraf dan gaya hidup mereka. Menurut Tun Taib, perpaduan adalah kekuatan utama yang menjadi tunjang kestabilan dan keamanan di Sarawak, selain merupakan asas kukuh kepada pembangunan dan kemajuan sosioekonomi negeri. “Kita bersyukur Sarawak terus aman dan damai. Keharmonian yang kita nikmati pada hari ini adalah hasil sikap toleransi dan hubungan erat dal

Pemandu Grab diserang

Image
KUCHING : Seorang pemandu Grab cedera akibat ditembak penumpangnya dipercayai warga Indonesia di Jalan FAC Matang, dekat sini petang semalam. Menurut sumber, mangsa, 46, berasal dari Sekama menjemput suspek di Kuching Sentral sebelum meminta dihantar ke sebuah ladang strawberi di Matang. “Setibanya di lokasi kejadian (Jalan FAC Matang), suspek meminta mangsa memberhentikan keretanya di tepi jalan dengan alasan ingin membuang air kecil. “Bagaimanapun, suspek dikatakan tiba-tiba mengacu senjata dipercayai senapang angin buatan sendiri lalu melepaskan tembakan peluru guli ke arah mangsa sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan,” kata sumber. Suspek yang masih tidak berpuas hati dipercayai turut menyerang mangsa menggunakan senjata dipercayai tukul. “Selepas peluru (guli) senapangnya habis, suspek dipercayai bertindak memukul mangsa di kepala sebelum melarikan diri dari tempat kejadian,” kata sumber. Motif suspek yang menggunakan nama ‘M Chen Chen’ dala

Bot ditemui tanpa pengemudi, nelayan dikhuatiri jatuh ke laut

Image
MUKAH : Sebuah bot berpusing-pusing tanpa pengemudi di laut Kuala Petanak di mana tuan punya bot dikhuatiri terjatuh ke laut apabila menangkap ikan sekitar jam 10 pagi semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau, nelayan tersebut Lee Ah Leng, 37, dikhuatiri jatuh ke laut sebelum botnya ditemui rakannya. “Rakan mangsa memberitahu beliau ternampak sebuah bot dalam keadaan enjin masih hidup, berpusing-pusing tanpa sesiapa di dalamnya di kawasan Kuala Petanak, Mukah,” katanya kepada Utusan Borneo. Khuatir akan sesuatu yang tidak diingini berlaku, rakannya itu terus menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Setelah maklumat dikumpul sekitar 11 pagi, pihak Bomba dan Penyelamat serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang dimaklumkan terlebih dahulu mengenai insiden itu memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR). Turut bersama menjalankan SAR adalah 10 bot nelayan tempatan. Sebelumnya, mangsa dikatakan keluar ke laut seorang di

Pemandu parah nahas jalan raya di KM18 Sarikei-Saratok

Image
SARIKEI : Seorang pemandu cedera parah setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 18 Jalan Sarikei-Saratok, malam kelmarin. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 10.30 malam. “Kemalangan ini membabitkan pertembungan sebuah kereta jenis pacuan empat roda dengan sebuah kereta. “Pemandu kereta pacuan empat roda bersama dengan dua orang penumpang hanya mengalami cedera ringan, manakala pemandu sebuah lagi kenderaan yang terlibat mengalami cedera parah. “Berikutan itu, kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, semalam. Tambah Mahmudin, pihak bomba telah melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kemalangan dan setelah memastikan keadaan selamat, pasukan bomba telah bertolak balik semula ke balai. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes terbabit telah diserahkan kepada piha

Perumahan berpagar, berpengawal terbesar akan dibina di utara Miri

Image
MIRI : Kawasan perumahan komuniti berpagar dan berpengawal terbesar di negeri ini akan dibina di kawasan utara Miri dikenali Miri North City melibatkan kerjasama syarikat pemaju tempatan dan syarikat pembinaan dari Beijing China. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, projek adalah kerjasama julung kali melibatkan syarikat pembinaan dari negara itu di Sarawak, sekali gus mengukuhkan hubungan dua hala. Projek akan melibatkan keluasan 1,200 ekar di bahagian utara Miri iaitu di Senadin dengan konsep pembangunan komprehensif, dijangka yang terbesar di Malaysia Timur. “Saya gembira untuk hadir pada majlis sambutan berganda ini. “Kenapa? Pertama, kerana syarikat pembinaan dari Beijing pertama kali datang ke Sarawak. “Melihat kepada apa yang mereka bangunkan di Beijing adalah begitu mengagumkan sekali. “Kedua, Miri North City akan menjadi sambutan terbesar kerana ia adalah pembangunan mercu tanda untuk lebih 10,000 rumah akan dibina

Kaum lain tidak boleh guna Hari Gawai pecah belah Dayak

Image
KUCHING : Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berkata kaum lain tidak boleh mengguna dan menukar sambutan sambutan Hari Gawai menjadi aktiviti serta gimik politik untuk memecahbelahkan Dayak. Beliau berkata, sambutan perayaan kebudayaan itu harus digunakan sebagai perayaan kebudayaan yang dirai dan dinikmati semua rakyat Malaysia. “Kaum lain di Malaysia sangat dialu-alukan menyertai kaum Dayak menyambut Hari Gawai, tetapi mereka tidak boleh mempergunakan perayaan ini dan menukarkannya menjadi aktiviti serta gimik politik untuk memecahbelahkan Dayak,” katanya dalam perutusannya sempena Hari Gawai 2019. Masing berkata, Dayak terdiri daripada tiga kumpulan utama iaitu Iban, Bidayuh dan Orang Ulu tetapi malangnya dalam kalangan kumpulan ini, tidak ada faktor umum yang dapat mengenalpastikan Dayak sebagai unit tunggal seperti Melayu di Sarawak. Beliau berkata, Melayu di Sarawak mempunyai satu faktor umum yang kuat menyatukan mereka iaitu agam

Masyarakat Dayak sibuk melakukan persiapan terakhir menjelang perayaan Hari Gawai esok

Image
PAKAN : Jocelyn Bidai Kadier telah dinobatkan sebagai Kumang Mantar Gawai 2019 anjuran Gerempung Raban Pakan, malam kelmarin. Sebagai johan pada pertandingan tersebut, Jocelyn telah berjaya merangkul hadiah utama pertandingan iaitu wang tunai RM1,000, piala, selendang dan juga tiara kejuaraan daripada pihak pengelola pertandingan. Tempat kedua pula dimenangi Loretta Sara Geragop yang berjaya membawa pulang wang tunai RM800, piala dan hamper. Pemenang tempat ketiga pula telah dianugerahkan kepada Jasyl Michelle Sylvester dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM600, piala dan hamper. Pertandingan ini telah diadakan di Dewan Masyarakat Pakan dan dirasmikan Pengerusi Gerempung Raban Pakan Jerenang Jawa. Selain daripada pertandingan kumang tersebut, majlis ini turut diserikan dengan majlis penyampaian insentif kepada anak-anak ahli persatuan yang cemerlang dalam bidang akademik, cabutan tiket bertuah dan juga ‘suara emas’. Lebih 300 tetamu yang merangkumi ahli

Masyarakat Dayak sibuk buat persiapan terakhir Gawai

Image
KUCHING : Masyarakat Dayak sibuk melakukan persiapan terakhir menjelang perayaan Hari Gawai esok. Tinjauan Utusan Borneo di sekitar pusat-pusat beli-belah di bandar raya ini semalam mendapati orang ramai terutama masyarakat Dayak sibuk membeli-belah keperluan terakhir. Sena Ringgit bersama suaminya Egol Terifan dan anak mereka Eventino Eyun antara yang keluar membeli-belah keperluan akhir semalam. “Persiapan Gawai tahun ini saya buat secara sederhana sahaja di mana pakaian anak-anak dan makanan kering seperti biskut semua telah disedia lebih awal. “Hanya barangan basah lain yang masih perlu dibeli dan memandangkan tahun ini saya tidak balik ke Lubok Antu, maka mudah untuk saya berbelanja saat akhir,” katanya. Sementara itu, Kelly Jurim yang ditemui semalam turut menggunakan masa terluang untuk keluar membeli keperluan akhir bersama rakannya Nurkhadijah Abdillah. “Persiapan lain semua sudah sedia yang tinggal cuma untuk  masak lemang sahaja esok (hari ini),”

Sarawak tuai tenaga hijau daripada kekayaan sumber air

Image
LIMBANG : Sarawak giat mengkaji sumber tenaga baharu dengan membangunkan pengeluaran hidrogen di negeri ini kerana mempunyai potensi besar berdasarkan kekayaan sumber airnya. Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, justeru ke arah itu Sarawak akan meneruskan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) membabitkan pengeluaran hidrogen bagi mencari sumber tenaga baharu. Jelas beliau, Sarawak turut memperkenalkan bas hidrogen yang akan digunakan sebagai projek perintis sebagai demonstrasi keupayaan teknologi bahan api hidrogen bagi kenderaan pengangkutan awam di negeri ini. “Sarawak ada agenda tenaga hijau dengan menerokai lambakan sumber air di negeri ini untuk mengeluarkan tenaga yang bersih, murah dan mesra kepada alam sekitar dengan membangunkan tenaga hidrogen,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya anjuran PERKIM di Masjid Baitul Iman Limbang di sini, semalam. Turut sama ialah isteri Dr Abdul Rahman yang juga Pengerusi PERKIM Cawan

Motosikal bergesel dengan lori, lelaki maut digilis

Image
SIBU : Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah lori tangki di Jalan Wong King Huo di sini, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Martin Koo berkata, mangsa dikenali sebagai Charles Ngu Ming Jian, 51, dan berasal dari Bintangor. Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi di laluan menghala ke bulatan di jalan terbabit. “Motosikal ditunggangi mangsa telah bergesel dengan lori tersebut sebelum digilis tayar belakang lori berkenaan. “Akibat kemalangan tersebut mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian, “ katanya dalam satu kenyataan semalam. Martin memberitahu, mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut, manakala pemandu lori telah ditahan dan diambil ujian darah. Katanya, pemandu lori yang berasal dari Saratok itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis. Dalam insiden berasingan, seorang wanita cedera parah, manakala lima lagi termasuk seorang kanak-

Menara telekomunikasi, kementerian maklum bantahan penduduk Stapok

Image
KUCHING : Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan ambil maklum masalah yang dihadapi penduduk Stapok yang membantah pembinaan menara telekomunikasi di kawasan mereka. Setiausaha Politik Ketua Menteri Tan Kai yang mewakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian memberitahu Dr Sim mengambil berat tentang isu tersebut. Katanya, penduduk Stapok dengan jelas dan lantang menentang pembinaan menara telekomunikasi itu di kawasan mereka. Jelas beliau, ini kerana kawasan tersebut sudah mempunyai liputan jaringan telekomunikasi yang baik. “Dr Sim ambil maklum tentang isu ini dan akan membantu agar projek ini dihentikan,” kata Tan Kai ketika ditemui pada sidang media di Gelanggang Badminton, Stapok di sini semalam. Sementara itu, wakil penduduk Stapok Lorong Stapok Utara, Batu Kawa Wong Liong Hing, berkata, setakat ini lebih 200 orang telah menandatangi petisyen membantah pembinaan menara telekomunikasi di kawasan Gelanggang Badminton Stapok.

Mugello: Rossi: 'We can defend ourselves'

Image
Valentino Rossi confident he can defend against Yamaha's top-speed weakness at home Italian MotoGP. Chatting in the paddock on Saturday evening at Mugello last year, after Valentino Rossi had become the oldest rider to claim pole position in the premier-class since Jack Findlay in 1974, one of his mechanics said: 'People talk about his age, how long he's been doing this and how he's still so motivated. But they forget he's also just plain fast. I mean, today the bike was good enough for the front two rows. He made the difference'. The 39-year-old's lap of 1m 46.208s was a new all-time Mugello record despite a 10km/h top speed disadvantage to the Ducatis, who went on to finish first and second, with Rossi completing the rostrum above the adoring fans. While Rossi hasn't taken a Mugello victory since the stunning unbeaten home run from 2002-2008, he's been on the podium and/or qualified on the front row for the past five years.

Kekalkan identiti walaupun telah berhijrah

Image
KUCHING:  Anak jati Lawas yang berhijrah ke tempat lain harus mengekalkan identiti sebagai anak Lawas walaupun sudah bermastautin di tempat lain. Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berhijrah ke bandar lain untuk mencari rezeki sememangnya pengalaman yang berharga tetapi ia tidak harus menghilangkan identiti anak jati Lawas. “Apa yang penting adalah kita bijak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan pada masa yang sama menghormati perbezaan bahasa dan dialek. “Penghijrahan turut mengajar erti usaha dalam mencari rezeki. “Berpeganglah kepada ajaran agama dan nilai-nilai kesopanan dan hormatilah orang lain,” katanya. Awang Tengah berkata demikian pada majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Jati Lawas Bahagian Kuching di sini, malam kelmarin (Selasa). Beliau menyeru persatuan tersebut terus memainkan peranan terutama dalam hal-hal kebajikan ahli dan anak jati Lawas yang bermastautin di Kuching. “Pastikan persatuan ini

APMM tahan kapal nelayan Vietnam di perairan Sarawak

Image
MIRI:  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mengesan sebuah kapal nelayan Vietnam yang disyaki menangkap ikan tanpa kebenaran di 41 batu nautika dari Kuala Miri di sini kira-kira jam 1.30 petang kelmarin. Kapten Zon Maritim Miri Md Fauzi Othman berkata, terdahulu pihaknya menerima aduan mengenai kehadiran nelayan asing di perairan Sarawak. “Bot Peronda Maritim telah mengesan sebuah kapal nelayan yang mirip kapal nelayan tempatan sedang menangkap ikan. “Selepas didekati dan melihat kepada nombor pendaftaran yang tertera, kapal nelayan tersebut adalah kapal yang berasal dari negara Vietnam,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam. Menurut Md Fauzi, seberat 6,000 kilogram ikan baja dan sebuah kapal yang kemudiannya disita dianggarkan bernilai lebih kurang RM500,000. “Kesemua awak-awak bersama bot diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963,” ujarnya.

Tumpu kawasan kerap kemalangan

Image
KUCHING:  Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak akan mengadakan operasi khas dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada semua kawasan kerap kemalangan di seluruh negeri. Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Sarawak SAC Datuk Muhammed Hasbullah Ai berkata, sebanyak 58 kawasan kerap kemalangan telah dikenal pasti, antaranya kawasan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dari Sibu ke Bintulu. Menurutnya, operasi berteraskan ‘Total Enforcement’ akan dilaksanakan agar matlamat meminimumkan kadar kemalangan jalan raya sepanjang Ops Selamat 15 sempena perayaan Hari Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri dapat dicapai. “Tumpuan operasi sepanjang Ops Selamat 15 adalah di 58 kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap kemalangan (blackspot area) iaitu 39 jalan persekutuan dan 19 jalan negeri,” ujarnya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Ops Selamat 15 di Kubah Ria di sini, semalam. Antara 58 kawasan tersebut ialah tiga di Ku

Tiga remaja dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Nanga Tutus

Image
SIBU:  Suasana hiba menyelubungi penduduk Rumah Augustine Meringai apabila tiga remaja dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di sungai Nanga Tutus, Igan dekat sini, semalam. Pemangku Ketua Bomba Zon 4 Sibu PgKB II Wan Kamaruddin Wan Ahmad semalam memberitahu, sepasukan 10 anggota dari BBP Sungai Merah dikerahkan ke lokasi kejadian menggunakan bot dan darat selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.10 petang semalam. Katanya, Ketua Operasi PBK II Mclean C Madis memaklumkan terdapat tiga mangsa termasuk dua perempuan dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di sungai berkenaan. “Tiga mangsa tersebut berumur antara 12 dan 14 tahun merupakan dua adik-beradik dan seorang sepupu dikatakan sedang mandi-manda apabila tragedi itu berlaku,” katanya ketika dihubungi semalam. Katanya, ketiga-tiga mangsa dikenali sebagai Teerince Gong Tommy, 14, Trisha Janggok Tommy, 12, dan Nurul Syahiera Salam, 13. Menurut beliau, usaha operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa ditan

RM9 juta ajar Sains, Matematik dalam bahasa Inggeris

Image
KUCHING:  Sarawak memerlukan kira-kira RM9 juta untuk melatih guru dan menyediakan bahan pengajaran termasuk buku teks bagi tahun pertama pelaksanaan program mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di negeri ini. Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, bermula 1 Januari 2020, Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Inggeris tetapi hanya melibatkan murid tahun satu. Beliau berkata program berkenaan akan dilaksanakan di 1,046 sekolah rendah di seluruh negeri ini. Beliau berkata pengajaran kedua-dua subjek tersebut dalam bahasa Inggeris atau Program Dwibahasa (DLP) itu hanya satu program, bukan dasar pendidikan seperti yang pernah diperkenalkan sebelum ini. Menurutnya sebelum ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan dasar dikenali Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2003 namun dimansuhkan pada 2012. “Ini adalah idea Perdana Menteri (Tun