Posts

Showing posts from August, 2023

Hari ESG Senari Synergy Group 2023 Berlangsung Dengan Jayanya

Image
KUCHING: Hari ESG (Kelestarian Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) Senari Synergy Group 2023 telah berlangsung dengan jayanya di IOT Management Sdn Bhd di Jalan Bako baru-baru ini. ESG ialah rangka kerja yang digunakan untuk menilai amalan perniagaan dan prestasi organisasi dalam pelbagai isu kemampanan dan etika. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni dalam ucapannya menekankan bahawa pelaburan dalam ESG kini mendapat tarikan daripada kalangan pelabur.  Katanya ia adalah piawaian yang mesti dipatuhi oleh syarikat untuk memenuhi tanggungjawab korporat dan sosial mereka dan melalui pematuhan piawaian ESG, ia akan menjadi nilai tambah bagi syarikat untuk menarik lebih banyak pelaburan. "Dari segi alam sekitar pula, sesebuah syarikat akan dinilai melalui keupayaannya mengurus kelestarian alam sekitar termasuk dari sudut penggunaan sumber tenaga diperbaharui, kawalan sisa pembuatan (jadual pengurusan sisa), pengurusan sumber air dan sebagainya. &