Posts

Showing posts from January, 2019

Hafizh Mahu Manfaat Ujian Di SIC

Image
SEPANG: Hafizh Syahrin Abdullah mahu memanfaatkan tempoh ujian pramusim selama enam hari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula esok untuk lebih memahami jentera baharunya, KTM RC16. Pelumba Red Bull KTM Tech3 itu berkata, buat masa ini dia masih menghadapi beberapa isu antaranya mengawal jentera ketika keluar dari selekoh namun percaya masalah itu dapat diselesaikan di Sepang. “Kami perlu dapatkan pelarasan motosikal supaya lebih lancar dan senang untuk keluar di selekoh sebab jentera KTM ini menggunakan enjin V4 seperti yang digunakan Ducati dan beberapa jentera lain. “(Jentera) ini menghasilkan kuasa lebih awal (berbanding Yamaha sebelum ini) dan casis tak dapat ikut rentak enjin. “Harap di Sepang nanti dengan komponen baharu yang perlu dicuba, ia dapat menyelesaikan masalah saya dan saya akan cuba memahami karakter (jentera) ini,” kata Hafizh kepada media selepas sidang akhbar serta bertemu peminat bersama KTM di SIC, hari ini. Hafizh dan pasukannya dij

Penunggang Rentung Nahas Babitkan Motosikal & Bas

Image
SARIKEI:  Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi rentung selepas motosikal ditungganginya terperangkap di bawah sebuah bas lalu terbakar. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Suna Kaha kejadian itu berlaku selepas motosikal mangsa berlanggar dengan sebuah bas dalam satu kemalangan di Kilometer 9, Jalan Sarikei-Sibu berhampiran dengan Simpang Bulat, dekat sini, jam 2.30 petang, hari ini. Beliau berkata ketika kejadian bas terbabit dalam perjalanan dari Sibu menuju ke Sarikei. "Mangsa (penunggang motosikal) telah ditemui rentung dan terperangkap di bawah bas bersama dengan motosikalnya. "Hingga kini, identiti mangsa yang maut belum dapat dipastikan lagi dan mayat mangsa telah diserahkan kepada  pihak polis untuk tindakkan selanjutnya," kata Suna ketika  dihubungi media hari ini. Pihak bomba telah mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk memadam kebakaran tersebut dan seterus mengeluarkan mangsa yang terperangkap. Beliau tur

Subsidi Tiket Kapal Terbang Pelajar Sarawak, Bukan Didesak DAP - Fazzrudin

Image
KUCHING: Pemberian subsidi untuk membeli tiket kapal terbang kepada pelajar institusi pengajian tinggi balik ke Sarawak dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan ketika musim perayaan bukan diwujud atau ditunaikan atas desakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak. Menegaskan perkara itu, Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fazzrudin Abdul Rahman berkata beliau tidak terkejut apabila DAP Sarawak menerusi media sosial mendakwa pemberian RM300 kepada setiap pelajar yang layak ditunaikan atas desakan mereka. "Saya tidak terkejut mendengar perkara tersebut kerana sudah menjadi budaya mereka untuk mendakwa apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah disebabkan desakan mereka," katanya kepada Utusan Borneo, hari ini. Adalah lebih elok DAP menunaikan janji mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 berbanding sekadar mengakui perkara yang sememangnya dilakukan kerajaan Sarawak. "Setelah mereka tunaikan janji tersebut, dakwalah seberapa (ban

Kilauan Cahaya Bak Kristal... Hanya Yang ‘Terpilih’ Nampak Kota Ghaib Gunung Santubong

Image
SAMPAI sahaja di kawasan Santubong yang terkenal sebagai antara destinasi pelancongan di Sarawak, orang ramai pasti terpegun melihat Gunung Santubong yang tersergam indah. Namun di sebalik keindahan gunung tersebut, tersimpan kisah misteri yang hanya diketahui oleh sesetengah warga Santubong, Pasir Salak dan Pasir Panjang sahaja. Menurut cerita orang tua-tua di kawasan berkenaan, Santubong secara azalinya mempunyai sebuah kota ghaib yang didiami makhluk selain manusia. Kota tersebut dikatakan dihuni golongan bunian dan jin. Kota itu kononnya berada di Gunung Santubong namun ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Hanya orang yang mempunyai keistimewaan tersendiri saja dapat melihatnya, yang mana ia dikatakan cukup indah dan bercahaya seperti kristal. Kota ini dikatakan dijaga dengan rapi oleh beberapa pengawal yang cukup handal dan tegas dalam kalangan bunian dan jin. Mereka diberi amanah menjaga dan mengawasi kawasan kaki gunung hingga ke puncak gunu

ECRL: 2,250 Orang Hilang Kerja

Image
KUALA LUMPUR:  Pelbagai spekulasi tentang projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mula menampakkan kesannya kepada kehidupan rakyat. Menurut Exco Pemuda UMNO, Ahmad Badurol Hisham Mukhatar, kira-kira 2,250 rakyat tempatan telah kehilangan kerja akibat keputusan kerajaan menggantung pembinaan projek itu untuk rundingan semula, Julai lalu. Malah, kata Ahmad Badurol Hisham lagi, projek yang diyakini akan dibatalkan itu juga bakal membawa negeri-negeri di Pantai timur, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang ke ‘zaman gelap’ akibat kurangnya usaha Kaerajaan Persekutuan untuk memajukan negeri-negeri yang ditadbir pembangkang itu. “Pastinya, China telah melancarkan perang dagang terhadap Malaysia apabila kejatuhan harga komoditi kelapa sawit begitu mendadak selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mempolitikkan isu ECRL dengan bermain angka kos pembinaan yang kononnya semakin meningkat. Atas sebab itu, kerajaan China hari ini mengimport kelapa sawit secara terus dari Indonesia.

Peruntukan Terbesar Pastikan Rakyat Menikmati Infrastruktur

Image
MIRI: Kerajaan Sarawak yang diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS) terpaksa mengambil langkah berani dengan memperuntukkan belanjawan terbesar dalam sejarahnya iaitu RM11 bilion demi memastikan penduduk di kawasan luar bandar tidak terpinggir daripada pembangunan terutama kemudahan infrastruktur. Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberitahu, belanjawan besar itu juga bagi mempercepatkan pelaksanaan projek-projek pembangunan kerana didorong hasrat mahu memenuhi aspirasi dan harapan rakyat berikutan pengurangan peruntukan oleh kerajaan pusat pimpinan Pakatan Harapan (PH). Beliau berkata, malah GPS yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg membuat keputusan untuk mengambil alih lebih banyak projek persekutuan yang dibatalkan oleh kerajaan pusat walaupun telah mendapat kelulusan awal kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini untuk Sarawak. Awang Tengah berkata, keputu

Jalan Hubungkan Tekajong, Salah Kecil, Penuai Siap Tahun Depan

Image
PULAU BRUIT: Projek jalan pesisir sepanjang 16.1 kilometer menghubungkan Kampung Tekajong, Kampung Salah Kecil dan Kampung Penuai dengan kos hampir RM19.3 juta dijangka siap sepenuhnya Mei 2020. Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata, projek fasa pertama dan kedua  yang bermula pada Mei 2018 itu, kini sedang giat dijalankan dan bakal memberi manfaat besar kepada penduduk setempat. “Fasa pertama iaitu dari Kampung Tekajong ke Kampung Salah Kecil melibatkan pembinaan jalan sejauh 8.2 kilometer dan fasa kedua dari Kampung Salah Kecil ke Kampung Penuai sejauh 7.9 kilometer. “Selepas siap kelak, semua penduduk di kawasan terbabit akan menikmati kemudahan jalan berturap, sekali gus memudah dan memendekkan masa perjalanan ke pangkalan feri Batang Paloh. “Justeru, saya memohon semua penduduk agar bersabar menunggu siapnya projek tersebut,” jelasnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja melihat perkembangan projek t

BMW S 1000 RR Telah Siap Sedia Untuk World SBK Musim 2019

Image
Jentera BMW S 1000 RR WorldSBK 2019 telah diperkenalkan di Portugal. Ciri-ciri pada motosikal ini mempamerkan komponen-komponen berteknologi tinggi. Selain itu, terdapat beberapa buah ciri-ciri lain yang menarik. BMW Motorrad telah memperkenalkan jentera pencabar S 1000 RR WorldSBK musim 2019 baharu di Portugal pada malam semalam. Bagaimana pun. mereka hanya menyiarkan gambar bagi pasukan Shaun Muir Racing (SMR) dan para penunggang Tom Sykes dan Markus Reiterberger. Asphalt & Rubber pula telah menghantar jurugambar mereka, Steve English, untuk menangkap gambar-gambar yang berikut. Dan di sini, kami persembahkannya. Brek ibu jari Ciri paling menarik yang boleh dilihat pada jentera ini adalah tuil brek ibu jari pada jentera Tom Sykes. Brek ibu jari semakin menjadi kebiasaan dalam dunia perlumbaan di mana lebih ramai penunggang menjuntaikan kaki mereka sewaktu pembrekan keras. Satu-satunya cara untuk mengaktifkan brek belakang sewaktu kaki kanan terjuntai adalah

Morbidelli: Riding Same Bike As Rossi Will Help Us Both

Image
Franco Morbidelli says racing the same specification of Yamaha MotoGP bike will benefit both himself and Valentino Rossi Franco Morbidelli is confident competing on the same specification of Yamaha MotoGP bike will benefit both himself and Valentino Rossi in 2019. The Italian rider, part of Rossi’s VR46 academy, forms half of the rider line-up of the new Petronas Yamaha SRT team alongside rookie Fabio Quartararo for this season. Morbidelli will race on the same factory-specification YZR-M1 as Rossi and Maverick Vinales in 2019, with Quartararo on an older specification bike, as the Sepang-run team takes over the satellite Yamaha MotoGP squad status vacated by Tech3 who will run KTM bikes from this season. Morbidelli is hopeful he can provide useful information both to his new team and with mentor Rossi which the pair can find mutually beneficial. “To ride the same bike I think helps us both, much more helpful for me than him, but we can share information and we

MotoGP: Rossi Reveals ‘Romantic’ Pre-Race Routine

Image
'Before each race I spend around 40 minutes around the bike, I speak to it, almost like were are on a date' - Valentino Rossi. He's a seven-time MotoGP World Champion so you’d think Rossi’s pre-race routine would be fairly straightforward, right? Wrong. In an interview with Italian TV show Che Tempo Che Fa on RAI, the 39-year-old has revealed the ‘romantic’ measures he takes before each race, in order to keep on top of his game. But the object of affection isn’t his model girlfriend. Instead, the Yamaha rider likes to spend the run-up to the race whispering sweet nothings to his motorcycle. "I keep all the Yamahas with which I have won world titles,” he revealed. “Before each race I spend around 40 minutes around the bike, I speak to it, almost like were are on a date.” And despite the big 4-0 fast approaching, Rossi shows no sign of slowing down. "February 16, I turn 40? Needless to say, I would never have thought of racing that l

Rakyat Rasa Muak

Image
SHAH ALAM:  BEKAS Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin hari ini menasihatkan sesetengah menteri Kabinet supaya tidak terus ‘bergaduh’ sesama sendiri secara terbuka kerana ini boleh me­nimbulkan rasa muak rakyat kepada kerajaan. Beliau berkata, meskipun difahami bahawa semua menteri Kabinet adalah baharu, namun sikap seumpama itu tidak boleh dibiarkan sebaliknya disarankan supaya sentiasa menunjukkan semangat bersatu-padu. “Mereka (menteri Kabinet) memang baharu. Selama 50 tahun jadi pembangkang tetapi apabila menang (Pilihan Raya Umum ke-14) sama-sama, mereka masih bergaduh sesama sendiri. “Saya sudah beritahu banyak kali, enam bulan bolehla jika hendak bergaduh. Kalau lepas tu masih nak bergaduh, lama-lama rakyat makin muak,” katanya pada program Luncheon Talk: Atmosfera Ekonomi Bumiputera Masa Hadapan di Universiti Teknologi Mara, di sini. Oleh itu, kata beliau, adalah lebih elok sekiranya barisan menteri fokus untuk bekerja sebagai satu pasuka

Al-Sultan Abdullah angkat sumpah Agong ke-16 hari ini

Image
KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini bagi tempoh lima tahun. Istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan yang akan diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-252 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara akan turut menyaksikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama. Di hadapan sultan dan raja Melayu, kerabat diraja serta dif-dif kenamaan, Al-Sultan Abdullah akan menandatangani Surat-surat Perisytiharan Memegang Jawatan, yang isi kandungannya dibacakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dijadual berangkat dari Istana Abdulaziz, Kuantan pada jam 7 pagi ke ibu negara bagi menghadiri istiadat berkenaan. Istiadat Keberangkatan Tiba Seri Paduka Bagind

Enam Keluarga Miskin Terima Kios Penjaja Berkuasa Solar Pertama Di Sarawak

Image
KOTA SAMARAHAN: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) tampil dengan inisiatif baharu iaitu menyediakan kios penjaja berkuasa solar yang pertama di Sarawak kepada enam keluarga miskin untuk meningkatkan pendapatan mereka. Kesemua penerima ialah dari Kampung Baru di sini, yang berdaftar di bawah e-Kasih. Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang berkata bantuan kios penjaja berkuasa solar itu akan membolehkan para penerimanya menjalankan perniagaan bukan sahaja pada siang hari sahaja tetapi juga waktu malam. “Dengan adanya kios penjaja berkuasa solar ini, ia diharap dapat membantu menjana pendapatan peserta untuk mengubah kehidupan keluarga mereka,” katanya pada Majlis Penyerahan Rasmi Kios Penjaja Berkuasa Solar kepada para penerima di MPBS, di sini hari ini yang turut disaksikan oleh pengerusi MPKS Datuk Peter Minos. Menurut Rubiah, kos kios tersebut adalah RM20,000 seunit yang merangkumi sistem solar bernilai RM15,000 termasuk peralatan RM4,500 dan RM500 untuk

Hanya Perdana Menteri Boleh Umum Mengenai ECRL

Image
PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan hanya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan membuat sebarang pengumuman berkaitan projek projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata mesyuarat juga menetapkan mana-mana menteri tidak dibenarkan membuat sebarang pengumuman mengenai projek itu kecuali Perdana Menteri. "Itu sahaja yang saya boleh maklumkan buat masa ini. Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Perdana Menteri semalam, projek ini masih dalam peringkat rundingan. "Buat masa ini, rundingan berlangsung antara "G to G" (kerajaan dengan kerajaan)," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Katanya, beliau juga menggesa kepada pihak media supaya bersabar sementara menunggu pengumuman rasmi daripada kerajaan apabila tiba masanya. Ditanya berhubung laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris mengenai pengurangan kos projek sehingga RM40 bilion, Guan Eng bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu dan

Sarawak, Sabah Berhak Dapat Sebahagian Daripada RM137 Bilion Cukai Dikumpul - Masing

Image
KUCHING: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) wajib memberi Sarawak dan Sabah sebahagian daripada jumlah cukai langsung negara berjumlah RM137 bilion yang dikumpul pada tahun lalu. Perkara itu ditegaskan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing (gambar) hari ini. Beliau berkata dua sebab kukuh Kerajaan PH wajib berbuat demikian kerana ia merupakan antara janji PH dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu dan termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). "Kerajaan PH wajib memberi sebahagian daripada RM137.035 bilion cukai langsung yang dikumpul pada tahun 2018 kepada Sarawak dan Sabah untuk dua sebab. "Pertama ia telah dijanjikan dalam manifesto PH pada PRU-14 lalu. Kamu (PH) sudah berjanji untuk memberikannya (sebahagian cukai dikumpul kepada Sarawak dan Sabah) dan kedua, ia termaktub di dalam MA63," ujarnya. Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkata Menteri Kewangan Lim Guan Eng, tidak dapat men

Borang Pendaftaran EFS Boleh Didapati Di JPN Mulai 1 Mac Depan

Image
KUCHING: Borang pendaftaran Endowment Fund Sarawak (EFS) boleh didapati di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau mana-mana cawangannya mulai 1 Mac depan. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ibu bapa yang mempunyai bayi baharu lahir, boleh mengujungi mana-mana cawangan JPN berdekatan untuk berbuat demikian. Katanya pendaftaran EFS dibuat di seluruh Malaysia berdasarkan beberapa prosedur dan kerajaan negeri telah memilih Bank Islam dalam kerjasama itu. “Ibu bapa mengisi borang EFS yang disediakan semasa membuat pendaftaran kelahiran dan borang lengkap diserahkan kepada JPN atau cawangan. “Pihak JPN akan menghantar borang yang telah lengkap ke cawangan Bank Islam setiap dua minggu dan pihak bank akan memproses borang lengkap berkenaan,” katanya. Beliau berkata demikian semasa taklimat mengenai EFS yang dihadiri Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Dr Zulfar  Abdullah, Pengarah

Dituduh Curi Buku, Budak 10 Tahun Patah Gigi Diserang Penyelia Pasar Raya

Image
SIBU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun cedera di bahagian muka, bahu dan tangan selepas diserang oleh seorang penyelia pasar raya di Jalan Chew Siik Hiong di sini pada Isnin. Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit (gambar) berkata, kejadian sekitar 5.30 petang itu berpunca apabila mangsa disyaki mencuri mencuri buku mewarna di pasar raya tersebut. Katanya, seorang pekerja wanita yang melihat perbuatan itu kemudian membawa kanak-kanak tersebut berjumpa dengan lelaki, 22 tahun, sebelum meninggalkan mereka berdua. Ketika berada di stor katanya, mangsa diarahkan untuk menyapu bilik stor dan cuba diikat agar tidak keluar dari bilik tersebut serta dicederakan.  "Mangsa mengalami patah gigi kerana ditampar menggunakan tangan, lebam di tepi mata sebelah kiri kerana dihentak ke dinding, merah dan lebam di atas bahu kiri akibat dipukul menggunakan penyangkut baju besi, serta sakit di tangan kiri akibat dipulas," kata dalam satu kenyataan

Kes Bunuh Tiada Elemen Samseng

Image
KUCHING: Kes pembunuhan ahli perniagaan Tang Tung Kuak yang mayatnya ditemui di sebuah rumah di Lorong Dusun, Jalan Ong Tiang Swee di sini tidak melibatkan kumpulan samseng dan hanya kes terpencil, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Azman Yusof. Beliau berkata, siasatan polis setakat ini mendapati suspek dan mangsa merupakan rakan baik sehingga berlaku pergaduhan sekitar 12 hingga 15 Januari lepas yang meragut nyawa mangsa berusia 37 tahun itu. “Kes ini merupakan kes terpencil, di mana siasatan kita mendapati ia hanya melibatkan kawan dengan kawan dan tidak melibatkan kumpulan samseng atau isu perkauman seperti yang kita fikirkan pada mulanya. “Justeru, biar polis menjalankan siasatan lanjut dan elakkan daripada membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis,” katanya kepada pemberita semasa ditanya berhubung perkembangan kes tersebut semalam. Azman berkata, dua suspek iaitu seorang ahli perniagaan dan bekas pekerja mangsa telah didakwa di mahkamah pada I

Status ECRL Masih Jadi Tanda Tanya

Image
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan masih belum membuat keputusan muktamad mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Katanya sama ada pembinaan infrastruktur itu akan diteruskan atau tidak masih dibincangkan. Mengenai kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kontrak projek itu dibatalkan, Dr. Mahathir dilihat mempertahankan menterinya itu bahawa kononnya laporan pihak media mencetuskan tafsiran yang salah. "Tiada keputusan lagi dibuat. Perlu beri peluang kepada kedua-dua pihak mencari penyelesaian terbaik. Banyak pilihan yang ada dan kami bersikap terbuka," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini hari ini. Ketika ditanya butiran lanjut berhubung status ECRL, Dr. Mahathir membiarkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membuat kenyataan selepas semua proses rundingan selesai dan k

Golongan M40 Tidak Terdesak Miliki Rumah - Zuraida

Image
KUALA LUMPUR:  Kerajaan melihat mereka yang memiliki pendapatan sederhana (M40) sebagai golongan yang tidak terdesak untuk menerima bantuan kerajaan bagi memiliki rumah mampu milik. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, atas sebab itu, perhatian utama kerajaan ketika ini adalah untuk golongan berpendapatan rendah (B40) memiliki kediaman sendiri. “M40 belum terdesak sangat lagi jadi kita buat untuk B40 itu dulu,” katanya ketika ditanya sama ada kerajaan merancang untuk membantu golongan M40 kerana mereka turut menyumbang kepada ekonomi negara. Terdahulu, Zuraida yang juga Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Rumah Transit dan Rumah Mampu Milik di sini hari ini. Perjanjian tersebut melibatkan kerajaan yang diwakili Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek dengan dua syarikat pembinaan iaitu Kery Sdn. Bhd. dan Tisy Sdn. Bhd. Yang tur

Batal ECRL: Maka Berkuburlah Harapan Rakyat Pantai Timur

Image
KUALA LUMPUR:  Teka-teki mengenai pembatalan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan pembatalan projek berkenaan hari ini. Dengan pembatalan itu juga dipercayai akan berkubur terus bersama-sama harapan rakyat negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan yang sememangnya mengharapkan ia akan membantu meningkatkan ekonomi mereka. Menurut Jabatan Komunikasi Strategik Penerangan UMNO Malaysia, kenyataan Dr. Mahathir bahawa projek ECRL bakal membebankan Malaysia dengan hutang sehingga 30 tahun tidak dapat diterima logiknya kerana kajian menyeluruh telah dijalankan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN). “Terdapat bahagian laluan ECRL sudah pun memulakan kerja asas dan mengambil kira-kira 30,000 pekerja tempatan dan asing. Baru semalam Dr. Mahathir ada menyebut kemungkinan surat pembatalan yang disiarkan dalam media sosial itu sengaja diputar belit atau diubah bagi menggambarkan keadaan sebenar. “Hari

Tergamak Tumbuk Nenek

Image
LIMBANG: Seorang wanita warga emas berusia 95 tahun cedera ditumbuk di bahagian muka oleh cucunya dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kampung Pangkalan Jawa di sini, pada Isnin. Dalam kejadian pukul 7.20 pagi itu, lelaki berusia 30 tahun tersebut dikatakan tidak berpuas hati terhadap neneknya yang menyembur cat di tangga rumah walaupun telah ditegur. Menurut Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai, kejadian itu disedari anak mangsa 53 yang menetap berasingan sebaik dihubungi oleh sepupunya. "Anak mangsa kemudiannya membawa mangsa ke klinik berdekatan di Tedungan dan sempat bertanya kepada suspek mengenai kejadian itu. "Suspek mengaku menumbuk mangsa kerana tidak berpuas hati terhadap mangsa yang menyembur cat di tangga rumah mereka," katanya hari ini. Katanya, akibat ditumbuk oleh cucu yang dijaganya sejak kecil, mangsa mengalami bengkak di mata kanan dan lebam di tepi dahi kanan. "Suspek berjaya  ditangkap pada p

Sanggup Palsukan Kematian Elak Bayar Hutang

Image
SUNGAI PETANI: Seorang penagih dadah sanggup menipu isteri konon dirinya dipukul sehingga mati sebelum mayat dibuang ke lokasi tidak diketahui dipercayai akibat masalah hutang apabila rumah diduduki tertunggak selama tiga bulan. Penipuan lelaki itu dibuat menerusi dua lelaki dipercayai rakan yang datang bertemu dengan isterinya berusia 26 tahun di kediaman mereka di Taman Spice Village, di sini, jam 12.30 tengah malam pada 22 Januari lalu memaklumkan dia dipukul sebelum mayatnya dicampak ke lokasi tidak diketahui. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata isterinya yang bimbang dengan keselamatan suaminya, 26, memaklumkan kepada keluarga sebelum membuat laporan polis. Menurutnya, polis kemudian menjalankan siasatan dan mencari mayatnya di sekitar kawasan Darul Aman Perdana selepas menerima maklumat kononnya mangsa dibuang di situ. “Bagaimanapun polis gagal menemui mayat lelaki terbabit sehinggalah satu lagi laporan polis dibuat bapa

Tribunal Siasat SPR Memalukan - Peguam

Image
KLANG:  Penubuhan tribunal untuk menyiasat salah laku Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika kesemua ahlinya sudah meletakkan jawata disifatkan sebagai tragedi yang memalukan Jabatan Peguam Negara dan sistem perundangan Malaysia keseluruhannya. Malah, peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz, yang mewakili empat daripada enam bekas ahli SPR menggelar prosiding tribunal pada hari ini sebagai 'black Monday for the rule of law'. Meletakkan beban itu ke atas bahu Peguam Negara, Tommy Thomas, peguam itu mendakwa, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diberikan maklumat yang salah dan kesannya, keputusan kerajaan menubuhkan tribunal adalah memalukan semua pihak. Tegasnya, bidang kuasa tribunal cuma dua, menyiasat salah laku dan jika disabitkan salah, mereka boleh menyingkirkan ahli-ahli SPR berkenaan Namun, kuasa terbabit sudah hilang kuasa kerana enam ahli SPR yang dipertikaikan telah meletakkan jawatan berkuatkuasa 1 Januari lalu, 27 hari sebelum tribunal

Kapal Tenggelam Di Kuala Sungai Rajang, 8 Kru Selamat

Image
SIBU: Seramai lapan anak kapal berjaya menyelamatkan diri ke dalam rakit keselamatan selepas kapal Bahagia Maju karam kira-kira lapan batu nautika dari Kuala Rajang di sini hari ini.  Mangsa-mangsa merangkumi dua warga tempatan, empat warga India, seorang warga Mynmar dan seorang warga Indonesia. Mereka ialah Zaw Min Tun (Myanmar), Vikram Chand (India), Ting Tiew Hing (Malaysia),  Rambau Landa (India), Tokito Khuwoto Chishi (India), Suprayoga (Indonesia), Atchuta Rao Chepra (India) dan Wong Sie Soon (Malaysia) Menurut Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Robert Teh Geok Chuan, usaha gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan susulan menerima panggilan kecemasan sekitar 9.30 pagi daripada anak kapal yang turut memberikan kordinat lokasi semasa mereka.  "Mangsa berjaya diselamatkan oleh bot nelayan tempatan dan dibawa ke jeti terdekat di Kampung Kabong dan seterusnya akan dibawa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut. "KM Semilang akan berger

Pilihan Raya Umum 14 Tidak Sah?

Image
MINGGU lalu Peguam Negara, Tommy Thomas, telah mengumumkan penubuhan tribunal untuk menyiasat dakwaan salah laku ke atas enam anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung peranan mereka menjelang dan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Penubuhan tribunal ini berikutan representasi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa enam ahli SPR itu harus disiasat dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dipecat menurut Perkara 114(3) dan 125(3) Perlembagaan Persekutuan atas syor tribunal itu. Mereka yang didakwa ialah Tan Sri Othman Mahmood (bekas Timbalan Pengerusi SPR), Datuk Md Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk K Bala Singam dan Datuk Leo Chong Cheong. Tribunal ini akan terdiri daripada lima anggota hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersara, iaitu Steve Shim Lip Kiong (Pengerusi), Zaleha Zahari, Suriyadi Halim Omar, Jeffrey Tan Kok Wha, dan Prasad Sandosham Abraham. Undang-undang neg