Posts

Showing posts from July, 2020

Sarawak tuntut peruntukan khas yang adil daripada Kerajaan Persekutuan

Image
KUCHING : Sarawak akan terus menuntut peruntukan khas yang adil daripada Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan. Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, rundingan mengenai perkara itu belum lagi selesai meskipun Kerajaan Persekutuan telah memberikan RM36 juta sebagai peruntukan khas kepada negeri ini. “Saya telah mempersoalkan semula untuk mendapatkan angka RM36 juta ini dan formulanya belum jelas dan belum diberitahu,” jelas beliau dalam temu bual dengan Sarawak Voice di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini. “Ini kerana saya berpandukan kalau kedudukan kewangan Malaysia baik, maka sudah tentunya ada formula untuk diberi kepada Sarawak,” katanya, sambil menambah, kalau keadaan kewangan tidak baik pula, akan ada formula tertentu. “Bagi saya, mesti ada formula untuk mendapatkan peruntukan khas yang sepatutnya diberi kepada Sarawak mengikut Artikel 112 Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya. Ab

Trump pakai pelitup muka kali pertama di khalayak ramai

Image
WASHINGTON : Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memakai pelitup muka untuk kali pertamanya di khalayak ramai, hari ini sekali gus menunjukkan beliau terpaksa tunduk kepada tekanan kuat supaya memberikan contoh terhadap kesihatan awam di saat negara itu diancam teruk COVID-19. Menurut rakaman berita di televisyen, Trump dilihat memakai pelitup muka berwarna hitam ketika beliau berjalan di koridor hospital tentera Walter Reed, di luar Washington bagi bertemu dengan veteran yang cedera. Trump yang berjalan merentas wartawan, bagaimanapun tidak berhenti untuk membuat kenyataan berhubung tindakannya itu yang memang dinanti-nantikan selama ini, iaitu perubahan dilakukannya terhadap amalan disarankan oleh pakar perubatan kerajaan, walaupun beliau menolaknya sebelum ini. "Saya rasa sangat bagus memakai pelitup muka. Saya tidak pernah menentang pemakaian pelitup muka, namun saya percaya ada masa dan tempatnya, " kata Trump sebaik sahaja meninggalkan Rumah Pu

Solat Jumaat pertama di Hagia Sophia, 24 Julai ini

Image
ISTANBUL : Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan umat Islam akan bersolat Jumaat yang pertama, di Hagia Sophia selepas Mahkamah Tinggi membatalkan status muziumnya, pada 24 Julai ini. "Dengan kuasa Tuhan, kita akan melakukan solat Jumaat bersama-sama pada 24 Julai dan membuka Hagia Sophia untuk beribadah. "Seperti semua masjid kita, pintu Hagia Sophia akan dibuka kepada semua penduduk tempatan dan orang luar, Muslim dan bukan Muslim.," kata Erdogan. Sebelum ini, bangunan berkenaan membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan yang dibina sejak kurun keeenam. Bangunan itu ditukar kepada masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul atau dikenali sebagai Constantinople. - AFP

Rossi Has Signed Petronas Yamaha Deal To Stay In MotoGP

Image
VALENTINO ROSSI is ready to extend his time in the MotoGP World Championship with the Petronas Yamaha squad, with the nine-time world champion expected to announce a two-year deal at next week’s opening round of 2020 at Jerez. Rossi has been in talks with the Malaysian-based satellite team for months while the coronavirus pandemic has halted his chances to test out both his abilities and the capability of Yamaha’s 2020 M1 machine, after initially saying that he wanted to take a number of races to make his decision. However, it seems the unusual circumstances of 2020 have prompted him to make the call without any track time, with an announcement now expected to come in the next week, before track action kicks off at Jerez for a double-header season opening. Surprisingly, Rossi is expected to sign for two seasons, aiming to keep racing in MotoGP until at least the end of 2022 and until he turns 43. Yamaha boss Lin Jarvis has already pledged his full support to Rossi

‘Tali gantung’ untuk 6 individu bunuh Kevin Morais

Image
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap enam tertuduh yang didapati bersalah membunuh mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais yang mayatnya disimen dalam tong dram lima tahun lalu. Keenam-enam tertuduh itu ialah pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 57, selaku tertuduh pertama; pemberi pinjaman wang, S Ravichandran, 49, dan empat penganggur, R Dinishwaran, 28; AK Thinesh Kumar, 27, M Vishwanath, 30, dan S Nimalan, 27. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah ketika membacakan penghakimannya berkata, kesemua tertuduh didapati mempunyai niat bersama-sama membunuh Kevin Morais pada September 2015. Kata Azman, pendakwaan juga telah berjaya membuktikan kesemua tertuduh mempunyai niat bersama untuk melakukan pembunuhan ke atas Kevin Morais manakala pembelaan pula telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah. “Kes ini juga dianggap penting kerana mendapat liputan meluas dan perhatian umum dari a

Sarawak Report dan Kit Siang kata Najib bunuh pendakwa raya Kevin Morais sebab kes 1MDB

Image
Ini isu "Sarawak Report dan Kit Siang kata Najib bunuh pendakwa raya Kevin Morais sebab kes 1MDB lalu sumbatkan mayat dia dalam tong simen lalu pen drive (yang tidak pernah dikeluarkan mereka) adalah bukti kukuh". Nama Najib ramai yang kenal. Nama mendiang Kevin Morais yang dibunuh dengan cara begitu kejam juga ramai yang kenal. Tetapi siapa kenal pakar patologi Kolonel Dr R Kunaseegaran? Kunaseegaran didapati bersalah menerima rasuah oleh mahkamah pada bulan Oktober tahun lalu. Hari ini pula, dia juga dijatuhkan hukum mati bersama 5 rakan dia selepas didapati bersalah membunuh Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais yang mayatnya ditemukan di dalam dram berisi konkrit, lima tahun lepas. "10 Jul 2020: 6 orang dihukum mati kerana bunuh Kevin Morais" https://www.malaysiakini.com/news/533809 Kunaseegaran pernah menjawat sebagai Pakar Patologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan mahkamah mendapati dia telah menerima rasuah

Kes bunuh Kevin Morais: Hukuman mati terhadap 6 tertuduh

Image
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman mati mandatori terhadap enam tertuduh dalam kes pembunuhan Kevin Morais.- MalaysiaGazette

500 penghantar makanan e-hailing dibantu

Image
KUALA LUMPUR : Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Mobilepreneur 2.0 menyasarkan untuk membantu seramai 500 penghantar makanan e-hailing dengan maksimum pembiayaan tanpa faedah berjumlah RM10,000 seorang. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, skim dengan peruntukan keseluruhan RM5 juta itu bertujuan untuk pembelian motosikal baharu dan modal pusingan bagi penghantar makanan e-hailing yang telah berdaftar dengan syarikat e-hailing. “MEDAC melalui Tekun Nasional membuka peluang menjana pendapatan kepada golongan hilang pekerjaan akibat wabak Covid-19 untuk menjadi gig worker atau rider yang melibatkan anak muda yang memainkan peranan dalam pembangunan negara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Tekun Mobilepreneur di sini. Seramai 48 penghantar makanan e-hailing berminat menyertai Tekun Mobilepreneur 2.0 dan lima permohonan telah diluluskan setakat ini. Sebelum ini, Tekun Mobil

Semoga Tun M dilimpahi rahmat – Najib

Image
KUALA LUMPUR – Hubungan love and hate (cinta tapi benci) antara dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak kendur sedikit hari ini. Mana tidaknya, Najib dilihat menaikkan status ucapan selamat hari lahir buat bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dengan masih memanggil Mahathir sebagai sir. “Happy 95th birthday, sir. (Selamat Hari Lahir ke 95, Sir). “Semoga Tun Dr Mahathir dilimpahkan rahmat, kesihatan dan dilanjutkan usia,’ ucap Najib di Facebooknya hari ini. Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi menyambut hari lahir ke 95, hari ini. Kedua-dua sekutu yang kemudiannya menjadi seteru politik itu dilihat sering berbalas kenyataan antara satu sama lain di media sosial sejak beberapa tahun lalu. Sebelum ini Najib menjawab cabaran Mahathir dengan menyenaraikan apa yang menurutnya kontrak kerajaan kepada anak-anak dan kroninya, ketika menjadi Perdana Menteri. Bagaimanapun komen itu tiba-tiba ‘hilang’ daripada ruangan

Pendapatan Garis Kemiskinan baharu dinaikkan kepada RM2,208 sebulan

Image
KUALA LUMPUR – Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) baharu nasional adalah RM2,208 sebulan bagi satu isi rumah, selepas kerajaan mengkaji semula metodologinya yang dikemaskini pada tahun lalu. Kali terakhir pengiraan metadologi PGK adalah pada tahun 2005 dan PGK pada tahun 2016 adalah sebanyak RM980 sebulan bagi satu isi rumah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, berdasarkan PGK baharu ini, kadar kemiskinan negara naik kepada 5.6% kepada 405, 441 isi rumah) bagi tahun 2019 berbanding 0.4% (24,700 isi rumah) yang diukur berdasarkan metodologi PGK 2005. Sekiranya metodologi PGK 2019 digunakan untuk mengukur kadar kemiskinan pada tahun 2016, peratusannya adalah 7.6% (525, 743 isi rumah). ”Ini bermakna, jika diukur menggunakan metodologi PGK yang baharu, kadar kemiskinan negara telah menurun sebanyak dua mata peratus dari 7.6% pada tahun 2016 kepada 5.6% pada tahun 2019, jelas menunjukkan program dan inisiatif pembasmian kemiskinan yang dijalanka

Hina Agong, perancang bandar didakwa

Image
KUALA LUMPUR : Seorang perancang bandar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik melalui Facebook (FB) berhubung Yang di-Pertuan Agong pada 2018. Nazaruddin Mohamad, 48, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim M M Edwin Paramjothy. Mengikut pertuduhan, Nazaruddin didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi FB miliknya secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 12.33 tengah malam 13 Mac 2018. Pautan itu kemudian dibaca di Menara A, Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah di sini, pada 10 pagi, 27 Mac tahun sama. OKS didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setah

UAE Bakal Catat Misi Pertama Ke Marikh

Image
DUBAI : Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang sebelum ini berjaya membangunkan program tenaga nuklear dan menghantar manusia ke angkasa, kini merancang untuk menyertai negara elit lain dengan menghantar misi ke Marikh. Hanya Amerika Syarikat (AS), India, Soviet Union dan Agensi Angkasa Lepas Eropah berjaya menghantar misi mengorbit Marikh, manakala China sedang bersiap sedia untuk melancarkan pendaratan robik jenis rover ke Marikh hujung bulan ini. UAE yang terkenal dengan bangunan pencakar langit dan tarikan pelancongan mega, kini sedang berusaha untuk menjadi dunia Arab pertama berbuat demikian. Ia juga sempena ulang tahun ke-50 penyatuan UAE, dengan kapal angkasa lepas tanpa pemandu dikenali sebagai 'Hope' dijangka tiba ke sasaran pada Februari tahun depan, selepas dilancarkan pada 15 Julai depan di Pusat Angkasa Lepas Tanegashima, Jepun. Walaupun objektif misi itu untuk menyediakan gambaran komprehensif perubahan dinamik cuaca dalam atmosfera Marikh bagi memb

Vietnam kongsi pengalaman tangani COVID-19 dengan Afrika Selatan

Image
HANOI : Vietnam bersedia berkongsi pengalaman mencegah dan memerangi wabak COVID-19 dengan Afrika Selatan menerusi persidangan dalam talian seperti dilakukan dengan pasukan tentera perubatan di beberapa negara lain, baru-baru ini. Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), keputusan itu dikongsikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Nasionalnya, Nguyen Chi Vinh bersama rakan sejawatnya dari Afrika Selatan, Thabang Makwetla, semalam. Ketika perbincangan menerusi telefon itu, semalam Vinh menekankan mengenai pentingnya kerjasama antarabangsa dalam memerangi wabak itu. Beliau memberi penerangan mengenai upaya Vietnam untuk menyekat penyebaran coronavirus, termasuk pembabitan seluruh sistem politik dan tentera yang turut memainkan peranan sehingga berjaya mengawal wabak berkenaan. Sementara itu, Thabang memuji kejayaan Vietnam dalam memerangi COVID-19, dengan harapan kerjasama negara terbabit dalam membantu memerangi penyakit berkenaan. Kedua-dua pihak mengkaji kerjasa

Bayi maut dicampak ibu dari tingkat 18

Image
GEORGETOWN : Seorang bayi perempuan baru dilahirkan meninggal dunia selepas dicampak dari tingkat 13 sebuah apartmen di Farlim di sini, pagi tadi. Kejadian menyebabkan otak bayi malang berkenaan berkecai. Perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh ibunya yang berusia 18 tahun. Mayat bayi itu ditemui oleh seorang penghuni apartmen berkenaan yang dalam perjalanan ke tempat kerja.  Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, mengesahkan kejadian terbabit dan siastaan masih dijalankan.  Ia adalah kejadian kedua seumpamanya di negeri itu dalam tempoh dua bulan. Pada 13 Mei lalu, seorang bayi yang baru beberapa jam dilahirkan dicampak dari tingkat empat sebuah flet di Persiaran Mayang Pasir 5 di sini.  Bagaimanapun, bayi berkenaan selamat apabila terjatuh ke atas bumbung unit flet di tingkat bawah. Ibunya berusia 18 tahun dan teman lelaki ditahan untuk siasatan. - BHOnline

ADUN Rahang Keluar DAP

Image
SEREMBAN : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Zulkefly Mohd Omar mengesahkan menerima surat makluman peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Mary Josephine sebagai ahli DAP Negeri Sembilan sekali gus menjadi ADUN Bebas pertama di negeri ini. Katanya, beliau menerima surat berkenaan pagi tadi di pejabatnya melalui serahan tangan yang dihantar pegawai ADUN terbabit. "Kita menghormati keputusan beliau walaupun sebagai ADUN Bebas tetapi beliau menyatakan tetap akan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan. "Beliau hanya meletakkan semua jawatan dalam parti DAP sahaja, jadi tiada PRK (Pilihan Raya Kecil)," katanya di sini, hari ini. Sementara itu, dalam surat peletakan jawatan berkenaan, Mary Josephine menyatakan peletakan jawatannya berkuat kuasa hari ini. Beliau menyatakan sokongan dan keyakinan terhadap kepemimpinan Menteri Besar yang juga

Bukti kukuh COVID-19 boleh menjangkiti bayi dalam kandungan: Saintis

Image
PARIS : Saintis semalam memaklumkan terdapat 'bukti kukuh' bahawa ibu mengandung yang positif COVID-19 boleh menyebarkan virus itu kepada anak dalam kandungan. Perkara itu dimaklumkan dalam satu penemuan yang dilihat bakal mengubah kaedah bagaimana wanita mengandung akan dilindungi dalam tempoh pandemik ini. Walaupun terdapat beberapa kes terpencil bayi dijangkiti virus itu, kajian itu menunjukkan terdapat kaitan kukuh pemindahan virus antara ibu mengandung dengan anak dalam kandungan. Penyelidik di Itali mengkaji 31 wanita mengandung yang dimasukkan ke hospital selepas dijangkiti COVID-19, dan menemui virus itu dalam uri, tali pusat, vagina seorang wanita dan dalam susu badan. Mereka turut mengesan antibodi COVID-19 dalam tali pusat beberapa wanita mengandung, serta dalam spesimen susu badan. Ketua penyelidik dari Universiti Milan, Claudio Fenizia, berkata penemuan itu secara kukuh menunjukkan bahawa penyebaran in-vitro boleh berlaku. "Berdasa

Pendakian ke puncak Kinabalu dengan normal baharu

Image
Penularan virus COVID-19 menjadi igauan ngeri penduduk dunia hinggakan ia mengubah kebiasaan kehidupan manusia kepada normal baharu serta memberi kesan kepada aktiviti harian rakyat dan Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini. Tatacara normal baharu yang berlandaskan prosedur pengendalian standard (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu turut terpakai bagi aktiviti rekreasi termasuk pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Setelah hampir dua bulan aktiviti pendakian ke Gunung Kinabalu ditutup sementara kepada orang ramai berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, Taman Taman Sabah (TTS) telah membuka semula laluan pendakian pada 16 Mei lepas tetapi setiap pendaki perlu mematuhi SOP. Peluang ini tidak dilepaskan sia-sia oleh media di Sabah termasuk penulis apabila menerima tawaran TTS bagi pembukaan semula pendakian untuk melihat pelaksanaan SOP ke puncak Gunung Kinabalu setinggi 4,095 meter itu, baru-baru ini.

Datuk Bandar Seoul Ditemui Maut Selepas Dakwaan Gangguan Seksual

Image
SEOUL : Datuk Bandar Seoul, Park Won-soon, yang selama ini dilihat berpotensi menjadi calon Presiden Korea Selatan, ditemui maut hari ini, kata pihak polis. Rabu lalu, bekas kakitangan Bandar Seoul membuat laporan polis dengan dakwaan membabitkan gangguan seksual terhadap Won-soon, 64. Pihak polis memaklumkan mayat Won-soon ditemui di sebuah gunung di utara Seoul selepas pencarian dilakukan ratusan pegawai. Wartawan AFP yang berada di lokasi melihat anggota kecemasan membawa mayatnya turun ke bawah awal pagi ini, sebelum dibawa ke hospital. Pihak polis turut memaklumkan bahawa tiada nota bunuh diri ditemui di lokasi mayat itu ditemui, namun agensi berita Yonhap melaporkan yang Won-soon 'dianggap membunuh diri'. Jika terbukti membunuh diri, Won-soon akan menjadi individu berprofail paling tinggi berbuat demikian sejak bekas presiden, Roh Moo-hyun, terjun daripada tebing pada 2009, selepas disiasat berhubung dakwaan rasuah membabitkan ahli keluarganya.

Lelaki Bunuh Sukarelawan COVID-19 Dihukum Mati

Image
BEIJING : Seorang lelaki warga China yang menikam mati dua sukarelawan di pusat pemeriksaan COVID-19 dihukum mati hari ini oleh Mahkamah Agung negara itu. Ma Jianguo, 24, menikam beberapa kali di perut dua sukarelawan menjaga penghadang jalan berikutan perintah berkurung ketat akibat pandemik COVID-19 Menurut kenyataan mahkamah di akaun media sosial rasmi, tertuduh ketika itu sedang memandu dan dalam perjalanan menuju ke pesta karaoke di pedalaman Yunnan sebelum tiba di penghalang jalan terbabit. Salah seorang rakannya kemudian cuba mengalihkan penghalang itu, sekali gus mencetuskan perselisihan dengan sukarelawan yang menjaganya. Tragedi berlaku pada Februari lalu, ketika puluhan juta rakyat menjalani perintah berkurung di rumah ketika negara itu berdepan wabak COVID-19 yang semakin teruk. "Ketika tindak balas kecemasan kesihatan awam kelas satu di wilayah Yunnan, Ma Jianguo enggan mematuhi dasar pencegahan dan kawalan wabak serta langkah kawalan lalu lin

Tanah Runtuh Di China, 14 Dikhuatiri Mati Atau Hilang

Image
BEIJING : Sekurang-kurangnya 14 terbunuh atau hilang sejak semalam berikutan hujan lebat dan tanah runtuh di China, yang mengakibatkan rumah tertimbus selain kawasan riadah ditutup buat sementara waktu. Selain itu, enam penduduk masih gagal dikesan sejak berlakunya tanah runtuh di wilayah barat daya Guizhou, yang melanda tiga kawasan perkampungan Rabu lalu. Pihak berkuasa tempatan berkata, sekurang-kurangnya 156 penduduk sudah dipindahkan manakala enam lain yang terperangkap dan terpaksa diselamatkan selepas kejadian itu. Foto dari tempat kejadian menunjukkan pekerja penyelamat berpakaian seragam oren terang menyapu lumpur dan puing-puing di kawasan pergunungan kota Tongren, di mana kebanyakan bangunan musnah. Menurut pihak berkuasa 19 rumah tertimbus manakala 60 lain rosak dan rakaman dari udara menunjukkan sebilangan besar kawasan kini dipenuhi lumpur. Sekurang-kurangnya 120 orang dipercayai maut atau hilang akibat banjir yang melanda sejak 3 Julai lalu, meng

Bangladesh Larang Pelarian Rohingya Tinggalkan Pulau

Image
DHAKA : Ratusan pelarian Rohingya ditempatkan di pulau yang kerap dilanda banjir di Teluk Benggala tidak akan dibenar meninggalkannya kecuali untuk kembali ke negara asal, kata pihak berkuasa Bangladesh. Kira-kira 306 etnik Islam Rohingya dari Myanmar itu ditempatkan di pulau Bhashan Char April lalu selepas diselamatkan dari dua bot yang cuba menyeludup mereka ke Malaysia. Nasib mereka mendapat perhatian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebuah pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa dan pemimpin masyarakat, yang mereka ditempatkan di kem pelarian lebih selesa di tanah besar. Pentadbir wilayah yang merangkumi pulau itu, Mohammed Khorshed Alam Khan, memberitahu AFP bahawa pelarian terbabit akan kekal di Bhasan Char sehingga mereka dihantar pulang ke Myanmar. Katanya, kesemua mereka dijaga dengan baik dan mempunyai kemudahan jauh lebih selesa berbanding di kem pelarian yang sesak di Cox's Bazar di mana lebih 700,000 etnik Rohingya mendapatkan perlindungan

China Minta Kerjasama Antarabangsa Sertai Penyelidikan COVID-19

Image
BEIJING : China merancang menggarap kerjasama antarabangsa bagi menyertai projek penyelidikan berkaitan ubat-ubatan, vaksin, alat ujian, kit ujian, dan perubatan tradisional Cina (TCM) untuk memerangi COVID-19. Isnin lalu, Kementerian Sains dan Teknologi China mengeluarkan garis panduan permohonan bagi mendapatkan sekitar 37 projek kerjasama antarabangsa anti COVID-19 yang menumpukan kepada empat orientasi. Ia bertujuan memperkasa kerjasama penyelidikan dengan negara dilanda virus dan pertubuhan antarabangsa berkaitan menerusi kerjasama inovatif dalam bidang sains dan teknologi selain berkongsi data serta pengalaman memerangi wabak itu. Projek yang dicari merangkumi pelbagai aspek ujian klinikal global vaksin dan ubat, kerjasama pembangunan teknologi ujian baharu, peralatan ujian pantas di lapangan serta penyelidikan antarabangsa berkait mekanisme TCM bagi rawatan COVID-19. Menurut garis panduan itu, pembangunan vaksin yang sudah selesai menjalankan ujian klinikal

KKM Iktiraf Media Barisan Hadapan Bantu Perangi COVID-19

Image
KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) mengiktiraf dan menghargai media sebagai barisan hadapan yang sama-sama berganding bahu memerangi pandemik COVID-19. Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata selain menyampaikan dasar dan polisi kerajaan, peranan media amat penting terutamanya menyampaikan maklumat yang tepat dengan cepat serta bertindak sebagai agensi yang membetulkan persepsi masyarakat. "Saya dan KKM berpendapat media juga adalah barisan hadapan, mereka (media) juga tempuh risiko, mereka juga lalui keperitan dan kesusahan. "Justeru, saya dan KKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih atas usaha komitmen, kesungguhan, kesabaran ketabahan media. "Nama baik KKM, barisan hadapan agensi-agensi kementerian terbabit, nama baik negara kita dibawa oleh rakan media...hari ini dunia mengiktiraf kita," katanya ketika berucap pada Majlis Malam Ramah Mesra Media di sini, malam ini. Kira-kira 120 pengamal m

Keluarga wanita warga Australia hantar sampel DNA

Image
GEORGETOWN : Pihak keluarga wanita warga Australia, Anna Jenkins, yang dilaporkan hilang pada 2017 di Pulau Pinang, bersedia menghantar sampel DNA kepada polis bagi ujian perbandingan susulan penemuan tulang manusia di sebuah kawasan hutan berhampiran Jalan Batu Gantung di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada tulang pinggul manusia yang dijumpai itu mempunyai kaitan dengan Kes Orang Hilang (warganegara asing) pada 2017 di daerah Timur Laut Pulau Pinang. Beliau berkata, pihaknya akan terus berurusan dengan kedutaan Australia di Malaysia untuk mendapatkan sampel DNA keluarga wanita itu bagi tujuan mengenal pasti tulang berkenaan. Katanya, pihak polis menerima maklum balas daripada keluarga wanita itu semalam, yang bersetuju untuk menghantarnya dari Australia. "Bagi tujuan perbandingan, Jabatan Kimia Pulau Pinang bersetuju melaksanakannya dengan segera sebaik saha

Polis tahan lelaki pandu kenderaan lawan arus

Image
KLANG : Polis menahan seorang lelaki yang memandu kereta secara melawan arus dari Jalan Meru, Batu 5 berhadapan sebuah restoran makanan segera di Klang Sentral di sini, Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang semalam di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor oleh sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Utara. "Polis turut merampas sebuah kereta jenis Kia Cerato yang digunakan lelaki berkenaan dalam kejadian itu. "Hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dalam perjalanan pulang ke Petaling Jaya selepas berjumpa rakan dan tidak arif dengan selok belok di kawasan dan jalan serta menggunakan aplikasi Waze sebagai tunjuk arah jalan. "Pemandu itu kemudian cemas apabila tersalah masuk lorong dan terus memandu melawan arus," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, ujian awal saringan dadah juga

Harvard, MIT saman pentadbiran Trump kerana batal visa pelajar

Image
NEW YORK : Universiti Harvard (Harvard) dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) memohon mahkamah menghalang pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, membatalkan visa penuntut warga asing. Ia berikutan arahan Isnin lalu bahawa penuntut asing tidak akan dibenarkan tinggal di AS jika semua kelas mereka diadakan secara dalam talian pada musim luruh ini, susulan krisis COVID-19. Penguatkuasaan Kastam dan Imigresen (ICE) AS, dalam satu kenyataan, memaklumkan, Jabatan Negara AS tidak akan mengeluarkan visa kepada penuntut berkenaan selain mereka turut dihalang memasuki negara itu. Presiden Harvard, Lawrence Bacow, dalam satu kenyataan, berkata tindakan undang-undang dua universiti terkemuka itu menyusuli pengumuman Isnin lalu yang mengarahkan semua penuntut warga asing pulang ke negara masing-masing. "Kami akan meneruskan kes ini dengan agresif bagi membolehkan semua penuntut antarabangsa meneruskan pengajian masing-masing tanpa perlu bimbang diha

Covid-19: Malaysia catat 2 hari berturut-turut tanpa kes tempatan

Image
KUALA LUMPUR – Putrajaya sekali lagi mencatatkan sifar kes penularan tempatan ekoran Covid-19. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, biar pun kes Covid-19 mencatatkan enam kes hari ini namun kesemua kes ini adalah kes import. “Kesemua kes dicatatkan adalah kes import. Lima warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara iaitu 3 kes dari Indonesia, dua kes dari Singapura dan satu kes dari Mesir. “Tiada kes penularan tempatan untuk kali ketiga pada hari ini,” katanya di Twitter hari ini. Dengan jumlah itu kes kumulatif Covid-19 di negara ini berada pada paras 8,683 kes. “Jumlah kes di ICU adalah dua, sementara seorang memerlukan bantuan pernafasan. Sejumlah 63 kes aktif kebolehjangkitan Covid-19,” katanya lagi. Dalam pada itu, jumlah discaj hari ini adalah 13, menjadikan kes sembuh keseluruhan adalah 8499 dengan 97.8 peratus. Tiada kes kematian direkodkan hari ini menjadikan kes positif Covid-19 yang meragut nyawa kini kekal kep

Hafizh harap dapat bangun semula dari kekecewaan

Image
KUALA LUMPUR – Pelumba Moto2 Malaysia dari pasukan Aspar, Hafizh Syahrin Abdullah berharap, untuk bangun semula dan menebus kekecewaannya, dengan menyasarkan mencatatkan keputusan cemerlang di GP Sepanyol pada 17-19 Julai. Hafizh Syahrin yang kembali ke Moto2 musim ini selepas melalui dua tahun yang mengecewakan dalam kelas Premier, menyasarkan untuk menduduki lima terbaik dalam perlumbaan di Sirkit Jerez. Bekas pelumba Monster Yamaha Tech 3 dan Red Bull KTM Tech 3 berusia 26 tahun itu berkata, beliau telah belajar banyak daripada perlumbaan terakhir di Qatar di mana beliau menduduki tempat ke-19. “Kalau boleh memang nak dapat kedudukan lima terbaik atau sekurang-kurangnya meraih mata. Ia lebih baik daripada tanpa sebarang mata, sebab saya gagal kutip mata di perlumbaan pertama. “Banyak perkara saya telah belajar dari perlumbaan di Qatar dan saya akan cuba ingat mana yang boleh, selain memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya kepada media hari ini. Hafizh berl

Gerakan akan lancar petisyen protes projek terowong dasar laut

Image
KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Pulau Pinang akan melancarkan satu petisyen dalam talian untuk mengumpul tandatangan orang ramai memprotes projek terowong dasar laut. Ia juga bagi memprotes tiga jalan utama yang sebenarnya tidak memanfaatkan orang ramai tetapi membawa keuntungan kepada konsortium terlibat sahaja, kata pengerusinya, Oh Tong Keong. Projek itu bernilai RM6.3 bilion yang ingin dilaksanakan kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP. “Petisyen ini bertujuan untuk menunjukkan ketidakpuashatian terhadap sikap kerajaan negeri Pulau Pinang yang berdiamkan diri dalam isu ini terutamanya laporan kebolehlaksanaan dan butiran rekaan projek terowong dasar laut dan tiga jalan utama yang bernilai RM350 juta itu yang telah ditangguhkan sejak tahun lepas. “Namun, pemaju telah mendapat keuntungan dalam projek ini sebelum terowong itu dibina dengan menggunakan tanah tambakan laut yang seluas 110 ekar yang bernilai pasaran sebanyak RM2.8 bilion yang diberi oleh keraj