Posts

Showing posts from November, 2018

Chopra, Jonas Berkahwin Di Istana India, Esok

Image
  JODHPUR: Aktres Bollywood, Priyanka Chopra dan penyanyi Amerika Syarikat (AS), Nick Jonas, mendarat di bandar ini semalam ketika keterujaan upacara perkahwinan mereka, digelar ‘perkahwinan paling gemilang tahun ini’, mencapai kemuncaknya. Pasangan terkenal itu melambai dan tersenyum ke arah jurugambar ketika meninggalkan lapangan terbang ‘Bandar Biru’ India itu di mana mereka akan melangsungkan perkahwinan dalam upacara mewah hujung minggu ini. Chopra, 36, dan Jonas, 26, akan berkahwin di hotel Umaid Bhawan Palace bandar ini, di negeri barat tandus Rajasthan, esok (Sabtu). Mereka disertai oleh kaum keluarga termasuk saudara lelaki Jonas, Joe dan tunangnya, aktres Britain, bintang ‘Game of Thrones’, Sophie Turner. Media India sibuk dengan butiran dan spekulasi hari bersejarah itu, digelar acara paling gemilang Bollywood. “Beliau antara aktres terbaik di India dan cantik. Semua rakyat India teruja dengan perkahwinan beliau,” kata seorang peminat Chopra,

3 Laras AK47 Ditanam Dalam Semak

Image
KOTA BHARU: Tiga laras senapang jenis AK47 ditemui tertanam dalam semak di Kampung Gemang, Jeli, semalam. Penemuan pada jam 4.20 petang itu bersama tiga kelopak peluru, dilakukan oleh sepasukan anggota dari 2 Rejimen Renjer Diraja. Panglima 8 Briged, Brig Jen Muhammad Huzaimi Sabri, berkata maklumat mengenai senjata itu adalah hasil daripada risikan anggotanya. “Setiba di lokasi yang dikenal pasti, anggota 2 Rejimen Renjer menggali tanah dalam semak itu dan menemui tiga laras senapang yang ditanam bersama. “Kita percaya tiga laras senapang itu adalah dari Thailand kerana di negara ini tiada senjata jenis itu digunakan,” katanya ketika dihubungi hari ini. Ketiga-tiga senapang itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Bukit Bunga, Jeli. Berhubung penugasan sempena musim banjir ini, Muhammad Huzaimi berkata pihaknya sudah membuat persiapan dari segi fizikal dan mental. “Seramai 800 anggota 8 Briged yang berada di Kelantan dan Terengganu

Lelaki Tersepit Selepas Kereta Dipandunya Terbabas

Image
LUNDU: Seorang pemandu tersepit di dalam keretanya yang terbabas ke dalam parit berdekatan Kampung Serayan Ulu Lundu, di sini awal pagi hari ini. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja laporan diterima pada pukul 5.33 pagi. “Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 53 tahun dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum jatuh ke dalam parit di tepi jalan raya. “Mangsa yang tersepit di bahagian pemandu berjaya dikeluarkan oleh bomba dan kemudian diberikan rawatan awal di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Lundu untuk mendapatkan rawatan lanjut. - UB

300 Jangkitan Baharu HIV Didaftarkan Di Hospital Miri

Image
MIRI: Sebanyak 300 jangkitan baharu virus kurang imun manusia (HIV) telah didaftarkan di Hospital Miri dalam tempoh lima tahun lalu.  Perkara ini dijelaskan Doktor Perunding Hospital Miri Dato Dr Fam Tem Lom ketika menyampaikan ceramah tentang penyakit maut itu sempena sambutan Hari Aids Sedunia di Pustaka Miri, pagi tadi.  Mengulas topik tentang stigma, pengasingan dan penyebaran penyakit, beliau memberitahu, kini seramai 400 pesakit adalah dibawah rawatan susulan. Sehubungan itu, beliau meminta golongan yang merasakan diri mereka terdedah dengan penyakit tersebut untuk segera melakukan ujian pemeriksaan dan rawatan.  Antara yang berisiko mendapat virus HIV adalah pengamal seks bebas dan  golongan homoseksual yang melakukan hubungan seks tanpa kondom dan perlindungan serta penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan.  "Anda tidak perlu risau kerana maklumat kesihatan anda adalah rahsia," tambah Dr Fam kepada mereka yang ingin mendapat rawatan Aids di

MotoGP: Rossi: We Have To Work In All Areas

Image
Aside from confirming rider coach Luca Cadalora will no longer work in his corner in 2019, Valentino Rossi has a rather downbeat take on where Yamaha is. His team-mate may intimate differently. But at the close of preseason testing in 2018, Valentino Rossi was clear: “We have a lot work to do if we want to be competitive.” Another stark warning for Yamaha bosses. Rossi described the two-day outing at Jerez as “positive,” where the Italian improved his pace, and both he and Maverick Viñales came to agree on which of Yamaha’s two ‘2019-spec’ engines were better. But still it is not enough. Ducati appears to have taken further strides with the early version of its GP19 racer, while Honda and even Suzuki aren’t far behind. Rossi pushed to ensure Japanese bosses in Iwata don’t sit still before the next outing at Sepang in late January. “I think from the engines that we try in these days it’s quite easy to make a decision,” he said. “Today we worked and it was a little b

Awang Tengah Bertemu Syarikat China Berminat Melabur Di Sarawak

Image
BEIJING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan pertemuan dengan syarikat dari China yang berminat melebarkan sayap perniagaan ke Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam. Pertemuan syarikat-syarikat China yang terlibat dalam pelbagai industri adalah bertujuan membincangkan pelan perniagaan dan insentif yang ditawarkan Kerajaan Sarawak kepada pelabur luar. Pertemuan tersebut dikendalikan pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Beijing yang diketuai Pengarahnya Mohd Zulkepli Embong. Syarikat-syarikat tersebut terlibat dalam industri seperti akuakultur, pemprosesan karbon, tenaga diperbaharui, kelengkapan marin dan pembuatan besi keluli. Awang Tengah mengetuai rombongan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Usahawan ke Beijing untuk lawatan kerja selama tiga hari. Rombongan tersebut disertai Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Datuk Mohd Naroden Majais serta Menteri Muda

RM17.7 Juta Bangun Semula Industri Kerbau: Uggah

Image
LIMBANG: Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak membelanjakan RM17.7 juta bagi membangunkan kembali industri kerbau di Sarawak, sekali gus meningkatkan populasi kerbau khususnya di kawasan pengeluaran utama ternakan itu di Limbang. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beberapa inisiatif sudah dikenal pasti untuk dilaksanakan termasuk Program Pembangunan Usahawan Kerbau dengan kos RM10 juta membabitkan 32 usahawan ternak kerbau terpilih. Menurutnya, penternakan kerbau merupakan aktiviti perternakan yang paling popular di bahagian utara Sarawak terutama di kawasan Bario, Limbang dan Lawas yang berdepan trend penurunan daripada 11,000 ekor pada 2000 kepada 5,500 ekor pada 2018. “Menyedari masalah itu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta untuk membaik pulih pagar bagi kesemua halaman di Limbang yang melibatkan 34 halaman kerbau. “Program pembaikan pagar halaman kerbau yang rosak dapat mengurangkan k

Harga Minyak Sawit Dijangka Meningkat Tahun Depan

Image
KUCHING: Dengan jangkaan keperluan minyak sawit yang tinggi di beberapa negara ASEAN pada awal tahun depan, ia menjadi faktor kemungkinan harga minyak berkenaan me-ningkat. Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata, setakat ini Malaysia merupakan antara yang terendah harga minyak sawitnya dan diramalkan ia tidak akan menyusut daripada kadar berkenaan. “Pada ketika ini, kita adalah antara yang terendah dari segi harga minyak sawit dan ia tidak boleh rendah lagi daripada itu. “Selain itu berdasarkan unjuran kita awal tahun depan, negara-negara ASEAN memerlukan minyak dan diramalkan negara Kesatuan Eropah (EU) juga akan me-ningkatkan import minyak sawit mulai tahun depan. “Maka kita meramalkan harga minyak komoditi ber-kenaan akan meningkat pada awal tahun 2019,” katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama Persatuan Penanam Kelapa Sawit Dayak Sarawak (DOPPA) yang dihadiri Presidennya Dr Richard Mani di pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Wi

Asfia Angkat Sumpah Sebagai Pemangku TYT

Image
KUCHING: Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar mengangkat sumpah sebagai Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak bermula 28 November 2018 hingga 6 Januari 2019. Majlis Istiadat Angkat Sumpah yang diadakan di Astana Negeri, Petra Jaya semalam dimulakan dengan bacaan Surat Cara Pelantikan Pemangku Yang di-Pertua Negeri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Majlis kemudiannya diikuti dengan angkat sumpah oleh Pemangku Yang di-Pertua Negeri dan majlis menandatangani Surat Sumpah Jawatan disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah. Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak kemudiannya menandatangani Surat Pengisytiharan disaksikan Ketua Menteri. Istiadat Angkat Sumpah diakhiri dengan bacaan doa yang dibacakan Imam Besar Negeri Mustapha Kamal Ahmad Fauzi. Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri Pemangku Yang di-Pertua Datin Amar D

Kesesakan Trafik Diatasi

Image
KUCHING: Kerja menaik taraf jalan bagi menyelesaikan kesesakan aliran trafik di Kota Samarahan akan bermula pada tahun depan. Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, kerja pembinaan akan bermula selepas kajian lalu lintas Expressway Samarahan yang dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak pada Januari nanti. Menurutnya, kajian lalu lintas diperlukan untuk menentukan sama ada mahu menukar kesemua lima bulatan di kawasan berkenaan kepada persimpangan (dengan lampu isyarat) atau untuk membina jalan bawah yang rendah seperti di persimpangan Temenggong Abang Kipali Abang Akip di Matang. Lima bulatan yang terlibat adalah Setia Raja-Samarahan, Stutong-Samarahan (pasar raya Giant), persimpangan ILP/LKIM, Pusat Jantung Sarawak-Samarahan dan UNIMAS-Samarahan. Turut terlibat dalam cadangan naik taraf adalah jalan sepanjang 2 kilometer dari Stutong hingga ke bulatan Jalan Setia Raja-Samarahan, di mana jalan dan jambatan dinaik taraf menjadi dua lorong

Pertikaian Mac 2015 Mungkin Betul, Tapi... - Najib

Image
KUALA LUMPUR: Bukti ditunjukkan Pengerusi Kumpulan Media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong, berhubung kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sekitar tiga tahun lalu tidak utuh kerana bersandarkan siri e-mel yang dicuri, malah pelakunya terbabit dalam tindakan peras ugut. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika menjelaskan perkara itu berkata, pencuri e-mel PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) berkenaan kemudian disabitkan kesalahan di mahkamah Thailand dan berdepan tuduhan jenayah. “PetroSaudi dimiliki oleh Tareq Obaid dan Putera Turki bin Abdullah yang pada ketika itu adalah anak ketujuh dan kesayangan Raja Abdullah serta memegang jawatan Gabenor Riyadh, iaitu wilayah paling besar di Arab Saudi dan ibu kota negara berkenaan. “Pada masa itu, kami juga bertanya kepada PetroSaudi mengenai kesahihan segala dakwaan yang tersebar, namun jawapan melalui surat rasmi syarikat berkenaan menyatakan ia palsu dan GoodStar adalah dan sentiasa di bawah pemilikan

'Dasar Liputan Media & Dasar Kerajaan Negeri 2 Perkara Berbeza'

Image
KUCHING: Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri berkata dasar liputan media dan dasar Kerajaan Negeri Sarawak tidak boleh dicampur aduk kerana ia dua perkara berbeza. "Seperti yang telah  saya katakan di Dewan (Rakyat), jangan mencampuradukkan dasar liputan media dan dasar Negeri Sarawak. Ini adalah dua perkara yang berbeza," jelasnya. Nancy berkata demikian dalam statusnya yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya merujuk insiden di Dewan Rakyat semalam apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mempersoalkan dasar kerajaan negeri semasa sesi soal jawap. "Menteri (Gobind) masih ingin mempolitikan apa-apa isu sahaja di parlimen. Menteri terlalu beremosi seolah-olah masih berada dalam parti pembangkang. Sudahlah berpolitik dan berilah tumpuan menunaikan janji," ujarnya. Menjelas lanjut Nancy berkata apabila YB Cheras (Tan Kok Wai) mengemukakan soalannya yang ingin mengetahui sama ada kerajaan akan mengkaji cadangan men

Perform Your Duty As Deputy Minister, Hasidah Tells Chong

Image
KUCHING: Stop behaving like a boy, perform your duty as a deputy minister or else you will be dropped from the cabinet for being a failure. That was the advice from Assistant Minister of Law, State-Federal Relations and Project Monitoring Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali to Pakatan Harapan (PH) Sarawak chairman Chong Chieng Jen. “Grow up. Don’t be too boyish complaining all the time, we don’t have time for this nonsense. We have to build the country and Sarawak. Do your job now. If there are real issues, go and see the Chief Minister. Be like other PH ministers from Peninsular Malaysia in meeting the Chief Minister if they have real issues to be solved,” Sharifah Hasidah told him. Sharifah Hasidah added that PH had been promising the people to lower the cost of living, and blame the goods and services tax (GST). Chong had been appointed to do a very important job as Deputy Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs. “GST has been abolished but housewives a

Projek Atasi Banjir Kilat Di Kuching Siap November 2019

Image
KUCHING: Masalah banjir kilat yang berlaku kebelakangan ini di bandar raya ini dijangka dapat diatasi sepenuhnya selepas projek sistem perparitan dan saliran fasa ketiga siap tahun depan. Menurut Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai (gambar), fasa pertama dan fasa kedua projek itu di bandar raya ini telahpun siap, dan kini ia memasuki fasa ketiga. "Fasa ketiga merupakan sambungan projek sistem perparitan yang dibina di hadapan Poliklinik Jalan Masjid (berdekatan Padang Merdeka), untuk mengalirkan air takungan ke sungai. "Buat masa ini, fasa tersebut masih lagi dijalankan dan dijangka akan siap pada November tahun depan. Kita percaya dengan siapnya projek ini, ia akan dapat mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku di bandar raya ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis majlis perasmian Hari Integriti dan Inovasi serta Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan DBKU 201

Kerajaan Tidak Mahu Penanam & Pekebun Bergantung Pada Subsidi

Image
KUCHING: Kerajaan tidak mahu pemain industri lada bergantung kepada subsidi. Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, kerajaan telah memperuntukkan RM60 juta dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) bagi membantu para pekebun termasuk lada. "Kita tidak mahu penanam atau pekebun kita bergantung sepenuhnya kepada subsidi. "Lada Sarawak antara yang terbaik dan berkualiti tinggi dan saya boleh membantu mempromosikan produk anda di luar negara semasa lawatan kerja saya," katanya menurut Utusan Borneo. Tambahnya, kerajaan memberikan subsidi melalui peruntukan berbentuk baja, peralatan, insntif dan sebagainya. "Penggiat industri lada perlu tahu bagaimana cara untuk membawa nama Lada Sarawak khasnya ke luar dunia," jelas beliau.

Perlu Ada Sistem Bantuan Kepada Penanam Jika Harga Lada Turun

Image
KUCHING: Kementerian Industri Utama digesa untuk menyediakan sistem bantuan atau jaringan keselamatan sosial kepada penanam lada semasa harga komoditi itu turun. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pendekatan itu digunakan kerajaan sebelum ini kepada pekebun getah semasa harga getah turun. "Saya bagi pihak penanam lada di Sarawak yang lebih daripada 30,000 orang memohon kepada Yang Berhormat Menteri (Teresa Kok) memikirkan satu jaringan keselamatan sosial seperti pekebun getah. "Kita telah mencadangkan perkara ini sebelum ini khasnya apakah tindakan kerajaan (pusat) untuk menentukan bahawa apabila harga lada turun seperti sekarang, kita ada sistem yang membantu meringankan beban penanam lada," katanya berucap pada majlis Dialog Awam bersama Pemegang Taruh dan Penggiat Industri Lada bersama Menterinya, Teresa Kok di sini, malam tadi. Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah menegaskan,

Syarikat Jepun Berminat Melabur Di Sarawak

Image
TOKYO: Tiga syarikat dari Jepun menyatakan minat untuk melabur di Sarawak. Minat tersebut diluahkan menerusi pertemuan mereka dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini, semalam. Tiga syarikat yang terlibat dalam industri pengurusan data digital, biomas dan hidrogen itu, amat berminat melabur di Sarawak kerana potensi, lokasi dan insentif menarik ditawarkan kerajaan negeri. Seorang wakil daripada syarikat pengurusan data digital pada pertemuan tersebut menyatakan bahawa Sarawak merupakan lokasi pelaburan menarik kerana memiliki pelbagai insentif dan kurang terdedah kepada bencana alam seperti Jepun. Syarikat yang terlibat dalam industri hidrogen pula menyatakan minat mereka untuk membina sebuah kilang penghasilan hidrogen di Sarawak sebagai projek pelopor. Cadangan projek biomas tersebut pula merupakan usaha sama syarikat Jepun dengan Pusaka Capital, anak syarikat Perbadanan K

Lawatan Ke Fujian Disifatkan Membuka Jalan Kerjasama Ekonomi Lebih Besar

Image
KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatkan lawatannya ke Fujian, China akan membuka jalan bagi kerjasama ekonomi lebih besar dengan wilayah tenggara China itu. Abang Johari yang kini berada di China untuk lawatan kerja, semalam mengadakan lawatan Fuzhou iaitu ibu kota Wilayah Fujian, China. Beliau yang berucap pada kunjungan terhadap Gabenor Wilayah yang diwakili Naib Gabenor Eksekutifnya Zhang Zhinan di sebuah hotel di Fuzhou, berkata Sarawak berminat mewujudkan hubungan ekonomi dengan Fujian sebagai sebahagian daripada usaha untuk membangunkan ekonomi moden di Sarawak. Abang Johari menegaskan bahawa Sarawak sedang meneroka langkah untuk membawa digitalisasi ke sekolah terutama di prasekolah. Malahan satu perbincangan telah diadakan kelmarin bersama NetDragon Websoft Ltd berpangkalan di Fuzhou, yang merupakan peneraju dalam pembelajaran bilik darjah interaktif untuk meneroka cara memperkenalkan pembelajaran berasaskan teknologi di Sar

Muhammad Adib Dipindah Ke IJN

Image
SUBANG JAYA: Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang cedera dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, awal pagi semalam dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) jam 11.33 malam tadi. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata keputusan memindahkan Muhammad Adib Mohd Kassim dibuat susulan perbincangan antara pihaknya dengan IJN supaya mangsa diberi rawatan sewajarnya. "Hasil perbincangan dengan empat pakar di IJN, kita cadangkan Muhammad Adib dipindahkan ke sana kerana mereka mempunyai peralatan yang lebih sesuai untuk rawatannya. "Di IJN juga mempunyai satu mesin khas yang dapat menyalurkan oksigen yang lebih banyak ke paru-parunya, bersesuaian untuk rawatan Muhammad Adib.. satu-satunya mesin yang ada dalam negara ini," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi. Beliau berkata, keadaan Muhammad Adib juga sudah semakin baik walaupun masih belum se

Tubuh Jawatankuasa Jaga Keselamatan Rumah Panjang

Image
KUCHING: Rumah panjang di Sarawak digalak menubuhkan jawatankuasa khas bagi menjaga aspek keselamatan rumah panjang masing-masing. Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, jawatankuasa khas itu berperanan mengaudit dan memeriksa penggunaan tenaga elektrik di rumah panjang masing-masing. Beliau berkata, pengauditan dan pemeriksaan penggunaan tenaga elektrik di rumah panjang perlu dilakukan secara berkala bagi memasti-kan penghuni sentiasa dalam keadaan selamat daripada insiden kebakaran. “Selain itu, setiap rumah panjang harus memastikan pendawaian elektrik dilakukan kontraktor elektrik yang berkelayakan. “Penggunaan elektrik berlebihan salah satu daripada punca utama berlakunya kebakaran di rumah panjang,” katanya ketika dihubungi semalam. Penguang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi berkata, kejadian kebakaran melibatkan rumah panjang di Sarawak agak membimbangkan dengan keba-nyakan rumah hangus 100 peratus. Keadaan i

Ketua Kampung Tabah Jaga Anak Derita Kanser

Image
MUKAH: Walaupun salah seorang anaknya menderita kanser tahap empat, sedikit pun tidak tergambar kesukaran pada wajah Haslimi Hassan, 42. Malah dia masih mampu bergurau dan ketawa apabila jenaka dihambur ketika berbual. Namun jauh di lubuk hati Haslimi, hanya dia sendiri yang memahaminya. Haslimi merupakan bapa kepada Alieya Safira Haslimi, kanak-kanak berusia dua tahun yang menderita kanser otot yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak. Kisah pengorbanannya yang sanggup menunggang motosikal dari Daro ke Kuching hanya untuk menjenguk salah seorang puteri tersayang di Kuching menjadi buah mulut orang ramai yang kagum dengan kuasa kasih sayang bapa kepada anaknya. Begitupun, Haslimi sebenarnya turut menggalas tanggungjawab sebagai ketua Kampung Badong di Daro. “Jika ada keramaian atau khidmat saya diperlukan, saya akan ada di kampung sehingga selesai majlis,” katanya ketika ditemu bual baru-baru ini pada salah satu program tanggungjawab so

Khabib Tak Sabar Lawan Mayweather

Image
MOSCOW: Juara bertahan lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov membayangkan pertarungannya dengan Floyd Mayweather Jr. akan menjadi lebih menarik berbanding ketika lawannya dari Amerika Syarikat itu berdepan Conor McGregor. "Pertarungan kami akan menjadi dua kali ganda lebih menarik. Dua lawan yang belum ditewaskan, ia akan menjadi sesuatu yang menarik untuk ditonton. “Akan ada yang jatuh atau mengundur,” katanya dalam satu sidang media di Moscow untuk melancarkan autobiografinya. Petinju dari Russia yang dikenali sebagai 'Khabib' itu 'menyeru' nama petinju yang belum pernah tewas, Mayweather pada Oktober lalu - sebagai pencabar seterusnya selepas dia menumbangkan McGregor. Namun, presiden UFC, Dana White berkata, kedua-dua mereka hanya boleh beraksi dalam pertarungan seni tempur campuran, dan bukannya di dalam gelanggang tinju seperti ketika Mayweather menentang McGregor. Mayweather menewaskan petinju dari Ireland itu dengan knock-out (KO) se

Govt Considers Raising Express Bus Fares By Up To 30%

Image
Low wages gets bad drivers, but higher fares might bring in better drivers. This is the idea behind the government considering a 10% to 30% increase in express bus fares, reported by the Malay Mail. Deputy transport minister Datuk Kamarudin Jaffar told parliament today that low wages forces express bus drivers to work more than eight hours a day just to claim overtime. “The reason behind the accidents and low quality bus drivers when compared to other countries is due to their low salary. Their average take home income is around RM3,000 including their allowance. They don’t have a good working environment either and we discourage them from working more than eight hours. That’s the reason the quality of their driving has gone down. That’s why we are considering raising the bus express fares in a reasonable manner. “If the express bus service operator earns more, they can raise the drivers’ salaries and the drivers have better working conditions. We hope their service an

Hospital Swasta Di Seremban Terima Ancaman Bom

Image
SEREMBAN: Kakitangan dan pesakit diarah mengosongkan sebuah hospital swasta di sini, selepas mereka menerima ancaman bom daripada individu tidak dikenali pada jam 4.45 petang ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima maklumat awal kejadian daripada polis, jam 5.07 petang. Menurutnya, seramai 18 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Seremban 2 serta pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dikerahkan ke lokasi kejadian. “Kita mengarahkan semua 117 pesakit biasa, pesakit unit rawatan rapi (5), dan kakitangan (169) mengosongkan bangunan,” katanya di sini, hari ini. Tinjauan NSTP di lokasi mendapati, pasukan polis termasuk Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) sedang menjalankan pemeriksaan di bangunan lapan tingkat berkenaan. Semua pesakit dan kakitangan pula berkumpul di tempat letak kereta hospital, malah ada pesakit yang kritikal terpaksa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’af

Dasar Kesejahteraan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Diperkenalkan Tahun Hadapan

Image
KUCHING: Kerajaan Negeri akan mengeluarkan Dasar Kesejahteraan bagi penjawat awam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) pada tahun hadapan. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan) Datu Dr. Sabariah Putit berkata dasar itu merupakan antara usaha memastikan penjawat awam di Sarawak mencapai kesejahteraan dengan mengimbangi keperluan kehidupan dan pekerjaan. Beliau berkata dalam usaha menyokong agenda transformasi PANS menerusi Pelan Tindakan PANS 2010-2020, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian terhadap pembangunan dan kesejahteraan penjawat awam negeri. Ini kerana menurutnya, kerajaan negeri percaya penjawat awam yang sejahtera adalah berprestasi tinggi lantas mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada organisasi dan rakyat khasnya. "Usaha di bawah Pengurusan Perubahan Budaya menggunakan aplikasi psikologi meletakkan fokus kepada budaya digital agar dapat mewujudkan perkhidmatan awam yang tangkas, berdaya t

Dua Lelaki Ditahan Sehari Selepas Merompak Kedai Runcit

Image
KUCHING: Polis hari ini berjaya mengesan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rompakan sebuah kedai runcit di Sungai Maong pada malam Isnin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong berkata dalam kejadian 10 pagi semalam, kedua-dua suspek yang bersenjatakan pisau pemotong daging datang ke premis tersebut dan terus menyerang wanita yang bekerja sebagai juruwang. Menurutnya, kedua-dua suspek kemudian melarikan diri bersama wang tunai RM1,200, telefon bimbit milik juruwang dan rokok. “Mangsa yang trauma dengan kejadian tersebut kemudian terus melaporkan kepada pihak polis. “Kira-kira 27 jam kemudian, pasukan D9 berjaya mengenal pasti kedua-dua suspek dan berjaya menangkap mereka yang berusia 28 dan 34 tahun di sebuah kampung di Tabuan Jaya sekitar 12.50 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini. Tambahnya, senjata yang digunakan dalam kejadian rompak itu, serta telefon bimbit mangsa juga berjaya ditemukan semula. Kes tersebut disia

Majikan Disyaki Rogol Pekerja OKU Ditahan

Image
SIBU: Seorang majikan diberkas pada Isnin selepas disyaki berulang kali merogol pekerja Orang Kelainan Upaya (OKU) di tempat kerja. Mangsa, 24, yang baharu mendirikan rumah tangga pada awal tahun ini, hanya mendedahkan peristiwa hitam itu kepada suaminya pada pukul 7 petang, Khamis lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Martin Koo berkata, suspek yang berusia 40 tahun dipercayai telah merogol mangsa sebanyak tiga kali di sebuah bilik di premis tempat kerja di Jalan Muhibbah Rejang Park, di sini. "Kali pertama pada bulan Mei 2017, kemudian bulan Ogos 2017 dan bulan April 2018. Mangsa juga telah diugut oleh suspek agar tidak memberitahu sesiapa tentang hal tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini. Difahamkan, mangsa yang mengalami masalah kecacatan pendengaran sejak kecil mula bekerja dengan syarikat milik suspek itu sejak 2014. "Bagaimanapun, mangsa tidak dapat mengingati tarikh sebenar kejadian cuma ingat dia pernah dirogol tiga

Kini Chong, Ahli Parlimen PH Lain Diam Seperti Tikus — Bidas Lo Khere Chiang

Image
KUCHING: “Dia, Chong dan seluruh anggota Parlimen PH Sarawak kini diam seperti ‘tikus’. “Lihat prestasi dia dalam enam bulan ini… dia tidak berani mengatakan apa-apa terhadap tuan Malayanya,” sindir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang. Lo membidas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berdasarkan tuduhan Ahli Parlimen Stampin itu sebelum ini mendakwa Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hanya mahu parti berasal dari Sarawak memerintah… Mengulas isu tersebut, Lo menjawab bahawa Sarawak bukan sahaja mempunyai 100 peratus parti pemerintah tempatan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS), tetapi juga parti pembangkang berasaskan Sarawak untuk menyemak ketelusan dan tadbir urus yang adil. Lo menyokong penuh dengan pendirian bahawa “hanya parti berasal dari Sarawak dan parti pembangkang Sarawak yang boleh menjaga negeri ini”. Bagaimanapun, Lo mempertikaikan pembangkang DUN Sara