Posts

Showing posts from June, 2019

Kerajaan langgar manifesto lagi – PM sendiri melantik anggota Suhakam

Image
Kerajaan langgar manifesto lagi! – Bersih 2.0 Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) meluahkan kekecewaan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pelantikan lapan anggota baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang didakwa bertentangan dengan janji manifesto Pakatan Harapan (PH). Bersih 2.0 dalam kenyataan menegaskan tindakan Perdana Menteri melantik anggota Suhakam tanpa melibatkan Jawatankuasa Khas Parlimen Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam untuk saringan terlebih dahulu mengetepikan semangat dalam PH. Walaupun masih mengikut ketetapan undang-undang namun janji manifesto PH iaitu dalam janji 26 secara jelas menyatakan pelantikan Pesuruhjaya Suhakam akan dibuat melalui jawatankuasa khas Parlimen. “Jawatankuasa Khas Parlimen Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam telah pun dibentuk sejak Disember 2018 dan adalah menjadi perkata utama memberi laluan kepada jawatankuasa tersebut memilih cal

Tiga sekeluarga nyaris maut, kereta bertembung 4WD di Bau

Image
BAU : Sepasang suami isteri bersama bayi mereka nyaris maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Jalan Sungai Nurin, Bogak, di sini hari ini Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata seramai 12 anggota diketuai Kadrie Bogol dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 11.37 pagi bagi menghulurkan bantuan.  “Setiba di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta dan 4WD yang mengakibatkan pemandu kereta tersepit dan cedera di bahagian kaki. “Pasukan bomba kemudian bertindak membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Menurutnya, isteri mangsa bersama bayi mereka berjaya dikeluarkan oleh orang awam. “Manakala pemandu dan penumpang 4WD dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya. Pasangan terbabit bersama bayi mereka

Sarawak ibarat sebutir mutiara yang menjadi rebutan

Image
KUCHING : Sarawak ibarat sebutir mutiara yang menjadi rebutan sehingga menyebabkan segelintir pihak tergamak mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai negeri ini. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kebelakangan ini pelbagai tohmahan dilemparkan termasuk yang terbaharu kononnya Sarawak bakal bankrap. Bagaimanapun, beliau menyifatkan kenyataan-kenyataan yang tidak berasas itu bertujuan untuk ‘merampas’ Sarawak kerana mengetahui negeri ini memiliki sesuatu yang berharga lagi bernilai. “Saya akui ada pihak yang tidak senang dengan kestabilan politik yang dimiliki termasuk perpaduan kukuh antara rakyat berbilang kaum di Sarawak. “Sarawak ibarat sebutir mutiara. Sudah menjadi lumrah manusia apabila sesuatu yang cantik dan mahal bak mutiara pasti akan menjadi rebutan ramai yang menyimpan hasrat untuk memilikinya,” ujarnya. Beliau berkata demikian pada Majlis Samarindok Aidilfitri 2019 anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AK

Inovasi lonjak industri sawit

Image
MIRI : Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan syarikat Sarawak Plantation Berhad (SPB) di sini untuk membangunkan mesin penuai bagi mencantas buah kelapa sawit matang. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beliau amat gembira dengan inovasi yang dihasilkan kejuruteraan tempatan dan China itu. Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata, meskipun mesin penuai itu masih merupakan prototaip, namun kerajaan negeri melalui kementeriannya akan memperhalusi rekaannya untuk dibangunkan dan dipasarkan bagi memudahkan proses menuai buah kelapa sawit. Uggah berkata, dengan adanya mesin itu kelak yang dinamakan ‘H Harvesting Cutter’ oleh SPB, ia diharap dapat membantu menyelesaikan masalah terbesar dan paling lama dalam industri tersebut iaitu mendapatkan pekerja yang cukup untuk melakukan kerja-kerja penuaian. “Ini adalah ciptaan yang sangat menarik, sesuatu yang akan memainkan peranan utama menukar corak

Rumah terbakar dipercayai akibat litar pintas

Image
BAU : Sebuah rumah di Kampung Tebawang Sauh di sini terbakar dipercayai berpunca daripada litar pintas, semalam. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyalamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 12.36 tengah hari. Menurutnya, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja pemadaman api. “PGO Sarawak pada awalnya menerima panggilan kecemasan kebakaran litar pintas di tingkat atas rumah tersebut. “Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran telah memusnahkan 70 peratus struktur rumah kekal dua tingkat itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Tambahnya, seramai empat penghuni rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri sebelum api semakin marak. Setelah selesai kerja-kerja pemadaman keseluruhan dan mengumpul maklumat kebakaran, operasi ditamatkan pada jam 1.50 petang. Punca sebenar kebenaran dan anggaran kerugia

Jamilah sentiasa prihatin masalah air di Tanjong Datu

Image
KUCHING : Masalah air merupakan masalah utama dihadapi penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata, isu berkenaan sentiasa menjadi perhatian beliau dalam membantu rakyat di konstituensinya. “Saya sangat mengambil berat dalam hal ini dan kerana itu, saya sentiasa berhubung dengan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar dan Pusat Khidmat DUN Tanjong Datu untuk menghantar bekalan air termasuk air mineral ke seluruh kawasan yang terjejas. “Saya harap usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu penduduk menyelesaikannya dalam masa yang singkat,” ujarnya ketika menghadiri majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Kampung Stunggang Melayu Lama dan Stunggang Melayu Baru di sini, baru-baru ini. Bercakap mengenai majlis itu, Jamilah menjelaskan beliau berusaha memenuhi setiap jemputan yang diterimanya sempena Hari Raya Aidilfitri. “Saya gembira apabila dapat bersama seperti ini dan berkongsi serba

GPS tidak tunduk kepada politik kotor pembangkang

Image
KUCHING : Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan tunduk kepada politik kotor pihak pembangkang yang cuba hendak menggugat kestabilan parti itu. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa dakwaan Sarawak bakal bankrap oleh Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng baru-baru ini taktik kotor parti itu bertujuan mengundang kebimbangan rakyat negeri ini. “Apabila Menteri Kewangan berkata demikian semua orang akan was-was dengan ekonomi Sarawak...maklumlah nak bankrap. Apabila was-was, keyakinan pelabur juga hilang. “Kalau tiada pelabur peluang pekerjaan tiada dan GPS akan dipersalahkan kerana tidak mewujudkan peluang pekerjaan. Kita tahu taktik mereka,” katanya berucap pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri PBB Zon Kuching 2019 di sini malam kelmarin. Abang Johari yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, DAP melakukan helah itu kerana mereka bimbang dengan keupayaan GPS dalam mentadbir ekonomi

Wanita takut dimarahi suami buat laporan palsu dirompak

Image
SIBU : Tindakan membuat laporan polis palsu mengundang padah kepada seorang wanita yang mendakwa dirinya dirompak namun insiden sebenar adalah sebaliknya. Timbalan Ketua Polis Sibu Superintenden Martin Koo berkata, wanita berusia 34 tahun itu mendakwa dia dirompak dua lelaki tidak dikenali menaiki motosikal di tepi jalan berhampiran simpang lampu isyarat keluar dari Sibu Jaya malam kelmarin. “Wanita itu juga mendakwa dirinya mengalami cedera pada siku kanan dan kiri kerana terjatuh ketika mengejar suspek dan mengalami kerugian wang tunai RM5,100, namun ia adalah rekaan semata-mata,” katanya menerusi satu kenyataan semalam. Katanya, hasil soal siasat mendapati wanita tersebut telah mengaku membuat laporan palsu kerana takut dimarahi suaminya setelah mengeluarkan sebanyak RM5,100 duit gaji suaminya. Malah katanya, wanita itu sanggup mencederakan dirinya sendiri dengan menggosokkan kedua-dua sikunya pada besi pembahagi jalan sebagai tujuan untuk memperkukuhkan laporan

Pengekalan warisan Melayu Seberang Hilir elemen penting pembangunan Darul Hana

Image
KUCHING : Pengekalan warisan masyarakat Melayu kawasan Seberang Hilir akan menjadi elemen penting dalam pembangunan Darul Hana, kata Menteri Muda Elektrik Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Menurut beliau, walaupun mempunyai persekitaran serba moden, namun warisan lama masyarakat Melayu kawasan Seberang Hilir akan turut dikekalkan di Darul Hana. Sehubungan itu katanya, Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersetuju membina Muzium Warisan Melayu Darul Hana bagi menyimpan warisan lama. “Ia penting supaya generasi akan datang dapat mengimbau warisan lama sekali gus menjadi komponen penting dalam pembangunan Darul Hana,” katanya pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Parti Pesaka Bumiptera Bersatu (PBB) Kampung Panglima Seman Ulu di sini, baru-baru ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu berkata, ledakan zaman teknologi sekarang membuatkan masyarakat kurang terlibat dengan aktiviti keramaian terutama semasa per

49 kes ‘Love Scam’ dilaporkan berlaku di Sarawak

Image
KOTA SAMARAHAN : 49 kes ‘Love Scam’ dengan anggaran kerugian RM51 juta telah dilaporkan berlaku di Sarawak antara Januari dan Jun tahun ini, menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kontinjen Sarawak DSP Maria Rasid. Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa pelancaran Kempen ‘Staying Safe Online 2019’ di Pusat Sivik Kota Samarahan di sini, semalam. “Selain ‘Love Scam,’ 64 kes ‘Macau Scam’ dicatatkan di negeri ini dalam tempoh sama dengan anggaran kerugian kira-kira RM4 juta,” kata Maria. Sementara itu, Menteri Muda E-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais turut hadir untuk melancarkan kempen berkenaan. Semasa ucapannya, Menteri Muda Pembangunan Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana E-Dagang itu juga memaklumkan orang awam bahawa kesedaran terhadap jenayah siber harus dipertingkatkan terutama bagi kes penipuan dalam talian kerana terlalu ramai yang telah terjebak dalam penipuan tersebut. “Kesedaran yang lebih tinggi harus dipertingkatkan

Bekas arang dibakar, sekeping nota ditemui

Image
KUCHING : Seorang lelaki ditemui mati di sebuah rumah pangsa di Jalan Song di sini sekitar jam 2.30 petang semalam. Difahamkan, kejadian disedari pekerja rumah pangsa tersebut yang melakukan pembersihan rutin dan menemui mangsa dikenali sebagai Sim, 30-an, dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik mandi. Melihat keadaan mangsa sedemikian, mereka terus menghubungi pihak hospital untuk bantuan kecemasan. “Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas diperiksa oleh anggota paramedik,” kata sumber. Beberapa anggota dari balai polis berhampiran turut hadir di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. “Turut ditemui di lokasi kejadian ialah bekas aluminium yang mengandungi arang yang telah dibakar dan anggota polis turut menemui sekeping kertas yang tercatat nota dalam bahasa Cina dipercayai tulisan tangan mangsa,” kata sumber lagi. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.

Projek rakyat diteruskan

Image
KUCHING : Kerajaan negeri akan terus melaksanakan projek pembangunan yang telah ditarik balik oleh kerajaan persekutuan dengan menggunakan dananya sendiri. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pelaksanaan projek berkenaan amat penting memandangkan ia adalah janji kepada rakyat yang perlu ditunaikan meskipun kerajaan pusat telah bertukar. “Misalnya, projek pembinaan Tebingan Batu Kawa ini yang pada mulanya adalah projek kongsi antara kerajaan persekutuan dan negeri dengan pembiayaan 50-50, namun selepas pilihan raya umum lepas kerajaan persekutuan telah bertukar dan projek ini terjejas. “Saya dan rakan-rakan (kabinet) membuat keputusan bahawa projek yang ditarik balik kerajaan pusat, kerajaan negeri akan teruskan dengan menggunakan dana sendiri termasuk projek Tebingan Sungai Batu Kawa,” ujarnya. Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Rakyat: Tebingan Sungai Pekan Batu Kawa yang dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

Rekaan Kawasaki Ninja ZX-25R dapat inspirasi H2, mampu jana 50hp!

Image
Kawasaki Ninja ZX-25R dijangka akan membuat penampilan sulung di Tokyo Motor Show 2019, Oktober. Menurut laporan, jentera tersebut memiliki ‘rev range’ sehingga 20,000rpm. Dalam tempoh beberapa bulan ini, Kawasaki dilaporkan sedang menghasilkan jentera Ninja 250cc versi baharu. Namun, tidak seperti jentera 250cc lain yang berada dalam pasaran, jentera ini memfokuskan terhadap prestasi semata-mata. Jentera Ninja ZX-25R dijangka akan didatangkan dengan enjin inline empat silinder dalam usaha Kawasaki untuk menghasilkan enjin berkuasa tinggi meskipun dengan enjin bersaiz kecil. Ninja ZX-25R dijangka mampu mengatasi pencabar lain tatkala enjin tersebut didakwa mampu menghasilkan sekitar 60hp – 10hp lebih tinggi berbanding Ninja 400. Antara khabar angin lain adalah enjin ZX-25R mampu mencecah 20,000rpm! Jika ‘dakwaan’ ini berasas, pastinya Kawasaki perlu menggunakan bahan yang ringan dalam proses binaan kerangka enjin. Senario ini pastinya menyebabkan ZX-25R

Dana pembinaan masjid dan surau ditarik balik, kerajaan negeri selamatkan keadaan

Image
KUCHING: Dana daripada kerajaan persekutuan terdahulu yang telah diluluskan bagi projek pembinaan tujuh buah masjid dan surau di kawasan Parlimen Santubong telah ditarik balik selepas kerajaan persekutuan terbaru memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu. Menurut Utusan Borneo, Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan sumber kewangan untuk membina masjid dan surau telah 'hilang dan pupus' menyebabkan Parlimen tiada pilihan lain selain meminta campur tangan kerajaan negeri. "Masalah peruntukan dana tersebut telah berjaya diselesaikan dengan sokongan dan bantuan daripada kerajaan Negeri Sarawak," kata beliau. "Syukur kerana Kerajaan Sarawak menerusi Tabung Baitulmal Sarawak dan Majlis Islam Sarawak  (MIS) meluluskan peruntukan kewangan yang telah dipersetujui sebelum ini. "Justeru, saya jamin projek enam masjid dan surau ini akan dilaksanakan dengan segera dan tender akan dikeluarkan dalam tahun ini,&q

Lima tapak rumah mampu milik dikenal pasti - KM

Image
KUCHING : Kerajaan negeri telah mengenal pasti lima kawasan baru untuk dibangunkan sebagai penempatan rumah mampu milik. Menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, kawasan-kawasan tersebut ialah Bako-Buntal, Sungai Maong-Segedup, Gita Baru, Kampung Senari dan Lundu-Sematan. “Kita tahu perumahan satu masalah kerana tekanan migrasi. Rakan-rakan kita di luar bandar datang ke Kuching untuk mencari nafkah kerana pekerjaan yang sesuai dengan latihan ada di bandar.  “Maka kita bangunkanlah kawasan-kawasan ini untuk mereka. Arahan telah diberikan kepada Jabatan Tanah dan Survei untuk menyukat kawasan-kawasan ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Kuching 2019 di sebuah hotel di sini, Isnin malam. Menurut Abang Johari, kerajaan negeri juga akan menaik taraf jalan raya di kawasan-kawasan berkenaan bagi memudah dan menyingkatkan akses ke penempatan baru nanti. Katanya, kadar premium tana

UM Student Is First Asian Woman to Win International Architecture Award, Beating Thousands of Participants

Image
Another awesome Malaysian has done the country proud by nabbing a prestigious award! Siti Nurafaf Ismail has won the Royal Institute of British Architects (RIBA) Norman Foster Travelling Scholarship this year, making her the first Asian woman to be bestowed with that honour. This scholarship is now in its 13th year, having first started in 2006. The 21-year-old Siti Nurafaf, or known as Afaf to her friends, is an architecture student at the University of Malaya. The award means that Afaf gets a £7,000 (RM36,989) scholarship so she can go on a period of international research about the sustainable survival of cities and towns. She managed to beat thousands of other hopeful students thanks to her project known as the ‘Architecture of Humility’. Her winning project is based on the role of the architect within community architecture in natural disaster zones, for which she managed to travel to Lombok, Indonesia in January. This historic win of the 2019 RIBA Norman Foster Trave

Tun M tidak bincang peralihan kuasa dengan Anwar

Image
KUALA LUMPUR:  Tiada perbincangan peralihan kuasa dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim setakat ini. Demikian kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika diajukan mengenai pertemuannya dengan Ahli Parlimen Port Dickson itu di pejabatnya hari ini. Sebaliknya, Dr. Mahathir memaklumkan, pertemuannya dengan Anwar itu hanya membincangkan perkara yang biasa-biasa sahaja. “Kita hanya bercakap perkara biasa-biasa sahaja. Tidak ada apa-apa,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Maju Holdings di Golden Eagle Hall, Bandar Tasik Selatan di sini hari ini. Majlis itu turut dihadiri Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Kerja Raya, Baru Bian dan Pengerusi Eksekutif Maju Holdings, Tan Sri Abu Sahid Mohamed.  Anwar dalam akaun Facebook beliau petang ini memuat naik gambarnya bertemu dengan Dr. Mahathir. Beliau turut memuat naik catatan memaklumkan beberapa isu mutakhir di dalam dan luar negara disentuh secara ringkas oleh kedua-d

Peruntukan lebih besar untuk Belanjawan 2020

Image
KUCHING : Kerajaan Sarawak akan menyediakan peruntukan yang lebih besar untuk Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada hujung tahun ini. Berucap pada Majlis Sambutan Gawai Raya Yayasan Sarawak 2019 di Dewan Jamilah, Wisma Adenan Yayasan Sarawak di sini semalam, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata masih terlalu awal untuk beliau mendedahkan jumlahnya sekarang. “Jangan risau kita tidak akan bankrap kerana perbelanjaan kewangan kita sangat kukuh dan kuat. “Dan saya perlu mencari lebih banyak aliran pendapatan dan percayalah, saya ada beberapa cara untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan untuk Sarawak,” katanya. Pada majlis itu, Abang Johari yang juga pengerusi Yayasan Sarawak turut melancarkan Sistem Pengurusan Bantuan Komuniti Yayasan Sarawak (YSCAMS). YSCAMS yang dilancarkan semalam adalah sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Abang Johari kepada para anak Sarawak yang menuntut di luar Sarawak. “Dulu bantuan seperti ini tidak ad

Sekolah usang: Sarawak terima cadangan bayaran pendahuluan RM1 bilion

Image
KUCHING : Kerajaan Sarawak menerima cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung bayaran pendahuluan RM1 bilion kepada kerajaan persekutuan untuk membaiki sekolah usang di negeri ini. Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin berkata, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik telah membangkitkan perkara itu semasa mesyuarat mereka di Kuala Lumpur minggu lepas. Sebelum ini katanya, Maszlee dan ketua setiausaha KPM telah datang untuk bertemu dengan Ketua Menteri pada 24 April dengan cadangan baharu  selepas Kerajaan Sarawak tidak setuju dengan cadangan yang terdahulu. Selepas mesyuarat Maszlee dengan Ketua Menteri, beliau memberitahu bahawa Kementerian Kewangan  telah menulis kepada Kerajaan Sarawak bahawa RM1 bilion itu harus dibayar sebagai bayaran pendahuluan dan wang itu perlu dimasukkan ke dalam dana yang disatukan. Menurut Manyin, sebaik sahaja wang itu dimasukkan ke dalam dana yang disatukan bagi membolehkan ia digunaka

Mayat penyelam ditemui tersangkut di dasar laut

Image
MIRI : Penyelam berusia 41 tahun yang hilang ketika mengikuti aktiviti menyelam di laut, kira-kira 4.5 batu nautika di barat laut Miri petang kelmarin ditemui lemas dan masih tersangkut di dasar laut sekitar jam 10.50 pagi semalam. Pengarah Zon Maritim Miri Kapten Maritim Md Fauzi Othman ketika ditemui di jeti Marina Bay di sini semalam memberitahu, mayat Sim How Hua dijumpai tersangkut pada terumbu karang di dasar laut dan lokasi terakhir mangsa dilihat melakukan penyelaman. Mayat mangsa ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat tersebut. “Mayat mangsa ditemui tersangkut pada batu karang di dasar laut ketika ditemui empat penyelam bomba (PPDA),” katanya sambil menambah, mangsa melakukan aktiviti menyelam di kawasan terbabit bersama seorang rakan. “Sebelum kejadian mangsa melakukan selaman bersama rakannya namun rakannya naik (ke permukaan air) terlebih dahulu kerana hampir kehab

Kerajaan GPS tumpu tiga elemen penting dalam pengurusan ekonomi Sarawak

Image
KUCHING : Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi penekanan dan pertimbangan khusus kepada tiga elemen penting dalam pengurusan ekonomi Sarawak. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata tiga elemen penting itu ialah simpanan, pelaburan dan penggunaan. “Apabila mengurus ekonomi kamu mesti pertama memantau simpanan (kamu), kedua pelaburan yang dibuat mestilah strategik untuk mendapatkan pulangan jangka panjang dan ketiga ialah penggunaan. “Kerajaan saya, kerajaan GPS mengambil kira dan memberi fokus kepada tiga elemen ini dalam pengurusan ekonomi negeri Sarawak,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pejabat PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia yang ketujuh di Wisma STA dekat sini, semalam. Abang Johari berkata  Sarawak tidak akan membelanjakan wang khasnya bagi tujuan pembangunan tanpa mengetahui sumber pendapatannya dan pada masa sama melindungi simpanannya. “Pemimpin Sara

Firma antarabangsa meyakini pengurusan ekonomi Sarawak

Image
KUCHING : Pembukaan pejabat PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia yang ketujuh di sini menunjukkan firma antarabangsa itu yakin dengan pengurusan ekonomi Sarawak. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata sebagai sebuah firma perakaunan profesional dan diperakui dunia, PwC tahu Sarawak mengurus perbelanjaannya dengan baik. “PwC membuka pejabat di sini di Sarawak dan Kuching khasnya menunjukkan keyakinan mereka terhadap keadaan dan pengurusan ekonomi Sarawak. “Sebagai firma perakaunan profesional PwC  tahu kita mempunyai perbelanjaan yang diurus dengan baik,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian Pejabat PwC Malaysia di sini semalam. Hadir sama pada majlis itu Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing, Pengerusi Eksekutif PwC Malaysia Datuk Mohammad Faiz Azmi dan Rakan Pengurusan PwC Malaysia Sridharan (Sri) Nair. Pembukaan pejabat baharu PwC itu yang terletak di Tingkat 2, Bangunan STA di sini merupakan caw

Jangan biar orang luar kaut hasil negeri Sarawak: Talib

Image
BINTULU:  Penduduk di Bintulu dan kawasan persekitarannya perlu mempertahankan bahagian ini termasuk Sarawak di bawah pentadbiran kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedia ada dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang supaya negeri ini tidak jatuh ke tangan pihak luar yang mempunyai niat untuk mengaut hasil mahsul dan sumber yang banyak di sini terutama minyak dan gasnya. Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip berkata, bukan senang untuk sumber minyak dan gas diperolehi di sini yang bukan boleh ditanam tetapi sumber itu wujud berjuta-juta tahun. Begitupun katanya, ada orang luar yang datang ke sini tiada niat baik melainkan untuk mengaut hasil minyak dan gas Bintulu kerana mereka tahu minyak dan gas banyak di sini. “Jangan dibiarkan orang luar yang ingin mengambil gas dan tanah kita,” ujarnya berucap pada Majlis Sambutan Perayaan Gawai Dayak dan Ramah-Tamah Aidilfitri serta p

Tidak sentuh rizab

Image
BINTULU:  Dana yang diberi balik kepada rakyat melalui pelaksanaan projek-projek adalah pendapatan lain yang diperolehi Kerajaan Sarawak tanpa menggunakan rizab negeri sedia ada. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau berani memperkatakannya kerana Kerajaan Sarawak mempunyai cara dan dana yang kembali semula kepada rakyat, sebaliknya ada pihak yang memang kadang-kadang cemburu mengatakan Sarawak hendak bankrap dengan melihat cara kerajaan berbelanja. "Memang benar bajet kita di Sarawak RM11 bilion satu tahun, katakanlah RM11 bilion untuk tiga tahun jadi dia (Menteri Kewangan Lim Guan Eng) cakap RM30 bilion. “Rizab kita ada RM30 bilion, kalau dah belanja jadi kosong tetapi dia lupa RM30 bilion rizab adalah hasil daripada pengurusan ekonomi yang baik oleh Sarawak. "Sebab itu kita ada rizab, kita berhemah dan apabila saya beri bajet RM11 bilion saya ambil kira pendapatan kita dan rizab itu tidak dipakai kerana kita ada pendapatan

Bukti PH tidak berminat majukan Sarawak

Image
SIBU : Adun Jemoreng menganggap kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa Sarawak akan bankrap di bawah pemerintahan GPS membuktikan PH tidak berminat terhadap pembangunan negeri ini. Katanya ketika dihubungi hari ini, Guan Eng harus fokus terhadap tugasnya sendiri sebagai seorang Menteri Persekutuan, bukan sibuk hal kewangan negeri Sarawak. “Sarawak tahu apa yang terbaik untuk negeri ini dan kami tahu bagaimana cara mengurus negeri kami,” katanya. Kelmarin, Guan Eng mendakwa Sarawak akan muflis dalam tempoh tiga tahun jika negeri ini masih ditadbir GPS. Dakwa Guan Eng, rizab negeri sebanyak RM31 bilion akan digunakan dalam tempoh tiga tahun jika GPS terus menaikkan bajet tahunan RM11 bilion. Malah menteri itu menggesa rakyat Sarawak harus mengundi PH dalam PRN akan datang. Tambah Dr Juanda, PH sepatutnya membantu Sarawak melaksanakan lebih banyak aktiviti pembangunan tetapi gagal berbuat demikian terutama pedalaman Sarawak. Dr Juanda juga menegaskan k

Kenyataan Media Dato’ Sri Fadillah Yusof, Ketua Whip GPS,

Image
1. Dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, bahawa Sarawak akan bankrap dalam tempoh 3 tahun jika terus dibawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan sahaja tidak berasas sama sekali, malah membuktikan betapa Pakatan Harapan khususnya DAP sudah terdesak untuk terus menipu rakyat Sarawak. 2. DAP sanggup melakukan apa sahaja termasuk menuduh Sarawak akan bankrap dalam tempoh tiga tahun lagi, kononnya atas kiraan Matematik mudah beliau dengan perbelanjaan tahunan sebanyak RM11 bilion, rizab RM30 bilion Sarawak akan kering dalam masa 3 tahun. 3. Adakah Menteri Kewangan sesebuah negara tak faham bahawa jika ada perbelanjaan negeri, kita juga ada hasil untuk menanggung perbelanjaan itu? 4. Bajet 2019 Sarawak adalah satu bajet SURPLUS atau bajet LEBIHAN sebanyak RM122 juta. 5. Dalam maksud lain, hasil yang diperolehi oleh kerajaan Sarawak untuk tahun 2019 adalah RM122 juta lebih tinggi dari perbelanjaan yang dicadangkan dalam bajet. 6. Ini juga bermaksud., riz