Posts

Showing posts from December, 2018

Penjenayah Letup Pintu Kedai Emas

Image
KOTA KINABALU: Satu letupan berlaku di sebuah kedai emas di Segama, di sini, awal pagi tadi, dipercayai cubaan pecah masuk ke premis itu. Bagaimanapun, tiada barang kemas dilaporkan hilang dalam kejadian 2.30 pagi tadi itu kerana penjenayah dipercayai tidak sempat memasuki premis berkenaan selepas pintunya diletupkan. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 2.45 pagi mengatakan berlaku letupan kuat di premis berkenaan. “Sebaik tiba, kita dapati tempat yang diletupkan adalah sebuah kedai emas yang terletak di tingkat bawah. “Kita telah panggil Unit Pemusnah Bom untuk membuat pemeriksaan dan hasil siasatan awal mendapati kesan letupan di tepi pintu jeriji yang menyebabkan ia musnah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Habibi berkata, setakat ini belum dapat dipastikan jenis bahan letupan yang digunakan. Kita tidak pasti berapa bahan letupan digunakan tetapi yang pas

DBKU Sedia Kawasan Khas Merokok Di 3 Lokasi Di Tebingan Kuching

Image
KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menetapkan kawasan merokok di tiga lokasi khas zon merokok di sekitar Tebingan Kuching.  Tiga lokasi khas ini masing-masing di kawasan letak kereta Masjid Terapung, kawasan letak kereta bersebelahan Pejabat Pengurusan Tebingan Kuching dan kawasan letak kereta Hornbill Fountain.  Simbolik perasmian kawasan khas merokok tersebut telah dilakukan oleh Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai di Tebingan Kuching hari ini.  Dalam ucapan ringkasnya, Abang Abdul Wahap berkata inisiatif itu adalah susulan kepada langkah DBKU menguatkuasa Zon Bebas Asap Rokok di premis makanan dalam kawasan DBKU pada 1 Januari 2017.  Selain itu, insiatif ini juga adalah salah satu strategi untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang bahaya asap rokok serta sekali gus mengurangkan peratusan perokok di negara.  “Puntung rokok walaupun saiznya kecil tetapi ia akan kelihatan kotor jika dibuang secara merata-rata oleh

Kerajaan Negeri Bayar Gaji Ketua Masyarakat Sarawak:Uggah

Image
KUCHING: Elaun bulanan Ketua Masyarakat yang terdiri daripada Temenggong, Pemanca dan Penghulu adalah dibayar sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Justeru, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah berkata tuntutan bahawa kerajaan persekutuan membayar 70 peratus daripada elaun Ketua Masyarakat di Sarawak adalah tidak benar. "Kami mahu membetulkan laporan media sosial mengenai kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian atas tuntutan tersebut. "Kenyataannya tidak benar kerana sebenarnya elaun Ketua Masyarakat adalah dibayar sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri," katanya. "Kita perlu membuat penjelasan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan berikutan kenyataan Baru," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Uggah berkata kini terdapat sejumlah 589 Ketua Masyarakat di seluruh negeri. Mengenai Ketua Kaum yang terdiri daripada Tuai Rumah, Ketua Kampung dan Kapitan Cina, Uggah berkata apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengamb

Hibah TH, Dividen KWSP Dijangka Lebih Rendah

Image
KUALA LUMPUR: Pengagihan hibah tahunan Lembaga Tabung Haji (TH) dan pendapatan dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka lebih rendah tahun ini, berbanding 2017. Penganalisis pasaran yang juga wakil Khidmat Pasaran Modal Berlesen Maybank Investment Bank, Jeffry Azizi Jaafar, berkata trend penurunan akan berlaku dalam pengagihan hibah TH dan dividen KWSP berikutan dipengaruhi faktor global dan sentimen tempatan. Katanya, pemberian hibah tahunan TH dijangkakan berada dalam jajaran empat peratus dan hibah haji 1.5 peratus, manakala bagi KWSP jangkaan dividen simpanan konvensional sekitar lima peratus dan Simpanan Shariah 4.5 peratus. “Beberapa faktor mempengaruhi penurunan dividen itu termasuk perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang menjadikan pasaran ekuiti global dan tempatan merudum; perubahan dasar ekonomi utama; penurunan harga minyak mentah yang mana menyebabkan kedua-dua institusi lebih berhati-hati untuk menyimpan tunai bagi pelaburan akan

Pengundi Marah, Chong Hanya Mampu Tabur Janji Palsu

Image
BIARPUN sudah tujuh bulan sudah Pakatan Harapan (PH) memegang tampuk pemerintahan negara namun tiada pun satu janji mereka telah mereka kotakan. Mungkin PH tidak diberkatiNya kerana telah memenangi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu menerusi pembohongan dan pemalsuan.  Rakyat, khususnya di Sarawak telah mulai sedar akan permainan PH dan contoh mudahnya adalah nasib yang menimpa Pengerusi DAP Negeri, Chong Chieng Jen, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) sendiri. Chong, yang dahulunya paling lantang menebar pelbagai tuduhan ke atas Barisan Nasional (BN) Sarawak [kini Gabungan Parti Sarawak (GPS)] sebaliknya kini menjadi sasaran kecaman, cacian serta maki hamun dari netizen hampir setiap hari. Beliau, sejak kebelakangan ini kerap mengadakan sidang media bagi menarik perhatian masyarakat, mungkin untuk menunjukkan dirinya masih relevan. Chong juga dilihat lebih banyak mengganggu skop tugas kementerian yang lain

Gunung Agung Kembali Meletus Selepas Beberapa Bulan 'Bertenang'

Image
JAKARTA: Gunung Agung di Bali yang ‘tenang’ beberapa bulan ini, kembali meletus hari ini. Letusan hari ini itu berlaku kira-kira tiga minit dan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) kini meletakkan status tiga atau siaga, berikutan letusan terbaru itu. Menurut PVMBG, gunung berapi yang terletak di Karangasem, Bali kembali meletus jam 4.09 pagi waktu Indonesia Timur. Orang ramai atau pelancong diarahkan tidak melakukan pendakian ke gunung itu dan diarahkan tidak melakukan sebarang aktiviti di lingkungan radius 4 kilometer dari kawah gunung berkenaan. Sementara itu media Indonesia melaporkan Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai di Bali masih beroperasi seperti biasa setakat ini. Gunung berapi aktif di Bali itu kembali meletus pada Jun lalu dan aktif meletus sehingga Julai sebelum kembali ‘tenang’ selepas itu. Letusan pada Julai lalu turut menyebabkan ribuan pelancong terkandas di pulau peranginan terkemuka itu apabila lapa

Gempa Bumi 5.7 Skala Richter Gegar Bengkulu, Indonesia

Image
JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 5.7 pada Skala Richter menggegarkan provinsi Bengkulu di Pulau Sumatera hari ini. Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), gempa yang berlaku 3.39 petang waktu Indonesia Barat itu berpusat di 42 kilometer Timur Laut Lebong, Provinsi Bengkulu. Gegaran gempa itu dirasakan di Kota Bengkulu, Kepahiang, Bengkulu Tengah, Manna, Mukomuko, Lebong, Pesisir Selatan, Kepulauan Mentawai, Pariaman dan Padang. Menurut media Indonesia, penduduk dilaporkan bertempiaran keluar dari bangunan dan kediaman mereka. Bagaimanapun, BMKG melaporkan gempa itu tidak mencetuskan tsunami. Setakat ini belum terdapat sebarang laporan kemusnahan harta benda atau kemalangan jiwa. – BERNAMA

Najib: Saya Gembira Kita Tidak Tunduk Kepada Tekanan Besar Pakatan Harapan

Image
Ladang Solar terbesar di Malaysia yang dimilik TNB sudah beroperasi di Kuala Langat, Selangor hampir dua bulan dahulu tetapi berita ini tidak akan dihebohkan oleh Kerajaan PH. Cerita ini yang saya pernah tulis beberapa bulan dahulu ada kaitan dengan Lynas. Baca seterusnya: Terdapat perkembangan di seluruh dunia di mana ‘ladang’ solar kini dibina di empangan air bagi menjana elektrik. Ia mengurangkan kegunaan tanah fizikal, kawasan empangan air itu sendiri sudah mempunyai sistem keselamatan dan dipantau, sistem penyejukan semulajadi dari empangan itu sendiri dapat meningkatkan keberkesanan penjana elektrik solar dan mengurangkan penyejatan hingga 80 peratus. Beberapa tahun dahulu, TNB telah memulakan projek rintis secara kecilan di loji rawatan air Sungai Labu di Sepang, Selangor dan saya berpendapat kerajaan perlu melihat teknologi ini dalam skala lebih besar. Malaysia ada banyak empangan, tasik dan kawasan takungan air yang boleh digunakan. Sebenarnya, Malaysi

Sarawak Ambil Langkah Hadapi Kemungkinan Impak 'Superthypoon'

Image
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sedang mencari cara terbaik bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku kesan luar biasa taufan kuat melanda Filipina. Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi JBPN Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika dihubungi hari ini. Kesan luar biasa dan tidak dapat diramalkan daripada taufan kuat yang melanda Filipina dijangka akan dialami di kawasan pantai Sabah dan Sarawak. "Ya. Kami sedang berbincang mengenai cara untuk bertindak terhadap impak yang mungkin berlaku," ujarnya ringkas. Beliau berkata memandangkan impak dan kesan daripada taufan "super" dijangka luar biasa, orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan sentiasa berjaga-jaga. 'Superthypoon' kadang-kadang dipanggil 'hujan tropika'  (tropical depression). Difahamkan dalam data sejarah taufan tropika seperti ini datang begitu dekat. Ia sekarang berada di perairan terbuka dan b

Angin Kencang & Hujan Berterusan Diramal 5 Hari Di Sarawak

Image
KUCHING: Perubahan corak tiupan angin di Sarawak sepanjang lima hari akan datang (sehingga 5 Januari depan) dijangka  banyak dipengaruhi oleh pergerakan Lekukan Tropika  di perairan Laut China Selatan yang dijangka bergerak ke arah barat-barat laut, menurut kenyataan Pejabat Meteorologi Sarawak. Menurut kenyataan itu hari ini, kelajuan angin barat-barat laut yang memasuki darat Sarawak mencecah sehingga  30 knot, diramalkan boleh membawa angin kencang serta hujan di kawasan sepanjang persisiran pantai. Selepas tempoh lima hari tersebut, dijangka akan terdapat luruan angin Timuran menyebabkan keadaan cuaca yang lembap, khususnya di kawasan utara dan pedalaman Sarawak pada sebelah petang hingga malam manakala kawasan tengah dan barat Sarawak pada sebelah pagi, katanya. Sementara itu, kenyataan itu menyatakan pada sebelah petang hari ini akan berlaku ribut petir di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah. Ia turut berka

Tiada Lagi Stesen Minyak 24 Jam

Image
SHAH ALAM: Pengusaha stesen minyak akan memendekkan tempoh operasi kepada hanya 18 jam berbanding 24 jam ketika ini, berikutan penetapan harga jualan runcit petroleum secara mingguan yang ditetapkan kerajaan bermula Isnin ini. Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, langkah itu terpaksa diambil kerana mereka tidak sanggup untuk menanggung kerugian besar ekoran dasar baharu tersebut. Dakwanya, para pengusaha stesen minyak akan berdepan peningkatan kos operasi berganda bermula 1 Januari ini, kerana mereka terpaksa membeli stok minyak pada harga lebih tinggi tetapi perlu menjual pada harga lebih rendah. "Paling utama kejatuhan 30 sen itu yang akan mengakibatkan kerugian sebanyak RM42 juta sehari kepada industri. Pada 2014, kami kerugian RM62 juta sehari tetapi tiada siapa yang menggantikannya. "Sekalipun jika dalam tempoh penetapan secara mingguan itu ada berlaku kenaikan harga minyak, ju

SEDIH: Najib Tetap Pertahan Melayu Bukan Malas

Image
KERAJAAN TIDAK FAHAM KEPERLUAN RAKYAT B40 Penoreh getah kita keluar sebelum matahari terbit lagi. Petani dan pekebun kecil sawit kita di ladang dari subuh hingga ke senja. Nelayan kita mulakan hari sejak awal pagi lagi bawa pulang hasil laut. Jiran-jiran kita yang bekerja di pejabat hantar anak ke sekolah dan kemudiannya masuk kerja sampai malam baru pulang. Ada yang kerja sebagai kerani, sebagai penghantar dokumen, ada yang bekerja eksekutif. Ramai bekerja 6-7 hari seminggu, ada yang buat kerja sampingan. Setiap kali ada Jobs Fair, saya lihat kebanyakannya anak muda yang mahu dapatkan kerja. Saya tahu sebab masa zaman BN, kita buat banyak Jobs Fair, kita wujudkan program Skim Latihan 1Malaysia bantu anak muda dapat pekerjaan baik. Saya juga tahu ada yang ketika menunggu keputusan interview, mereka akan membuat kerja sampingan seperti jualan online, jadi pemandu e-hailing sementara. Bukalah Facebook dan Instagram. Ramai anak muda juga sedang

PDP Taruh Nelson Cabar Baru Di Ba'kelalan PRN12

Image
KUCHING: Parti Demokratik Progresif (PDP) bakal mempertaruhkan Datuk Nelson Balang Ringin bagi mencabar Baru Bian di kerusi N.81 Ba'kelalan pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) nanti.  Nelson yang merupakan Setiausaha Agung PDP pernah menyandang kerusi tersebut selepas memenangi pada Pilihan Raya Kecil 2004 dan Pilihan Raya Negeri 2006.  Manakala Baru yang merupakan penyandang dua penggal kerusi tersebut sejak PRN2011 merupakan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan juga Menteri Kerja Raya.  Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing percaya Nelson merupakan calon terbaik bagi menawan kembali kerusi tradisi PDP tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).   “Nelson merupakan calon terbaik dan saya setuju beliau mewakili parti di kerusi Ba'kelalan pada PRN12 yang dijangka berlangsung pada tahun 2021.  “Untuk menang beliau (Nelson) mesti mula bekerja dan  turun padang berjumpa dengan rakyat di kawasan mu

Perwakilan Usul Tun Mahathir Kekal Perdana Menteri Sepenggal

Image
PUTRAJAYA: Satu usul bagi meminta supaya Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 dijangka akan dibawa ke Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), hari ini. Usul itu dijangka akan dibahaskan seorang daripada jurucakap pada sesi perbahasan Ucapan Dasar Pengerusi BERSATU, yang dijadual bermula jam 9 pagi hingga 3 petang. Malam ini, Dr Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU akan menyampaikan Ucapan Dasar Pengerusi, di hadapan kira-kira 1,550 perwakilan, termasuk dari sayap pemuda dan srikandi. “Ya. Insya-Allah akan dibentangkan salah seorang jurucakap esok,” kata salah seorang pemimpin BERSATU yang dihubungi BH, hari ini. – BH

Terjunam Di Bukit Begunan

Image
KUCHING: Seorang pemuda maut manakala dua lagi cedera parah selepas lori kargo yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung di Kilometer 44 Jalan Sri Aman-Serian di kawasan Bukit Begunan, Sri Aman tengah malam kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Firdaus Jamuri, 27, berasal dari Taman Puchong Intan, Selangor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik dari Hospital Sri Aman. Dedahnya, dua mangsa yang cedera parah masing-masing pemandu lori terbabit, 33, dan seorang lagi kelindan berusia 25 tahun. “Pada 29 Disember sekitar jam 12.45 tengah malam, sebuah lori kargo yang sedang menuruni Bukit Begunan menuju ke Sri Aman tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan jatuh ke dalam gaung. “Akibat kemalangan tersebut, seorang kelindan lori maut di tempat kejadian yang disahkan paramedik Hospital Sri Aman, ma

Dua Pertiga Tinggi Anak Krakatau Musnah

Image
PANDEGLANG: Gunung berapi pencetus tsunami di Indonesia yang mengorbankan lebih 400 orang, minggu lalu, hilang dua per tiga ketinggiannya, susulan letusan yang menyebabkan ombak pembunuh. Sebahagian kawah Anak Krakatau runtuh, selepas letusan dan jatuh ke dalam laut sehingga menjana gelombang tsunami, malam Sabtu minggu lalu. Analisis visual oleh agensi gunung berapi Indonesia mendapati gunung berapi itu hilang lebih dua pertiga ketinggiannya, menurut seorang pegawai, semalam. Sebelum ini, ketinggian Anak Krakatau adalah 338 meter, namun kini tingginya susut kepada hanya 110 meter sahaja. Agensi itu menjangkakan gunung berapi itu kehilangan antara 150 hingga 180 juta meter padu. “Anak Krakatau kini lebih pendek, biasanya kamu boleh nampak puncaknya dari pos pemerhati, kini tidak lagi,” kata pegawai kanan agensi itu, Wawan Irawan. - AFP

Hatrik Firmino Benam Gunners

Image
LIVERPOOL, England: Liverpool bangkit daripada ketinggalan di Anfield untuk melonjak sembilan mata di puncak Liga Perdana Inggeris ketika hatrik Roberto Firmino mencetus inspirasi kemenangan besar 5-1 ke atas Arsenal, awal pagi tadi. Mohamed Salah dan Sadio Mane turut meledak gol ketika tiga penyerang Liverpool semuanya menjaringkan gol dalam perlawanan sama buat kali pertama musim ini. Liverpool ketinggalan di laman sendiri dalam liga buat kali pertama dalam tempoh hampir setahun apabila Ainsley Maitland-Niles menampan masuk hantaran silang Alex Iwobi selepas 11 minit. Bagaimanapun, pendahuluan itu hanya bertahan tiga minit apabila Firmino menghukum kesilapan benteng Arsenal untuk menyamakan kedudukan sebelum melepasi kawalan Shkodran Mustafi dan Sokratis Papastathopoulos bagi gol keduanya tiga minit kemudian. Gol Mane dan penalti Salah sudah memastikan kemenangan buat Liverpool ketika rehat dan Firmino melengkapkan hatriknya menerusi penalti ketika anak buah Juer

Petugas Kesihatan AS Dikuarantin, Terdedah Ebola

Image
LINCOLN: Seorang petugas kesihatan Amerika Syarikat (AS) yang mungkin terdedah kepada virus Ebola ketika merawat pesakit di Republik Demokratik Rakyat Congo tiba di AS semalam dan dikuarantin di Nebraska. Petugas yang belum menunjukkan sebarang gejala Ebola setakat ini itu akan dipantau selama dua minggu di Pusat Perubatan Universiti Nebraska (UNMC) di Omaha, kata pusat berkenaan dalam satu kenyataan. Identiti pesakit juga tidak didedahkan atas alasan peribadi. Gejala seperti demam dan sakit di bahagian perut mungkin akan muncul dalam masa tiga minggu selepas terdedah dengan virus maut itu, kata Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit. Sekiranya gejala mula menular, petugas berkenaan akan dipindahkan ke Unit Pembendunganbio Nebraska, salah satu unit khusus untuk merawat penyakit berjangkit di AS. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak Ebola di Congo adalah yang kedua terburuk pernah berlaku dan mengorbankan 356 orang daripada 585 yang dijangkiti sejak

Jalan Ditutup Sempena Sambutan 'New Year Countdown' 2019

Image
KUCHING: Beberapa jalan akan ditutup sementara sempena majlis sambutan 'New Year Countdown' 2019 pada 31 Disember ini. Majlis yang akan bermula pukul 5 petang itu dijangka berlanjutan sehingga pukul 3 pagi bertempat di Tebingan Kuching dan akan dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Sehubungan itu Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan melaksanakan penutupan dan lencongan jalan di sekitar venue sambutan. Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, ACP Ng Ah Lek menerusi kenyataan media hari ini berkata penutupan dan lencongan jalan akan bermula pada pukul 6 petang sehingga majlis selesai dan jalan yang terlibat adalah Jalan Main Baazar menghala ke Jalan Tun Abang Haji Openg dan Jalan Gambier menghala ke Jalan Tun Abang Haji Openg/Main Bazaar. Bagaimanapun katanya, keperluan penutupan dan lencongan jalan itu bergantung kepada keadaan semasa yang difikirkan sesuai berdasarkan penilaian alir

Lantikan Jawatan Utama PKR Tidak Cerminkan Prinsip Perwakilan Adil & Saksama - Azmin

Image
SHAH ALAM: Pelantikan jawatan utama kepemimpinan PKR yang diumumkan presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, dilihat sebagai tidak mencerminkan prinsip perwakilan yang adil dan saksama (fair and just representation) terhadap aspirasi ahlinya. Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam satu kenyataan pagi ini, berkata lantikan itu juga tidak akan membantu parti untuk bergerak ke hadapan. Justeru, pemimpin nombor dua parti itu menggesa Anwar untuk meneliti semula perlantikan jawatan utama kepemimpinan PKR. Azmin berkata, pelantikan yang dibuat selepas pemilihan parti yang sengit perlu mengambil kira pandangan akar umbi dalam semangat musyawarah dan saling hormat-menghormati demi mengembalikan perjuangan parti ke landasan yang sebenar. “Beberapa individu yang dinamakan juga terbabit secara langsung dalam proses pemilihan yang tidak telus dan menyebabkan punca perpecahan dalam parti. “Jawatan Setiausaha Agung adalah jawatan penting yang harus

TOL: Najib Mengaku Salah Jadikan Rakyat Sebagai Kroni Kerajaan

Image
Ada yang tanya mengapa konsesi tol lebuhraya Utara Selatan PLUS telah dipanjangkan ke tahun 2038 berbanding tahun penamatan 2018 seperti di dalam perjanjian konsesi asal tahun 1987 pada masa PM ke-4. Pada tahun 1999 di bawah PM ke-4 juga, konsesi PLUS dirunding untuk kali pertama dan tempoh konsesi ini dipanjangkan 12 tahun dari tahun 2018 kepada tahun 2030. Perjanjian tambahan tahun 1999 ini juga membenarkan PLUS untuk menaikkan tol dengan kadar kenaikkan 10% setiap 3 tahun. Kali terakhir tol lebuhraya PLUS dinaikkan ialah pada tahun 2005. Selepas itu, tol lebuhraya PLUS tidak pernah naik sehingga hari ini. Khazanah dan KWSP membeli PLUS dengan sepenuhnya pada tahun 2011 semasa saya Perdana Menteri. Pada masa itu, jumlah hutang pampasan yang perlu dibayar oleh kerajaan kepada PLUS kerana tidak membenarkan kenaikkan kadar tol sejak tahun 2005 ialah sebanyak RM6.5 bilion, seperti ditakluk dalam perjanjian tambahan tahun 1999. Oleh itu, perjanjian konsesi dir

Rebat Elektrik RM40 Perlukan Kajian Menyeluruh

Image
KUCHING: Kajian menyeluruh perlu dijalankan oleh kementerian-kementerian persekutuan berkaitan untuk menangani kesan pelaksanaan rebat elektrik RM40 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan. Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, dasar baharu terbabit yang akan menggantikan rebat penggunaan sedia ada sebanyak RM20, mungkin akan memberi kesan kepada pengguna daripada kumpulan berpendapatan rendah. “Mereka yang layak mempunyai pendapatan isi rumah bulanan RM950 dan ke bawah dan berdaftar di bawah program e-Kasih persekutuan. “Ini akan memberi kesan kepada kumpulan pengguna berpendapatan rendah yang terus memerlukan bantuan tetapi mungkin tidak berdaftar di bawah e-Kasih. “Oleh itu, kajian menyeluruh harus dilakukan kementerian-kementerian persekutuan berkaitan untuk menangani jurang ini kerana ia memberi kesan kepada seluruh negara tidak hanya di Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar semalam. Dr Rundi berkata demikian sebagai men

3 Lelaki Berkeliaran Dicekup Bersama Bateri Curi

Image
MIRI: Aksi mencurigakan tiga lelaki yang berkeliaran di sebuah taman perumahan di Pujut di sini pagi kelmarin terbongkar apabila ketiga-tiganya dikesan mencuri dan membawa lari bateri kereta milik penghuni sebuah rumah. Kegiatan suspek terbabit berjaya dihalang sepasukan Unit Rondaan Jawatankuasa Penduduk (JKP) Pujut setelah menerima maklumat daripada penduduk setempat pada jam 11.30 pagi. Menurut kenyataan JKP Miri, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk terbabit setelah melihat kehadiran tiga lelaki yang masuk ke dalam kawasan sebuah rumah. “Aksi ketiga-tiga suspek yang masuk ke dalam kawasan sebuah rumah dan mencuri bateri itu sempat disaksikan jiran. “Unit Rondaan JKP bergegas ke lokasi untuk mencari dan menjumpai suspek di Pujut 9 bersama bateri dan tong sampah beroda yang digunakan untuk mengangkut bateri tersebut,” kata kenyataan itu. Ketiga-tiga suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - UB

'Tuhan Beri Saya Peluang Bertaubat'

Image
KUALA LUMPUR: Vokalis Wings, Datuk Awie yang menderita sakit misteri menyifatkan ia sebagai ujian yang mendekatkan lagi dirinya kepada Allah SWT. Awie atau nama penuhnya, Ahmad Azhar Othman, 55, juga terharu apabila ramai yang tampil membantu untuk melihatnya kembali sembuh. Lebih membuatnya tersentuh apabila penduduk di kawasan kejiranannya turut menganjurkan solat hajat untuk mendoakan kesejahteraannya, baru-baru ini. “Sebelum jatuh sakit, saya mula berjinak-jinak menyertai aktiviti keagamaan di surau berdekatan kawasan kediaman. “Alhamdulillah, geng baharu ini banyak membantu ketika saya dalam kesusahan. Mereka langsung tidak berkira, malah turut membantu mencari pakar dalam ilmu perubatan alternatif untuk merawat saya," katanya kepada BH Online. Sebelum ini, Awie terlantar hampir seminggu di sebuah pusat perubatan di ibu negara selepas mengalami kesukaran bernafas. Penyanyi itu turut mengadu sakit perut, selain bahagian belakangnya pula terasa dicu

Get The School Specs From JKR, Didn’t You Know? – Dr Annuar

Image
SIBU: Deputy Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs Chong Chieng Jen has been told to obtain the specifications of the two schools from Public Works Department (JKR) – the implementing agency. Assistant Minister of Education and Technological Research Dr Annuar Rapaee pointed out that Sarawak’s Ministry of Education, Science and Technological Research (MESTR) is merely the client agency of this project. In this regard, all the project specifications including costing were done by JKR, he added. During the press conference in Kuching yesterday (Dec 27), Chong has challenged Dr Annuar to disclose the specifications of the two schools – SK Ulu Segan in Bintulu and SK Maludam in Betong, which the Sarawak government had set aside over RM40 million each to relocate and rebuild. Dr Annuar opined that there was no need for Chong to challenge him to reveal the information because as a federal deputy minister, Chong had access to JKR and could make a request for the

2018 saksikan GPS perintah Sarawak, dasar berpaksikan rakyat

Image
KUCHING: Seperti di kebanyakan negeri, 2018 berupakan ‘tempoh peralihan’ di Sarawak selepas Pilihan Raya ke-14 (PRU14) pada 9 Mei. Kekalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan juga menyaksikan parti komponen BN negeri yang memerintah keluar parti untuk membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan berjanji untuk melaksanakan dasar yang berpaksikan rakyat Sarawak. Pendaftaran GPS yang terdiri daripada empat parti politik Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB); Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP); Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 19 Nov. Walaupun dianggap sebagai mesra Pakatan Harapan (PH), namun GPS yang memerintah kerajaan negeri sering bertelagah dengan pihak persekutuan dari segi dasar pembangunan dan mahu kuasa autonomi sepenuhnya dalam penyampaian dan pelaksanaan projek serta dasar. Disebabkan perbezaan ideologi politik, terda

Pembatalan Jambatan Jalan Pesisir Amat Dikesali

Image
SIBU: Jalan pesisir amat penting bagi rakyat Sarawak terutama yang tinggal di pesisir pantai dalam membantu memudahkan mereka bergerak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, beliau kesal apabila kerajaan pusat membatalkan tiga projek jambatan yang menjadi penghubung kepada jalan pesisir pantai di negeri ini. “Ini menunjukkan kerajaan pusat tidak prihatin kepada keperluan rakyat negeri ini, di mana jalan pesisir ini amat perlu bagi penduduk yang tinggal di kawasan pesisir,” ujarnya. Ding berkata demikian ketika berucap merasmikan Projek Menaik Taraf Prasarana Tempat Parkir di Rumah Suring Sana, Sungai Tulai semalam. Namun menurut Ding, kerajaan negeri telah memberi jaminan akan meneruskan serta membiayai ketiga-tiga projek pembinaan jambatan tersebut iaitu Jambatan Rambungan, Batang Lupar dan Batang Igan. Sehubungan itu, beliau menyeru penduduk agar terus menyokong Kerajaan Sarawak terutama parti-parti komponen dalam Gabungan