COVID-19: Hanya Kira-Kira 1,000 Dibenarkan Tunai Haji Tahun Iini
RIYADH : Arab Saudi akan membenarkan hanya kira-kira 1,000 jemaah sedia ada di negara ini untuk menunaikan haji tahun ini, dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19. Keputusan untuk tidak menerima kemasukan jemaah haji dari luar Arab Saudi itu adalah kali pertama dalam sejarah moden negara ini. Bilangan itu jelas merudum berbanding 2.5 juta jemaah yang menunaikan ibadat haji pada tahun lalu. Namun setakat ini, proses pemilihan jemaah untuk musim haji kali ini masih belum jelas. "Ia akan membabitkan kira-kira 1,000 jemaah, mungkin kurang, mungkin lebih sedikit. "Bilangannya tidak akan menjadi puluhan atau ratusan ribu jemaah tahun ini," kata Menteri Haji, Mohammad Benten, kepada pemberita di sini. Sementara itu Menteri Kesihatan, Tawfiq al-Rabiah, memaklumkan bahawa haji tahun ini akan hanya terhad kepada jemaah berumur bawah 65 tahun dan tiada menghidap sebarang penyakit kronik. Katanya, jemaah terbabit akan melalui ujian saringan COVI...