Thursday, 23 June 2016


PENIPU BERSIRI TERLAJAK LARIS

Episod 1: Lamaran


Untuk Abu dikenali sebagai jurugambar di Bandaraya Kuching amat mudah dikenali kerana komuniti jurugambar Melayu yang agak kecil. Cara termudah ialah dengan mengambil tugasan berbayar mengambil gambar majlis-majlis perkahwinan,majlis formal, hari jadi dan gambar keluarga. Dengan menggunakan modal yang minima, insya-Allah kita masih dpt memberi saingan dalam pasaran. Selebihnya, kita serahkan kepada pelanggan sendiri untuk menilai hasil kerja kita. Untuk melakukan promosi di zaman sekarang pula amat mudah. Guna sahaja medium sosial seperti Facebook dan Instagram, insya-Allah akan ada yang datang bertanya. Pokoknya rajin, kreatif dan berdisiplin.

Kira-kira 3 tahun berkecimpung dalam dunia fotografi, selepas beberapa tugasan orang-orang kenamaan, suatu hari ketika bersarapan pagi dengan sahabat jurugambarnya Encik Mat, mereka didatangi oleh seorang lelaki yang lagaknya kelihatan segak bergaya. Setiap langkahnya dihayun dengan penuh keyakinan. Senyuman dan nada percakapan yang menarik perhatian ramai. “Wah, hebatnya orang ini. Pasti dia merupakan seorang yang kuat pengaruhnya. Pasti. Lihat sahaja kereta yang dipandunya, Mercedes. Ini pasti orang yang berjaya,” bisik hati Abu. Mat pula hanya senyum sinis seolah-olah mengetahui sesuatu. Perbualan pun dimulakan.

Dia memperkenalkan dirinya sebagai Encik Man. Dari berbual kosong, Encik Man mula berbual tentang kontrak dan kerja-kerja lain yang sedang dan dalam perancangannya. Paling menarik dan paling diberi penekanan berbanding perkara lain ialah penumbuhan sebuah syarikat Sendirian Berhad yang bakal mengedalikan media negeri Sarawak yang keseluruhan bajetnya disalurkan oleh ‘orang atas’.

Tanpa memberi penjelasan yang lebih mendalam, En Man terus bertanya kepada Abu, “Kalau I ambil you jadi jurufoto di syarikat I nanti, you know, jurufoto professional, berapa gaji yang you nak? I tengok, kerja-kerja you halus dan bermutu tinggi. I suka cara you tangkap gambar kerana gambar-gambar you gambar hidup. Ada cerita dalam setiap gambar you. I like. Macam mana Abu? You nak tak bekerja di syarikat I nanti? I nak jurufoto professional macam you. Peralatannya first class. Kita guna iMac yg top spec,” kata Encik Man.

Abu yang ketika itu memang mendambakan satu pekerjaan tetap dan kukuh berasa sangat gembira dengan lamaran yang diterimanya tapi dengan pengalamannya sebelum ini, dia lebih berhati-hati sebelum membuat keputusan.

Setelah Encik Man beredar, Abu pun bertanya pada Encik Mat, “Macam mana ni Mat? OK ke orang tu?”

Mat menjawab sambil tersenyum sinis, “Hati-hati Abu, orang ni banyak airnya. Tak ubah seperti sup yang terlebih air. Air sahaja yang banyak. Isinya hampir tiada. Bagi aku baik kau ambil saja tawaran itu tapi pastikan setiap tawaran, pembayaran, arahan dan kenyataan daripada Encik Man kau rekodkan. Gunakan sms, whatsapp atau apa-apa medium lain. Biar ada bukti. Jangan terima arahan daripada mulut sahaja. Mesti ada bukti. Jangan sampai kita jurufoto kena tipu. Silap-silap, servis dipakai tapi gaji tak dibayar nanti. Hati-hati. Peralatan, kemahiran dan masa, mahal harganya. Modal kita besar,”

Malam itu, melalui akaun Facebooknya Abu ber’private message’ menjelaskan kepada encik Man berkenaan bayaran yang biasa dikenakan untuk tugasan-tugasan sampingannya sebelum ini. Setiap detail dinyatakan di dalam ‘private message’ tersebut dan jawapan dari En Man amat memberangsankan. Terdetik di hati Abu, “Alhamdulillah. Moga peluang yang aku dapat kali ini dapat digunakan untuk menambah pendapatanku.” Ketika itulah terbayang wajah anak-anak Abu di ingatannya. Rasa syukur yang amat sangat hadir secara spontan sampai bergenang air matanya. 

Keesokan harinya, Abu berjumpa dengan rakan karibnya, Mat, untuk menunjukkan bukti penerimaan lamaran dan persetujuan yang telah dipersetujui dengan Encik man. Sekali lagi Mat mengingatkan Abu agar berhati-hati. Pastikan setiap tugasan, setiap pembayaran, setiap arahan ada buktinya. Abu mengangguk tanda ya dan akan ingat pesanan Mat. Mana tidaknya, Mat telah abu anggap sebagai abang. Sebab itulah, setiap apa yang difikirkan Abu, pasti dibincangkan dengan Mat terlebih dahulu. Keputusan yang diperolehi pasti akan membuatkan Abu lebih yakin.

...bersambung...

No comments:

Post a Comment

Abdul Karim Setuju Penggunaan Pasport Tidak Perlu Untuk Warga Malaysia Memasuki Sarawak

KUCHING: Tidak kepada rakyat Malaysia, tegas Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamza...