Disimbah menantu dengan air panas


SIBU: Hanya kerana ditegur selalu membawa rakan perempuan balik ke rumah semasa ketiadaan suaminya, seorang menantu bertindak kejam dengan menyimbah air panas ke arah ibu mertuanya.

Kejadian tersebut berlaku ekoran satu pertengkaran antara mangsa dan menantu perempuan juga warganegara Indonesia di sebuah rumah sewa tingkat atas di Jalan Laichee sekitar jam 3.00 petang, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, akibat kejadian itu, mangsa, 62,  mengalami luka melecur di bahagian muka sebelah kiri, bahagian dada, bahu dan paha sebelah kiri.

Katanya, kejadian itu juga disaksikan oleh anak saudara perempuan pengadu.

"Mangsa kemudian berlari keluar rumah dan meminta jiran membantu menyapukan ubat gigi di bahagian melecur," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, pengadu hanya membuat laporan polis selepas dibawa oleh anak lelakinya ke Hospital Sibu pada jam 3.00 petang Rabu lalu.

Polis kemudian membawa mangsa ke hospital semula untuk rawatan dan pemeriksaan oleh doktor.

"Pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami kelecuran dua peratus di bahagian permukaan badan, muka dan bahu sebelah kiri serta bahagian dada.

"Bertindak atas maklumat, polis telah berjaya menangkap suspek dan mendapati pas lawatan sosial menantu pengadu itu  telah tamat tempoh pada 3 November 2016," jelasnya.

Katanya lagi, polis telah merampas satu cerek elektrik  sebagai barang kes.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan lerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah," katanya. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu