Tork T6X motosikal elektrik India pertama – 26 Nm tork

Pengeluar motosikal dari India, Tork Motorcycles telah mengeluarkan model terbaharu mereka dan ia adalah sebuah motosikal elektrik sepenuhnya yang mampu menghasilkan 26 Nm tork. Ia adalah motosikal elektrik produksi pertama yang dikeluarkan oleh Tork Motorcycles dan juga dari India sendiri.
Membawa nama Tork T6X, motosikal ini boleh bergerak sehingga 100 km dengan sekali cas penuh dan bateri lithium-ion yang digunakan boleh dicas sehingga tahap 80 peratus dalam masa satu jam sahaja.


Menjadikannya lebih pintar, Tork T6X dilengkapi dengan sistem TIROS yang membolehkan penunggang menukar mod penyampaian kuasa sama ada sport ataupun santai. Turut dipasang pada Tork T6X adalah skrin sesentuh 4.3 inci yang memaparkan pelbagai informasi termasuk navigasi, ruang yang mencukupi di bawah tangki untuk menyimpan helmet, brek ABS dan sambungan kepada telefon pintar melalui aplikasi khas.

Tork T6X mempunyai berat 130 kg dan akan mula dijual di Pune, Bangalore dan Delhi terlebih dahulu, pada harga Rs 1.25 lakh (RM9,296). Tork juga telah menyediakan enam tempat mengecas di Pune dan meletakkan sasaran menjadikannya 100 menjelang Disember 2016. - paultan

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas