KUCHING: Komuniti Red Riders dengan kerjasama Tay Motors yang menyambut ulang tahun ke-10 tahun ini akan menganjurkan jelajah bermotosikal dari Bandaraya Kuching ke Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. "Konvoi yang disertai oleh 12 orang penunggang yang menunggang motosikal berkapasiti 135cc ke 155cc tersebut dijadualkan bermula pada 30 Mac dan berakhir pada 3 April," kata ketua konvoi George Marcella. Jelasnya, perjalanan sepanjang lima hari tersebut bakal menempuh perjalanan sekitar 2,700km. "Ketahanan mental dan fizikal peserta akan diuji memandangkan perjalanan konvoi akan melalui lebuh raya Pan Borneo yang kini masih dalam proses pembinaan. "Walaupun perjalanan dijangka mencabar, apa yang penting ialah peluang untuk menghayati keindahan menunggang sambil menjelajah negeri Sarawak dan Sabah hanya dengan menunggang motosikal berkapasiti kecil," ujarnya. Cabaran utama yang perlu diberi perhatian akan ditempuh pada hari terakhir dimana kon
Comments
Post a Comment