Tarikh persaraan yang jelas boleh dipaksakan ke atas Dr Mahathir Mohamad jika beliau enggan memberikan komitmen terhadap peralihan kuasa menjelang awal tahun depan, kata seorang pemimpin kanan PKR. Menurut Rafizi Ramli, PH mungkin terpaksa mengambil pendekatan tersebut kerana rakyat mula kehilangan sabar berhubung penyerahan jawatan perdana menteri daripada Mahathir kepada Anwar Ibrahim. "Jika (Mahathir) melepaskan (jawatannya) dengan rela, proses peralihan akan berjalan dengan sangat lancar," kata Rafizi seperti dipetik akhbar South China Morning Post hari ini. Beliau berkata demikian pada sidang media sempena forum Iseas – Institut Yusof Ishak di Singapura. Untuk rekod bekas ahli parlimen Pandan itu merupakan seorang daripada tokoh yang bertanggungjawab merangka perjanjian di antara Mahathir dan Anwar menjelang pilihan raya umum pada 2018. Persetujuan itu dicapai dalam usaha pembangkang - pada waktu itu - untuk menyingkirkan BN dari Putrajaya. Sebelum persefahamam dica...
Comments
Post a Comment