Ducati Monster 1200 R dilancar pada harga RM140k
Model naked yang banyak membantu kenaikan jenama Ducati iaitu Monster tiba di Malaysia dalam versi baru yang paling berkuasa – Monster 1200 R. Harga yang ditetapkan adalah RM139,999 dengan GST tetapi tidak termasuk insurans. Monster 1200 R menggunakan enjin Testastretta 11° DS R 1,200 cc dan jika dibandingkan dengan model 1200 S, ia mempunyai 10% lebih kuasa dan 5.5% lebih tork, dengan jumlah keseluruhannya 160 hp dan 131.5 Nm.
Sebagai sebuah model yang lebih agresif, selain peningkatan kuasa, Monster 1200 R turut dijadikan lebih tinggi dan boleh lebih condong untuk mengambil selekoh berbanding Monster 1200 S. Tayar yang didatangkan terus dari kilang adalah Pirelli Diablo Supercorsa SP. Selain itu, ia juga lebih ringan iaitu 180 kg.
Membantu lagi prestasinya, Monster 1200 R dilengkapi dengan suspensi baru dan damper Ohlins manakala kelengkapan keselamatan pula terdiri daripada Ducati Safety Pack – brek ABS, Ducati Traction Control dan tiga mod tunggangan. - Paultan
Comments
Post a Comment