KUCHING : Sarawak mempunyai lima elemen yang membolehkannya untuk maju dalam revolusi digital, kata pakar fizik futuristik dan teori terkemuka, Dr Michio Kaku. “Apabila saya datang ke Sarawak, saya rasa amat kagum. Imej yang masuk dalam fikiran adalah anda mempunyai ‘roket penggalak besar’ yang sedia untuk berlepas dengan segala sumbernya. “Ia (Sarawak) mempunyai penduduk aman dan penduduk yang berpendidikan serta ingin belajar. Elemen ketiga, anda mempunyai kerajaan yang prihatin dan berfikiran jauh ke hadapan. “Selain itu, anda mempunyai usahawan yang mempunyai kreativiti untuk memperkasakan ekonomi dan kelima, anda memiliki semangat kebangsaan yang mahu maju dalam revolusi digital pada masa hadapan,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2019 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam. Majlis bertemakan ‘Membayangkan Masa Depan Sarawak’ itu disempurnaka...
Comments
Post a Comment