Honda NSX-GT akan sertai perlumbaan Super GT dengan enjin empat silinder 2.0 liter turbo 590 hp
Jika sebelum ini Honda pernah menunjukkan Honda NSX versi lumba GT3, kini syarikat itu memperkenalkan pula NSX-GT. Beanya, NSX GT3 menggunakan enjin 3.5 liter V6 Twin Turbo daripada kereta produksi, sementara NSX-GT pula menggunakan enjin empat silinder 2.0 liter turbo seperti yang telah ditetapkan oleh Super GT.
Pacuannya masih lagi sama iaitu dua roda belakang.
Saiz enjin pada NSX-GT memang lebih kecil berbanding NSX GT3, tetapi ia tetap berkuasa dengan jumlah maksimum boleh mencapai sehingga 590hp. Dan sudah tentu, kit aerodinamik lengkap digunakan pada kenderaan ini, malah lebih lagi berbanding NSX GT3.
Pembelah angin hadapannya lebih besar dan pada lengkuk roda terdapat beberapa salur udara.
Pada bahagian belakang, lampu NSX versi produksi masih lagi digunakan, sementara sayap belakang yang besar dan kehadiran diffuser menambahkan lagi keberkesanan manipulasi angin di belakang.
Apabila ditimbang bersama pemandu, tetapi tanpa sebarang minyak, NSX-GT dikatakan mencatat 1,049 kg. Ia akan bersaing dalam perlumbaan dengan Lexus LC GT500 dan Nissan GT-R di litar. - paultan
Comments
Post a Comment