Hospital Swasta Di Seremban Terima Ancaman Bom


SEREMBAN: Kakitangan dan pesakit diarah mengosongkan sebuah hospital swasta di sini, selepas mereka menerima ancaman bom daripada individu tidak dikenali pada jam 4.45 petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima maklumat awal kejadian daripada polis, jam 5.07 petang.

Menurutnya, seramai 18 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Seremban 2 serta pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kita mengarahkan semua 117 pesakit biasa, pesakit unit rawatan rapi (5), dan kakitangan (169) mengosongkan bangunan,” katanya di sini, hari ini.

Tinjauan NSTP di lokasi mendapati, pasukan polis termasuk Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) sedang menjalankan pemeriksaan di bangunan lapan tingkat berkenaan.

Semua pesakit dan kakitangan pula berkumpul di tempat letak kereta hospital, malah ada pesakit yang kritikal terpaksa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) buat sementara waktu. - BHOnline

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas