Status ECRL Masih Jadi Tanda Tanya


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan masih belum membuat keputusan muktamad mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Katanya sama ada pembinaan infrastruktur itu akan diteruskan atau tidak masih dibincangkan.

Mengenai kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kontrak projek itu dibatalkan, Dr. Mahathir dilihat mempertahankan menterinya itu bahawa kononnya laporan pihak media mencetuskan tafsiran yang salah.

"Tiada keputusan lagi dibuat. Perlu beri peluang kepada kedua-dua pihak mencari penyelesaian terbaik. Banyak pilihan yang ada dan kami bersikap terbuka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini hari ini.

Ketika ditanya butiran lanjut berhubung status ECRL, Dr. Mahathir membiarkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membuat kenyataan selepas semua proses rundingan selesai dan keputusan akhir dicapai. - UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu