KKM Iktiraf Media Barisan Hadapan Bantu Perangi COVID-19
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengiktiraf dan menghargai media sebagai barisan hadapan yang sama-sama berganding bahu memerangi pandemik COVID-19.
Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata selain menyampaikan dasar dan polisi kerajaan, peranan media amat penting terutamanya menyampaikan maklumat yang tepat dengan cepat serta bertindak sebagai agensi yang membetulkan persepsi masyarakat.
"Saya dan KKM berpendapat media juga adalah barisan hadapan, mereka (media) juga tempuh risiko, mereka juga lalui keperitan dan kesusahan.
"Justeru, saya dan KKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih atas usaha komitmen, kesungguhan, kesabaran ketabahan media.
"Nama baik KKM, barisan hadapan agensi-agensi kementerian terbabit, nama baik negara kita dibawa oleh rakan media...hari ini dunia mengiktiraf kita," katanya ketika berucap pada Majlis Malam Ramah Mesra Media di sini, malam ini.
Kira-kira 120 pengamal media daripada pelbagai agensi berita hadir pada majlis berkenaan.
Dr Noor Azmi juga berkata, kejayaan Malaysia dalam membendung COVID-19 adalah usaha pelbagai pihak yang memainkan peranan masing-masing. – BERNAMA
Comments
Post a Comment