UAE Bakal Catat Misi Pertama Ke Marikh

Gambar fail.- Foto/AFP

DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang sebelum ini berjaya membangunkan program tenaga nuklear dan menghantar manusia ke angkasa, kini merancang untuk menyertai negara elit lain dengan menghantar misi ke Marikh.

Hanya Amerika Syarikat (AS), India, Soviet Union dan Agensi Angkasa Lepas Eropah berjaya menghantar misi mengorbit Marikh, manakala China sedang bersiap sedia untuk melancarkan pendaratan robik jenis rover ke Marikh hujung bulan ini.

UAE yang terkenal dengan bangunan pencakar langit dan tarikan pelancongan mega, kini sedang berusaha untuk menjadi dunia Arab pertama berbuat demikian.

Ia juga sempena ulang tahun ke-50 penyatuan UAE, dengan kapal angkasa lepas tanpa pemandu dikenali sebagai 'Hope' dijangka tiba ke sasaran pada Februari tahun depan, selepas dilancarkan pada 15 Julai depan di Pusat Angkasa Lepas Tanegashima, Jepun.

Walaupun objektif misi itu untuk menyediakan gambaran komprehensif perubahan dinamik cuaca dalam atmosfera Marikh bagi membuka laluan untuk penemuan saintifik, ia adalah asas untuk sasaran yang lebih besar, iaitu membina penempatan manusia di Marikh menjelang 100 tahun akan datang.

Dubai melantik arkitek untuk membayangkan sebuah bandar Marikh dan membinanya di kawasan gurun negara itu sebagai 'Bandar Sains', dengan kos sekitar 500 juta dirham (RM580.9 juta).

Pada September tahun lalu, Hazza al-Mansouri menjadi rakyat UAE pertama berada di angkasa lepas, sebagai sebahagian daripada tiga krew yang terbang dalam roket Soyuz dari Kazakhstan, dan kembali ke Bumi selepas selesai misi selama lapan hari, sekali gus menjadi orang Arab pertama melawat Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Menjelang pelancaran misi ke Marikh, UAE membuka pintu kepada orang Arab di seluruh rantau itu untuk mengambil bahagian dalam program angkasanya selama tiga tahun.

Pusat Angkasa Lepas Mohammed Bin Rashid (MBRSC), yang mengetuai projek Marikh dengan kira-kira 450 kakitangan dengan lebih separuh adalah warga UAE, diselubungi dengan keterujaan. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu