Posts

Crutchlow: “There were times I thought I’d never ride again”

Image
Three months after his Phillip Island crash, the British rider spoke to MCN about his injury and the tough road to recovery Three months have now passed since Cal Crutchlow’s (LCR Honda Castrol) horrendous Turn 1 crash at Phillip Island which left him with bad multiple fractures to his right ankle and leg. In an interview with British publication Motor Cycle News, the three-time Grand Prix winner explains the extent of his injury and the long, tough road to recovery since undergoing multiple surgeries. “I knew at the start it was a bad injury, and my surgeon told me afterwards how close they were to fusing it because of how bad the fracture was,” began Crutchlow. “It’s called a Pilon fracture and it’s basically the worst you can have as it’s caused by rotational forces. They had to reconstruct the talus, and that’s what they were most worried about. “That part has gone really well though. I’ve got two plates on my tibia, one on the inside and one on the centre, but...

'Memang Saya Lalai, Maafkan Saya'

Image
KUALA LUMPUR: Pelakon Emma Maembong memohon maaf dan mengakui kecuaiannya apabila gambar mesranya tanpa tudung bersama seorang jejaka tular di media sosial. Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 27, mengakui, semua itu berpunca daripada dirinya yang lalai dan berharap peminat bersedia memaafkan kesilapannya. “Memang salah saya, bukan salah kawan, keluarga atau sesiapa. Jangan salahkan mereka atas kelalaian saya. “Terima kasih kepada semua yang menasihati saya. Kepada yang marah, kecewa atau sedih, saya minta maaf. “Walaupun ramai yang cakap, minta maaf kepada Allah, saya tetap mahu memohon maaf sesama manusia. Saya tidak sempat membalas komen satu persatu kerana terlalu banyak,” katanya. Dalam catatan ringkas yang dimuat naik di laman Instagramnya, sebentar tadi, Emma turut berterima kasih kepada peminat yang masih setia menyokong dan positif dengan apa yang dilaluinya. Terdahulu, Emma mencetuskan kontroversi apabila gambar mesranya tanpa bertu...

Sarawak Terima Keputusan IPC, Hormati Keputusan Negara

Image
KUCHING: Sarawak akur dengan keputusan Jawatankuasa Para Antarabangsa (IPC) yang melucutkan hak Malaysia untuk menganjurkan Kejohanan Renang Para Dunia 2019 susulan keputusan kerajaan persekutuan melarang atlet Israel daripada bertanding. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri amnya, menerima keputusan badan antarabangsa itu namun tetap menghormati tindakan Malaysia tersebut. “Kejohanan ini adalah acara antarabangsa di mana Malaysia adalah hos dan mempunyai pendirian dari sudut menyekat atlet Israel manakala Sarawak hanyalah tempat bertanding sahaja. “Jadi, kita akur dengan keputusan kerajaan persekutuan kerana ia membabitkan negara dan juga akur dengan keputusan antarabangsa itu,” katanya ketika ditemu bual sempena program ‘Experience Sarawak’ di Kopi O’ Corner, malam kelmarin. Manakala Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, keputusan IPC itu amat menyedihkan kerana ...

Pembatalan Kejohanan Renang Para Dunia 2019, Operator Hotel Rugi RM1.5 Juta

Image
KUCHING: Operator hotel di sini dijangka mengalami kerugian kira-kira RM1.5 juta selepas tempahan untuk bilik penginapan dibatalkan. Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cabang Sarawak Mohamad Ibrahim Nordin berkata, tempahan bilik penginapan di hotel-hotel di sekitar Kuching dibatalkan ekoran keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan Kejohanan Renang Para Dunia 2019. Kejohanan Renang Para Dunia 2019 dijadual berlangsung pada 29 Julai hingga 4 Ogos 2019 di sini dan Kuching sebagai tuan rumah. Beliau memberitahu, laporan penghunian rasmi tiga hotel yang dipilih secara rawak di sekitar bandar raya ini, mencadangkan hampir 2,600 bilik telah ‘diblok’. “Saya diberitahu oleh yang lain, sepanjang tarikh itu (malam) bilik-bilik telah ditempah. Kami akan berdepan kerugian sebanyak empat peratus berbanding tahun lalu (disebabkan pembatalan kejohanan ini),” katanya semalam. Sementara itu, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarg...

Kerajaan Persekutuaan Sukar Beri Kita Spektrum Jadi Kita Buat TV sendiri — Abang Johari

Image
KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg sekali lagi mengumumkan untuk kerajaan negeri menubuhkan saluran televisennya sendiri bagi mempertengahkan bakat seni anak Sarawak selain menyampaikan berita, maklumat ekonomi dan program kandungan tempatan. Mengulas lanjut soalan yang diajukan daripada ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Seminar Politik parti GPS Rabu lepas, beliau berkata dengan mewujudkan saluran televisen tersebut, ia dapat dijadikan satu platform bagi anak muda berkarya dan mempamerkan bakat mereka. “Ketika ini rancangan penubuhan tv tersebut sedang dalam perundingan memandangkan mereka (kerajaan persekutuan) sukar memberi kita spektrum” “Jadi kita terpaksa mempunyai spektrum kita sendiri agar dapat digunakan melalui laluan terrestrial ataupun internet supaya dapat mempamerkan bakat seni anak Sarawak” Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa majlis pelancaran program ‘Experience Sarawak’ di Kopi-O Corner di sini ma...

Anak Sulung Maria Chin Cedera Ditikam

Image
KUALA LUMPUR: Anak sulung kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, dilaporkan cedera akibat ditikam ketika sedang berjoging di Taman Bukit Mayang Emas di sini, petang tadi. Maria Chin, dalam satu kenyataan, memaklumkan anak sulungnya itu diserang oleh dua lelaki tidak dikenali, namun terselamat selepas sebuah motosikal menghampiri mereka dan penyerang melarikan diri. “Dua lelaki menyerangnya tetapi dia apabila sebuah motosikal menghampiri mereka. “Ini adalah satu kejadian samun, namun mereka tidak sempat mengambil apa-apa daripada anak saya tetapi dapat menikamnya sebelum sebuah motosikal menghampiri mereka,” katanya. Tambah Maria Chin, beliau tidak dapat memastikan lokasi sebenar kejadian itu berlaku kerana berada di sebuah majlis ketika kejadian. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashriman Ku Mahmood, ketika dihubungi BH mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya sedang mengumpul maklumat berkai...

‘Kenapa Geran Khas Tidak Disemak Semula’, Soal Nancy Shukri

Image
KUCHING: Seorang ahli Parlimen Sarawak mempersoalkan kenapa kerajaan pusat tidak menyemak semula geran khas yang diberikan kepada negeri itu setiap tahun. Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Sarawak menerima peruntukan sebanyak RM60 juta daripada kerajaan pusat setiap tahun. Sepatutnya kata beliau, jumlah tersebut mesti disemak semula setiap 5 tahun sekali. Bagaimanapun rekod negeri menunjukkan ia tidak disemak sejak 1969. “Kita tidak tahu kenpa ia dihentikan, dan tidak ada satu jawatankuasa pun ditubuhkan,” katanya kepada FMT, dengan menambah perbelanjaan kerajaan negeri meningkat lebih 1,900% sejak waktu itu. Beliau berkata, kerajaan Malaya bersetuju memberikan geran khas itu kepasa Sarawak berikutan pembentukan Malaysia, seperti tercatat dalam Jadual ke-10 perlembagaan persekutuan. Nancy juga menolak dakwaan bahawa kerajaan Sarawak tidak membangkitkan isu semakan semula itu ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini, denga...