3 Lelaki Berkeliaran Dicekup Bersama Bateri Curi


MIRI: Aksi mencurigakan tiga lelaki yang berkeliaran di sebuah taman perumahan di Pujut di sini pagi kelmarin terbongkar apabila ketiga-tiganya dikesan mencuri dan membawa lari bateri kereta milik penghuni sebuah rumah.

Kegiatan suspek terbabit berjaya dihalang sepasukan Unit Rondaan Jawatankuasa Penduduk (JKP) Pujut setelah menerima maklumat daripada penduduk setempat pada jam 11.30 pagi.

Menurut kenyataan JKP Miri, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk terbabit setelah melihat kehadiran tiga lelaki yang masuk ke dalam kawasan sebuah rumah.

“Aksi ketiga-tiga suspek yang masuk ke dalam kawasan sebuah rumah dan mencuri bateri itu sempat disaksikan jiran.

“Unit Rondaan JKP bergegas ke lokasi untuk mencari dan menjumpai suspek di Pujut 9 bersama bateri dan tong sampah beroda yang digunakan untuk mengangkut bateri tersebut,” kata kenyataan itu.

Ketiga-tiga suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas