‘Tali gantung’ untuk 6 individu bunuh Kevin Morais
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap enam tertuduh yang didapati bersalah membunuh mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais yang mayatnya disimen dalam tong dram lima tahun lalu. Keenam-enam tertuduh itu ialah pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 57, selaku tertuduh pertama; pemberi pinjaman wang, S Ravichandran, 49, dan empat penganggur, R Dinishwaran, 28; AK Thinesh Kumar, 27, M Vishwanath, 30, dan S Nimalan, 27. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah ketika membacakan penghakimannya berkata, kesemua tertuduh didapati mempunyai niat bersama-sama membunuh Kevin Morais pada September 2015. Kata Azman, pendakwaan juga telah berjaya membuktikan kesemua tertuduh mempunyai niat bersama untuk melakukan pembunuhan ke atas Kevin Morais manakala pembelaan pula telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah. “Kes ini juga dianggap penting kerana mendapat liputan meluas dan perhatian umum dari a...