Gempa Bumi 5.7 Skala Richter Gegar Bengkulu, Indonesia


JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 5.7 pada Skala Richter menggegarkan provinsi Bengkulu di Pulau Sumatera hari ini.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), gempa yang berlaku 3.39 petang waktu Indonesia Barat itu berpusat di 42 kilometer Timur Laut Lebong, Provinsi Bengkulu.

Gegaran gempa itu dirasakan di Kota Bengkulu, Kepahiang, Bengkulu Tengah, Manna, Mukomuko, Lebong, Pesisir Selatan, Kepulauan Mentawai, Pariaman dan Padang.

Menurut media Indonesia, penduduk dilaporkan bertempiaran keluar dari bangunan dan kediaman mereka.

Bagaimanapun, BMKG melaporkan gempa itu tidak mencetuskan tsunami.

Setakat ini belum terdapat sebarang laporan kemusnahan harta benda atau kemalangan jiwa. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu