Posts

Showing posts with the label Luar Negara

Trump pakai pelitup muka kali pertama di khalayak ramai

Image
WASHINGTON : Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memakai pelitup muka untuk kali pertamanya di khalayak ramai, hari ini sekali gus menunjukkan beliau terpaksa tunduk kepada tekanan kuat supaya memberikan contoh terhadap kesihatan awam di saat negara itu diancam teruk COVID-19. Menurut rakaman berita di televisyen, Trump dilihat memakai pelitup muka berwarna hitam ketika beliau berjalan di koridor hospital tentera Walter Reed, di luar Washington bagi bertemu dengan veteran yang cedera. Trump yang berjalan merentas wartawan, bagaimanapun tidak berhenti untuk membuat kenyataan berhubung tindakannya itu yang memang dinanti-nantikan selama ini, iaitu perubahan dilakukannya terhadap amalan disarankan oleh pakar perubatan kerajaan, walaupun beliau menolaknya sebelum ini. "Saya rasa sangat bagus memakai pelitup muka. Saya tidak pernah menentang pemakaian pelitup muka, namun saya percaya ada masa dan tempatnya, " kata Trump sebaik sahaja meninggalkan Rumah Pu...

Solat Jumaat pertama di Hagia Sophia, 24 Julai ini

Image
ISTANBUL : Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan umat Islam akan bersolat Jumaat yang pertama, di Hagia Sophia selepas Mahkamah Tinggi membatalkan status muziumnya, pada 24 Julai ini. "Dengan kuasa Tuhan, kita akan melakukan solat Jumaat bersama-sama pada 24 Julai dan membuka Hagia Sophia untuk beribadah. "Seperti semua masjid kita, pintu Hagia Sophia akan dibuka kepada semua penduduk tempatan dan orang luar, Muslim dan bukan Muslim.," kata Erdogan. Sebelum ini, bangunan berkenaan membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan yang dibina sejak kurun keeenam. Bangunan itu ditukar kepada masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul atau dikenali sebagai Constantinople. - AFP

Vietnam kongsi pengalaman tangani COVID-19 dengan Afrika Selatan

Image
HANOI : Vietnam bersedia berkongsi pengalaman mencegah dan memerangi wabak COVID-19 dengan Afrika Selatan menerusi persidangan dalam talian seperti dilakukan dengan pasukan tentera perubatan di beberapa negara lain, baru-baru ini. Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), keputusan itu dikongsikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Nasionalnya, Nguyen Chi Vinh bersama rakan sejawatnya dari Afrika Selatan, Thabang Makwetla, semalam. Ketika perbincangan menerusi telefon itu, semalam Vinh menekankan mengenai pentingnya kerjasama antarabangsa dalam memerangi wabak itu. Beliau memberi penerangan mengenai upaya Vietnam untuk menyekat penyebaran coronavirus, termasuk pembabitan seluruh sistem politik dan tentera yang turut memainkan peranan sehingga berjaya mengawal wabak berkenaan. Sementara itu, Thabang memuji kejayaan Vietnam dalam memerangi COVID-19, dengan harapan kerjasama negara terbabit dalam membantu memerangi penyakit berkenaan. Kedua-dua pihak mengkaji kerjasa...

Datuk Bandar Seoul Ditemui Maut Selepas Dakwaan Gangguan Seksual

Image
SEOUL : Datuk Bandar Seoul, Park Won-soon, yang selama ini dilihat berpotensi menjadi calon Presiden Korea Selatan, ditemui maut hari ini, kata pihak polis. Rabu lalu, bekas kakitangan Bandar Seoul membuat laporan polis dengan dakwaan membabitkan gangguan seksual terhadap Won-soon, 64. Pihak polis memaklumkan mayat Won-soon ditemui di sebuah gunung di utara Seoul selepas pencarian dilakukan ratusan pegawai. Wartawan AFP yang berada di lokasi melihat anggota kecemasan membawa mayatnya turun ke bawah awal pagi ini, sebelum dibawa ke hospital. Pihak polis turut memaklumkan bahawa tiada nota bunuh diri ditemui di lokasi mayat itu ditemui, namun agensi berita Yonhap melaporkan yang Won-soon 'dianggap membunuh diri'. Jika terbukti membunuh diri, Won-soon akan menjadi individu berprofail paling tinggi berbuat demikian sejak bekas presiden, Roh Moo-hyun, terjun daripada tebing pada 2009, selepas disiasat berhubung dakwaan rasuah membabitkan ahli keluarganya. ...

Tanah Runtuh Di China, 14 Dikhuatiri Mati Atau Hilang

Image
BEIJING : Sekurang-kurangnya 14 terbunuh atau hilang sejak semalam berikutan hujan lebat dan tanah runtuh di China, yang mengakibatkan rumah tertimbus selain kawasan riadah ditutup buat sementara waktu. Selain itu, enam penduduk masih gagal dikesan sejak berlakunya tanah runtuh di wilayah barat daya Guizhou, yang melanda tiga kawasan perkampungan Rabu lalu. Pihak berkuasa tempatan berkata, sekurang-kurangnya 156 penduduk sudah dipindahkan manakala enam lain yang terperangkap dan terpaksa diselamatkan selepas kejadian itu. Foto dari tempat kejadian menunjukkan pekerja penyelamat berpakaian seragam oren terang menyapu lumpur dan puing-puing di kawasan pergunungan kota Tongren, di mana kebanyakan bangunan musnah. Menurut pihak berkuasa 19 rumah tertimbus manakala 60 lain rosak dan rakaman dari udara menunjukkan sebilangan besar kawasan kini dipenuhi lumpur. Sekurang-kurangnya 120 orang dipercayai maut atau hilang akibat banjir yang melanda sejak 3 Julai lalu, meng...

Bangladesh Larang Pelarian Rohingya Tinggalkan Pulau

Image
DHAKA : Ratusan pelarian Rohingya ditempatkan di pulau yang kerap dilanda banjir di Teluk Benggala tidak akan dibenar meninggalkannya kecuali untuk kembali ke negara asal, kata pihak berkuasa Bangladesh. Kira-kira 306 etnik Islam Rohingya dari Myanmar itu ditempatkan di pulau Bhashan Char April lalu selepas diselamatkan dari dua bot yang cuba menyeludup mereka ke Malaysia. Nasib mereka mendapat perhatian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebuah pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa dan pemimpin masyarakat, yang mereka ditempatkan di kem pelarian lebih selesa di tanah besar. Pentadbir wilayah yang merangkumi pulau itu, Mohammed Khorshed Alam Khan, memberitahu AFP bahawa pelarian terbabit akan kekal di Bhasan Char sehingga mereka dihantar pulang ke Myanmar. Katanya, kesemua mereka dijaga dengan baik dan mempunyai kemudahan jauh lebih selesa berbanding di kem pelarian yang sesak di Cox's Bazar di mana lebih 700,000 etnik Rohingya mendapatkan perlindungan...

China Minta Kerjasama Antarabangsa Sertai Penyelidikan COVID-19

Image
BEIJING : China merancang menggarap kerjasama antarabangsa bagi menyertai projek penyelidikan berkaitan ubat-ubatan, vaksin, alat ujian, kit ujian, dan perubatan tradisional Cina (TCM) untuk memerangi COVID-19. Isnin lalu, Kementerian Sains dan Teknologi China mengeluarkan garis panduan permohonan bagi mendapatkan sekitar 37 projek kerjasama antarabangsa anti COVID-19 yang menumpukan kepada empat orientasi. Ia bertujuan memperkasa kerjasama penyelidikan dengan negara dilanda virus dan pertubuhan antarabangsa berkaitan menerusi kerjasama inovatif dalam bidang sains dan teknologi selain berkongsi data serta pengalaman memerangi wabak itu. Projek yang dicari merangkumi pelbagai aspek ujian klinikal global vaksin dan ubat, kerjasama pembangunan teknologi ujian baharu, peralatan ujian pantas di lapangan serta penyelidikan antarabangsa berkait mekanisme TCM bagi rawatan COVID-19. Menurut garis panduan itu, pembangunan vaksin yang sudah selesai menjalankan ujian klinikal ...

Harvard, MIT saman pentadbiran Trump kerana batal visa pelajar

Image
NEW YORK : Universiti Harvard (Harvard) dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) memohon mahkamah menghalang pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, membatalkan visa penuntut warga asing. Ia berikutan arahan Isnin lalu bahawa penuntut asing tidak akan dibenarkan tinggal di AS jika semua kelas mereka diadakan secara dalam talian pada musim luruh ini, susulan krisis COVID-19. Penguatkuasaan Kastam dan Imigresen (ICE) AS, dalam satu kenyataan, memaklumkan, Jabatan Negara AS tidak akan mengeluarkan visa kepada penuntut berkenaan selain mereka turut dihalang memasuki negara itu. Presiden Harvard, Lawrence Bacow, dalam satu kenyataan, berkata tindakan undang-undang dua universiti terkemuka itu menyusuli pengumuman Isnin lalu yang mengarahkan semua penuntut warga asing pulang ke negara masing-masing. "Kami akan meneruskan kes ini dengan agresif bagi membolehkan semua penuntut antarabangsa meneruskan pengajian masing-masing tanpa perlu bimbang diha...

Suhu dijangka lebih panas lima tahun akan datang - WHO

Image
GENEVA : Purata suhu tahunan global mungkin sekurang-kurangnya berada pada satu darjah Celsius di atas paras praindustri dalam tempoh lima tahun akan datang, menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) pada Khamis. WMO berkata, terdapat kebarangkalian sehingga 20 peratus bahawa perubahan itu akan melebihi 1.5 darjah Celsius melebihi tahap kebiasaan yang secara puratanya antara 1850 hingga 1900 bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun menurut ramalan iklim tahunan pertubuhan itu untuk lima tahun akan datang. Tempoh lima tahun terakhir juga adalah lima tahun paling panas dalam rekod, kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpusat di Geneva dengan keanggotaan 193 negara. Suhu dalam lima tahun akan datang iaitu 2020 hingga 2024, kemungkinan besar berada dalam lingkungan 0.91 hingga 1.59 darjah Celcius di atas paras praindustri. Hampir semua wilayah, kecuali sebahagian lautan selatan, cenderung lebih panas daripada masa lalu yang ditakrifkan sebagai ...

Bukti terbaharu dakwa Floyd kononnya alami klaustrofobik

Image
WASHINGTON : Bukti terbaharu menunjukkan George Floyd mengadu tidak boleh bernafas lebih 20 kali, menyebut nama mendiang ibu dan anaknya serta berkata, beliau akan 'dibunuh' seorang anggota polis, sebelum akhirnya mangsa benar-benar maut ketika ditahan di Minneapolis. Floyd, seorang lelaki kulit hitam, meninggal dunia pada 25 Mei apabila lehernya ditekan menggunakan lutut, oleh seorang polis kulit putih selama hampir enam minit. Kematiannya mencetuskan bantahan besar-besaran terhadap sistem perkauman dan keganasan polis di Amerika Syarikat, serta mendorong aktiviti sama diadakan di negara lain seluruh dunia. Video kematian beliau turut tular di media sosial, memaparkan bagaimana Floyd memaklumkan tidak boleh bernafas sambil memanggil nama ibunya. Namun satu lagi transkrip video yang difailkan di mahkamah negeri Minnesota Selasa lalu oleh Thomas Lane, mendedahkan maklumat terbaharu berhubung detik akhir mendiang. Ketika Floyd ditahan, beliau dikatakan me...

Melbourne laksana semula perintah berkurung

Image
MELBOURNE : Seramai lima juta penduduk di Melbourne, iaitu bandar terbesar di Australia memulakan perintah berkurung hari ini, sekali gus kembali mengamalkan beberapa peraturan ketat, hanya beberapa minggu selepas bertarung dengan ancaman pandemik COVID-19. Susulan perintah, semua penduduk diminta berada di dalam kediaman masing-masing selama enam minggu, selepas pendekatan digunakan sebelum ini gagal mengurangkan bilangan kes. Negeri Victoria sebelum ini berjaya mengukuhkan usaha memerangi virus berkenaan dari merebak, sama seperti bahagian lain di Australia. Namun lambakan pengunjung yang menyeberangi sempadan ke New South Wales pada Rabu meningkatkan kebimbangan, bahawa usaha terbabit akan menemui kegagalan. "Beberapa kes yang datang kepada kami dari Victoria meningkatkan bilangan kes, membuatkan ia sukar untuk dikawal," kata pakar epidemiliogi, Mary - Louise McLaws kepada penyiar awam ABC. Ketua New South Wales, Gladys Berejiklian berkata, dua kes...

Australia tawar tempat perlindungan selamat kepada warga Hong Kong

Image
SYDNEY : Australia pada Khamis menawarkan perlindungan untuk warga Hong Kong yang tinggal di negara itu sebagai tindak balas terhadap undang-undang keselamatan dikenakan China bagi wilayah berkenaan. Menerusi tindakan yang boleh membangkitkan kemarahan Beijing itu, Perdana Menteri, Scott Morrison, berkata kerajaannya menggantung perjanjian ekstradisi dengan Hong Kong dan menawarkan lanjutan visa kepada ribuan warga Hong Kong di Australia yang akhirnya menjurus kepada pemberian status penduduk tetap. Beliau berkata, keputusan itu diambil kerana undang-undang keselamatan 'merupakan perubahan keadaan yang mendasar", sambil menambah pihak berkuasa Beijing dan Hong Kong sudah dimaklumkan mengenai rancangan itu. Pengumuman itu dibuat sehari selepas China membuka pejabat baharu di Hong Kong untuk ejen perisiknya bagi memantau pelaksanaan undang-undang yang dikuatkuasakan minggu lalu yang menyasarkan ke atas isu penindasan, pemisahan, keganasan dan pakatan asing. ...

COVID-19: Kes positif di Filipina lepasi 50,000

Image
MANILA : Jumlah kes positif COVID-19 di Filipina melonjak kepada 50,359 selepas Jabatan Kesihatan (DOH) negara itu melaporkan 2,539 kes baharu pada Rabu, jumlah harian yang direkodkan paling tinggi setakat ini. Menurut DOH, jumlah kes sembuh meningkat kepada 12,588 selepas 202 lagi pesakit disahkan pulih. Jumlah kematian juga meningkat kepada 1,314 kes selepas lima lagi pesakit maut akibat wabak itu. DOH turut melaporkan 1,066 kes baharu di Metro Manila, manakala 443 kes di wilayah Central Visayas dan 1,030 kes lagi di bahagian lain negara itu. Setiausaha Kesihatan, Maria Rosario Vergeire, berkata lonjakan jumlah kes disumbangkan daripada peningkatan ujian sairngan COVID-19 dan penyebaran dalam komuniti selepas melonggarkan sekatan kuarantin. - Agensi

Gempa bumi 6.6 magnitud landa pantai Pulau Jawa - USGS

Image
JAKARTA : Gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter, menggegarkan pantai Pulau Jawa pada awal pagi Selasa, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Gempa kuat pada kedalaman lebih 500 kilometer (km) itu berkemungkinan mengakibatkan korban dan kerosakan yang rendah. "Gempa itu melanda 100km di luar bandar Batang ketika matahari terbit," menurut kenyataan itu. Kepulauan Asia Tenggara sering mengalami gempa dan gunung berapi berikutan kedudukannya di lingkaran api Pasifik, di mana plat tektonik bertembung. Pada 2018, gempa dengan kekuatan 7.5 dan seterusnya mengakibatkan tsunami di pulau Sulawesi menyebabkan lebih 4,300 orang meninggal dunia atau dilaporkan hilang. Gempa berkekuatan 9.1 pada skala Richter melanda pantai Sumatera pada 2004, mengakibatkan tsunami yang mengorbankan seramai 220,000 orang di wilayah itu. - Agensi

AS secara rasmi mula tarik diri daripada WHO

Image
WASHINGTON : Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa secara rasmi memulakan penarikan negara itu daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sambil mengancam menghentikan bantuan terhadap badan itu sebagai tindak balasnya berhubung COVID-19. Perkara itu menimbulkan kemarahan penyokong kesihatan awam dan penentang politik Trump terhadap keputusan penarikan keluar dari pertubuhan yang berpusat di Geneva, di mana badan itu mengetuai usaha global memerangi penyakit berjangkit dan kesihatan mental ketika jangkitan COVID-19 terus melonjak di seluruh dunia. AS sebelum ini mengancam menangguhkan dana tahunan berjumlah AS$400 juta (RM1,709.8 juta) dan kini pentadbiran Trump secara rasmi mengumumkan penarikan diri menerusi notis dihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, kata jurucakap Jabatan Negara. Penarikan AS daripada WHO berkuat kuasa dalam tempoh setahun - 6 Julai 2021 dan pencabar rapat Trump, Joe Biden, di...

Minum hand sanitizer akibatkan 3 maut, seorang buta

Image
Dalam norma kehidupan baru ekoran Covid-19, semua orang digalakkan untuk mengamalkan pemakaian topeng, hand sanitizer dan penjarakan sosial. Namun apa yang berlaku di New Mexico sesuatu yang memeranjatkan apabila 3 individu dilaporkan maut, manakala seorang lagi mengalami kecacatan penglihatan kekal selepas minum hand sanitizer. Menurut laporan CNN berdasarkan kenyataan seorang pegawai kesihatan, kes kematian ini dikaitkan dengan keracunan metanol. Menurut Jabatan Kesihatan negeri, 3 lagi individu yang dipercayai turut minum hand sanitizer kini berada dalam keadaan kritikal. Insiden tersebut dianggap berkaitan dengan alkoholisme. Kes ini kemudiannya dilaporkan kepada Kawalan Racun New Mexico selama beberapa minggu, Mei lalu. “Kesemua individu yang dipercayai meminum hand sanitizer mengandungi metanol,” menurut Jabatan Kesihatan dalam satu kenyataan. Segelintir individu menggunakan hand sanitizer berasaskan alkohol untuk khayal. - FMT

Apa nak jadi, penduduk Jakarta berdegil tetap ‘curi’ mayat Covid-19

Image
Ratusan penduduk kampung Ambon Maluku di Jakarta halang sebuah ambulans membawa jenazah pesakit Covid-19. Menerusi rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan ratusan penduduk menghalang sebuah ambulans dan membuka pintu untuk mengambil jenazah ahli keluarga mereka. Berdasarkan laporan Tribunnews dalam rakaman itu, penduduk juga menjerit dan meluahkan kemarahan kepada anggota polis dan petugas perubatan yang mengawal jenazah. Menurut penduduk, individu itu meninggal dunia dipercayai bukan kerana dijangkiti Covid-19, tetapi mempunyai penyakit lain. Keadaan kemudian menjadi kelam-kabut, para petugas barisan hadapan terpaksa melihat penduduk “mencuri” jenazah dari ambulans untuk dibawa ke rumah dan meninggalkan keranda jenazah di tepi jalan. Ketua Polis Pulau Ambon Maluku, Leo Surya Nugraha Simatupang berkata, kejadian itu didakwa berpunca daripada salah faham. “Petugas perubatan telah memberi penjelasan sebaiknya pesakit itu meninggal dunia kerana...

India haramkan Tik Tok, WeChat

Image
NEW DELHI – Kerajaan India mengharamkan 59 aplikasi telefon bimbit China termasuk Tik Tok da WeChat, kata Menteri Dalam Negeri, Amit Shah. Malah Kerajaan India dalam satu perintah rasmi mahu semua syarikat telekomunikasi menyekat penggunaan aplikasi telefon bimbit milik China. Perbincangan pengharaman aplikasi berkenaan didakwa dilaksanakan sebelum ketegangan tercetus antara India dan China di sempadan Ladakh. Namun pegawai tertinggi kerajaan India memberitahu Hindustan Times, tindakan itu dilaksanakan segera selepas insiden pada 15 Jun di Lembah Galwan, di timur Ladakh yang membabitkan pertarungan tentera India dan China. Menteri Teknologi Maklumat juga akan mengeluarkan arahan rasmi kepada semua pemain industri teknologi telekomunikasi untuk melaksanakan larangan penggunaan aplikasi telefon bimbit dari China. Kenyataan Kementerian Teknologi Maklumat berkata, keputusan diambil untuk menyekat aplikasi berdasarkan faktor keselamatan siber, melibatkan kedaulatan...

China Didakwa Memandulkan Etnik Uighur Secara Paksa

Image
BEIJING : Pihak berkuasa China didakwa memandulkan wanita Uighur secara paksa bagi mengurangkan jumlah penduduk etnik Islam itu di barat wilayah Xinjiang. Laporan penyelidik Jerman, Adrian Zenz, yang diterbitkan semalam, mendedahkan dasar China yang mengurung wanita Uighur di kem tahanan jika enggan menggugurkan kandungan sekiranya melebihi kuota anak yang ditetapkan. Laporkan berasaskan data rasmi, dokumen dasar dan temu bual dengan wanita Uighur itu mendorong sekumpulan Ahli Parlimen antarabangsa mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan siasatan. Tindakan itu menimbulkan kemarahan China yang semalam menafikan menindas etnik Uighur dan menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas. China dituduh memenjarakan lebih sejuta etnik Uighur dan minoriti Islam lain di 'kem pendidikan semula' atas alasan mahu memberi latihan kemahiran , sekali gus menghindarkan mereka terpengaruh dengan kegiatan pengganas. Laporan berasaskan data oleh Zenz, y...

Iran Minta Bantuan Interpol Untuk Tahan Trump

Image
TEHRAN : Iran meminta bantuan Interpol untuk menangkap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan 35 pegawai AS lain kerana terbabit dalam pembunuhan seorang jeneral tertinggi dalam serangan dron Januari lalu. Pendakwa Tehran, Ali Qasi Mehr, berkata 36 pegawai politik dan ketenteraan AS yang terbabit dalam pembunuhan Jeneral Qasem Soleimani sudah disiasat dan diperintahkan untuk ditangkap melalui Interpol. "mereka ini dituduh melakukan pembunuhan dan keganasan. Senarai paling atas ialah Trump dan pendakwaannya akan diteruskan, walaupun selepas tamat tempoh penggalnya. "Badan kehakiman Iran juga sudah mengeluarkan waran tangkap terhadap 36 orang yang terbabit itu," katanya, yang dipetik agensi berita IRNA. Beliau meminta Interpol mengeluarkan notis merah bukan sebagai waran tangkap, tetapi bagi mereka yang dikehendaki untuk pendakwaan atau hukuman. Trump sebelum ini mengarahkan pembunuhan Soleimani pada 3 Januari lalu dengan serangan dron be...