Gunung Agung Kembali Meletus Selepas Beberapa Bulan 'Bertenang'


JAKARTA: Gunung Agung di Bali yang ‘tenang’ beberapa bulan ini, kembali meletus hari ini.

Letusan hari ini itu berlaku kira-kira tiga minit dan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) kini meletakkan status tiga atau siaga, berikutan letusan terbaru itu.

Menurut PVMBG, gunung berapi yang terletak di Karangasem, Bali kembali meletus jam 4.09 pagi waktu Indonesia Timur.

Orang ramai atau pelancong diarahkan tidak melakukan pendakian ke gunung itu dan diarahkan tidak melakukan sebarang aktiviti di lingkungan radius 4 kilometer dari kawah gunung berkenaan.

Sementara itu media Indonesia melaporkan Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai di Bali masih beroperasi seperti biasa setakat ini.

Gunung berapi aktif di Bali itu kembali meletus pada Jun lalu dan aktif meletus sehingga Julai sebelum kembali ‘tenang’ selepas itu.

Letusan pada Julai lalu turut menyebabkan ribuan pelancong terkandas di pulau peranginan terkemuka itu apabila lapangan terbang ditutup akibat asap dan debu gunung berapi mengganggu operasi penerbangan.

Kali terakhir letusan kuat Gunung Agung berlaku adalah pada 1963 yang menyebabkan lebih 1,000 orang maut dan beberapa kampung di cerun gunung musnah.

Sementara itu jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia berkata mereka memantau perkembangan terkini itu dan meminta rakyat Malaysia yang berada di Bali mematuhi arahan pihak berkuasa Indonesia. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu