Kerajaan Negeri Bayar Gaji Ketua Masyarakat Sarawak:Uggah


KUCHING: Elaun bulanan Ketua Masyarakat yang terdiri daripada Temenggong, Pemanca dan Penghulu adalah dibayar sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Justeru, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah berkata tuntutan bahawa kerajaan persekutuan membayar 70 peratus daripada elaun Ketua Masyarakat di Sarawak adalah tidak benar.

"Kami mahu membetulkan laporan media sosial mengenai kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian atas tuntutan tersebut.

"Kenyataannya tidak benar kerana sebenarnya elaun Ketua Masyarakat adalah dibayar sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri," katanya.

"Kita perlu membuat penjelasan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan berikutan kenyataan Baru," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Uggah berkata kini terdapat sejumlah 589 Ketua Masyarakat di seluruh negeri.

Mengenai Ketua Kaum yang terdiri daripada Tuai Rumah, Ketua Kampung dan Kapitan Cina, Uggah berkata apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara pada Mei tahun ini, ia telah memaklumkan kepada kerajaan negeri bahawa tidak lagi dapat membayar gaji mereka.

"Tetapi Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari membuat keputusan untuk Kerajaan Negeri mengambil alih pembayaran itu," jelasnya.

Menurut Uggah lagi, Kerajaan Negeri pada 5 Disember baru-baru ini telah menerima peruntukan sebanyak RM7.769 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk membayar gaji mereka dari Oktober hingga Disember tahun ini pada kadar RM500 seorang.

Namun demikian, katanya memandangkan gaji biasa Ketua Kaum ialah RM900 seorang, maka Kerajaan Negeri perlu membayar bakinya.

Uggah berkata Menteri Pembangunan Luar Bandar Persekutuan, Rina Harun juga telah menyatakan persetujuannya bahawa pelantikan Ketua Kaum akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

"Kami setakat ini tidak menerima apa-apa syarat baru untuk pelantikan mereka seperti yang didakwa oleh Baru yang disebarkan dalam media sosial," katanya. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas