Posts

Showing posts with the label Sarawak

Sarawak tuntut peruntukan khas yang adil daripada Kerajaan Persekutuan

Image
KUCHING : Sarawak akan terus menuntut peruntukan khas yang adil daripada Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan. Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, rundingan mengenai perkara itu belum lagi selesai meskipun Kerajaan Persekutuan telah memberikan RM36 juta sebagai peruntukan khas kepada negeri ini. “Saya telah mempersoalkan semula untuk mendapatkan angka RM36 juta ini dan formulanya belum jelas dan belum diberitahu,” jelas beliau dalam temu bual dengan Sarawak Voice di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini. “Ini kerana saya berpandukan kalau kedudukan kewangan Malaysia baik, maka sudah tentunya ada formula untuk diberi kepada Sarawak,” katanya, sambil menambah, kalau keadaan kewangan tidak baik pula, akan ada formula tertentu. “Bagi saya, mesti ada formula untuk mendapatkan peruntukan khas yang sepatutnya diberi kepada Sarawak mengikut Artikel 112 Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya. Ab...

Sarawak peruntuk RM40 juta ukur tanah NCR, kerajaan tidak rampas tanah rakyat

Image
SEMATAN : Tuduhan sesetengah pihak mengatakan kerajaan merampas tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) rakyat adalah tidak benar dan berunsur politik murahan. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, tuduhan itu tidak berasas sama sekali kerana kerajaan Sarawak sentiasa mengiktiraf dan mempertahankan hak rakyat ke atas tanah NCR. Katanya, tanah yang diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri sebagai rizab komunal bumiputera adalah untuk mengenal pasti dan mengesahkan sempadan tanah NCR yang sahih serta didaftarkan di dalam daftar tanah. Oleh itu, tiada lagi keraguan mengenai sempadan di antara komuniti kerana sempadan yang telah diukur, ditanda dan diplotkan di dalam pelan kadastra. Maklumat ini boleh diakses dan dirujuk di mana-mana Pejabat Tanah dan Survei Bahagian atau secara atas talian melalui eMap dan LASIS Mobile Apps,” katanya. Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18, Kanun Tanah Negeri di Ka...

Pakar pengangkutan puji Sarawak beralih dari LRT ke ART

Image
PETALING JAYA : Seorang perunding pengangkutan memuji rancangan Sarawak memilih untuk membangunkan sistem Transit Aliran Automatik (ART) dan bukannya transit Transit Aliran Ringan (LRT) di Kuching, mengatakan keputusan itu lebih ekonomi yang akan mencapai tujuan yang sama. Bercakap kepada FMT, Rosli Azad Khan, yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam perancangan pengangkutan, mengatakan ART sistem yang jauh lebih murah berbanding LRT, yang memerlukan pembinaan trek dan kenderaan. Sering digambarkan sebagai cantuman kereta api, bas dan trem, ART adalah sistem pengangkutan penumpang yang menggunakan gerabak bertayar di jalan raya dan bukan di trek. Ia mula dibangunkan syarikat China, CRRC Zhuzhou Institute Co Ltd, dan dilancarkan pada 2017. “Akan ada penjimatan besar bagi kerajaan negeri yang memilih sistem ini berbanding LRT yang menyediakan tujuan yang lebih kurang sama dengan laluan pengangkutan awam khusus,” kata Rosli. “Ia seperti Bus Rapid Transit, tapi meng...

Empangan Baleh beroperasi 2026, bekalan elektrik Sarawak mencukupi

Image
BALEH : Setelah Projek Empangan Hidroelektrik (HEP) Baleh beroperasi sepenuhnya pada tahun 2026, Sarawak akan mempunyai tenaga mencukupi untuk memenuhi permintaan bekalan elektrik. Ia selari dengan hasrat Sarawak untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi pada tahun 2030. Projek Empangan Hidroelektrik Baleh akan bergabung dengan kilang tenaga hidro Sarawak yang lain iaitu Batang Ai, Murum dan Bakun bagi memperkuat aspirasi Sarawak untuk menjadi pengeluar tenaga elektrik terbesar. Bagi meninjau gambaran sebenar projek pembangunan infrastruktur strategik terbesar di Sarawak itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mengadakan lawatan ke projek empangan itu. Pemimpin nombor satu Sarawak itu turut diiringi Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing, Menteri Utiliti, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion dan Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong. Ketibaan Ketua Menteri d...

Perkhidmatan Telekomunikasi, Jalur Lebar Di Pedalaman Sarawak Ditingkatkan

Image
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membuat tinjauan di sebuah perkampungan di Pakan, Sarawak dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan gambaran sebenar kisah pelajar dan penduduk di situ yang terpaksa keluar jauh daripada kediaman mereka bagi mendapatkan liputan perkhidmatan komunikasi. Hasil tinjauan akan dipadankan dengan pelan pembangunan telekomunikasi yang telah dirancang untuk kawasan terbabit bagi membolehkan rakyat menikmati perkhidmatan komunikasi berkualiti, sekali gus memperbaiki taraf kehidupan penduduk. Dalam kenyataan hari ini, SKMM menyatakan sebanyak 185 menara telekomunikasi baharu di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP 2) akan mula dibina meliputi semua bahagian di Sarawak. "Daripada jumlah itu, tujuh menara baharu dirancang untuk dibina di Pakan dan kesemuanya dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya pada suku ketiga 2021. "Inisiatif peluasan liputan komunikasi adalah usaha bert...

Ekonomi Sarawak Perlu Berkembang Lapan Peratus Menjelang 2030

Image
KUCHING : Ekonomi Sarawak perlu berkembang pada kadar lapan peratus setiap tahun untuk mencapai negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2030. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu penting untuk menggandakan saiz ekonomi Sarawak dari RM133 bilion pada 2018 menjadi RM282 bilion. Bagi merealisasikan hasrat itu Abang Johari beberapa sektor akan menjadi faktor penyumbang yang perlu diberi perhatian pada masa sekarang. Antaranya ialah, pertanian komersial, perlombongan moden, perhutanan, pembuatan dan perkhidmatan pelancongan berasaskan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). “Sarawak akan mempercepat usaha untuk memajukan pertanian dan perlombongan moden menggunakan teknologi 4IR dalam usaha untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Pertama Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC) di Wisma Bapa Malaysia, pada hari ini. Menurut Ketua Menteri, tumpuan diberikan pada pe...

7,318 Akan Terima Sumbangan Tahun Baharu Cina

Image
  SARIKEI: Sejumlah 7,318 orang yang bakal menyambut Tahun Baharu Cina pada tahun ini di seluruh negeri Sarawak akan menerima sumbangan Tahun Baharu Cina (TBC) daripada Kerajaan Sarawak. Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, bantuan yang disalurkan tersebut adalah untuk meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima bantuan sempena menyambut TBC sehinggalah perayaan ini diraikan nanti. "Daripada jumlah tersebut, seramai 385 orang atau 14.76 peratus penerima bantuan adalah dari bahagian Sarikei, Kuching 2,669 orang, Samarahan 218 orang, Serian 339 orang, Sri Aman 339 orang, Betong 161 orang, Sibu 1,949 orang, Mukah 172 orang, Kapit 52 orang, Bintulu 252 orang, Miri 680 orang dan Limbang 177 orang. "Bantuan ini akan diserahkan kepada para penerima dari semasa ke semasa dan pada tahun ini Sarikei telah dipilih sebagai lokasi pertama pengagihan bantuan ini," jelasnya. "Selepas ini, program ini akan diteruskan ke bahagian Se...

Orang Ulu Masih Teguh Pertahan Amalan Tradisi

Image
  MIRI: Masyarakat Orang Ulu di Ulu Baram khususnya Kayan dan Kenyah masih teguh mempertahankan amalan tradisinya dalam melantik pemimpin dan ketua masyarakatnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, masyarakat Kayan dan Kenyah amat berpegang kepada ‘adet’ (tradisi yang dipraktikkan) dalam pelantikan ketua kampung dan pemimpin atau ketua kaum. “Apabila pelantikan ketua masyarakat atau ketua kampung, ada tradisi yang telah diamalkan di kalangan masyarakat Orang Ulu di pedalaman sejak dari dulu lagi. “Ketua kampung atau ketua masyarakat mestilah daripada latar belakang masyarakat bangsawan atau dikenali oleh Orang Ulu sebagai keturunan ‘Hipun atau Maren Uma’,” jelasnya pada majlis penyerahan sijil pelantikan kepada ketua-ketua masyarakat di konstituensinya di Pejabat Daerah Telang Usan, baru-baru ini. Malah kata Dennis, ketua masyarakat dan penduduk kampung bekerja rapat dengan pejabat kerajaan negeri dalam memilih calon terbaik untuk dilantik memeg...

Pegawai BBP Lopeng Paling Ramai Naik Pangkat

Image
  MIRI: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng mencatatkan pegawai bomba paling ramai yang dinaikkan pangkat ke gred KB22 yang dipanggil sebagai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) iaitu seramai 33 orang. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, daripada jumlah tersebut enam adalah jawatan hakiki manakala 27 pegawai ialah jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP). “Balai ini (BBP Lopeng) adalah balai paling ramai memakai tanda pangkat KB22 iaitu seramai 33 orang menunjukkan balai ini mempunyai ramai pegawai bomba yang berpengalaman dalam menangani pelbagai jenis kes, kecemasan dan bencana. “Mereka ini banyak memberi idea dan pengalaman semasa menghadapi banyak bencana di Miri. “Contoh yang paling baik sekali adalah semasa kebakaran hutan dan belukar di mana mereka inilah paling berpengalaman dari segi pemadaman api hutan dan tanah gambut dan keduanya adalah dari segi bencana banjir,” katanya. Beliau berkata demikian kep...

Balai Bomba Batu Niah beroperasi Februari

Image
  MIRI: Penduduk sekitar Batu Niah dapat menarik nafas lega apabila Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah yang dinanti-nantikan selama ini dijangka mula beroperasi bulan depan. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, pihaknya menjangkakan balai tersebut bakal siap sepenuhnya bulan ini. “Kita percaya sekiranya tiada masalah dari segi pembinaan dan penambahan, ia boleh diambil alih bulan Februari dan kami secepat mungkin mahu ia beroperasi pada Februari juga. “Sebab itulah kita telah mengiklankan pengambilan pegawai bomba bantuan bagi BBP Batu Niah untuk menambah pegawai bomba sedia ada agar dapat beroperasi serta-merta,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Tanda Pangkat Gred KB22 di BBP Lopeng di sini semalam. Pada majlis tersebut, 33 pegawai bomba dipakaikan tanda pangkat gred KB22 yang dipanggil sebagai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) dan daripada jumlah itu enam pegawai adalah jawatan haki...

Bintulu dipilih sebagai tuan Rumah sambutah Hari Sarawak

Image
KUCHING : Sambutan Hari Sarawak yang dirai pada 22 Julai ini di Bintulu akan diadakan dengan penuh berprestij yang menyaksikan tujuh acara menarik turut dianjurkan. Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, sambutan Hari Sarawak tahun ini amat istimewa kerana julung kali diadakan di luar Kuching. "Jadi ini peluang terbaik untuk rakyat di Bintulu dan penduduk sekitarnya untuk bersama-sama menyaksikan sambutan hari bersejarah buat Sarawak. "Malah, ini penting untuk rakyat Sarawak terutamanya generasi muda bagi mengetahui tentang sejarah kita dan mentadbir sendiri negeri kita pada 22 Julai 1963 dari kerajaan British 56 tahun lalu," katanya pada sidang media sambutan Hari Sarawak di Menara Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA), The Isthmus di sini, hari ini. Tambah Dr Rundi, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pertama diadakan di Bintulu ketika itu dan ini amat memberi makna memilih bahagian tersebut sebagai tuan rumah sambut...

Rakyat Sarawak harus bersatu pertahan negeri

Image
KUCHING : Rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa harus bersatu dalam mempertahankan negeri atau ditawan oleh orang luar. Bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri di atas, Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos berkata umum mengetahui bahawa parti Semenanjung Malaysia berikrar untuk mengambil alih Kerajaan Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. “Parti dari Semenanjung seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) malah Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) di bawah Pakatan Harapan (PH) secara terbuka mengisytiharkan bahawa mereka berhasrat untuk memenangi dan mengambil alih Kerajaan Sarawak pada PRN yang dijadual pada 2021 atau lebih awal. “Mereka sangat serius dan sekarang bergerak ke seluruh negeri menerusi lawatan, perjumpaan dan cara lain untuk memancing undi rakyat. “Rakyat Sarawak harus mengambil serius niat PH ini dan tanya pada diri sendiri adakah kita mahu parti dan pemimpin dari luar memimpin negeri ...

Ada air tapi cakap takda air

Image
KUCHING : Maklumat berkaitan masalah bekalan air yang dihadapai penduduk Kampung Sebakau, Pulau Bruit, Daro tidak betul seperti yang didakwa seorang penduduk di situ.  Perkara itu didedahkan Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom yang memberitahu, sebaik sahaja maklumat itu diterima, pihaknya telah turun ke rumah penduduk kampung berkenaan dan mendapat bekalan air ada seperti biasa.  Sehubungan itu, beliau mengingatkan agar pemberi maklumat berkaitan masalah air agar memberi maklumat yang betul dan sahih. "Saya beri anda satu contoh yang berlaku (Kampung Sebakau) di Pulau Bruit, pemberi maklumat ini tidak tinggal di sana tetapi di Sibu apabila pegawai saya pergi ke rumahnya (di Pulau Bruit) memeriksa dan membuka kepala paip mendapati ada air.  "Jadi ini bukan tanggungjawab kementerian dan agensi kerajaan sahaja tetapi kita semua kalau beri maklumat biarlah betul dan sahih kerana semua maklumat yang diadukan kepada kita akan diambil tindakan te...

Sarawak akan perkukuh kerjasama dengan Brunei: KM

Image
KUCHING : Sarawak akan mengukuhkan lagi kerjasamanya dengan Brunei dan kali ini menerusi ketersambungan telekomunikasi dan pembangunan ekonomi secara keseluruhan. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendedahkan, kerjasama berkenaan adalah antara SACOFA Sdn Bhd dan syarikat Brunei, DST International. “Kita membincangkan tentang kerjasama antara Brunei dan Sarawak dari segi ketersambungan, di mana mereka mempunyai syarikat sendiri yang dikenali DST (International). “DST nanti akan bekerjasama dengan SACOFA dan mereka akan meneroka kemungkinan menggunakan gerbang di Brunei untuk menghubungkan gentian fiber optik kita,” ujarnya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Brunei Datuk Seri Setia Awang Abdul Mutalib Mohammad Yusof di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam. Menurut Abang Johari lagi, selain itu Abdul Mutalib juga menyampaikan mesej daripada Sultan Brunei yang aga...

Pemergian Dawos kehilangan besar kepada bidang alam sekitar: Uggah

Image
KUCHING : Pemergian bekas Ahli Parlimen Puncak Borneo atau sebelum ini Mambong Datuk Seri Dr James Dawos Mamit bukan sahaja kehilangan besar kepada politik tetapi juga peranannya sebagai pakar dalam bidang alam sekitar. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyifatkan Dawos sebagai seorang yang amat profesional terutamanya dalam bidang alam sekitar. “Saya mengenali mendiang lama sebelum beliau masuk dalam politik, selain itu beliau sering menjadi ‘buku rujukan’ kepada saya mengenai alam sekitar semasa saya menjadi menteri persekutuan (Sumber Asli dan Alam Sekitar). “Saya selalu meminta nasihat daripada beliau dan banyak kali membawanya bersama menghadiri Sidang Kemuncak Perubahan Iklim di luar negara dan yang ter-akhir adalah sidang kemun-cak di Copenhagen 2009,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penutupan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS 2019) yang disempurnakan Ketua Menteri...

Dawos banyak menyumbang kepada arena politik Sarawak - Abang Johari

Image
KUCHING : Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata bekas Ahli Parlimen Mambong Datuk Seri James Dawos Mamit yang meninggal dunia malam tadi telah banyak menyumbang kepada politik Sarawak. Menurut Abang Johari, mendiang juga banyak menyumbang kepada kawasannya selain sebagai timbalan menteri di kerajaan persekutuan. "Kami amat bersedih mengetahui pemergiannya, beliau banyak menyumbang kepada politik Sarawak. "Kami bersimpati dengan keluarganya dan ia satu kehilangan besar kepada kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian bagi penutupan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS 2019) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika ditemui pemberita pada majlis yang sama berkata, pemergian mendiang bukan sahaja kehilangan besar dari segi politik tetapi seorang pakar alam sekitar. "Saya mengenali mendian...

Keluarga Penan tak mampu bawa mayat pulang kampung terima bantuan

Image
MIRI : Kesusahan seorang wanita Penan untuk membawa mayat mendiang suaminya pulang ke kampung di Ba Kawi, Ulu Baram mendapat perhatian daripada pelbagai pihak di sini. Pari Lawai, 69, meninggal dunia di Hospital Miri pada pukul 1 pagi hari ini selepas mengalami penyakit jantung. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata beliau menerima panggilan dari keluarga mendiang awal pagi memohon bantuan keranda dan kos pengangkutan membawa mayat pulang ke kampung. Menurut Dennis, dengan jarak Ba Kawi yang terletak kira-kira enam jam perjalanan dari Miri menggunakan kenderaan pacuan empat roda, kos pengangkutan dan keranda untuk membawa mayat amat mahal dianggarkan mencecah RM5,000. "Selepas mendapat tahu berita itu, saya terus menghubungi rakan-rakan di Miri termasuk sahabat berbangsa Cina untuk membantu apa yang patut termasuk menyediakan keranda, pengangkutan dan duit perbelanjaan lain." "Saya tahu ramai kaum Penan yang dalam ...

Sarawak miliki lima elemen maju dalam revolusi digital

Image
KUCHING : Sarawak mempunyai lima elemen yang membolehkannya untuk maju dalam revolusi digital, kata pakar fizik futuristik dan teori terkemuka, Dr Michio Kaku. “Apabila saya datang ke Sarawak, saya rasa amat kagum. Imej yang masuk dalam fikiran adalah anda mempunyai ‘roket penggalak besar’ yang sedia untuk berlepas dengan segala sumbernya. “Ia (Sarawak) mempunyai penduduk aman dan penduduk yang berpendidikan serta ingin belajar. Elemen ketiga, anda mempunyai kerajaan yang prihatin dan berfikiran jauh ke hadapan. “Selain itu, anda mempunyai usahawan yang mempunyai kreativiti untuk memperkasakan ekonomi dan kelima, anda memiliki semangat kebangsaan yang mahu maju dalam revolusi digital pada masa hadapan,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2019 di  Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam. Majlis bertemakan ‘Membayangkan Masa Depan Sarawak’ itu disempurnaka...

SCV berwajah baharu, sedia terima pengunjung RWMF 2019

Image
SANTUBONG : Kampung Budaya Sarawak (SCV) kini berwajah baharu dan sedia untuk menerima kedatangan pengunjung ke Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2019 hujung minggu ini. Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerja menaik taraf fasiliti dan struktur bangunan di SCV telah dibuat menerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC). “Kerajaan negeri memperuntukkan RM13 juta untuk naik taraf tempat ini selepas sekian lama tidak dinaik taraf. “Hari ini (semalam) saya datang untuk melihat dan terima kasih kepada SEDC yang telah mempercepatkan kerja-kerja menaik taraf termasuk fasiliti di lapangan tapak RWMF,” ujarnya ketika ditemui di SCV semalam. Berhubung sambungan perkhidmatan Internet tanpa wayar di SCV yang disediakan untuk pengunjung RWMF, Abdul Karim berkata ia telah ditambah baik tahun ini oleh SACOFA. “Saya telah menjanjikan sambungan Internet yang lebih pantas kepada media antarabangsa ...

Usaha pendigitalan dipercepat

Image
KUCHING : Makmal Terbuka akan ditubuhkan di negeri ini untuk menerokai dan melakukan penyelidikan ke atas inisiatif-inisiatif digital baharu bagi menyokong pembangunan ekonomi digital Sarawak. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bagi menubuhkan Makmal Terbuka itu, Sarawak menerusi Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) akan menandatangani 10 memorandum persefahaman (MoU) dengan pelbagai pemain teknologi digital antarabangsa. Beliau berkata, MoU itu akan membolehkan kerjasama antara SMA dan pemain-pemain teknologi digital antarabangsa untuk membangunkan sektor ekonomi digital Sarawak. “Kita menandatangani MoU dengan pemain-pemain teknologi digital antarabangsa esok (hari ini) bagi mempercepatkan lagi usaha kita ke arah ekonomi digital. “Esok (hari ini) sepuluh MoU antara SMA dan pelbagai rakan usaha antarabangsa akan ditandatangani (di sini). MoU ini berkaitan pembangunan ekonomi digital Sarawak. “Rakan-rakan usaha sama ini akan membantu kita ...