Pembatalan Jambatan Jalan Pesisir Amat Dikesali


SIBU: Jalan pesisir amat penting bagi rakyat Sarawak terutama yang tinggal di pesisir pantai dalam membantu memudahkan mereka bergerak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, beliau kesal apabila kerajaan pusat membatalkan tiga projek jambatan yang menjadi penghubung kepada jalan pesisir pantai di negeri ini.

“Ini menunjukkan kerajaan pusat tidak prihatin kepada keperluan rakyat negeri ini, di mana jalan pesisir ini amat perlu bagi penduduk yang tinggal di kawasan pesisir,” ujarnya.

Ding berkata demikian ketika berucap merasmikan Projek Menaik Taraf Prasarana Tempat Parkir di Rumah Suring Sana, Sungai Tulai semalam.

Namun menurut Ding, kerajaan negeri telah memberi jaminan akan meneruskan serta membiayai ketiga-tiga projek pembinaan jambatan tersebut iaitu Jambatan Rambungan, Batang Lupar dan Batang Igan.

Sehubungan itu, beliau menyeru penduduk agar terus menyokong Kerajaan Sarawak terutama parti-parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Kita semua tahu kerajaan pusat kini dipegang kerajaan Pakatan Harapan (PH). Namun saya berharap kita tidak mengubah kerajaan negeri agar terus dikuasai GPS,” jelasnya.

Pada Belanjawan 2019 ujar Ding, kerajaan pusat tidak memberi peruntukan yang banyak kepada Sabah dan Sarawak.

Namun katanya, rakyat negeri ini amat bernasib baik kerana kerajaan negeri dapat menyediakan peruntukan yang besar bagi membina jambatan, jalan, membaiki sekolah, membekalan air ke luar bandar dan sebagainya.   

“Kini sudah tujuh bulan kerajaan PH memerintah dan kita sedih melihat banyak janji tidak ditunaikan.

“Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14, pelbagai janji ditabur namun kini banyak yang tidak dapat mereka tunaikan,” ujarnya.

Menyentuh mengenai projek di Rumah Suring, Ding berkata, projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) itu adalah projek Kerajaan Sarawak.

Beliau juga gembira kerana projek itu dapat disiapkan lebih awal oleh pihak kontraktor. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu