Pemilik Sebuah Stesen Minyak Bakal Dikenakan Tindakan Tegas


SHAH ALAM: Pemilik sebuah stesen minyak di Petaling Jaya bakal berdepan tindakan tegas selepas dikesan menutup premisnya tanpa memaklumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam, berkata tindakan itu diambil selepas pemantauan dilakukan terhadap 73 stesen minyak yang dibuat sejak dua hari lalu oleh penguat kuasa di tujuh cawangan KPDNHEP di negeri ini.

“Kita mengesan sebuah stesen minyak di Petaling Jaya ditutup secara tiba-tiba pada tengah hari tadi tanpa sebarang kelulusan dan notifikasi diberikan kepada kementerian. - BHOnline

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

China Didakwa Memandulkan Etnik Uighur Secara Paksa

Sarawak miliki lima elemen maju dalam revolusi digital