Sarawak Ambil Langkah Hadapi Kemungkinan Impak 'Superthypoon'


KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sedang mencari cara terbaik bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku kesan luar biasa taufan kuat melanda Filipina.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi JBPN Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika dihubungi hari ini.

Kesan luar biasa dan tidak dapat diramalkan daripada taufan kuat yang melanda Filipina dijangka akan dialami di kawasan pantai Sabah dan Sarawak.

"Ya. Kami sedang berbincang mengenai cara untuk bertindak terhadap impak yang mungkin berlaku," ujarnya ringkas.

Beliau berkata memandangkan impak dan kesan daripada taufan "super" dijangka luar biasa, orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan sentiasa berjaga-jaga.

'Superthypoon' kadang-kadang dipanggil 'hujan tropika'  (tropical depression).

Difahamkan dalam data sejarah taufan tropika seperti ini datang begitu dekat. Ia sekarang berada di perairan terbuka dan boleh bergerak semakin pantas.

Ia dilaporkan paling dekat dengan Miri jam 2 pagi pada 2 Januari 2019.

Sementara itu, dalam 'WhatApps Group' JPBN Sarawak berkata  tauufan super itu sedang berlaku di Filipina dan berada begitu dekat dengan pesisiran pantai Sabah dan Sarawak buat pertama kalinya. 

Apabila ia berlaku, ombak boleh mencapai ketinggian sembilan meter dan hujan lebat  dijangka terjadi.

Jabatan Meterologi Malaysia (JMM) turut  mengeluarkan amaran cuaca waspada hujan lebat akan melanda negeri ini mulai hari ini sehingga 31 Disember 2018.

Ini terutamanya di kawasan utara negeri ini iaitu Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang.

Juga akan mengalami cuaca sama ialah Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu, Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat serta Labuan.

Negeri ini juga diramal mengalami cuaca hujan dan ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman sebelah pagi, petang dan malam pada 2 Januari 2019 dan sebelah petang dan malam sahaja dari 3 hingga 5 Januari 2019. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu